Salah satu perkara yang cukup merisaukan ramai orang terutamanya yang bekerja di pejabat pada masa kini ialah perubahan fizikal yang disebabkan oleh kurangnya melakukan pergerakan.
Kajian mendapati kebanyakan individu yang bekerja di pejabat dan menghadap komputer dalam tempoh masa yang panjang berdepan dengan risiko kecederaan pada bahagian otot tertentu pada badan.
Selain boleh menyebabkan sakit belakang terdapat satu lagi simptom yang tidak kurang buruknya keadan kepada anda.
Pernahkan anda dengar tentang istilah ‘Frozen Shoulder’?
APA ITU FROZEN SHOULDER?
Frozen Shoulder boleh berlaku apabila tisu penghubung yang membaluti sendi mula menjadi tebal dan ketat. ‘Frozen shoulder’ juga dikenali sebagai adhesive capsulitis melibatkan kekakuan dan kesakitan pada sendi bahu.
Tanda dan gejala biasanya bermula perlahan-lahan, kemudian menjadi lebih teruk. Dari masa ke masa, gejala menjadi lebih baik dan biasanya dalam masa 1 hingga 3 tahun.
Ads
Ia juga kadangkala boleh berkembang selepas mengalami kecederaan bahu atau lengan, seperti patah tulang, atau selepas menjalani pembedahan di kawasan bahu anda.
Ilustrasi: orthoinfo.aaos.org
Ini mungkin sebahagiannya disebabkan oleh mengekalkan lengan dan bahu anda untuk jangka masa yang lama semasa pemulihan anda. Kapsul bahu anda mungkin mengetatkan kerana kekurangan penggunaan.
Menurut perkongsian dari Armel Sports Recovery Center, kecederaan bahu seperti ini kerap berlaku. Bagi kes yang serius kos rawatannya boleh menelan belanja yang agak tinggi.
RAWATAN AWAL
Kebiasaannya Frozen Shoulder dialami oleh golongan yang bekerja pejabat dan mereka yang aktif dalam beberapa jenis sukan seperti larian, berbasikal, tenis dan renang.
Ads
Individu yang cenderung berdepan dengan kecederaan seperti ini ialah mereka yang berusia 40 tahun ke atas.
Jadi bagaimana jika anda mengalami kecederaan Frozen Shoulder seperti ini?
Menurut Armel Sports Recovery Center lagi, jika mereka menerima pesakit mereka akan melakukan penilaian kecederaan terlebih dahulu. Kemudian rawatan akan disusuli dengan urutan pemulihan.
Ads
Bagi kecederaan kurang serius rawatan mungkin lebih ringkas dan mampu sembuh dalam tempoh cepat. Bagi kecederaan Frozen Shoulder yang serius pula mereka mengesyorkan pesakit untuk mengikuti sesi rawatan sebanyak dua atau tiga kali.
Jika anda berdepan kekakuan otot bahu di pejabat atau di rumah, lakukan rawatan segera dengan menggunakan ais dan sapu di bahagian yang sakit untuk kelegaan segera. Satu perkara perlu anda tahun tentang simptom ini ialah apabila ia menyerang memang sangat sakit.
Bukan itu sahaja pergerakan juga menjadi sangat terhad hinggakan nak angkat tangan pun tak boleh.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memakan makanan yang salah bakal memberi kesan pada tubuh, seterusnya merencatkan aktiviti kecergasan. Jadi apa kamu benar yakin dengan apa yang kamu makan sebelum sesi bersenam?
Elak makan makanan yang mengandungi kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional. Walaupun ia mampu memberi tenaga semasa sesi awal senaman, ketahuilah badan akan mula melemah secara drastik semasa pertengahan senaman. Ia juga bakal mengundang pening-pening kepala.
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana, darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa sesi bersenam.
Membawa fikiran bahawa ‘bersenam dengan perut kosong bakal mempercepatkan sesi pembakaran lemak’ adalah satu mitos semata-mata. Bersenam secara ini bukan sahaja meningkatkan daya lapar perut, malah ia juga menyah-singkir Glycogen, iaitu sel dari Glukosa yang menyimpan tenaga pada otot. Penyingkiran sel ini akan membuatkan otot mudah penat dan lemah.
Mengandungi kadar kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan lebih dari satu tin minuman tenaga ini bakal membuatkan pola tidur seseorang itu tidak sekata. Apabila tidur tidak mencukupi dan terganggu, maka rutin senaman dan pemakanan dia juga bakal terganggu.
Tidak lah menjadi satu kesalahan untuk memakan telur mentah sebagai makanan pre-workout. Namun terdapat risiko untuk perut yang tidak tahan/lasak iaitu keracunan bakteria Salmonella. Keracunan makanan ini mengundang Diarhea atau cirit-birit. Sebaiknya makanlah susu masam atau protein shake, 45 minit sebelum melakukan senaman.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jangan ingat lelaki berbadan kurus sentiasa sihat dan terhindar daripada sebarang penyakit. Hakikatnya, lelaki berbadan kurus juga tidak terlepas daripada dihidapi penyakit kardiovaskular.
Penyakit jantung dan strok menyumbang kepada satu perempat daripada jumlah kematian di Malaysia, malah semakin ramai golongan muda yang mengalaminya. Penyakit jantung atau lebih khusus, penyakit kardiovaskular merangkumi penyakit seperti angin, serangan jantung dan strok.
Ia berpunca daripada lemak yang terkumpul (atau plak) di dalam arteri dalam jangka masa lama dan proses ini dikenali sebagai aterosklerosis.
Apabila arteri menjadi sempit, sel darah merah yang kaya dengan oksigen tidak cukup untuk sampai ke jantung dan otot lalu menyebabkan sakit dada yang teramat sangat.
Jika sebahagian daripada plak pecah, platelet berkumpul di kawasan yang cedera dan membentuk darah beku. Akhirnya, darah beku akan menghalang aliran darah ke jantung.
Situasi ini menyebabkan serangan jantung berlaku. Darah beku yang menghalang aliran darah ke otak pula dipanggil strok.
Risiko kegagalan jantung ialah 34 peratus lebih tinggi bagi individu lebih berat badan dan 104 peratus lebih tinggi bagi mereka yang obes. Mereka yang lebih berat badan atau obes lebih cenderung kepada risiko penyakit kardiovaskular yang lain seperti paras kolesterol dan trigliserida darah yang tinggi, tekanan darah tinggi serta diabetes.
Tekanan darah tinggi meningkatkan beban ke atas jantung dan salur darah. Lama-kelamaan tekanan darah tinggi akan merosakkan dinding arteri. Plak mula terbentuk di kawasan yang rosak, arteri menjadi semakin sempit, tekanan darah semakin meningkat dan apabila plak pecah, darah beku terbentuk serta menghalang aliran darah.
LDL (lipid ketumpatan rendah) atau kolesterol ‘jahat’ ialah sumber utama plak yang menyumbat arteri. HDL (lipid ketumpatan tinggi) sebaliknya membantu mencegah penyakit kardiovaskular dan faktor risiko berkaitan. Tabiat makan yang tidak sihat, lebih berat badan atau obes dan gaya hidup tidak aktif ialah faktor utama menyumbang kepada paras kolesterol tinggi.
Makan terlalu banyak makanan yang mengandungi kolesterol atau lemak tepu adalah tidak baik. Semua jenis makanan jika diambil berlebihan tidak baik; diet yang sihat untuk jantung (dan tubuh) perlu seimbang dan kaya dengan pelbagai khasiat.
Orang dewasa yang menghidap diabetes mempunyai risiko dua hingga empat kali lebih tinggi terhadap kematian berpunca daripada penyakit jantung berbanding mereka yang tidak mengalami diabetes. Paras glukosa rendah dan paras glukosa sewaktu berpuasa yang terganggu meningkatkan risiko strok dan penyakit kardiovaskular.
Di samping itu, kerintangan insulin berkait rapat dengan obesiti dan orang menghidap diabetes sering menghidap tekanan darah tinggi dan merekodkan paras kolesterol yang tidak sihat. Gabungan faktor risiko terbabit meningkatkan kebarangkalian penyakit kardiovaskular dalam kalangan penghidap diabetes.
Merokok seperti tekanan darah tinggi, juga merosakkan dinding arteri anda yang membawa kepada pembentukan plak. Bahan kimia di dalam setiap batang rokok juga menyebabkan darah menjadi pekat dan membentuk darah beku di dalam arteri serta menjurus kepada penyakit kardiovaskular. Merokok sekotak rokok sehari boleh menggandakan risiko penyakit jantung.
Tabiat makan yang tidak sihat (diet yang tinggi lemak tepu / trans dan kurang serat, pengambilan garam berlebihan) berserta kurang melakukan aktiviti fizikal secara berkala akan meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular. Berazamlah untuk mencapai gaya hidup yang sihat untuk mencegah penyakit kardiovaskular.
Makan semua makanan daripada pelbagai kumpulan di dalam piramid makanan dalam saiz sajian sederhana dan pilih pelbagai jenis makanan daripada setiap kumpulan makanan. Hadkan makanan bergula, berminyak dan bergaram yang boleh memburukkan faktor risiko penyakit kardiovaskular.
Serat membantu mengawal paras kolesterol dan glukosa dalam darah, mengekalkan berat badan sihat dan mengurangkan risiko penyakit kardiovasular contohnya obesiti. Untuk mendapatkan serat, tambah legum, bijirin penuh, buah dan sayur ke dalam diet harian anda. Produk makanan bijirin penuh seperti beras perang, oat dan roti bijirin penuh ialah sumber baik bagi serat.
Makanan terbabit juga mengandungi vitamin dan mineral lain. Oat khususnya, mengandungi serat larut yang likat dikenali sebagai beta-glukan. Ia membantu mengurangkan jumlah kolesterol ketumpatan rendah (LDL) di dalam darah anda.
Aktiviti fizikal terutama senaman aerobik, membantu menguatkan otot jantung, mengurangkan stres, memperbaiki metabolisme dan meningkatkan paras kolesterol HDL. Panduan Diet Malaysia menyarankan 30 minit senaman berintensiti sederhana, lima hingga enam kali setiap minggu diikuti bergiat aktif sepanjang hari dengan membuat pilihan yang lebih aktif contohnya, menggunakan tangga berbanding lif, berjalan pergi dan balik daripada makan tengah hari atau kedai berhampiran berbanding menaiki kereta.
Mengekalkan berat badan yang sihat atau mengurangkan lebih berat badan boleh menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan faktor risikonya (contohnya paras kolesterol dan tekanan darah) dengan ketara. Berazam untuk capai Indeks Jisim Tubuh (IJT) di antara 18.5-24.9. Ukuran lilitan pinggang 90 sentimeter (35 inci) atau lebih bagi lelaki atau 80 sentimeter (32 inci) atau lebih bagi wanita, dikaitkan dengan masalah kesihatan seperti diabetes jenis dua, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.
Jadualkan pemeriksaan tahunan bagi tekanan darah, paras kolesterol dan glukosa anda. Penyakit kardiovaskular boleh wujud tanpa sebarang simptom atau simptomnya tidak begitu jelas kelihatan. Oleh itu, mengetahui sama ada anda berisiko terhadap penyakit kardiovasular melalui saringan boleh membantu doktor menasihati anda mengenai kaedah rawatan sesuai.
Stres sebenarnya boleh meningkatkan tekanan darah, begitu juga jika tidak cukup tidur. Cuba dapatkan lapan jam tidur yang berkualiti, belajar untuk menenangkan tubuh, minda dan jiwa anda dari semasa ke semasa.
Sesiapa yang merokok satu kotak rokok sehari menggandakan risiko serangan jantung berbanding mereka tidak merokok. Perokok yang berhenti merokok mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular dengan serta-merta!
Anda boleh mencegah dan mengawal banyak faktor risiko penyakit kardiovaskular melalui perubahan gaya hidup yang sihat lantas menikmati kehidupan lebih gembira bersama orang disayangi. Perubahan terbabit bukan saja melindungi jantung anda tetapi juga meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalu kalau kaki terlanggar batu kita pasti rasa sakit, namun tidak kepada pesakit kencing manis atau diabetes, walau apa yang mereka pijak atau terlanggar mereka tidak rasa sakit dan ia sangat serius. Ini yang akan terjadi kepada pesakit diabetes untuk jangka masa panjang.
Ia dikongsikan oleh Dr. Izzat melalui laman twitter. Perkongsiannya mendapat 1668 ulang ciap dan 955 tanda suka.
Tidur enam saat kini tular di media sosial, namun KKM memberi amaran keras kerana teknik ini boleh menyebabkan pengsan, strok, kerosakan otak dan berpotensi membawa maut.