Menjaga kulit bukan hanya keperluan wanita, tetapi juga penting untuk lelaki.
Kulit yang sihat bukan sahaja meningkatkan keyakinan diri, malah membantu mengelakkan pelbagai masalah seperti jerawat, kulit kusam dan penuaan pramatang.
Hormon testosteron menyebabkan kulit lelaki lebih berminyak berbanding wanita, menjadikannya lebih terdedah kepada jerawat dan pori tersumbat.
Selain itu, mencukur boleh menyebabkan kulit kering, iritasi dan luka kecil, menjadikannya lebih sensitif jika tidak dijaga dengan betul.
Pendedahan kepada sinar UV dan pencemaran juga boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.
Oleh itu, menggunakan pelembap dan pelindung matahari setiap hari sangat penting untuk memastikan kulit kekal sihat dan terlindung.
Ads
Langkah Mudah Rutin Penjagaan Kulit
Pembersihan Wajah
Langkah pertama adalah membersihkan wajah dua kali sehari menggunakan pencuci muka yang sesuai dengan jenis kulit.
Ini membantu menanggalkan kotoran, minyak, dan sel kulit mati yang boleh menyumbat pori.
Foto : Remaja
Skrub Muka
Penggunaan skrub muka dua kali seminggu dapat membantu kulit lebih segar dan bersih dengan menghilangkan sel kulit mati dan mengelakkan pori tersumbat.
Pelembap
Pelembap penting untuk mengekalkan kelembapan kulit dan mengelakkan kekeringan. Pastikan anda memilih pelembap yang ringan dan tidak berminyak.
Ads
Pelindung Matahari
Satu lagi langkah penting adalah menggunakan pelindung matahari dengan sekurang-kurangnya SPF 30 setiap hari untuk melindungi kulit daripada sinaran UV yang boleh menyebabkan penuaan dan kanser kulit.
Untuk memilih produk yang sesuai, kenali jenis kulit anda terlebih dahulu sama ada berminyak, kering, kombinasi atau sensitif.
Ads
Gunakan produk yang tidak mengandungi bahan kimia keras seperti alkohol dan pewangi yang boleh menyebabkan iritasi.
Membaca label dan ulasan produk juga penting untuk memastikan bahan yang digunakan memberi manfaat kepada kulit, seperti asid hyaluronik, niacinamide, atau aloe vera.
Tidak perlu malu untuk menjaga kulit! Dengan rutin penjagaan kulit yang betul, lelaki boleh memiliki kulit yang lebih sihat dan berseri.
Mulakan dengan langkah mudah dan pilih produk yang sesuai untuk keperluan anda. Jadi, sudah sedia untuk mula menjaga kulit anda hari ini?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selepas rakyat Malaysia mengharungi ‘drama’ selama beberapa hari kancah politik negara, akhirnya negara kita tercinta mendapat Perdana Menteri baharu yang ke-10.
Selepas PRU15 menyaksikan tiada satu pihak pun mendapat majoriti mudah untuk membentuk kerajaan kita semua menjadi saksi bagaimana parti-parti politik melakukan pelbagai langkah perbincangan untuk menarik sokongan.
Hari ini di atas kebijaksanaan Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Pengerusi Pakatan Harapan (PH)M Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Ke-10.
Pelantikan Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 selaras dengan kuasa Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 40(2)(a) dan Perkara 43(2)(a) Perlembagaan Persekutuan.
Foto: Astro Awani
Menurut Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dalam kenyataan yang dikeluarkan, proses seterusnya ialah lstiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri yang dijadualkan berlangsung pada jam 5 petang hari ini di lstana Negara.
Pelantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dicapai susulan Perbincangan Khas Raja-Raja Melayu di Istana Negara, hari ini. Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri dan mempengerusikan mesyuarat berkenaan.
Sementara itu ucapan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim terus membanjiri laman media sosial. Pengguna-pengguna laman media sosial terutamanya penyokong Pakatan Harapan melahirkan rasa kegembiraan dan kesyukuran mereka di atas pelantikan ini.
Begitu juga dengan beberapa pemimpin berpengaruh dari PH seperti Nurul Izzah yang juga anak kepada Perdana Menteri Ke-10.
“I love you, Papa. Am always proud of you – even as you lay imprisoned as a prisoner of conscience.
Legasi yang kita tinggal kan untuk anak-anak dan generasi masa depan bukannya harta, pangkat mahupun wang ringgit, tetapi idealisme dan prinsip perjuangan yang tidak boleh dijual beli.”
Tahniah kepada Perdana Menteri pilihan rakyat Malaysia, Anwar Ibrahim.
Begitu juga ucapan tahniah dari Pengerusi DAP, Lim Guan Eng. “Beliau merupakan pilihan rakyat. Saya juga percata Anwar akan menjalankan tigas dengan baik dengan menjunjung perlembagaan dengan membentuk kerajaan berjiwa rakyat untuk kepentingan semua,” jelasnya.
Dalam masa yang sama, Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli meminta pemimpin PKR/PH tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan sepanjang usaha membentuk Kerajaan Perpaduan berlangsung.
Bagi pihak KEADILAN & rakan-rakan PH, saya menyembah takzim kepada KDYMM Seri Paduka Yang DiPertuan Agong yang telah bertitah memperkenan pelantikan Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri yang akan mengetuai sebuah Kerajaan Perpaduan.
“Saya menyeru semua rakyat Malaysia, terutamanya penyokong dan anggota PKR, PH dan rakan-rakan politik menghormati keperluan mendesak untuk redakan keadaan. Saya menhasihatkan supaya tidak ada sebarang perhimpunan oleh mana-mana pihak untuk mengelakkan risiko probokasi dan berhati-hati dengan kenyataan media yang dikeluarkan oleh tokoh-tokoh politik”.
Tahniah Datuk Seri Anwar Ibrahim di atas pelantikan sebagai Perdana Menteri ke-10 dari kami di team MASKULIN. Semoga negara kita terus aman, makmur, maju dan sejahtera di atas pentadbiran baharu ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
“Saya takde masa”, “Mahal lah nak beli barang mentah”,”Tak tahu nak masak”, ataupun “Makan luar kan lebih cepat dan senang?” Ini antara alasan yang diberikan kepada mereka yang kerap makan di luar. So adakah alasan ini boleh diterima?
TIDAK! Baca dan faham kan kenapa korang kena masak makanan sendiri.
YOU are in control.
Pertama sekali, bila kamu memasak makanan sendiri, kamu berada dalam keadaan yang dikawal. Kawal dari segi apa? Mungkin ramai yang tahu senario bila kita makan di luar terutamanya “Ish, ni macam terlebih minyak ni”, “Alamak tak cukup masak lagi lah”, ataupun tak kurang juga “Apehal terlebih masin pulak ni?” dan “Air ni manis gila weyh!”. Sebenarnya perkara-perkara ini secara tidak langsung menjejaskan tahap kesihatan badan kamu. Terlebih minyak, gula dan garam akan mengakibatkan tubuh kamu berada dalam zon bahaya. Lagipun sekarang ni, mana ada harga makanan yang murah? So, jelas kan? Kebaikan masak sendiri bukan sahaja boleh mengawal tahap pengambilan gula, garam ataupun kolestrol kamu, malah boleh mengawal kos perbelanjaan kamu juga!
NO junk – you know what you’re eating!
Pernah dengar hydrogenated oils, titanium dioxide, artificial coloring, monosodium glutamate, artificial sweeteners, sodium nitrate and nitrite, butylated hydroxyanisole (BHA), butylated hydrozyttoluene (BHT) ? Ataupun kata lain MSG? Ini adalah bahan yang ditambah ke dalam makanan kamu apabila kamu makan di luar!
Ya! Mungkin bahan-bahan ini dibenarkan untuk ditambah kedalam menu makanan kamu, tapi adakah kamu benar-benar ingin mengambilnya? Semua pasti sedia maklum tentang keburukan bahan tambahan ini. Satunya, membuatkan kamu lebih cepat gemuk, kedua, ia juga memberi toksik kepada saraf anda, dan tahu apa paling teruk?! Ia adalah punca kepada penyakit kanser. Korang kan pernah dengar “MSG adalah pembunuh senyap”? Jadi kenapa masih memilih untuk makan di luar?
Makanan tidak sihat seperti junk food adalah perosak utama tubuh kamu. Apa yang diperkatakan seperti “you are what you eat” itu benar belaka! Jadi makanlah makanan yang sihat. Tidak salahkan meluangkan masa selama 15 hingga ke 30 minit untuk menyediakan satu menu sihat? Kesannya sangat bagus untuk masa yang panjang. So, rajin-rajinlah masak sendiri ya!
It can save money… and time.
Seperti yang diperkatakan tadi, masak sendiri secara tidak langsung boleh mengawal kos perbelanjaan kamu. Hari ini, semua benda mahal. Apatah lagi kalau makan di luar. Itu belum lagi pada kamu yang seleranya besar dan ingin makan di tempat-tempat mewah dan sedap. Bila akhir bulan terlopong kehabisan duit. Nah! Masak sendiri bisa membantu kamu!
Bukankah lebih bagus jika kamu sendiri memilih barangan produk yang ingin kamu gunakan. Jika kamu beli barangan mentah sendiri, kamu bisa menggunakannya untuk masa yang lama. Sesuai bagi kamu yang ingin mengurangkan perbelanjaan, maka gunalah peluang ini sebijak mungkin. Tak percaya? Ha! Buatlah perbandingan perbelanjaan diantara makan luar atau masak sendiri selama sebulan! Pasti banyak bezanya.
Tambahan pula, bukan hanya mengurangkan kos, malah ia mempercepatkan masa dan memudahkan. Siapa kata memasak itu perkara yang sukar untuk dilakukan? Ok, fine! Maybe memasak sendiri tidak secepat drive-thru, convenient stop mahupun food truck. Tetapi ia lebih sihat berbanding segala jenis macam makanan ringan ini! Jika kamu bijak menguruskan masa dan tahu apa bahan-bahan yang harus dimasak, ia akan jadi mudah. Petik jari sahaja! Nak tahu satu tip dari kami untuk memudahkan jadual harian kamu? Masak dengan kuantiti yang besar/banyak contohnya seperti salad, dan simpan di dalam peti sejuk. Selain itu, kamu bisa menjadualkan resipi ramuan mengikut hari. Jadi, jika sudah sampai harinya, kamu hanya perlu menggoreng atau membakarnya sahaja. Sihat dan mudah! Lebih cepat dari drive-thru okay!
You control your portions!
Jika kamu seorang yang sedang berdiet dan ingin kan pelan diet kamu berkesan, jadi masak sendiri di rumah adalah pilihan yang bijak! Kenapa?
Jika kamu makan makanan yang kamu sediakan di rumah, ia secara tidak langsung boleh mengawal kuantiti makanan yang kamu ambil. Simple! If you are looking to eat less, try making a bit less food!
Selalunya jika di kedai luar, sering kali mereka berikan kuantiti yang besar. Apatah lagi jika mereka masukkan bahan tambahan MSG, kamu sendiri tahu apa yang bakal terjadi bukan?
Cooking is (still) a survival skill.
Mudah sahaja. Skill memasak itu wajib diketahui oleh semua orang kerana ia nya adalah primal dan essential untuk survive dalam kehidupan hari ini. Hari ini rata-rata lelaki masih single walaupun sudah berusia lewat 30-an. Jadi apakah alasan kamu untuk tidak memasak di rumah dan mengatakan “Tak Tahu” bila disuruh untuk memasak? Come on! Kajian mengatakan lelaki yang pandai masak lebih kelihatan seksi dan menarik.
Bercakap mengenai seksi dan menawan, tidakah kamu terfikir jika kamu mempunyai pasangan nanti, akan lebih bahagia jika dapat masak bersama? Pasti pasangan kamu akan berasa lebih dihargai. BUkan hanya pasangan, malah orang-orang yang kamu sayangi.
Jadi memasak itu tidak perlu disuruh, malah ia adalah kewajipan untuk kita semua ketahui skill memasak. Tidak perlu risau tentang cara-cara mahupun proses untuk membuat mee,kek ataupun sebaliknya. Kini sudah tersedia buku masakan dan paling mudah, video-video tentang cara memasak di youtube contohnya!
Jadi, apa tunggu lagi? Hidupkan gas, panaskan minyak, potongkan bawang dan bersedia untuk menumis!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.