Siapa tidak kenal dengan nama Arjun Rampal yang popular dengan filem Dil Hai Tumhaara (2002). Boleh dikatakan dialah figura Bollywood generasinya mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa. Malah, nampak gayanya anak gadisnya juga mengikut jejak langkah bapanya ini.
Kini, anak perempuan Arjun Rampal pula mengikut jejak langkah bapanya. Mahikaa Rampal, mulai mendapat perhatian lensa dan media Bollywood dek kejelitaannya.
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 baru-baru ini, Mahikaa merupakan anak sulung perempuan pelakon tampan itu hasil perkongsian hidup Arjun bersama bekas isterinya Mehr Jesia. Kedua-duanya berkahwin pada 1998 dan berpisah 20 tahun kemudian pada 2018. Arjun Rampal juga mempunyai seorang anak lelaki bersama Gabriella Demetriades, teman wanitanya yang terkini diberinama Arik.
Ads
Baru-baru ini, Mahikaa Rampal mula curi tumpuan selepas gambarnya di sebuah parti tular di media sosial, apatah lagi Mahikaa dilihat berseronok dengan anak-anak selebriti lain seperti Ibrahim Ali Khan, anak kepada pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.
Ads
Menurut sumber, Arjun Rampal turut memberikan sokongan penuh kepada Mahikaa untuk terjun dalam bidang seni dan menjadi pelakon Bollywood. Malah Mahikaa juga seorang yang bijak apabila sudah mula memasuki kolej untuk menyambung pelajaran, malah Mahikaa juga berbakat dalam bermain instrumen muzik seperti piano.
Malah Arjun Rampal juga seringkali memuatnaik gambar wajah anak-anak daranya, Mahikaa dan seorang lagi anak Arjun, Myra dan menyatakan rasa bangga melihat kedua-dua anak daranya kini semakin membesar dan semakin cantik seiring dengan usia.
Yelah, manakan tumpah kuah, kalau tidak ke nasi kan…
***
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sesiapa yang mengunjungi ibu kota Kuala Lumpur pada masa kini pasti akan terpegun dengan kewujudan sebuah lagi bangunan yang cukup tinggi menjadi mercu tanda terbaru.
Ia merupakan bangunan The Exchange TRX yang tampil dengan rekaan seni bina unik tersendiri. Terletak di pusat distrik kewangan antarabangsa baru Kuala Lumpur, The Exchange TRX bakal membuka pintunya kepada pengunjung pada Rabu, 29 November 2023.
Di bangunan yang cukup gah ini pengunjung boleh menjangkakan destinasi membeli-belah, makanan, rekreasi dan hiburan bakal tular dengan lebih daripada 400 kedai yang kawasan di seluas 1.3 juta kaki persegi.
The Exchange TRX juga bakal mendefinisikan semula lanskap runcit mewah dengan menampilkan senarai besar jenama-jenama terkemuka dunia seperti Gentle Monster, jenama kacamata canggih dari Korea yang terkenal dengan reka bentuk avant-garde; jenama fesyen, Maison Kitsuné dan cawangan ke-28 Café Kitsuné yang terkenal; jenama athleisure berasaskan California yang diluluskan selebriti, Alo Yoga; serta jenama tekstil, pakaian dan perabot rumah dari Finland, Marimekko.
Jenama kecantikan Drunk Elephant juga bakal membuat penampilan pertamanya dengan kedai batu bata dan simen pertamanya di seluruh dunia.
Galleria Kecantikan The Exchange TRX turut membawa jenama kecantikan yang paling dicari di dunia ke dalam ruang khusus yang menggabungkan kehijauan dengan kecanggihan moden. Di dalam kawasan tematik, jenama penjagaan kulit mewah Swiss, La Prairie dan salah satu jenama kosmetik mewah tertua di dunia, Guerlain, keduanya akan membuka pintu ke butik berdiri sendiri pertama mereka di Malaysia.
Pengalaman menjamu selera baharu juga bakal ditemui di The Exchange TRX. Tipsy Collective dari Singapura akan memperkenalkan Tipsy Flamingo, yang akan membawa gabungan dekorasi futuristik dan suasana meriah pesta kolam musim panas yang diilhamkan oleh tahun ’80an.
Manakala Amazonas, usaha baru oleh Kumpulan Hospitaliti Kenny Hills memperkenalkan konsep restoran dan bar bumbung Amerika Latin yang meriah.
Dengan ruang empat tingkat dan keluasan kira-kira 250,000 kaki persegi menampilkan Seibu, kedai serbaneka terbesar di Jepun. Ia bakal menjadi kedai serbaneka pertama di negara kita yang membawa lebih daripada 400 jenama fesyen mewah, antarabangsa kontemporari dan Jepun.
Tambah menarik lagi lebih daripada 100 daripadanya akan memasuki pasaran untuk pertama kalinya. Di tingkat terendahnya adalah dewan makanan Jepun premium dengan pelbagai makanan pokok Jepun termasuk ramen, sushi dan bar sake.
Pengarah Projek The Exchange TRX dan Ketua Runcit untuk Lendlease Malaysia, Mitch Wilson, berkata: “Kadar penyewaan kami yang kuat adalah undi keyakinan yang diberikan oleh jenama antarabangsa dan tempatan terkemuka untuk konsep runcit baru yang diperkenalkan oleh Lendlease ke pasaran dengan The Exchange TRX.
“Sebagai jantung sosial baru Kuala Lumpur, The Exchange TRX mengganggu lanskap dengan pendekatan yang kaya dengan pengalaman sosial, membentuk masa depan runcit.”
Selain daripada menjadi destinasi runcit dan gaya hidup yang menarik, hasrat sebenar The Exchange TRX adalah untuk menjadi titik sambungan fizikal dan emosi bagi komuniti di dalam Tun Razak Exchange (TRX) dan di luar pembangunan 70 ekar ini.
Sebuah oasis bandar di tengah-tengah Kuala Lumpur, TRX City Park pula merupakan taman bumbung seluas 10 ekar yang mengetengahkan kepelbagaian biologi dan kelestarian alam.
TRX City Park boleh diakses oleh orang ramai dengan tarikan seperti kawasan bermain kanak-kanak, ciri-ciri air dan enklaf yang teduh yang membolehkan segala-galanya dari renungan yang tenang dan makan di luar hingga acara komuniti, sukan dan aktiviti rekreasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) kembali lagi untuk tahun ke 11 penganjurannya, dengan 50 pereka fesyen dan jenama bakal tampil mempersembahkan koleksi mereka di pentas peragaan ternama itu.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, KLFW 2023 kali ini akan diadakan di tujuh lokasi berbeza bagi setiap tujuh hari penganjurannya, bermula 21 hingga 22 Ogos 2023.
Lokasi pentas peragaan KLFW 2023 adalah di Sofitel Damansara, Parkroyal Collection Kuala Lumpur (KL), Shangri-La KL, Platinum Park KL, ALoft KL Sentral, Boathouse KL, dan Intercontinental KL.
Selain itu, tujuh pereka fesyen akan membuat kemunculan pertama di pentas KLFW 2023 ini.
Selepas sedekad mengetengahkan pereka dan fesyen Malaysia, acara fesyen tahunan itu tampil dengan format baharu untuk menawarkan kepelbagaian kepada pereka dan tetamu yang hadir.
“Sejak penubuhan kami pada 2013, kami bernasib baik untuk mencapai jisim kritikal dan keterlihatan yang meluas, tidak sedikit kerana sokongan tidak berbelah bahagi daripada pereka, penaja, rakan kongsi dan sudah tentu komuniti celik fesyen Malaysia,” kata Pengasas KLFW, Andrew Tan.
“Untuk KLFW 2023, visi kami adalah untuk mengurangkan statik dan gangguan demi memastikan tumpuan kekal kembali kepada reka bentuk, kreativiti dan keinginan untuk memajukan fesyen,” tambahnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai acara fesyen tahunan kali ini, layari laman web rasmi KL Fashion Week atau ikuti akaun rasmi mereka di Facebook dan Instagram.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sensitiviti, saiz, serta kekuatan tegang zakar, semuanya berkaitan dengan kesihatan tubuh lelaki secara keseluruhan.
Pengeluaran sperma akan berkembang subur pada suhu di bawah suhu normal badan. Ketika lelaki kesejukan, zakarnya akan mengecut. Menurut Harvard Health Publications, ini terjadi kerana saluran darah pada zakar tertutup kerana suhu sejuk, tetapi masih akan kembali ke saiz biasa ketika ada aliran darah.
Suhu terlalu sejuk atau terlalu panas berbanding suhu normal tubuh, boleh memberi kesan negatif pada sperma dan pengeluaran testosteron. Lelaki disyorkan menjaga kawasan genitalnya sedikit lebih sejuk daripada suhu badan, mengelakkan seluar ketat dan berendam terlalu lama dalam kolam air panas, agar sperma tetap sihat.
Mengambil terlalu banyak alkohol bukan hanya merosakkan hati, malah untuk kesihatan zakar juga. Keupayaan zakar untuk tegang sepenuhnya boleh terhalang jika mengambil alkohol terlalu banyak. Alkohol menyebabkan penyahhidratan di mana ia menyebabkan jumlah darah berkurang dan meningkatkan angiotensin, iaitu hormon yang berkaitan dengan mati pucuk.
Merokok akan menyebabkan saluran darah jantung tersumbat, termasuk saluran darah pada zakar. Akibatnya, zakar akan gagal untuk tegang sepenuhnya. Bahan kimia beracun dalam asap rokok juga akan merosakkan tisu-tisu sensitif pada zakar, yang akan menyebabkan masalah mati pucuk
Penurunan sensitiviti zakar munasabah berlaku kerana pertambahan usia, walaupun berapa banyak sensitiviti yang hilang tidak ditakrifkan. Menurut jabatan psikologi di University of Texas di Austin, penurunan libido berkaitan usia biasanya dikaitkan dengan penurunan tahap testosteron dan perubahan sensitiviti reseptor androgen. Sensitiviti mulai menurun pada usia 25 tahun dan penurunan paling tajam kelihatan pada lelaki antara usia 65 dan 75 tahun.
Jika lelaki masih mengalami nocturnal penile tumescence atau tegang pagi, ertinya zakarnya masih cergas. Otot zakar harus menerima oksigen melalui aliran darah yang menyebabkannya membesar dan menjadi tegang. Jika lelaki tidak mengalami tegang seperti biasa, rangkaian zakar boleh menjadi kurang anjal dan mengecut, yang boleh membuat zakar memendek 1 hingga 2 cm.
Lelaki boleh memilih vasektomi untuk mencegah pelepasan sperma ketika ia berejakulasi untuk menghilangkan risiko kehamilan, atau kerana alasan peribadi lain. Selepas prosedur pembedahan, jumlah sperma secara berperingkat mulai menurun. 2 sehingga 3 bulan kemudian sperma tidak lagi hadir dalam air mani, menurut Medline Plus. Namun prosedur tersebut tidak menghentikan pengeluaran air mani. Ertinya, lelaki tetap boleh ejakulasi air mani tapi tanpa adanya sperma.
Kulit zakar adalah persekitaran yang ideal bagi bakteria untuk berkembang biak, tetapi jumlahnya bergantung pada sama ada lelaki tersebut bersunat atau tidak. Satu kajian dalam jurnal American Society for Microbiology, mencari lebih sedikit bakteria pada zakar lelaki yang disunat, berbanding dengan sampel yang diambil ketika mereka belum bersunat.
Bersunat mengubah ekologi bakteria dari zakar, yang mungkin menjelaskan mengapa memotong kulup atau sunat mengurangkan risiko jangkitan HIV.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang