Trend teknologi di hujung jari sekarang, sering menyebabkan segelintir pengguna laman sosial memuat naik segala perkara yang terjadi dalam kehidupan seharian. Kekadang mungkin kita tak perasan gambar atau status yang kita upload di media sosial tu berbaur riak dan ‘show off’ dan mengundang rasa meluat orang.
Bagi yang bernasib baik, ada juga yang menjadi popular jika perkongsiannya itu menjadi viral.
Tetapi, bukan semua perkongsian yang dilakukan itu mempunyai niat yang murni, ada juga yang dikatakan riak dan hanya sekadar mahu show off sahaja. Jom lihat dan kenali antara riak zaman moden di laman sosial yang ramai orang buat tanpa disedari. Dan mungkin memang berniat nak bersikap nak menunjuk-nunjuk.
Riak 1
1- Check in hospital lepas tu siap ambil gambar dengan caption berbunga-bunga kononnya sedih mengalahkan drama kat TV. Padahal motif utama nak bagitahu check in dekat hospital swasta yang gah dan nak tunjuk bilik hospital yang macam hotel.
Riak 2
2- Snap gambar dalam rumah untuk tunjuk perabot dan segala perhiasan dalam rumah. Caption yang tidak berapa sesuai dengan gambar. Gambar tunjuk tangga, cermin besar ala-ala dalam TV tetapi caption ‘letihnya balik kerja’ bla bla bla…
Ads
Riak 3
3- Bersyukur tak henti-henti di media sosial. “Syukur rezeki masuk tak henti-henti”, terus nak ucap Alhamdulillah untuk segala benda yang terjadi. Padahal macam menunjuk betapa kaya dan mewahnya. Kalau betul nak bersyukur, bukanlah dekat media sosial. Direct terus dengan Pencipta, tak perlu guna facebook sebagai orang tengah.
Riak 4
Ads
4- Trend menunjuk stereng kereta.Tangkap gambar dalam kereta dan tak boleh tertinggal, mesti nampak stereng sekali. Caption macam biasa, jalan jem, ucap selamat pagi, luahkan rasa letih dan seangkatan dengannya. Tetapi, memang sengaja nak tayang stereng tu. Mahal kononya…
Riak 5
Ads
5- Perkara biasa untuk yang suka pusing shopping mall. Mula-mula mesti kena check in dengan status nak canang bahawasanya saya sedang membeli belah. Lepas tu mulalah nak tayang gambar barangan yang dibeli, nak bergambar pun kena pastikan beg barangan tu interframe sekali.
Riak 6
6- Sifat nak berlagak anak dan suami sebab nak tunjuk suami/ isteri dan anak dia yang paling bagus. Anak dia paling comel, paling pandai, paling buat itu ini macam dia seorang sahaja yang ada anak dalam dunia. Kalau suami pun sama, suami dia the best, suami orang lain semua tak best. Memanglah itu akaun sosial sendiri dan siapa tak suka boleh block, tetapi beragak lah sikit jangan sampai ada yang menyampah.
Bukan semua yang berada di laman sosial mempunyai sikap seperti ini dan secara mudah untuk dihadam, riak adalah satu perbuatan yang dilakukan semata-mata untuk mengharapkan pujian, penghormatan dan sanjungan dari orang lain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak mustahil untuk kamu menghasilkan lengan sebegitu, tapi bukan hanya bercakap kosong dan esok sudah menjadi. Mestilah kena ada usaha dan mengambil masa. Asalkan kamu tahu caranya, ia bukanlah hal yang mustahil untuk membentuk lengan proporsional dan kekar.
Berikut adalah empat cara bagaimana untuk anda mampu membentuk dan membesarkan otot lengan anda agar kelihatan tegap dan kekal seksi.
Siapa kata latihan membentuk otot lengan hanyalah dengan mengangkat beban berat? Padahal kamu boleh juga berlatih arm circle sebagai latihan asas. Caranya adalah berdiri tegak dan merentangkan tangan lurus ke sisi. Setelah itu pusingkan lengan membentuk huruf o dengan putaran ke belakang. Lakukan putaran sebanyak 20 kali mengikut empat set.
Push up juga adalah sangat baik untuk membentuk otot lengan agar semakin kekar. Lakukan push up asas dengan telapak tangan menempel di lantai. Setelah itu naikkan dan turunkan badan anda dalam posisi lurus. Jadi bukan hanya bahagian pinggul yang akan menaik dan menurun. Lakukan secara bertahap misalnya 10 kali push up, seterusnya 20, 30, hingga 50 kali sehari jika sudah terbiasa.
Latihan penting lain yang perlu kamu lakukan adalah concentration curl. Tentu anda ingin tahu bukan? Concentration curl adalah latihan angkat beban. Caranya kamu duduk dan merentangkan kaki. Setelah itu lengan diletakkan di depan paha. Lalu angkat dumbell yang ada di hadapan anda. Untuk lebih jelas, kamu boleh melihat gerakannya di Youtube.
Satu lagi bentuk latihan yang sangat baik untuk membentuk otot lengan adalah pull up. Caranya adalah kamu bergantung pada palang datar. Tangan tegak lurus selaras dengan bahu. Setelah itu angkat tubuh ke atas hingga dada lurus palang yang anda pegang. Latihan ini agak berat. Untuk latihan awal, lakukan 5 kali dulu. Tapi bila sudah biasa teruskan hingga 10 kali.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Di kalangan anda yang kini mungkin berusia pertengahan 30-an sehingga 40-an pastinya sudah tidak asing lagi dengan nama ‘Gran Turismo’.
Apa tidaknya ia merupakan judul permainan video yang sangat popular diperkenalkan oleh Polyphonic Digital dengan menggunakan platform konsol PlayStation.
Pertama kali diperkenalkan untuk PlayStation 1 pada lewat tahun 1997, ‘Gran Tusriso’ pantas menjadi permainan video wajib bagi peminat genre automotif dan juga perlumbaan.
Pada ketika itu mereka hadir dengan paparan grafik serta elemen sebenar setiap kereta dengan ketepatan yang luar biasa menjadikannya dianggap sebagai salah satu permainan video paling ikonik sehingga kini.
Dan terbaru, ‘Gran Turismo’ telah diadaptasikan kepada bentuk filem di mana ia sudah mula ditayangkan di negara kita bermula minggu lalu.
Adaptasi ‘live-action’ ini sememangnya cukup dinantikan oleh ramai peminat terutamanya selepas diumumkan sebagai antara terbesar pernah dihasilkan oleh PlayStation Productions.
Jadi kali ini MASKULIN ingin kongsikan fakta menarik tentang filem ‘Gran Turismo’ yang mungkin anda tak tahu.
Seperti yang MASKULIN nyatakan di atas ia merupakan adaptasi dari permainan video di PlayStation 1 hingga 5 hadir dengan judul sama. Akan tetpai iabukanlah filem pertama dari judul game PlayStation yang diadaptasi ke bentuk filem.
Ini kerana sudah ada beberapa judul lain seperti ‘Uncharted’, siri ‘The Last of Us’, dan ‘Twisted Metal’ yang khabarnya akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Selain itu, terdapat juga beberapa judul lain yang nantinya akan menjadi filem adaptasi permainan Playstation, seperti Ghost of Tsushima, Horizon Zero Dawn, dan God of War yang dikenali masih dalam proses pembangunan.
Selaon adptasi game, ‘Grand Turismo’ juga diadaptasi daripada kisah benar. Ia mengisahkan tentang seorang pemain kelas pertengahan, bekas pelumba kereta, dan seorang pegawai syarikat automotif.
Dia kemudiannya bertaruh besar untuk menjadi juara dalam perlumbaan elit perlumbaan kereta. Kisah ini adalah dengan Dan Jann Mardenborough, seorang yang benar-benar menjadi pelumba di trek.
Filem ‘Grand Turismo’ dihasilkaan dengan cara cukup berbeza kerana ia mengabungkan elemen permainan video dan dunia nyata. Ini kerana ia mahu memberikan keseronokan kepada penonton dan juga peminat permainan tersebut.
Bukan itu sahaja, gabungan dua generasi antara ibu bapa dan anak-anak berjaya menghasilkan sebuah filem yang agak berbeza dengan apa yang dipersembahkan dalam permainan asal.
Penerbit Kanan PlayStation Productions, Carter Swan berkata terdapat perbezaan di antara bermain permainan dan menonton filem ini. Perkara ini sengaja dilakukan kerana ingin menyampaikan cerita itu sedekat mungkin.
Namun begitu juga dengan sisi filem yang tidak lupa mempersembahkan kisah-kisah yang berkait dengan orang yang memahami kisah sosok Jann.
Tak sah ‘Gran Turismo’ tanpa barisan kereta yang hebat. Kemuncukan kereta-kereta ini juga sememangnya penting sebagai filem adaptasi daripada permainan Grand Turismo.
Di antara jenis-jenis kereta dalam melakukan kemunculan menerusi filem ini ialah seperti Nissan GTR, Lamborghini Huracan dan banyak lagi.
DARI MANA DATANGNYA SAYANG, DARI MATA TURUN KE HATI. NAMUN, BAGI INDIVIDU YANG TIDAK MEMPUNYAI MATA YANG SEMPURNA SEPERTI JULING, IA AKAN MENJEJASKAN IMEJ DAN KEYAKINAN DIRI MEREKA.
Kerap kali, mereka akan mengelak daripada bertentang mata dengan orang lain kerana berasa rendah diri. Malah, kajian telah membuktikan bahawa mata juling menyukarkan seseorang bertemu jodoh dan menjejaskan peluang pekerjaan.
Dengan penglihatan normal, kedua-dua mata akan menuju satu titik atau objek yang menjadi pusat perhatian. Kemudian otak menyatukan kedua-dua imej yang terbentuk dari setiap mata menjadi satu bayangan tunggal tiga dimensi. Imej tiga dimensi inilah yang memberikan kita persepsi kedalaman.
Juling atau istilah perubatannya strabismus adalah efek penglihatan di mana kedua-dua mata tidak terarah pada satu objek yang menjadi pusat perhatian.
Satu mata (kadangkala kedua-duanya sekali) boleh tertumpu pada satu objek sedangkan mata yang lain juling ke dalam, ke luar, ke atas atau ke bawah.
Juling sama ada boleh menjadi sesuatu yang kekal atau dapat juga tenggelam timbul di mana mata yang juling kelihatan lurus dan yang tadinya tampak lurus kelihatan juling.
Di kalangan kanak-kanak, juling bukan sahaja berubah-ubah dari hari ke hari tetapi keadaannya boleh berubah-ubah dalam masa sehari sahaja.
Juling tidak memilih jantina, ia boleh berlaku kepada lelaki mahupun wanita. Juling juga dapat diwarisi daripada ibu bapa kepada anak-anak. Namun ia tetap boleh terjadi walau tidak ada riwayat keluarga juling.
Apabila salah satu mata juling, dua gambar yang berbeza akan dikirim ke otak. Pada anak-anak usia muda, otak belajar mengabaikan bayangan dari mata yang juling dan hanya melihat satu bayangan dari mata yang lurus atau mata yang melihat lebih baik. Lama-kelamaan, kanak-kanak tersebut kehilangan kedalaman persepsinya.
Sementara itu, orang dewasa yang mengalami juling sering mengeluh penglihatannya menjadi berganda kerana otaknya sudah terlatih untuk menerima imej dari kedua-dua mata dan tidak dapat mengabaikan bayangan dari mata yang juling.
MATA MALAS
Penglihatan seseorang kanak-kanak itu akan berkembang baik apabila kedua-dua matanya dalam posisi normal. Juling mampu mencetuskan ambliopia (mata malas), iaitu penglihatan yang tidak sempurna pada mata yang juling.
Otak akan mengutamakan imej yang datang dari mata yang lebih baik dan mengabaikan bayangan dari mata yang lebih lemah atau mata yang ambliopia. Hal ini terjadi pada hampir 50 peratus kanak-kanak yang juling.
Ambliopia dapat diatasi dengan menutup mata yang lebih baik dan memaksa mata yang lebih lemah agar penglihatan menjadi lebih baik.
Apabila terapi dilakukan pada kanak-kanak pada usia yang sudah agak lewat, mata malas umumnya menjadi kekal. Justeru, lebih awal ambliopia dirawat, penglihatan akan menjadi lebih baik.
PENYEBAB JULING
Enam otot mata yang mengawal pergerakan bola mata melekat pada bahagian luar mata. Pada setiap mata, dua otot menggerakkan ke kanan dan ke kiri. Empat otot lainnya menggerakkan ke atas, ke bawah dan berpusing.
Agar kedua-dua mata lurus dan dapat menumpu pada satu objek yang menjadi pusat perhatian, semua otot pada setiap mata harus seimbang dan bekerja secara bersama-sama.
Agar kedua-dua mata bergerak bersama-sama, semua otot pada kedua-dua mata harus diselaraskan dengan baik. Otot-otot mata ini dikawal oleh otak.
Juling lazim ditemui pada kanak-kanak dengan kelainan pada otak seperti palsi serebral, sindrom down, hidrosefalus, tumor otak dan anak yang lahir tidak cukup bulan.
Katarak atau trauma yang menjejaskan penglihatan juga boleh menyebabkan strabismus. Namun banyak juga kanak-kanak yang bermata juling tidak mempunyai kelainan-kelainan tersebut.
GEJALA STRABISMUS
Tanda utama juling adalah mata yang tidak lurus di mana apabila satu mata terfokus pada satu objek, mata yang lain tertuju pada objek yang lain pula.
Kadang-kadang, anak dengan strabismus akan mengenyitkan satu mata di saat matahari terik atau memiringkan leher untuk menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama.
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN PSEUDOSTRABISMUS?
Mata bayi sering terlihat seakan-akan juling, padahal sebenarnya tidak juling. Keadaan ini yang disebut pseudostrabismus atau juling palsu.
Bayi baru lahir, sering mempunyai hidung yang agak lebar, leper atau agak penyek dan ada lipatan kulit pada bahagian kelopak dekat hidung yang kelihatan seolah-olah juling.
Keadaan ini akan pulih dengan sendirinya dengan bertambahnya usia dan perkembangan bayi. Bayi atau anak seperti ini tidak akan membesar menjadi benar-benar juling di kemudian hari.
Seorang pakar mata biasanya dapat menjelaskan kepada pesakitnya perbezaan di antara juling dengan pseudostrabismus.
JENIS-JENIS JULING YANG KERAP DITEMUI
* Esotropia kongenital di mana mata juling ke dalam yang bermula dari usia bayi kurang enam bulan. Bayi seperti ini tidak dapat menggunakan kedua-dua matanya secara bersama-sama. Pada kebanyakan kes, pembedahan awal diperlukan untuk meluruskan matanya
* Esotropia akomodatif merupakan bentuk esotropia (juling ke dalam) yang biasa ditemui pada kanak-kanak berusia dua tahun atau lebih besar. Pada jenis juling seperti ini, apabila kanak-kanak memfokuskan matanya untuk dapat melihat jelas, mata akan tampak juling ke dalam. Juling ini berlaku semasa melihat jauh saja, melihat dekat saja atau kedua-duanya
* Eksotropia atau juling keluar merupakan bentuk lain juling yang juga sering ditemui. Bentuk juling ini paling sering terjadi ketika anak memandang objek yang jauh.
Eksotropia hanya muncul sekali sekala terutama bila anak dalam keadaan lelah, sakit atau mengelamun. Orang tua sering memperhatikan anaknya juling keluar saat berada pada matahari terik.
Walaupun kaca mata, latihan atau prisma dapat mengurangi atau membantu mengawal juling di kalangan sesetengah kanak-kanak, namun dalam kebanyakan kes, pembedahan mungkin diperlukan.
BAGAIMANA MENDIAGNOSIS JULING
Strabismus dapat didiagnosis melalui pemeriksaan mata. Adalah disarankan agar kanak-kanak berusia di antara tiga hingga tiga setengah tahun menjalani pemeriksaan mata oleh pakar kanak-kanak, doktor atau mereka yang terlatih untuk memeriksa penglihatan anak prasekolah.
Apabila ada kanak-kanak yang gagal dalam ujian pemeriksaan ketajaman penglihatan, mereka akan dirujuk ke pakar mata untuk pemeriksaan lanjut.
Jika terdapat riwayat keluarga strabismus atau ambliopia, atau riwayat keluarga menggunakan kaca mata tebal, seorang pakar mata akan melakukan pemeriksaan penglihatan walaupun usianya kurang dari tiga tahun.
Sekiranya memang kanak-kanak tersebut kejulingannya nampak jelas sejak usia kurang dari enam bulan, ibu bapa perlu membawanya berjumpa doktor seawal yang boleh.
Setelah pemeriksaan mata lengkap, pakar mata akan mencadangkan terapi yang sesuai. Dalam beberapa kes, pemakaian kaca mata dapat meluruskan kedudukan bola mata.
Terapi lain berupa prosedur pembedahan untuk menyeimbangkan otot-otot yang tidak seimbang atau surgeri katarak apabila terdapat katarak.
Selalunya, menutup sebelah mata yang dominan untuk mengatasi ambliopia, diperlukan.
RAWATAN
Juling tidak akan pulih dengan sendirinya. Rawatan untuk meluruskan mata diperlukan. Jenis-jenis rawatan mungkin digunakan secara sendirian atau bergabung, bergantung kepada jenis juling dan penyebabnya.
* Biasanya kaca mata akan dipreskripsi untuk meningkatkan tumpuan dan mengarahkan garisan penglihatan, membolehkan mata menjadi lurus
* Ubat-ubatan dalam bentuk titisan mata atau sapuan mungkin juga digunakan dengan atau tanpa kaca mata. Ubat suntikan mungkin digunakan untuk melemahkan secara berpilih, otot-otot mata yang terlampau aktif
* Pembedahan akan dilakukan pada otot mata untuk meluruskan mata setelah pendekatan tanpa bedah tidak berjaya
* Latihan atau senaman mata berguna sama ada sebelum atau selepas surgeri.
BAGAIMANA PEMBEDAHAN JULING DILAKUKAN
Apa pun jenis pembedahan mata, bola mata tidak akan dikeluarkan dari soketnya. Pakar mata akan membuat hirisan pada selaput putih mata untuk dapat mencapai otot penggerak bola mata.
Otot mata kemudian dilepaskan dari lekatannya dan dipindahkan (lekatannya) pada tempat yang diinginkan sesuai dengan arah juling bola mata. Atau, otot-otot dipotong sedikit sesuai keperluan kemudian dilekatkan lagi pada tempat perlekatan semula.
Pembedahan strabismus dapat dilakukan pada satu atau kedua-dua mata sekali gus bergantung jenis dan besarnya juling. Surgeri umumnya dilakukan dengan bius umum, terutama pada kanak-kanak.
Surgeri biasanya dilakukan sebagai prosedur pesakit luar sahaja. Waktu pemulihan juga adalah cepat. Kanak-kanak biasanya dapat kembali melakukan aktiviti normal dalam masa beberapa hari sahaja.
Setelah pembedahan, kaca mata mungkin masih diperlukan. Dalam beberapa kes, pembedahan lebih dari satu kali mungkin diperlukan untuk menjaga mata agar tetap lurus.
KESAN SAMPINGAN SURGERI
Seperti juga pembedahan lainnya, surgeri strabismus juga ada risiko termasuklah infeksi, perdarahan, jaringan parut yang berlebihan dan walaupun amat jarang terjadi, gangguan penglihatan.
Pembedahan juling umumnya merupakan cara yang efektif untuk mengatasi masalah juling. Di samping itu, tambahan kaca mata dan terapi ambliopia tidak kurang pentingnya.
SUMBER : UTUSAN
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.