Jika anda perhatikan sejak kebelakangan ini semakin banyak jenama sukan atau fesyen berkolaborasi dengan judul-judul komik dan anime.
Sneakers yang kini menjadi sebahagian daripada trend gaya hidup trendy menjadi antara item yang menjadi pilihan untuk kolaborasi seperti ini direalisasikan.
Terbaru jenama sukan dan fesyen berasal dari Jerman telah mengumumkan kolaborasi mereka dengan anime Jepun, ONE PIECE mengjasilkan rekaan sneakers unik, istimewa dan paling penting muncul dalam edisi terhad.
Ads
Menerusi kolaborasi pertama dua jenama gergasi dalam industri masing-masing ini, sepasang kasut dikenali dengan nama ONE PIECE x PUMA CELL ENDURA dikeluarkan. Ia mengambil inspirasi utama daripada rekaan kapal Thousand Sunny yang dibawa oleh Luffy dan geng Straw Pirates.
Malah menerusi kenyataan media daripada PUMA kepada MASKULIN menyatakan pelancaran kasut ini juga berkebetulan dengan tayangan perdana filem ‘ONE PIECE: Stampede’.
Ads
2 ELEMEN BERBEZA
PUMA memilih model Cell Endura bagi merealisasikan gabungan 2 dunia berbeza. Membawa elemen-elemen One Piece, kasut ini membawa corak The Gum-Gum Fruit pada bahagian sock-style upper manakala tapak kasut berwarna coklatnya pula digayakan mengikut corak tali kapal Thousand Sunny.
Ads
Pada bahagian tapak kasut pula ia membawa warna hijau dengan logo eksklusif PUMA dan ONE PIECE. Endura Cell merupakan model kasut PUMA yang diperkenalkan pada era 90-an dan ia merupakan antara kasut popular serta trendy pada ketika itu.
Buat peminat PUMA atau ONE PIECE, anda boleh dapatkan kasut kolaborasi hebat ini bermula pada 12 September 2019. Ia dijual pada harga RM679 dan boleh didapati di hanya tiga lokasi iaitu PUMA KLCC, PUMA Sunway Pyramid dan Solewhat Mid Valley.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sempena bulan kemerdekaan, Istana Budaya tampil dengan persembahan teater Tanah Akhirku yang dibarisi bintang terkenal Aeril Zafril, Mei Fen Lim, Erma Fatima, Izzue Islam, Nina Nadira,Nave VJ, Akmal Ahmad, Alfred Loh, Iskandar Zulkarnain dan Angeline Tan. Pada 28 Ogos, pementasan pertama telah dipersembahkan di hadapan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr. Siti Hasmah yang berdurasi selama 3 jam setengah itu.
Ia berkisarkan keluarga bangsawan yang berasal dari China berhijrah ke Tanah Melayu demi mendapatkan perlindungan dan kehidupan lebih baik di tanah melayu. Mereka kemudian bekerja di lombong bijih timah yang dikuasai oleh kumpulan kongsi gelap. Dengan ketidak stabilan politik dan pentadbiran pada ketika itu antara pembesar istana, pihak British dan juga pengusaha lombong, tidak ada langkah mudah untuk meneruskan hidup bagi pekerja-pekerja lombong di situ. Yin Feng pula semakin jatuh hati dengan Tanah Melayu yang sudah dianggap sebagai tanah airnya sendiri. Cintanya juga turut mekar terhadap seorang lelaki Melayu.
Tanah Akhirku menjadi pedoman untuk rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama, hidup secara majmuk demi negara tercinta. Ia merupakan sebuah naskhah yang mengajak penonton untuk melihat pembentukan negara Malaysia melalui perspektif yang berbeza.Kita tidak dapat menafikan sumbangan para imigran Cina dan India yang datang untuk memajukan Tanah Melayu dari segi ekonomi dan juga budaya.
Tanah Akhirku akan dipentaskan selama 5 hari bermula 28 Ogos – 1 September 2018. Anda boleh dapatkan tiket dengan harga RM40, RM60, RM110, RM150, RM200, RM250 DAN RM 350 di http://airasiaredtix.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jenama jam terkenal dari Jepun, ALBA, melancarkan koleksi 2023 yang ditunggu-tunggu. Peminat di Malaysia diterujakan dengan enam jam keluaran eksklusif untuk negara ini memandangkan permintaan pasaran yang besar untuk jam yang bergaya dan tahan lasak.
Model-model eksklusif untuk Malaysia itu, AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, AL4525X1, AL4533X1 dan AL4535X1 dijangka akan mengujakan pasaran dengan dial yang menarik, daripada tona biru muda, hijau gelap dan sunray hitam separa-matte.
Bergantung kepada pilihan dan gaya hidup setiap individu, model-model eksklusif untuk Malaysia itu terdiri daripada pergelangan keluli tahan karat dan strap silikon hitam.
Sesuai digayakan ketika perjumpaan kasual dengan keluarga atau keluar bersama rakan-rakan pada waktu malam, pelanggan dihidangkan dengan pilihan pelbagai rekaan yang tersedia dalam barisan produk terbaharu ALBA.
ALBA menghidupkan lagi gaya kontemporari dalam koleksi SIGNA seperti kronograf AT3J09X1 untuk lelaki. Diilhamkan daripada budaya popular Jepun, ia didatangkan dengan dial hitam dan biru yang menyerlahkan gaya maskulin dan mewakili semangat perwira Samurai.
Peminat jam mekanikal pasti teruja dengan pelancaran AL4453X1, yang direka khas untuk warga kota yang sentiasa mendambakan kecemerlangan dalam kehidupan seharian mereka.
Reka bentuk menarik pada dial biru berpola melambangkan pelayaran di lautan, di mana seseorang perlu menguasai pasang surut gelombang untuk mengatasi cabaran hidup. Reka bentuknya yang seimbang sesuai untuk pelbagai acara dan gaya berbeza dari kerja hingga riadah, tidak kira siang atau malam.
Dalam pada itu, ALBA mengumumkan seorang selebriti tempatan, Sean Lee sebagai Sahabat Jenama untuk Malaysia.
Menurut William Hui selaku Pengarah Urusan Thong Sia Group, semangat belia Sean dan personaliti dinamiknya bersesuaian sebagai lambang kepada ALBA.
“Kami percaya dengan keberadaan Sean Lee sebagai wajah baharu ALBA akan terus memberi inspirasi kepada generasi pelanggan muda untuk mendakap individualiti positif dan gaya hidup aktif,” kata William ketika majlis pelancaran.
Model eksklusif untuk Malaysia dengan pergelangan keluli tahan karat AL4529X1, AL4531X1, AL4527X1, dan AL4525X1 akan dijual pada harga RM665.00 setiap satu, manakala AL4533X1 dan AL4535X1 dengan tali silikon hitam akan dijual pada harga RM655.00 setiap satu.
Loafers, boots, sneakers dan flip-flops adalah antara pilihan jenis kasut yang menjadi dambaan setiap lelaki. Direka dengan pelbagai jenis bentuk dan warna, pemilihan kasut hari ini begitu dititik beratkan oleh kaum lelaki yang inginkan gaya mereka lebih lengkap dan moden. Gaya tersendiri menjadi kunci dalam memilih jenis kasut yang mereka suka. Ada yang formal,kasual, sporty dan hipster, semuanya berlandaskan kepada identiti masing-masing.
Dapatkan kasut berkualiti dengan harga istimewa, di sini
Namun, kasut bukanlah sekadar kasut. Kasut juga bukanlah sekadar aksesori pelengkap gaya kamu. Malah lebih dari itu. Nak tahu rahsia pemakaian kasut? Ini jawapannya!
1. SARUNGKAN KASUT YANG MENUTUP KAKI KAMU
Usah jadikan sandal kamu sebagai kasut harian kamu bila ke bandar atau berjumpa dengan si dia. Usah bilang ;
“I have no sense of style”
Inilah masanya untuk kamu mengubah keseluruhan penampilan kamu. Lupakan seketika sandal Crocs ataupun Nike slides mahupun Reef flip-flops kamu. Sarungkan kasut ala formal yang menjadikan kamu lebih bergaya dan matang. Lebih stailo.
2. KASUT KULIT
Kajian mengatakan bahawa wanita lebih sukakan lelaki yang memakai kasut kulit. Ini adalah kerana bagi mereka, lelaki yang memakai asut kulit lebih maskulin dan tampak lebih moden. Selain itu, kasut kulit juga menjadikan kamu lebih formal, sesuai digayakan dengan apa-apa baju dan juga aksesori. Bukan itu sahaja, malah dengan menyarungkan kasut kulit, ia menyenangkan kamu untuk pergi ke mana-mana majlis/acara kerana kasut kulit itu sesuai dipakai pada bila-bila masa sahaja.
3. PAKAI KASUT NORMAL, USAH PAKAI BOOTS
Kamu mungkin menganggap dengan memakai kasut jenis boots bisa menampakkan kamu lebih manly, confident, protective and sexy. Tetapi sebenarnya, pemakaian boots menjadikan gaya fesyen kamu ketinggalan zaman, lebih-lebih lagi bila kasut boots kamu itu jenis yang sedikit lama. Kamu jangan jadikan boots sebagai kasut wajib yang ada di wardrobe kamu! Salah! Kamu akan kelihatan seperti lagak cowboy jika terlalu obses dengan boots dan boleh menganggu gaya fesyen kamu.
4. DON’T WEAR ATHLETIC SHOES
Jenama Vans dan Converse dikira O.K untuk kamu yang gemarkan gaya “stylish casual”.Tetapi apabila kamu menyarungkan kasut jenis athletic (sukan) seperti kasut mendaki ataupun aktiviti lasak, kamu sudah menyebabkan wanita tidak memandang kamu. Jika kamu seorang yang bersukan, jangan jadikan alasan untuk kamu memakai kasut pergi ke gym untuk kamu makan malam bersama si dia. Sekurang-kurangnya, pakailah kasut sneakers yang menjadikan gaya kamu lebih sporty namun hipster.
5. USAH MEMBAZIR DUIT
Tidak bermaksud jika kamu membeli kasut yang mahal, ia bisa melambangkan gaya fesyen kamu. Sama sekali tidak benar. Kamu seharusnya bijak bermain dengan rekaan dan juga harga. Ada sahaja kasut yang mahal yang tidak menepati citarasa kamu. Malah, kasut yang murah itu sebenarnya lagi sesuai dan kamu selesa dengannya. Jadilah pembeli yang bijak!.
6. KASUT YANG BERSTAIL MENJADIKAN KAMU LEBIH LELAKI
Khususnya anak muda, kerap kali berfikir bahawa kasut yang sedikit bereksperimentasi ataupun sedikit stail menjadikan mereka tampak gay ataupun feminin. Nah! Tahukah kamu, kaum wanita lebih sukakan lelaki yang stylish, dressy dan bagi mereka, lelaki yang berkasut kulit itu lebih manly dan maskulin. Ia mampu membuatkan lelaki tampak lebih sexually experienced, more mature dan seseorang yang better untuk melindungi mereka. Jadi usah takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Remember, looking nice and put together is the outward expression of inner confidence. And for women, confidence is the manliest of masculine virtues.
7. WEAR SHOES THAT SHOW YOU MADE AN EFFORT
Sesetengah lelaki berfikir bahawa mereka harus berpakaian kasual dan cool untuk berjumpa orang ramai terutamanya apabila pertama kali keluar dengan si dia. Nah! Kamu hanya melepaskan peluang keemasan kamu! Seharusnya, letak nilai intergriti dalam pemakaian khususnya dalam menyarungkan jenis kasut. Tunjukkan kesungguhan kamu pada mereka untuk tampil segak dan bergaya dengan memakai kasut yang elok dan smart! Kamu pasti tidak akan rugi apa-apa.
Jika sudah fahami rahsianya, jangan lupa untuk dapatkan dapatkan koleksi kasut berkualiti tinggi ti Tomaz.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang