Setiap tahun, warna Baju Melayu menjadi salah satu perbualan utama menjelang Aidilfitri. Trend warna bukan sahaja dipengaruhi oleh industri fesyen tempatan tetapi juga global, dari pentas peragaan antarabangsa hingga citarasa rakyat Malaysia.
Untuk tahun 2025, warna-warna yang mendominasi Baju Melayu adalah gabungan tona moden, warna klasik yang diperbaharui, serta elemen alam yang memberikan kesan mewah dan elegan.
Jika anda ingin tampil bergaya dan relevan dengan trend semasa, berikut MASKULIN kongsikan 10 warna trending Baju Melayu untuk Raya 2025.
Hijau zamrud kembali menjadi pilihan kerana aura kemewahannya. Warna ini melambangkan keseimbangan, ketenangan, dan kemakmuran—sesuai untuk menonjolkan gaya sofistikated sepanjang Aidilfitri.
Warna earthy seperti coklat terracotta memberi sentuhan klasik tetapi moden. Ia sesuai bagi mereka yang mahukan gaya maskulin dengan sedikit elemen rustic dan minimalis.
Biru kelabu atau slate blue menjadi kegemaran ramai kerana keunikan tona neutralnya. Ia memberikan keseimbangan antara gaya tradisional dan moden, sesuai untuk lelaki yang sukakan gaya versatil.
Jika anda ingin menonjol tetapi tetap dalam nada sofistikated, Champagne Gold adalah pilihan terbaik. Warna ini memberikan efek eksklusif dan sangat sesuai dipadankan dengan butang Baju Melayu atau sampin yang berkilauan.
Hijau zaitun adalah warna alam semula jadi yang memberikan rasa kehangatan. Ia semakin mendapat tempat dalam dunia fesyen lelaki kerana tampilannya yang mewah dan versatil.
Baju Melayu berwarna deep maroon menyerlahkan elemen keanggunan dan keperibadian yang kuat. Warna ini adalah simbol kepercayaan diri dan kehangatan, sesuai untuk lelaki yang ingin tampil berwibawa.
Sky Teal, campuran biru dan hijau lembut, memberikan kesan segar dan dinamik. Warna ini mencerminkan lelaki yang moden dan suka dengan gaya minimalis tetapi tetap mahu kelihatan unik.
Dusty Lilac ialah warna yang membawa aura lembut tetapi tetap maskulin. Tona ungu kelabu ini memberikan keseimbangan antara gaya klasik dan kontemporari, menjadikannya pilihan ideal untuk mereka yang ingin tampil eksklusif.
Warna navy yang lebih pekat dan gelap daripada biru biasa ini mencipta aura kepercayaan diri dan ketegasan. Ia juga sangat mudah digayakan dengan sampin bercorak moden atau songket tradisional.
Bagi mereka yang gemarkan warna-warna lembut dan neutral, Caramel Latte adalah pilihan tepat. Ia memberikan sentuhan classy yang effortless dan sangat sesuai dengan apa jua tona kulit.
Tahun ini, jangan takut untuk bereksperimen dengan warna-warna baru dan padankan dengan aksesori seperti sampin moden, butang Baju Melayu yang unik, serta kasut yang sepadan untuk menampilkan gaya yang lebih refined dan berkarisma.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama New Balance kini dilihat semakin mendapat tempat di kalangan peminat fesyen. Sejak beberapa tahu lalu ia menjadi pilihan ramai terutama di kalangan sneakerhead dan penggemar streetwear.
Selain itu, New Balance juga dilihat semakin mengukuhkan kedudukan mereka dalam dunia fesyen berteraskan sukan. Terbaru, New Balance memperkenalkan instalasi terbaru kempen globalnya, ‘We Got Now’ menerusi beberapa siri video.
Lebih menarik siri video kempen yang dilancarkan oleh mereka turut menampilkan juara dua kali NBA, Kahwhi Leonard, penyanyi K-pop popular IU, bintang bola sepak Raheem Sterling dan Bukayo Saka serta tidak ketinggalan artis meningkat naik, Jack Harlow.
Menerusi tiga video yang dilancarkan ia menampilkan Harlow dan Leonard dalam video pertama, IU menerusi video kedua dan akhir sekali Sterling dan Saka. Mereka merupakan wajah-wajah yang telah banyak mencorakkan dunia sukan dan juga budaya popular masa kini.
Fokus yang diserlahjan mereka juga memawa signifikasi kemantapan jenama New Balance yang kini dilihat menjadi salah satu suara generasi baharu dalam melakukan ekspresi diri.
Kerjasama New Balance bersama atlet dan artis menerusi ‘We Got Now’, New Balance dilihat ingin memperkasakan impian setiap individu untuk sekarang dan masa akan datang.
“Kesinambungan kempen ‘We Got Now’ memberikan cabaran tersendiri kepada duta jenama kami dan bersama-sama peminat ia boleh direalisasikan dengan cukup bermakna.
“Kita perlu memberi peluang kepada diri sendiri merasai kebebasan untuk melakukan sesuatu yang positif,” jelas Ketua Pegawai Urusan dan Timbalan Presiden Urusan Perniagaan New Balace, Chris Davis.
Jika anda ingin ketahui lebih lanjut tentang kempen ini, boleh layari laman sesawang rasmi mereka.
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda bahawa penyakit resdung boleh mambawa maut? Resdung adalah sejenis alahan dan keradangan di dalam hidung (selaput dalam hidung). Penyakit ini biasanya hadir ketika anda mengemas rumah dan terdedah kepada kawasan-kawasan kotor. Resdung atau sinus ini sensitif kepada bau wangi, bulu kucing dan habuk. Keradangan sinus sudah boleh dianggap serius kerana kesannya sangat menakutkan. Anda yang kronik pada resdung ini akan mudah dijangkiti virus dan bakteria, demam, jangkitan tulang muka, jangkitan nanah disekeliling mata, jangkitan otak, jangkitan tonsil dan keradangan telinga.
Ini kerana nanah dari sinus frontal tidak dapat keluar dari hidung dan akan masuk memenuhi ruang dalam otak. Dinding pemisah ini menjadi semakin tebal dan sinus frontal telah terbentuk dengan sempurna.
Bagaimanapun, keadaan ini mengakibatkan ostia mudah tersumbat. Bahagian sinus maxilla merupakan kawasan yang sering dijangkiti resdung, tetapi komplikasinya amat jarang berlaku.
Ini kerana nanah tidak boleh menembusi dinding maxilla yang tebal. Namun, sekiranya nanah merebak ke dalam otak, pesakit perlu menjalani pembedahan sinus frontal dan pembedahan neurosurgery. Bagi kes-kes seumpama ini, kadar kematian meningkat hingga 40 peratus.
Sebab tu jangan ambil mudah dengan penyakit resdung ini. Ini tips yang paling mudah untuk rawat sinus anda di rumah:
1) Tekapkan muka dengan kain yang dibilas dengan air panas
Cara ini dapat membantu anda untuk membuka rongga pernafasan dengan mudah. anda hanya perlu tekapkan wajah anda dengan kain yang sudah diperahkan air panas. Ini dapat mengeluarkan lender yang tersekat pada ruang hidung anda.
2) Cuka Epal dan Madu
Cara merawat resdung adalah dengan mengamalkan pengambilan cuka epal dan madu. Ambil tiga sudu cuka epal, masukkan ke secawan air panas atau teh. Tambah limau dan madu secukupnya, lalu minum tiga kali sehari.
3) Limau nipis dan pandan
Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan. Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air sahaja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Setelah selesai anda boleh cuci wajah dengan air biasa.
4) Lidah Buaya
Lidah buaya ni sememangnya banyak khasiatnya. Ia boleh merawat resdung kerana mengandungi sifa antiseptic. Titiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung ataupun anda boleh rebus dan minum air untuk kesan yang lebih baik
5) Air Masak
Anda mungkin Nampak tips ke 5 ini terlalu common. Untuk pengetahuan anda, air masak ini boleh mengawal lendiran tersumbat dalam hidung anda, disamping menjadikan badan anda sihat dan cergas.
Penyakit resdung ini, jika tidak diambil serius boleh meragut nyawa. Jika anda kronik pada sinus ini, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan pakar untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.