Membasuh muka dengan hanya menggunakan pencuci muka tidak memberikan impak yang besar. Sebenarnya, ramai yang tidak menitik beratkan kepentingan menggunakan scrub muka. Untuk pengetahuan anda, scrub muka sangat penting digunakan kerana ia membuang kulit mati, mencerahkan wajah serta mengelakkan pori-pori daripada tersumbat. Selain itu, scrub muka dapat mencerahkan lagi kulit yang kusam.
Ini antara produk yang boleh anda gunakan untuk membuang kulit mati:
Garnier Pure Active Anti-Acne White Acne & Oil Clearing Scrub
Scrub muka untuk jerawat yang murah
Ini ialah rekomendasi scrub muka yang terbaik untuk menyelesaikan masalah jerawat dan kulit berminyak. Dengan hanya 4 minggu sahaja, kesan jerawat dan bintik hitam akan hilang sekelip mata serta masalah kulit berminyak berkurangan. Ia juga mempunyai sijil Halal.
Ads
Garnier Men Powerwhite Whitening Scrub
Scrub muka untuk lelaki kulit berminyak
Lelaki juga perlu memakai scrub muka untuk mendapatkan kulit yang segar. Produk ini dapat menghilangkan semua kekotoran dan mengawal kulit berminyak. Ia adalah dual produk yang membersihkan kulit secara mendalam serta mencerahkan muka.
Ads
HIMALAYA Apricot Scrub
Scrub muka apricot yang boleh didapati di Watsons
Terdapat banyak sel kulit mati dan kekotoran pada wajah. Justeru itu, scrub muka apricot ini membantu untuk mengupas sel kulit mati serta bintik hitam. Ia juga mengandungi vitamin E semulajadi yang dapat melembutkan kulit. Pasti muka kelihatan berseri-seri selepas ini!
Ads
St Ives Nourished & Smooth Oatmeal Scrub & Mask
Scrub muka drugstore yang mengandungi oatmeal
Ini merupakan produk 2-dalam-1 kerana boleh digunakan sebagai scrub muka atau mask. Ia mempunyai aroma yang menyenangkan iaitu bau oatmeal dan juga madu. Dengan menggunakan scrub, muka pasti nampak lebih sihat, lembut dan segar. Selain itu, ia diperbuat 100% daripada serbuk kulit badam dan dijamin selamat digunakan.
Jangan lupa ke Karnival Karangkraf 1-3 Jun ni! Mungkin anda boleh dapat produk scrub secara percuma? Siapa tahu kan?
Ada setengah orang cakap rambut merupakan mahkota bagi seorang perempuan. Ya, mungkin ada benarnya. Tapi sebenarnya rambut itu juga sebenarnya sebahagian daripada penampilan yang sangat penting buat seorang lelaki.
Malah mengikut kajian penampilan seseorang lelaki itu biasanya akan dilihat terlebih dahulu pada bahagian matanya, kemudian senyuman dan seterusnya rambut.
Bertindak sebagai pelengkap kepala, rambut merupakan antara bahagian yang akan menjadi profil seorang lelaki sampai bila-bila. Malah tak keterlaluan dikatakan rambut membawa identiti seorang lelaki walau ke mana sahaja dia pergi.
Tapi ‘kemerosotan’ jumlah rambut di kepala seiring dnegan peningkatan usia. Ada orang akan alami rambut gugur dengan banyak pada usia 30-an namun ada juga yang mampu menjaga rambut lebat sampai ke usia tua.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan 7 jenis bahan semulajadi yang mampu melebatkan rambut dengan baik. Belum cuba belum cuba belum tahu bukan? Lagipun kesmeua bahan ini adalah bahan semulajadi yang tidak membahayakan pun.
Air yang tenang jangan disangka tiada buaya. Begitulah juga dengan daun lidah buaya yang banyak khasiatnya. Ambil dua atau tiga helai daun dan potong kepada dua bahagian. Perah gel yang dalam daun tersebut dan sapu rata pada bahagian kulit kepala dan rambut. Biarkan selama setengah jam kemudian bilas dengan air suam. Amalkan sekali atau dua kali seminggu untuk dapatkan rambut sihat dan lebat. Ambil satu sudu jus daun lidah buaya setiap hari ketika perut kosong juga mampu membantu melebatkan rambut.
Pokok yang mempunyai 1001 kegunaan daripada akar hinggalah hujung daunnya. Begitu juga dengan minyak kelapa yang ada banyak khasiat. Panaskan minyak kelapa dan urut kulit kepala menggunakan minyak kelapa tersebut dengan hujung jari. Lakukan urutan dengan bentuk bulat dan jangan tekan terlalu kuat. Kemudian balut rambut dengan tuala yang dituam dengan air suam. Biarkan selama setengah jam dan cuci rambut dengan syampu. Ulang langkah tersebut sekurang-kurang sekali seminggu untuk memberikan kesan rambut yang lebih tebal dan panjang secepat mungkin.
Ambil beberapa helai daun inai dan kisar bersama sedikit air. Pastikan ia dikisar hingga menjadi seakan pes dan biarkan selama beberapa jam. Gunakan pes tersebut ke atas kulit kepala dan perap rambut dengan topi mandian selama tiga jam. Cuci rambut dengan air sehingga bersih bersama conditioner. Amalkan sebanyak dua kali seminggu untuk menggiatkan lagi pertumbuhan rambut dengan lebih pantas.
Pecahkan dua biji telur dan kacau hingga pecah kuning dan sebati. Sapu adunan telur ke atas rambut yang sedia basah. Biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci rambut dengan air sederhana panas dengan syampu yang sesuai untuk kulit kepala anda agar bau hanyir telur tidak melekat. Cuba lakukan kaedah mudah ini sekali seminggu untuk mendapatkan hasil rambut tebal yang lebih cepat.
Kedua-dua jenis buah ini kaya dengan pelbagai khasiat terutamanya potassium. Dan kmbinasu ini juga sesuai bagi melebatkan rambut anda. Lumatkan isi buah avokado bersama pisang dan gaul sehingga rata. Kemudian, sapukan campuran dua buah ini ke atas kulit kepala berserta urutan ringan. Biarkan ia mengering selama setengah jam agar khasiat kedu-dua buah ini meresap masuk ke dalam kulit kepala. Cuci rambut dengan air suam selama 15 minit bersama syampu. Rambut akan kelihatan lebih tebal dan sihat setelah rambut kering sepenuhnya.
Kombinasi daun pandan dan santan juga mampu melebatkan rambut. Tumbuk hingga lumat daun pandan dan campurkan ia dengan sedikit air. Ambil perahan tersebut dan campurkan dengan santan. Kemduian kacau sehingga rata. Biarkan ia selama setengah hari dan anda boleh sapukan campuran tadi pada rambut anda. Dalam masa 45 minit atau lebih anda sudah boleh bilas dengan air. Lakukan seberapa kerap yang mungkin untuk dapatkan hasilnya.
Okay, selalunya ramai yang gemar makan buah oren dan buang kulitnya ke dalam tong sampah kan? Lepas ni kalau nak makan, sila ingat untuk simpankan kulit tersebut ya. Ambilkan kulit buah oren dan tumbuk sehingga lumat. Sapu rata di atas rambut dan kulit kepala. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan cuci sehingga bersih. Lakukan sekurang-kurangnya sekali dalam masa seminggu untuk membantu pertumbuhan rambut pada kulit kepala.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi kami, baju Melayu untuk lelaki seharusnya direka dengan perincian yang masih berpegang utuh kepada ciri kemelayuan asal. Tidak salah untuk menyuntik elemen kontemporari, tetapi janganlah keterlaluan dan menimbulkan rasa jengkel tatkala menyarungnya.
INI DI ANTARA KATA-KATA NETIZEN MENGENAI BAJU RAYA YANG DIREKA SEDIKIT ‘PELIK’ INI.
KENALI BAJU MELAYU PAKAIAN TRADISIONAL MALAYSIA
Walaupun Fesyen sesuatu yang Relatif, namun indentiti yang menjadikan ia dikenali sebagai Pakaian Tradisional Baju Melayu perlu dikekalkan. Selain Perbezaan Asal Usul dan Sajarah Baju Teluk Belanga dan Baju Cekak Musang. Idetiti utama pakaian tradisional kaum melayu ini terletak pada perbezaanJenis Jahitan Leher Baju dan Cara Sambungan Lengan ke Badan Baju yang unik. Malah Cara Pemakaian Sampin Baju Cekak Musang dan Baju Teluk Belanga juga berbeza
BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Potongan Cekak Musang adalah merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut dimana berhubung langsung dengan pola lingkaran leher baju. Pengertian cekak musang merakamkan imej alami untuk leher baju yang bercekak tinggi berdiri (2.5cm) melingkari leher. Ukuran ditentukan oleh lingkaran (bulat) yang dibuat dengan ibu jari lain yang bertemu hujungnya.
Potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Manakala jahitan bahagian leher adalah Tengkuk cekak tinggi atau leher tegak empang leher.
Baju Melayu Cekak Musang dijahit berpesak. Ia juga dikenali dengan potongan moden. Lengan Baju Melayu Cekak Musang disambungkan kepada badan baju dengan cara pesak dan kekek. Sambungan Jahitan ini menjadikan potongan kelihatan lebih moden.
PEMAKAIAN BAJU MELAYU CEKAK MUSANG
Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah samping di sebelah luar baju. Baju ini mula dipakai di Johor ketika pemerintahan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Abu Bakar.
Baju Melayu Teluk Belanga
Mengenali Ciri Potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.
Lengan Baju Teluk Belanga disambungkan kepada badan baju dengan cara sambungan terus. Sambungan Jahitan ini juga lebih dikenali dengan potongan Cina.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Minggu lalu dua jenama gergasi pengeluar barangan sukan dan fesyen gaya hidup iaitu Reebok dan adidas telah mengejutkan ramai peihak terutama penggemar sneakers dengan pengumuman kolaborasi istimewa ini.
Kerjasama dua jenama besar ini menyaksikan lahirnya kasut Instapump Fury Boost yang akan dilancarkan dalam masa terdekat di seluruh dunia.
Colorway pertama yang diperkenalkan dikenali sebagai ‘Prototype’ di mana ia mengambil inspirasi daripada model sample dihasilkan oleh Steven Smith. Untuk rekaan warna ini ia menggabungkan warna putih bersama royal blue dan sedikit percikan warna oren.
Dikhabarkan model Prototype ini dikeluarkan dalam jumlah yang sangat terhad. Ramai juga menjangkakan nilai pasarannya akan meningkat berkali ganda.
Manakala untuk pasaran lebih besar adalah rekaan colorway ‘OG Meets OG’ yang meraikan warna pertama model Reebok Instapump Fury dan adidad UltraBoost.
Dan pack akhir sekali ialah ‘Black & White’ yang lebih ringkas dan minimalis. Untuk anda yang berminat mendapatkan kasut kolaborasi Reebok dan adidas ini, koleksi ‘OG Meets OG’ pack akan berada di pasaran tempatan pada 25 Oktober 2019 manakala ‘Black’ & White’ pula pada 6 Disember 2019.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.