Raja Dangdut, Iwan yang kini sudah tidak lagi aktif dalam dunia dangdut. Sebaliknya, Iwan atau nama sebenarnya Wan Syahman bin Wan Yunus kini beralih ke muzik nasyid. Baru-baru ini hebat diperkatakan keayuan dan kecantikan anak perempuannya hasil perkahwinannya dengan aktres popular era 1980-an, allahyarhamah Rosnah Mohd. Noor
Anak- Anak Penyambung Legasi
Meskipun begitu, siapa sangka anak-anak perempuannya kini menyambung legasi Iwan dan Allahyarham isterinya yang juga pelakon popular 80-an, Rosnah Mohd Noor. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Wan Ramada Agus Putra, Wan Shamira Puteri Octavia dan Wan Shahera Puteri Apreena.
Ads
Anak – anak Iwan Dangdut
Kedua-dua anak perempuan Iwan, Wan Shamira Puteri Octavia atau lebih dikenali sebagai Oktovia Manrose dan Wan Shahera Puteri Apreena(Apreena Manrose) kini semakin aktif dan popular menerusi slot drama yang ditayangkan di kaca televisyen.
Ads
Sepupu Kepada Adik-Beradik Senrose Dan ‘The Maembong’
Untuk anda yang tidak tahu, adik-beradik Manrose ini juga bersaudara dengan adik-beradik Senrose dan ‘The Maembong‘ di mana ibu mereka adalah adik-beradik dan bapa adik beradik Maembong adalah sepupu ibu mereka.
Ads
Tidak dinafikan keluarga besar ini antara nama yang mendominasi drama-drama terkini. Cantik-cantik dorang ni kan..
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ada pelbagai jenis tepung beras. Pasti ada yg tak terfikir apa bezanya…bagi kita asal tepung beras semuanya sama.
Rupanya ada 3 jenis tepung beras yg berlambangkan gajah, tepung beras biasanya berasal dari negara Thailand. Pasti ada yg tak perasaan kan? Takpa, kita sama geng???
Hari ni kami akan terangkan apa fungsi tepung beras mengikut lambang gajah yg ada:
TEPUNG BERAS CAP 1 GAJAH
Sangat sesuai untuk mengoreng, seperti buat adunan utk goreng pisang, keledek, keladi, cempedak dan termasuk adunan gorengan ikan, seperti goreng mamak, goreng berempah.
Ciri tepung:
*Tepung ini sangat ranggup
*Sesuai untuk buat rempeyek dan tumpi kacang hijau@dhall
TEPUNG BERAS CAP 3 GAJAH
Sangat sesuai untuk kuih2 tradisional seperti kuih koci, kuih apam beras eno dan pelbagai lagi jenis kuih
Ciri-ciri tepung:
*Menghasilkan kuih yg lembut dan berkilat
TEPUNG BERAS CAP 5 GAJAH
Sesuai untuk membuat mee laksa dan pelbagai jenis mee
Ciri-ciri tepung:
*Menjadikan ia lebih kental
TEPUNG BERAS CAP TERATAI
Sangat sesuai membuat rempeyek dan apam. Kalau buat apam rasa tepung nya kurang dan jika buat rempeyek dan tumpi sangat2 ranggup
Kredit info: Resepi/Petua/Tips Memasak
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Plastik adalah polimer organik yang mempunyai jisim molar (molar mass) yang tinggi. Biasanya plastik diperbuat secara sintetik daripada bahan petrokimia.
Penggunaan plastik kini adalah sangat meluas bagi menggantikan bahan yang diperbuat daripada kayu, batu, kulit, metal, kaca dan seramik terutamanya perabot (kerusi, meja plastik), bekas makanan dan minuman, paip air, alat tulis dan sebagainya disebabkan kos pengeluaran yang lebih murah dan sifatnya yang tidak mudah pecah/retak/patah. Antara jenis-jenis plastik yang digunakan secara meluas adalah polycarbonate (PC), polyester(PES), polyethylene (PE), polyvinyl chloride (PVC) dan polystyrene (PS).
Pembungkus plastik, botol air pakai-buang (disposable), botol susu bayi dan cawan (rujuk Gambar 1) biasanya mengandungi bisphenol A (BPA), sejenis bahan kimia berbahaya yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik seperti polycarbonate dan epoxy resins seperti glu/gam dan saduran (coating).
BPA mampu bertindak sebagai oestrogen yang berpaut pada reseptor yang sama di dalam badan dan memberi kesan buruk kepada hormon dan sistem reproduksi (reproductive system) dan kesuburan (fertility) [1]. BPA mampu ‘larut’ (leach) dari plastik ke dalam makanan dan minuman melalui air.
Disebabkan bahaya dan kesan buruk BPA kepada kesihatan dan susulan daripada tekanan masyarakat awam (public pressure), beberapa negara telah mengharamkan penggunaan BPA dalam pembuatan plastik seperti negara-negara Kesatuan Eropah (European Union) bermula pada tahun 2011. Tambahan lagi, meskipun tiada kajian sains mendapati BPA sebagai penyebab kanser, tetapi ia telah diklasifikasikan sebagai bahan yang berisiko tinggi yang menyebabkan kanser (high risk to be carcinogen).
Gambar 1. Botol air dan botol susu yang biasanya mengandungi BPA
Susulan daripada pengharaman BPA (rujuk Gambar 2) di beberapa buah negara, kajian telah dilakukan untuk menggantikan BPA dengan bahan lain. Salah satu pengganti BPA adalah fluorene-9-bisphenol (BHPF). Tetapi malangnya, kajian juga mendapati BHPF juga bertindak sama seperti BPA – iaitu berpaut pada reseptor oestrogen dalam badan.
Jianying Hu (Peking University, Beijing) mendapati dalam 100 orang pelajar kolej yang minum air daripada botol plastik, 7 orang pelajar mempunyai BHPF yang dikesan di dalam darah mereka
Hu juga menasihatkan agar mengurangkan penggunaan bekas makanan dan minuman plastik seboleh mungkin dan mengelakkan meletak bekas plastik di dalam ketuhar gelombang mikro (microwave) dan alat pembasuh pinggan mangkuk (dishwasher) kerana bekas plastik bertindak balas (degrade) apabila dikenakan haba.
Walaupun terdapat pelbagai jenis plastik dan bukan semua plastik berbahaya, produk plastik mengandungi pelbagai jenis bahan tambahan (additives) yang digunakan untuk mengukuhkan dan memberi spesifikasi pada plastik. Maka, langkah pencegahan untuk mengurangkan penggunaan plastik wajar digalakkan.
Meskipun produk plastik itu dikatakan selamat, tetapi masih berpontesi memberi bahaya dan kesan buruk kepada kesihatan. Contohnya, vinyl chloride yang digunakan sebagai monomer dalam pembuatan plastik polyvinylchloride(PVC) dan styrene sebagai monomer untuk plastik polystyrene. Vinyl chloride dikenal pasti sebagai bahan penyebab kanser otak, paru-paru dalam limpa manakala sytrene dikenali sebagai bahan bersifat neurotoxic.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sahaja yang tidak pernah berangan-angan ketika masih kanak-kanak Bahkan orang dewasa juga mempunyai angan-angan tersendiri.
Begitu juga dengan jaguh berbasikal trek negara, Dato’ Azizulhasni Awang yang suatu ketika dahulu mengimpikan wajahnya terpampang pada pembungkusan produk minuman.
“Bila saya minum apa-apa minuman yang ada gambar olahragawan dekat pembungkusannya, saya ada memasang cita-cita lah,” kongsi Dato’ Azizulhasni kepada Maskulin.
Katanya, pada ketika itu beliau berharap yang beliau juga mampu berada di posisi olahragawan berkenaan suatu hari nanti.
Ternyata impian yang pernah dipasangnya itu menjadi reality apabila beliau dilantik sebagai duta rasmi Oligo, sebuah jenama minuman malt coklat keluaran Power Root.
“Saya macam tak sangka juga bila nak bekerjasama dengan Power Root dan juga Oligo ini.
“Memang saya bersyukur dan gembira lah. Maksudnya, cita-cita saya suatu hasa dahulu dah tercapai,” ujarnya.
Beliau ditemui Maskulin di Majlis Pelancaran Media Oligo yang sekaligus mengumumkan beliau selaku duta rasmi jenama itu.
Oleh itu, Datuk Azizulhasni berharap dengan terpampangnya wajah beliau pada produk minuman tersebut, ia akan memberi inspirasi kepada generasi baharu seperti mana dirinya terinspirasi dengan perkara sedemikian sewaktu kecil dahulu.
“Macam mana saya dulu kecil-kecil, macam itu lah. Kita nak mengobarkan semula generasi seterusnya ini,” kata beliau yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu.
“Adik-adik dekat luar sana, budak-budak sekolah bila dia minum, nak suruh mereka macam ada inspirasi yang mereka boleh buat macam saya.
“Boleh jadi juara dunia ataupun boleh jadi jaguh dalam apa jua benda yang mereka buat, pekerjaan ke, sukan ke, atau apa sahaja,” tambahnya.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.