Acara glamor ala ‘karpet merah’ sudah tentu menjanjikan peragaan baju atau busana mewah siap perincian seperti batu-batu permata, manik mutiara dan batu jemeki yang dijahit pada corak fabrik menyerlahkan lagi kreativiti rekaan seseorang designer. Namun berbeza dengan fesyen karpet merah filem “Crazy Rich Asians”. Aktor kacak Steven Yeun yang berjaya curi tumpuan netizen di media sosial. Rata-rata mereka cair dengan penampilan aktor yang bersahaja itu.
Bintang “The Walking Dead” itu hanya tampil dengan seluar slack bersama t-shirt putih polos sahaja ketika sesi tayangan perdana Crazy Rich Asians minggu lalu. Langsung tidak dibidas, ternyata netizen kagum dengan sikap selamba aktor Korea-Amerika itu.
Tayangan perdana filem Crazy Rich Asians mendapat liputan berita dari media utama dan para pelakon tidak ketinggalan tampil dalam ensemble paling glamor mereka.
Ads
Oleh itu, apabila Steven memutuskan untuk bergaya santai dan fun, semua orang mengagumi aktor ini.
Ads
Ads
Cuba sesekali artis dan selebriti kita tampil simple, bukan ke nampak lebih sopan berbanding dengan fesyen sekarang ini. Baru lah tradisi kita.
Kami sangat gemar melihat Instagram Pipi Razi ini atau nama sebenarnya Mohd Nor Afifi Bin Mohd Razi, 29 tahun yang sentiasa kemas dan tersusun rapi dengan gambar-gambar peribadi yang memaparkan gaya harian atau stail OOTD yang sangat menarik. Stailnya sering menjadi rujukan para pecinta fesyen untuk mendapatkan produk juga item yang digayakan. Namun, masih ada segelintir haters yang kurang senang dengan apa yang dimiliki kini. Bersama Maskulin kita mendekati model juga influencer ini yang semakin mencipta nama di industri fesyen tempatan.
Maskulin : Masyarakat sering memandang serong terhadap lelaki yang kacak di sosial media, apatah lagi bila anda mempunyai pakej lengkap sebagai seorang model?
People always got something bad to say.To me personally i saya tidak ambil kisah langsung mengenai kata-kata orang. Lagipun saya tahu siapa diri saya dan tidak pernah pun menyusahkan orang lain. Selalunya yang bagi pandangan serong ini kebanyakannya haters. They don’t go through pain at the gym 5-6 days a week.So better kenal dulu someone tu before nak bagi pandangan serong.
Maskulin : Apa yang membuatkan anda ingin membuat perubahan pada fizikal anda?
Saya memang minat pada dunia kecergasan, sebelum ini pun mungkin sebab tiada ilmu mengenai perkara tersebut, At one time i decided with my cousin untuk pergi gym dan selepas itu terus melekat.
Maskulin : Berapa berat sebelum ini dan sekarang?
Saya mengambil masa selama 8 bulan untuk dapatkan bentuk badan ini, sebelum ini berat saya sekitar 75 kilogram dan kini 70 kilogram/
Maskulin : Part paling anda suka pada tubuh anda?
Dada, haha
Maskulin : Bagaimana anda mengurus sosial media anda?
My instagram is like my profile, So i dont post benda-benda yang tak related to my brand or image. I akan jaga content feed whether fitness,fashion or photography. No negative content
Maskulin : Rejim grooming yang anda amalkan?
Cleanse,tone and mosturize 2 kali sehari! Jangan lupa apply sunscreen. Saya juga ambil multivatimins dan paling penting minum banyak air mineral!
Maskulin : Item fesyen paling penting dalam setiap OOTD?
Tiada yang spesifik item it can be shoes pants or jacket!
Maskulin : Apa perkara paling menjadi keutamaan anda sebelum post sesuatu gambar di Instagram
Good quality picture!
Maskulin : Impian anda?
Have my own label soon. InsyaAllah
Maskulin : Ciri wanita idaman
Pandai hormat orang
Understanding
Good personality
Sumber : Instagram Pipirazi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
T-shirt merupakan antara pakaian wajib ada dalam setiap almari pakaian baik lelaki mahupun wanita. T-shirt menjadi pilihan ramai kerana ia begitu selesa dipadankan dalam apa jua pakaian.
Walaupun kerap memakai t-shirt mesti anda tak tahu, t-shirt juga mempunyai pelbagai jenis. Namun sebagai lelaki yang mementingkan penampilan, anda tidak semestinya mempunyai kesemua jenis t-shirt. Cukup sekurang-kurangnya lima jenis t-shirt ini ada dalam simpanan almari pakaian anda.
Jom kita tengok.
T-shirt jenis ini ramai yang tidak ambil peduli. Ia digunakan untuk tujuan mengurangkan bau badan dan peluh bagi pakaian luar yang dipakai selepas anda menyarungkan undershirt.
Menurut sejarah, undershirt mula dipakai ketika zaman perang oleh askar Rom dan China. Namun zaman itu pemakaian undershirt tidak berapa popular berbanding sekarang. Pada zaman perang itu, mereka memakai undershirt yang saiznya agak besar namun masih lagi melindungi kualiti undershirt ketika di luar perang.
Jika anda tiada mood untuk memakai baju berkolar dan berbutang selepas penat seharian bekerja, t-shirt polos amat sesuai untuk anda. Sama seperti undershirt, cuma yang membezakannya ia dipakai di luar. T-shirt ini menggunakan fabrik berat dan sesuai digayakan oleh semua lelaki.
Jenis t-shirt ini senang digayakan bersama seluar jeans atau chinos dan padankan ia dengan jaket. Anda boleh memilih warna-warna basic seperti hitam, putih, navy atau kelabu.
Ketika menyarungkannya, pastikan t-shirt ini fit dengan badan anda. Anda juga boleh memilih variasi t-shirt seperti tambahan saku kecil pada bahagian dada atau model v-neck untuk lebih bervariasi.
T-shirt jenis ini boleh membuatkan penampilan anda nampak versatil. Siapa sangka t-shirt Rene Lacoste yang dipakai pada tahun 1926 ketika perlawanan terbuka Amerika Syarikat yang direka khas untuk pemain tenis ini popular dan menjadi pilihan para pencinta fesyen sehingga kini.
T-shirt jenis ini digemari ramai kerana kualiti yang dimilikinya. Ia mempunyai kolar dan butang di bahagian dada yang membuatkan lelaki nampak segak ketika memakainya. Ia sesuai digayakan untuk pelbagai acara santai.
T-shirt Henley hampir sama dengan t-shirt polo tetapi memiliki lengan yang panjang dan mempunyai tiga atau empat butang pada bahagian dada. Ia juga boleh didapati dengan lengan pendek dan anda mempunyai pilihan untuk memakainya di mana sahaja mengikut keselesaan.
Pemakaian t-shirt jenis ini dijamin membuatkan penampilan anda lebih manly. Apatah lagi jika lelaki berbadan mantap memakainya dengan butang terbuka pasti membuatkan penampilan anda lebih ‘seksi’.
Sweatshirt adalah jenis pakaian tebal daripada t-shirt biasa, namun lebih nipis daripada sweater sehingga anda tak rasa panas. T-shirt jenis ini membuatkan penampilan anda lebih kasual dengan gaya sporty. Agar anda nampak smart ketika menggayakan sweatshirt, pilihlah warna-warna neutral seperti hitam, putih, navy atau kelabu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak beberapa tahun ini, golongan lelaki dilihat lebih gemar memakai kurta, lebih-lebih lagi di hari Jumaat untuk menghadiri solat Jumaat di masjid. Berbanding dahulu,Baju Melayu sering menjadi pilihan utama lelaki.
Artikel kali ini, MASKULIN akan kongsikan beberapa faktor mengapa kurta lebih menjadi pilihan lelaki berbanding Baju Melayu.
Perkara utama yang sering dipertimbangkan lelaki dalam berpakaian adalah keselesaan. Rekaan kurta tanpa berkolar sering menjadi pilihan kebanyakan lelaki. Sesetengah lelaki kurang gemar memakai Baju Melayu berkolar Cekak Musang kerana kurang selesa.
Jika anda perhatikan, ramai lelaki tidak gemar memakai Baju Melayu secara lengkap. Baju Melayu lengkap merangkumi baju dan seluar, dan lebih lengkap jika bersamping. Atas faktor keselesaan dan ingin kelihatan lebih santai, ramai lelaki gemar memakai bahagian baju sahaja dan digandingkan dengan seluar yang lain.
Kurta pula merupakan baju sahaja tanpa seluar. Oleh itu, ia bebas digayakan dengan seluar biasa dan tiada ‘peraturan’ pemakaian lengkap bagi kurta.
Bukan sahaja untuk menghadiri aktiviti kerohanian di masjid, ia juga boleh di pakai untuk harian dan menghadiri majlis-majlis perkahwinan. Jika anda tahu cara untuk menyuai padankan kurta dengan seluar yang bersesuaian, anda pasti boleh menghadiri pellbagai acara dengan memakai kurta.
Suai padankan dengan kain pelikat untuk ke masjid, ataupun seluar slack mahupun khaki untuk menghadiri majlis perkahwinan. Jika ingin kelihatan santai untuk aktiviti harian, padankan dengan seluar jeans atau apa-apa seluar bagi bagi penampilan yang lebih moden.
Bagaimanapun, masih ramai yang menggemari Baju Melayu kerana nilai tradisionalnya. Yang penting, hormati nilai pakaian budaya dan usah biarkan nilai keasliannya hilang dibawa arus kemodenan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bukan sekadar hiburan kosong, siri premium Astro Originals 'Good Boys Go To Heaven' benar-benar meninggalkan impak sosial yang mendalam dan terus hidup dalam ingatan penonton.