
Jenama Skechers terus membuktikan dominasinya dalam dunia gaya hidup dan terbaru streetwear dengan pelancaran koleksi terbaharu, Skechers Hotshot.
Koleksi ini tampil dengan siluet moden yang direka untuk mereka yang mahukan kombinasi sempurna antara gaya dan keselesaan. Sekali gus menjadikannya sebagai salah satu siluet yang cukup menarik dijadikan sebagai pilihan gaya lelaki bergaya masa kini.
Estetika Retro Sentuhan Kontemporari
Skechers Hotshot diinspirasikan daripada estetika retro tahun 90-an dengan suntikan elemen kontemporari yang sesuai untuk citarasa dan trend terkini.
Dengan rekaan kasut bersiluet tebal, tapak chunky dan permainan warna berani, koleksi ini membawa nuansa street style yang penuh keyakinan.

Setiap pasang kasut dalam koleksi Hotshot menggunakan teknologi Skechers khas yang memberikan keselesaan optimum.
Inovasi seperti Air-Cooled Memory Foam memastikan setiap langkah terasa ringan dan menyokong, sesuai untuk aktiviti harian mahupun acara santai hujung minggu.
Reka bentuk ini bukan sahaja menekankan gaya, malah menjanjikan fungsi yang memenuhi keperluan lelaki aktif.

Gaya Hidup Streetwear
Streetwear bukan lagi sekadar trend, tetapi sudah menjadi budaya global. Lelaki moden hari ini menjadikan fesyen sebagai medium ekspresi diri, dan Skechers memahami keperluan itu.
Hotshot direka untuk menggabungkan fesyen jalanan dengan elemen prestasi, mencipta kasut yang boleh dipakai di jalanan mahupun dalam gaya kasual yang lebih kemas.

Selain daripada rekaan yang menarik, Skechers turut menekankan kepelbagaian. Koleksi ini hadir dengan pelbagai pilihan warna yang berani, sesuai untuk disesuaikan dengan gaya peribadi setiap individu.
Dari rona neutral sehingga kombinasi warna kontras, Skechers Hotshot memberi peluang untuk bereksperimen tanpa meninggalkan keselesaan.

Harga Berpatutan, Kualiti Premium
Walaupun tampil dengan imej premium, Skechers Hotshot mengekalkan harga yang berpatutan untuk pasaran tempatan. Harga bermula sekitar RM459, menjadikannya pelaburan berbaloi untuk mereka yang mahukan kasut berkualiti tinggi dengan reka bentuk beridentiti.
Hotshot juga boleh didapati di butik Skechers seluruh negara serta atas talian melalui laman rasmi Skechers Malaysia. Dengan akses yang mudah, koleksi ini memberi peluang kepada semua untuk menikmati gabungan gaya, prestasi dan nilai dalam satu pembelian.
Skechers Hotshot bukan sekadar koleksi kasut, tetapi simbol evolusi gaya hidup lelaki moden yang menghargai gaya dan keselesaan dalam satu pakej.
BACA: Salah Catat Sejarah, Pemain Pertama Menang PFA Player of the Year Award Buat Kali Ketiga
Direka dengan inspirasi retro tetapi dicipta untuk realiti kontemporari, ia menegaskan bahawa streetwear adalah bahasa fesyen generasi hari ini.
Bagi lelaki yang mahu menyerlah di jalanan tanpa mengorbankan keselesaan, Skechers Hotshot adalah jawapan yang tepat.
Koleksi Skechers Hotshot boleh didapati di butik Skechers terpilih dan juga boleh didapati dalam talian di Skechers.com.my.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seluar Dalam Melambangkan Personaliti Kamu? Hey Lelaki, Kamu Wajib Baca!

Apakah perkara yang menjadi faktor utama anda ketika memilih seluar dalam? Sesetengah lelaki amat mementingkan aspek keselesaan, ada juga yang menjadikan faktor fesyen dan praktikaliti sebagai kayu pengukur.
Apa pun sebab anda memilih sesuatu stail, terselit juga sedikit refleksi personaliti anda.
Jadi, anda tergolong dalam kategori yang mana satu?
Seluar dalam dan personaliti lelaki

1. BRIEFS

SELUAR DALAM JENIS BOXER MEMPUNYAI VARIASI WARNA DAN CORAK, SELAIN MENJADI PILIHAN LELAKI KERANA POTONGAN YANG LONGGAR DAN SELESA.
Anda mungkin: seorang yang relaks dan easy-going, lelaki yang tradisional dan tidak ambil pusing sangat dengan trend fesyen terkini.

3. BOXER BRIEFS

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Fakta Menarik Pakaian Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17

Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 akan berlangsung esok, menyaksikan Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar secara rasminya ditabalkan sebagai ketua negara, manakala Raja Zarith Sofiah binti Sultan Idris Shah sebagai Raja Permaisuri Agong.
Menjelang istiadat pertabalan diraja itu, MASKULIN kongsikan beberapa maklumat menarik yang dipetik dari perkongsian di laman Instagram @officialsultanibrahim mengenai busana yang akan dipakai oleh Sultan Ibrahim sepanjang istiadat berlangsung.
Muskat

Seperti yang dipakai oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini, baginda akan memakai Muskat merupakan pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong. Namanya diambil sempena kota Muskat iaitu ibu negara Oman yang merupakan tempat berasalnya rekaan pakaian kebesaran diraja itu.
Diperbuat daripada kain sakhlat berwarna hitam, ia turut dihiasi dengan corak awan larat dan bunga kebangsaan Malaysia iaitu bunga raya yang ditekat menggunakan benang emas.
Mess Kit

Berbeza dengan istiadat pertabalan, pakaian rasmi Yang di-Pertuan Agong ketika berangkat ke Majlis Santapan Diraja ialah Mess Kit.
Pemakaian Mess Kit dipakai buat pertama kalinya secara rasmi oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-13 iaitu Sultan Mizan Zainal Abidin dari Terengganu.
Reka bentuk dan corak Mess Kit diolah berdasarkan Muskat.
Tengkolok Diraja

Ketika istiadat pertabalan, baginda akan memakai Tengkolok Diraja dikenali sebagai Dendam Tak Sudah seperti yang dipakai Yang di-Pertuan Agong terdahulu.
Pending Diraja

Pending Diraja merupakan alat kebesaran yang dipakai bersama bengkung. Diperbuat daripada emas sepuluh mutu bertatah permata delima serta tertera Jata Negara di bahagian tengahnya.
Samping Diraja

Samping yang diperbuat dari kain songket akan dipakai bersama bengkung dan Pending Diraja.
Yang menariknya, ini merupakan kali pertama motif tradisional negeri Johor iaitu dedaun gambir dan lada hitam digunakan sebagai motif utama pada Samping Diraja, Tengkolok Diraja dan juga bengkung.
Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 akan berlangsung di Istana Negara, Kuala Lumpur pada Sabtu, 20 Julai 2024, diikuti dengan Majlis Santapan Diraja pada hari yang sama.
Sumber: Instagram @officialsultanibrahim
BACA: Sultan Ibrahim Selaku Yang di-Pertuan Agong ke-17, Ini 10 Fakta Menarik Baginda
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Unik Atau Berani, Ini Trend Fesyen Lelaki Paling Pelik Di Dunia

Fesyen merupakan satu seni yang kini dianggap cukup penting dalam kehidupan masyarakat moden. Selain bertindak menjadi kanvas personaliti pemakainya, fesyen juga boleh membawa simbol status dan juga kekayaan.
Trend fesyen pula tidak dapat dijangka ke mana hala tujunya. Seperti roda, ia kebiasaannya akan berulang kepada perkara yang sama cuma membezakan ialah sentuhan serta inspirasi yang muncul di sebalik rekaan.
Namun tidak semua fesyen itu sesuai untuk semua orang dan tidak semua juga relevan dengan apa yang dibawa oleh seorang figura bernama lelaki.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi jenis trend yang mungkin agak unik dan pelik pernah dipertontonkan untuk pasaran di dalam industri fesyen.
ROMPHIM

Sejujurnya penulis sendiri tidak ada keberanian untuk menggayakan rompers. RompHim merupakan jenama rompers lelaki yang dilancarkan pada tahun 2017. Pakaian dalam kategori ‘one piece’ ini muncul dengan pelbagai corak cetakan.
LACE SEPARATES

Bila sebut sahaja tentang kain lace pastinya ia lebih sinonim dengan pakaian wanita. Tapi sebenarnya ada juga pengusaha fesyen menggunakan material ini menhasilkan baju untuk lelaki. Boleh see thru! Mungkin untuk lelaki yang ada personaliti kinky sesuai menggayakannya.
CROP TOPS

Jenama Comme des Garçons pernah menampilkan crop tops untuk lelaki menerusi koleksi ‘Boyhood’ suatu ketika dahulu.
Baju senteng ini bukannya bersaiz kecil ya tetapi memang direka sebegitu. Kalau berani cubalah pakai.
OVERSIZED SLEEVES

Baju lengan panjang juga cukup popular di kalangan lelaki. Namun berbeza dengan trend ini di mana labuh lengannya sangat panjang hingga berlipat-lipat. J.W Anderson pernah menampilkan knit-sweter tampil dengan rekaan ini. Sekurang-kurangnya bahagian tangan boleh terlindung dari cuaca sejuk.
CHOKER

Penggunaan aksesori choker lebih sinonim di kalangan wanita terutamanya golongan muda. Namun tidak berapa lama dahulu ia pernah digayakan dengan berleluasa oleh lelaki terutamanya artis dan penyanyi. Mungkin pemakainya gemar jadi mangsa cekik barangkali.
Dapatkan seleksi fesyen yang lebih sesuai dengan anda dan tidak pelik di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang


