Ads

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex muncul dalam dunia kasut gaya hidup hari ini ketika ramai orang inginkan satu perkara yang sama. Kasut yang selesa dipakai sepanjang hari tanpa perlu berkompromi dengan gaya.

Skechers nampaknya memahami keperluan ini dengan cukup baik melalui pelancaran koleksi terbaharu mereka yang memberi fokus kepada keselesaan maksimum untuk kegunaan harian.

Selepas mencuba sendiri model GOwalk Max Cushioning Flex Pave untuk lelaki, perkara pertama yang paling terasa ialah betapa mudahnya kasut ini dipakai.

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan

Dengan teknologi Hands Free Slip Ins, anda hanya perlu melangkah masuk ke dalam kasut tanpa perlu tunduk atau menggunakan tangan.

Ia mungkin kedengaran seperti ciri kecil, tetapi dalam penggunaan harian seperti keluar sebentar, ke pejabat atau berjalan di pusat membeli belah, kemudahan ini sangat terasa praktikal.

Reka Bentuk Slip Ins Praktikal

Salah satu perkara yang membuatkan Skechers GOwalk Max Cushioning Flex terasa berbeza ialah konsep Slip Ins yang direka untuk memudahkan pemakai.

Tidak perlu lagi melonggarkan tali kasut atau menggunakan tangan untuk memakainya. Hanya melangkah masuk dan kasut akan terus memegang kaki dengan kemas.

Reka bentuk bahagian tumit yang menggunakan Heel Pillow juga memainkan peranan penting.

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan

Struktur ini membantu memegang kaki dengan lebih stabil sebaik sahaja anda memijak kasut. Hasilnya, kasut terasa lebih secure walaupun tanpa perlu melaraskan kedudukan kaki seperti kasut biasa.

Gabungan Teknologi Cushioning Sangat Selesa

Kekuatan sebenar Skechers GOwalk Max Cushioning Flex terletak pada bahagian tapaknya. Skechers menggunakan gabungan Max Cushioning platform bersama teknologi ULTRA GO foam yang memberikan rasa tapak yang empuk tetapi masih responsif.

Ads

Semasa berjalan, kasut ini memberi sensasi yang ringan dan sedikit springy. Ia membantu mengurangkan tekanan pada kaki terutama apabila berjalan lama.

Bagi mereka yang banyak bergerak sepanjang hari, kombinasi cushioning ini menjadikan setiap langkah terasa lebih bertenaga tanpa rasa terlalu lembut atau tenggelam.

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan

Bahagian dalam kasut pula dilengkapi dengan Air Cooled Goga Mat insole yang membantu memberikan sokongan tambahan pada tapak kaki. Pada masa yang sama, sistem pengudaraan ini membantu kaki kekal selesa walaupun digunakan dalam tempoh yang panjang.

Digabungkan bersama Soft Stride cushioning, pengalaman berjalan terasa lebih konsisten dari langkah pertama hingga ke penghujung hari. Inilah antara sebab utama ramai peminat Skechers memilih model seperti Skechers GOwalk Max Cushioning Flex sebagai kasut harian mereka.

Reka Bentuk Sporty Minimal Yang Mudah Dipadankan

Dari segi reka bentuk, Skechers GOwalk Max Cushioning Flex mengekalkan gaya sporty yang minimal dan moden. Upper kasut menggunakan engineered mesh yang ringan serta breathable, menjadikannya sesuai untuk pelbagai aktiviti santai.

Material ini membantu pengudaraan yang lebih baik supaya kaki tidak terasa terlalu panas ketika dipakai lama. Pada masa yang sama, struktur mesh ini juga membantu mengurangkan berat keseluruhan kasut.

Ads

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan

Siluet kasut juga tidak terlalu bulky walaupun mempunyai cushioning yang tebal. Ini menjadikannya mudah dipadankan dengan pelbagai gaya pakaian lelaki seperti seluar jean, jogger atau outfit kasual moden.

Traction Fleksibel Untuk Kegunaan Harian

Bahagian outsole menggunakan flexible traction yang membantu memberikan cengkaman lebih baik pada permukaan biasa seperti laluan pejalan kaki, lantai pusat membeli belah atau trek ringan.

Dengan ketinggian tumit sekitar dua inci, kasut ini juga membantu memberikan posisi berjalan yang lebih natural dan selesa. Reka bentuk ini sesuai untuk mereka yang banyak berjalan sama ada ketika melancong, bekerja atau melakukan aktiviti harian.

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan

Mudah Dijaga Dan Boleh Dibasuh Mesin

Satu lagi kelebihan Skechers GOwalk Max Cushioning Flex yang mungkin ramai akan hargai ialah ciri penjagaannya yang mudah.

Kasut ini boleh dibasuh menggunakan mesin basuh tanpa perlu risau tentang kerosakan pada struktur kasut.

Ads

Bagi kasut yang direka untuk kegunaan harian, ciri ini sangat membantu kerana kasut mudah terdedah kepada habuk dan kotoran. Dengan hanya memasukkannya ke dalam mesin basuh, kasut boleh kembali bersih tanpa proses penjagaan yang rumit.

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan

BACA: 10 Tip Pilih Saiz Kasut Paling Tepat & Selesa, Rahsia Langkah Tanpa Sakit!

Pilihan Praktikal

Secara keseluruhan, Skechers GOwalk Max Cushioning Flex ialah pilihan yang sangat praktikal untuk lelaki yang mahukan kasut harian yang ringan, mudah dipakai dan memberikan keselesaan maksimum.

Ia menggabungkan teknologi Slip Ins, cushioning moden serta reka bentuk sporty yang masih kelihatan kemas untuk gaya kasual.

Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan
Seleksi warna versi lelaki
Skechers GOwalk Max Cushioning Flex, Setiap Langkah Terasa Lebih Ringan
Seleksi warna versi wanita

Dengan harga bermula sekitar RM399, kasut ini menawarkan keseimbangan yang baik antara teknologi keselesaan, fungsi harian dan gaya moden.

Bagi mereka yang mahukan kasut berjalan yang praktikal tanpa mengorbankan gaya, model ini boleh menjadi salah satu pilihan yang sangat berbaloi.

Rating MASKULIN: 4/5

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads
Azizulhasni Awang

Azizulhasni Awang Raih Emas Keirin Piala Dunia, Digelar Pakar Pecut Genius...

Azizulhasni Awang mencipta kemenangan emas acara keirin Piala Dunia Berbasikal Trek UCI di Perth selepas aksi dramatik foto penamat yang dipuji pengulas sebagai persembahan “master class”.