Bercerita perihal pikat-memikat antara dua jantina berbeza ini merupakan kisah yang tidak akan habis dibicarakan. Segala macam karya romantis didengarkan sejak bergenerasi lama dalam pelbagai medium penceritaan.
Namun hakikatnya manusia ini sama sahaja. Mahukan pasangan yang terbaik untuk diri sendiri demi masa depan yang baik.
Bagi anda yang mempunyai ada rupa paras dan bentuk badan yang ideal mungkin mempunyai sedikit kelebihan. Tetapi jangan mudah mendabik dada kerana wanita tidak melihat anda dari satu perspektif itu sahaja.
MASKULIN tidak salahkan jika anda kadang-kadang sedikit blur tentang apakah yang wnaita mahukan. Ketahuilah bahawa anda tidak akan memahami mereka sampai bila-bila pun. Wanita ini perlu disayangi dan dengan kasih itulah akan disertakan cara untuk anda fahami mereka.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa sifat dan karakter yang paling disukai oleh wanita yang ada pada lelaki.
IKLAN
JUJUR
MASKULIN rasakan seluruh wanita di alam semesta ini pasti akan memberikan jawapan ini sebagai antara yang paling utama jika ditanya ciri-ciri lelaki pilihan. Menjadi lelaki yang tidak jujur adalah sangat tidak menarik di mata wanita. Caranya senang sahaja, anda jangan menipu. Paling penting jangan mula belajar untuk menipu kerana penipuan itu kemudian bertukar menjadi satu rantaian penipuan yang lain.
SEMANGAT
IKLAN
Lelaki yang ada semangat atau passion dalam melakukan sesuatu pekerjaan atau sesuatu yang diminati mereka sangat menarik atau seksi. Apabila ada semangat melakukan sesuatu emosi anda akan terdedah dan itulah sisi yang mahu dilihat mereka. Wanita mahukan lelaki yang ada matlamat, tidak mudah putus asa dan semangat berkobar-kobar.
YAKIN
IKLAN
Ada satu perkara yang perlu anda pandai bezakan. Keyakinan itu sangat berbeza dengan berlagak. Lelaki yang ada keyakinan diri tidak mudah tergugat dengan mana-mana lelaki atau wanita yang juga menggodanya. Malah lelaki yang ada keyakinan diri ini tampil sebagai seorang lelakui alpha bagi wanita.
HORMAT
Dalam agama Islam selepas berkahwin anda sebagai lelaki secara automatik akan bergelar sebagai ketua keuarga. Namun dengan tanggungjawab besar itu anda tidak seharusnya besar kepala. Hormatlah pasangan dengan seadannya. Ingat, isteri adalah manusia yang anda harus beri layanan terbaik di dunia ini selain ibu sendiri.
PANDAI AMBIL HATI
Sesetengah lelaki dianugerahkan dengan kemampuan untuk berjenaka dan membuat pasangannnya ketawa. Namun sifat kelakar itu sebenarnya tidak perlu ditelan secara harfiah sahaja. Anda perlu menjadi seorang lelaki yang pandai ambil hati. Tahu bila untuk ketawa, bila untuk menjadi pendengar dan tahu bila untuk senyum bila bertentang mata dengan si dia.
Setiap individu mempunyai kadar metabolisme badan yang berbeza-beza. Orang yang ada banyak tisu otot mempunyai kadar metabolisme badan yang lebih tinggi berbanding orang yang mempunyai lebih banyak lemak.
Bahkan metabolisme badan yang tinggi nyata penting untuk memastikan badan cepart kurus. Ini kerana sistem metabolisme badan berfungsi untuk membakar lemak berlebihan di dalam badan sekali gus mempercepatkan penurunan berat badan.
Dan disebabkan itulah ada segelintir daripada kita yang makan banyak namun badan tetap kurus dan tidak gemuk. Sekiranya anda ingin menyasarkan penurunan berat badan yang lebih cepat, penting untuk anda meningkatkan metabolisme badan.
Kevin Zahri berkongsi di laman web beliau 10 tip mudah yang boleh anda amalkan untuk meningkatkan metabolisme badan, sekali gus mempercepatkan berat badan turun.
Semoga berjaya.
Apa itu metabolisme?
Metabolisme berasal dari perkataan Greek yang bermaksud perubahan atau transformasi. Dari segi fungsi tubuh dan pemakanan, metabolisme adalah jumlah tenaga ataukalori yang dibakar oleh tubuh untuk mengekalkan fungsi-fungsi tubuh yang asas. Tubuh anda sebenarnya membakar kalori dengan berterusan pada setiap ketika, bukan sahaja apabila anda bersenam, malah semasa anda tidur, menonton tv mahupun membeli belah. Sebagaimana sebuah kenderaan memerlukan minyak untuk menjana kuasa, metabolisme anda merupakan pengawal atau pengurus ‘minyak’ untuk tubuh anda.
Metabolisme bagi setiap individu berbeza
Ia bergantung kepada komposisi tubuh individu tersebut iaitu berdasarkan jumlah otot dan jumlah lemak di dalam tubuh. Tisu otot membakar atau menggunakan lebih banyak kalori untuk mengekalkan fungsinya berbanding dengan lemak. Maka, mereka yang mempunyai banyak tisu otot akan mempunyai kadar metabolisme yang lebih tinggi berbanding dengan mereka yang mempunyai lebih banyak lemak.
Persoalannya, bolehkah kadar metabolisme tersebut berubah?
Sudah tentu. Sekiranya anda sedang cuba menurunkan berat badan mahupun hanya untuk mengekalkan tahap kecergasan anda, meningkatkan metabolisme anda boleh membantu anda mencapai sasaran tersebut dengan lebih cepat. Berikut merupakan 10 kaedah mudah untuk meningkatkan metabolisme anda:
#1 Minum Air Secukupnya.
Gambar: Pexels
Anda mungkin biasa mendengar nasihat ini. Memang benar. Meminum 8 gelas air yang disyorkan oleh pakar pemakanan sebenarynya membantu tubuh anda untuk berfungsi pada tahap yang optimum.
#2 Jangan lupa suplemen kalsium.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan kalsium di dalam tubuh mencetuskan hormon yang menyebabkan badan anda berpaut dengan lemak yang sebenarnya boleh dibakar. Anda juga boleh mendapatkan kalsium dari susu rendah lemak, keju, dadih, ikan salmon, taufu dan oatmil.
#3 Makan!
Memakan snek dengan kerap dapat membantu. Sekiranya perut anda sudah mula memulas dan berbunyi, ia bermakna ia memerlukan ‘minyak’. Jika anda tidak makan, fungsi tubuh akan menurun dan anda mungkin akan memakan berlebihan pada waktu makan seterusnya. Pilihlah snek yang mempunyai kandungan fiber dan protin yang tinggi seperti buah-buahan, biskut berfiber tinggi atau dadih.
#4 Tidur yang cukup.
Gambar: Pexels
Tidur sekurang-kurang 7 atau 8 jam setiap malam penting untuk mengekalkan metabolisme yang sihat. Kekurangan tidur boleh mengganggu kebolehan tubuh untuk membakar kalori. (Tidur yang lebih juga tidak baik dan mempunyai kesan yang sama!). Cuba kekalkan rutin tidur yang konsisten dan tidur dan bangun pada masa yang lebih kurang sama setiap hari.
#5 Jangan Stress.
Stress meningkatkan jumlah kortisol di dalam tubuh. Kortisol merupakan hormon yang memberitahu tubuh untuk menyimpan lemak sebagai persediaan sekiranya di dalam situasi yang bertekanan tinggi. Melakukan senaman seperti yoga atau bermeditasi adalah contoh yang baik untuk membantu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
#6 Sinar mentari baik untuk kesihatan dan metabolisme anda.
Gambar: Pixabay
Kajian menunjukkan bahawa menghabiskan masa yang lama di dalam persekitaran yang tertutup dan gelap mempunyai kesan fisiologi yang sama seperti apabila anda tidur atau menambahkan berat badan. Waktu terbaik untuk berada di luar adalah di antara jam 11 pagi dan 3 petang. Berehatlah sebentar dari tugas-tugas pejabat atau keluarlah dari rumah dan berjalan di luar. Selain daripada mendapatkan sedikit sinar matahari anda juga akan menaikkan kadar jantung anda dan dapat menghirup udara yang segar. Lakukan senaman menggunakan pemberat.
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori.
#7 Lakukan senaman menggunakan pemberat.
Satu paun otot akan membakar 35 hingga 50 kalori manakala satu paun lemak membakar hanya 5 hingga 10 kalori. Meningkatkan otot di dalam tubuh dapat menaikkan kadar metabolisme asas (basal metabolic rate atau BMR) anda sehingga 40%. Anda tidak perlulah menjadi pengangkat berat seperti atlet bina badan. Menggunakan pemberat yang rendah dan melakukan bilangan ulangan yang tinggi juga terbukti dapat membina otot dan membakar lemak. Interval training atau latihan berkala adalah cara yang baik untuk mendapatkan kesan senaman yang maksimum sekiranya anda sibuk dan sukar mencari masa yang panjang untuk bersenam.
#8 C untuk Cergas.
Gambar: Pixabay
Suplemen Vitamin C juga penting. Vitamin C dan kalsium adalah rakan yang baik dalam meningkatkan metabolisme. Kalsium dapat mempercepatkan metabolisme manakala vitamin C membantu tubuh dalam penyerapan mineral tersebut.
#9 Pedas!
Sekiranya anda suka memakan makanan yang pedas dan bercili, ini berita baik untuk anda. Kandungan capsaicin di dalam cili mampu membakar kalori sehingga 30 minit selepas anda memakannya.
#10 Minum Teh Hijau atau Teh Oolong.
Gantikan cawan kopi atau teh tarik yang kedua itu dengan teh hijau atau teh oolong. Teh hijau dan teh oolong mengandungi polifenol yang dapat meningkatkan kadar metabolisme. Anda perlu meminum 4 atau 5 cawan sehari untuk melihat kesannya.
Sebenarnya ia terpulang kepada citarasa masing-masing. Dan tiada salahnya untuk anda bekerja makan gaji kerana ia juga satu sumber rezeki yang halal. Bagi anda yang memilih untuk bekerja sendiri dan menjalankan perniagaan, segala risiko itu terletak di atas kepada sendiri.
Setiap kerjaya ada ruangnya tersendiri dan tak semua orang ada kebolehan, kemahiran dan keberanian untuk bekerja sendiri dan mempunyai perniagaan.
Jadi apakah sebenarnya kelebihan bekerja sendiri dan bagaimana pula dengan cabarannya? Buat anda yang tak pernah bekerja sendiri mencari rezeki pastinya sukar memahami bagaimana ia boleh dilakukan.
Berikut MASKULIN kongsikan apakah kelebihan dan kekurangan bekerja sendiri.
Bila bekerja sendiri secara automatiknya andalah jadi bos dan andalah juga jadi kuli. Setiap hari anda tak perlu nak hadap muka bos. Jadi anda boleh buat kerja ikut pacing sendiri. Anda juga boleh laksanakan kerja dengan lebih selesa dan tenang. Secara tak langsung anda sudajh bebas dengan tekanan kerja.
Dapat Kepuasan
Bayangkan segala usaha yang anda curahkan untuk perniagaan sendiri membuahkan hasil. Pasti kepuasan itu lebih dirasa nikmatnya berbanding bekerja untuk orang lain. Tambahan lagi apa yang anda buat adalah sesuatu yang anda suka!
Rajin Kerja, Banyak Hasilnya
Bila bekerja sendiri segala pendapatan anda adalah tanggungjawab sendiri. Jadi jika anda rajin berusaha maka makin banyaklah hasilnya. Secara tak langsung anda boleh tingkatkan keyakinan diri juga. Jika bersungguh-sungguh dan ikhlas nescaya pendapatan akan meningkat.
Tiada Waktu Khas
Inilah seronoknya bila bekerja sendiri. Tiada bos yang nak marah anda nak masuk kerja pukul berapa sekalipun. Namun, demi periuk nasi sendiri mestilah anda tak akan buat ebgitu bukan? Tiada kekangan maka tiada tekanan dari orang atasan. Masa bekerja anda juga tak sama dengan kerja orang lain. Jika rajin anda kerjalah lebih dan jika rasa macam tak boleh nak carry pada hari itu, pulang awal saja.
CABARAN KERJA SENDIRI
Harus Sedia Kelengkapan & Fasiliti Sendiri
Nak mulakan perniagaan sendiri mestilah anda perlukan segala macam jenis kelangkapan dan fasiliti. Dan semua benda ini bukannya murah. Anda juga perlukan mental yang kuat untuk hadapai segala kesukaran semasa hendak memulakannya. Anda sendiri perlu lakukan pilihan yang bijak dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk setiap perkara yang dilakukan agar tidak terjadi perkara yang sia-sia nanti.
Pendapatan Tak Menentu
Lebih rajin anda bekerja, maka lebih lah hasil pendapatan yang anda akan dapat. Jadi, anda boleh menggunakan sebahagian hasil pendapatan itu untuk membayar kembali duit pinjaman bank yang anda jadikan modal untuk perniagaan anda. Untuk jadi seorang yang berjaya, anda haruslah rajin berusaha untuk mendapatkan keuntungan pada masa akan datang.
Risiko Tinggi
Ini merupakan antara alasan paling popular mengapa orang kerja makan gaji tak berani nak berhenti dan mula kerja sendiri. Ya, ia merupakan satu langkah yang berisiko tinggi. Masa deoan anda bergantung kepada sama ada anda berjaya atau tidak. Sebelum memulakan sesuatu perniagaan banyak perkara anda perlu ambil kira antaranya mengetahui jumlah persaingan dan jumlah permintaan pasaran.
Jika selama ini anda suka mencabut bulu hidung atau memicit jerawat di sekitar segi tiga muka, baik anda hentikan tabiat itu bermula hari ini!
Tabiat ini sebenarnya berbahaya kerana kawasan ini dianggap sebagai segi tiga “kematian” yang ada kaitan dengan infeksi bakteria, yang boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan berlakunya strok.
Jika anda memiliki bulu hidung yang agak panjang dan ia mengganggu penampilan, jangan sesekali mencabut bulu hidung.
Sebaiknya, gunakan kaedah trim mengunakan pencukur sebagai langkah untuk anda merapikannya.
Bagi yang sering tumbuh jerawat sekitar segi tiga ini, elak memicitnya dengan tangan sebaliknya gunakan krim jerawat untuk merawatnya.
Kenapa dua tabiat yang biasa kita lakukan ini dianggap berbahaya? Public Health Malaysia kongsikan sebab-sebabnya.
Doktor-doktor pakar penyakit berjangkit di Universiti John Hopkins telah menyeru untuk orang ramai mengelakkan memicit jerawat atau menarik bulu hidung terutamanya di kawasan segi tiga “kematian” di muka.
Ya. Segi tiga kematian. Lebih kurang macam segi tiga bermuda. Para konspirasi segi tiga bergembira dengan penemuan ini.
Kawasan segi tiga ini adalah berkait dengan infeksi bakteria yang dikatakan boleh menyebabkan jangkitan di sekitar otak dan juga boleh menyebabkan strok. Walau bagaimanapun, ianya sangat jarang berlaku disebabkan antibiotik dan sukar untuk bakteria merebak secara melawan arus di dalam salur darah.
Namun, ianya boleh berlaku jika kuman tersebut sudah menjadi kuat dan antibiotik tidak lagi boleh melawan kuman tersebut atau jangkitan kulit yang sangat teruk.
Jadi, adalah penting untuk kita mengelakkan perkara yang boleh menyebabkan kulit kita terdedah dengan kuman akibat daripada aktiviti-aktiviti yang disebutkan di atas. Lebih-lebih lagi, bakteria yang semakin bijak dalam rintangan antibiotik.
Foto: FB Public Health Malayisa
Ingat, kita sudah lama tidak menjumpai antibiotik kelas baharu. Kali terakhir kelas antibiotik yang dijumpai adalah pada tahun 1987 iaitu lipopeptides. Sehingga kini, kita hanya membangunkan antibiotik sedia ada untuk menjadi lebih baik. Semakin lama semakin sukar untuk merawat kuman bakteria.
PHM sentiasa menekankan konsep Pencegahan lebih baik daripada berubat. Jadi amalkan sanitasi yang baik, elakkan memicit jerawat atau mencabut bulu hidung. Dan jika ingin melakukan prosedur, pastikan ianya adalah teknik steril. Semoga artikel ini bermanfaat dan memberikan ilmu baru untuk anda.
Keterampilan gaya elegan seseorang lelaki kini bukan hanya bergantung kepada paras rupa dan juga penjagaan badan yang baik. Pemilihan pakaian serta aksesori kini menjadi...