Siapa tidak kenal dengan nama Arjun Rampal yang popular dengan filem Dil Hai Tumhaara (2002). Boleh dikatakan dialah figura Bollywood generasinya mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa. Malah, nampak gayanya anak gadisnya juga mengikut jejak langkah bapanya ini.
Kini, anak perempuan Arjun Rampal pula mengikut jejak langkah bapanya. Mahikaa Rampal, mulai mendapat perhatian lensa dan media Bollywood dek kejelitaannya.
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 baru-baru ini, Mahikaa merupakan anak sulung perempuan pelakon tampan itu hasil perkongsian hidup Arjun bersama bekas isterinya Mehr Jesia. Kedua-duanya berkahwin pada 1998 dan berpisah 20 tahun kemudian pada 2018. Arjun Rampal juga mempunyai seorang anak lelaki bersama Gabriella Demetriades, teman wanitanya yang terkini diberinama Arik.
Ads
Baru-baru ini, Mahikaa Rampal mula curi tumpuan selepas gambarnya di sebuah parti tular di media sosial, apatah lagi Mahikaa dilihat berseronok dengan anak-anak selebriti lain seperti Ibrahim Ali Khan, anak kepada pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.
Ads
Menurut sumber, Arjun Rampal turut memberikan sokongan penuh kepada Mahikaa untuk terjun dalam bidang seni dan menjadi pelakon Bollywood. Malah Mahikaa juga seorang yang bijak apabila sudah mula memasuki kolej untuk menyambung pelajaran, malah Mahikaa juga berbakat dalam bermain instrumen muzik seperti piano.
Malah Arjun Rampal juga seringkali memuatnaik gambar wajah anak-anak daranya, Mahikaa dan seorang lagi anak Arjun, Myra dan menyatakan rasa bangga melihat kedua-dua anak daranya kini semakin membesar dan semakin cantik seiring dengan usia.
Yelah, manakan tumpah kuah, kalau tidak ke nasi kan…
***
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa menyangka gadis bernama Anastasiya Shpagina, 19 yang berasal dari Rusia ini, terlalu meminati koleksi filem animasi Jepun atau anime dan sanggup menjalani pembedahan plastik pada mata dan mengurangkan berat badannya sehingga 38 kilogram (kg).
Penampilannya bak anime Jepun telah mencetuskan fenomena baharu di Ukraine walaupun ia bukanlah situasi pertama di negara tersebut. Namanya mula meniti dalam kalangan masyarakat tempatan dan turut menjadi bualan golongan remaja di Jepun sehingga peminatnya di Negara Matahari terbit menggelarnya dengan nama Jepun, Fukkacumi.Bagi mengekalkan pesona watak anime pada dirinya, Anastasiya dengan ketinggian 157 sentimeter sanggup menjalani rejim diet yang ketat dan meluangkan masa kira-kira sejam untuk merias wajah.
Jika Anastasiya popular dengan panggilan anime bernyawa, Valeria Lukyanova, 26, pula digelar anak patung Barbie hidup. Rupa dan bentuk badannya salin tak tumpah seperti boneka keluaran Mattel tersebut.Gadis setinggi 171 sentimeter (sm) itu memiliki rambut perang panjang mengurai paras pinggang, sepasang kaki yang panjang, buah dada yang menonjol dan mempunyai pinggang ramping.
Muncul dengan penampilan sedemikian telah menyebabkan nama Valeria yang turut mempunyai sepasang mata kosong seperti Barbie popular di media cetak dan media elektronik. Dia kerap diundang ke program bual bicara yang mengupas topik pembedahan plastik dan obses cantik bak boneka. Ini termasuklah menjadi bualan hangat dalam laman sosial, blog dan forum.
Selain Anastasiya, kebanyakan wanita di negara itu sentiasa mendambakan wajah dan tubuh badan yang menawan.
Mari kita lihat wajah 2 gadis patung yang memukau itu.
Sumber : Taiko Tai
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Melalui kerjasama dengan Yayasan IJN, sebuah badan amal Institut Jantung Negara (IJN), NESTLÉ OMEGA PLUS® menghimpunkan siri kisah benar penderitaan dan pemulihan yang dilalui oleh pesakit-pesakit penyakit jantung.
Biasanya, kita menyangka masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung hanya melanda individu yang gemuk sahaja, atau mereka yang mengamalkan kehidupan sedentari dan tidak menjaga gaya hidup mereka. Oleh itu, Muhammad Shahril Hamdan amat terkejut apabila didiagnosis dengan aterosklerosis di mana dua arterinya tersumbat. Beliau masih muda, cergas dan mengamalkan gaya hidup akitf. Walaupun gemar makan, Shahril menyangka bahawa sesi futsalnya mampu mengekalkan kesihatannya. Namun, beliau tidak menyangka aspek pemakanan merupakan satu daripada faktor penyumbang kepada masalah kesihatannya.
Pada usia semuda 36 tahun, Shahril amat gempar apabila tiba-tiba merasa sakit pada bahunya. Bapa kepada seorang cahaya mata ini mula-mulanya mengaitkan kesakitan ini akibat postur yang tidak betul. Bagaimanapun, keadaannya tidak bertambah baik walaupun diurut oleh isteri. Oleh itu, Shahril membuat keputusan untuk melawat ke hospital, di mana pakar kesihatan mendiagnosnya dengan aterosklerosis – dua arterinya telah tersumbat sekaligus menyebabkan jantungnya menjadi semakin lemah.
Akibat ke atas kesihatan jantung dari tabiat yang tidak baik
Masalah kesihatan jantung Shahril sebenarnya telah bermula sejak setahun dahulu apabila beliau disahkan menghidap tekanan darah tinggi. Beliau merupakan perokok tegar dan pernah bekerja di restoran, dan di situlah beliau terjebak dengan tabiat merokok, malah menghisap sehingga dua bungkus rokok sehari! Tambahan pula, tekanan di tempat kerja sedikitpun tidak meringankan tekanannya, disertakan pula dengan tidur lewat serta rehat yang tidak mencukupi. Keadaan ini bertambah teruk apabila beliau meninggalkan kerjanya demi memulakan perniagaan sendiri dan terpaksa bekerja sehingga lebih lewat.
“Saya sentiasa makan malam pada masa yang lewat dan tidur larut malam,” kata beliau. “Tarikh akhir pelbagai projek membuatkan saya amat sibuk, sekaligus menyebabkan tabiat buruk saya bertambah kronik. Oleh itu, saya menghisap lebih banyak rokok, dan mengambil makanan segera apabila saya tiada masa untuk menyediakan hidangan biasa.”
Biarpun doktor telah memberi amaran bahawa beliau akan jatuh sakit pada bila-bila masa melainkan beliau mengawal tekanan darah dengan ubat, Sharil tidak mengubah gaya hidupnya. Malahan, beliau tidak menuruti nasihat doktor dan berhenti mengambil ubatnya. Di samping itu, beliau turut kembali mengamalkan tabiat kehidupan lamanya – merokok serta mengambil makanan yang tinggi dalam lemak dan trans lemak.
Akhirnya, segala ini mencapai kemuncak apabila beliau dikejarkan ke hospital dengan rasa sakit di bahunya. Seandainya Shahril masih lagi menunggu, beliau tidak mungkin dapat diselamatkan. Doktor berjaya mengenal pasti bahagian yang tersumbat lantas menjalankan angioplasti bagi membantu meringankan sumbatannya. Kemudian, sebatang sten dimasukkan ke dalam jantungnya demi memulihkan serta mempertingkatkan aliran darah ke dalam jantungnya.
Bangun dengan harapan baharu
Walaupun Shahril perlu menjalani satu lagi prosedur, tatapan matanya memancarkan harapan. Beliau amat bersyukur dengan peluang kedua yang dikurniakan. Biarpun terpaksa menanggung kos rawatan, beban Shahril diringankan dengan bantuan pembiayaan Yayasan IJN bagi yuran pembedahannya. Tanpa himpitan kewangan, beliau kini mampu memberi fokus kepada pemulihan badannya serta mengambil langkah-langkah yang lebih sihat demi menjaga kesihatannya.
“Adalah penting bagi saya menilai semula gaya hidup serta tabiat saya yang mendatangkan kesudahan ini. Saya sedar bahawa saya mesti bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta keluarga saya. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berhenti merokok. Selain itu, dengan garis panduan diet IJN, saya lebih menjaga pemakanan saya,” tambah beliau.
Shahril merupakan contoh betapa pentingnya kesihatan jantung. Masalah jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa diduga disebabkan pelbagai faktor seperti diet yang tidak sihat, tabiat buruk seperti merokok, rehat dan tidur tidak mencukupi, serta tekanan hidup. Pada pendapat beliau, walaupun kehidupan rakyat Malaysia sangat sibuk, beliau menggalakkan mereka mengambil langkah-langkah lebih proaktif demi menjaga kesihatan jantung mereka. Paling penting, mereka harus mengetahui paras kolesterol mereka. Menerusi gaya hidup yang aktif dan diet yang sihat, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke usia yang lebih panjang serta kehidupan yang lebih sihat.
#StopTheCount #maskulinsihat
Maskulin menyokong usaha memerangi penyakit pembunuh nombor satu ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Servis kereta sebelum balik kampung sangat penting bagi memastikan perjalanan raya lebih selamat. Ikuti checklist pemeriksaan kereta ini sebelum memulakan perjalanan jauh.