Kerjasama antara jenama kasut dan juga animasi bukan lagi satu perkara baru. Beberapa pengeluar kasut terkenal dilihat menjadikan trend ini sebagai satu perkara menarik untuk diterokai.
Terbaru, Reebok menjalinkan kerjasama bersama Warner Bros. Comsumer Products dengan menggunakan karakter animasi daripada siri legenda, ‘Tom & Jerry’.
Hasilnya sebuah koleksi sneakers dan juga pakaian yang mnggabungkan kedua-dua elemen daripada Reebok dan juga karakter animasi tersebut.
Ads
Menerusi kolaborasi ‘Reebok x Tom & Jeryy’ sebanyak empat pilihan sneakers dengan rekaan berbeza ditampilkan.
Koleksi tersebut merangkumi Reebok Instapump Fury x Tom, Reebok Club C Revenge x Jerry dan Reebok Club C x Tom & Jerry.
Ads
Lebih menarik lagi ia turut ditawrkan dalam saiz pelbagai iaitu untuk orang dewasa, kanak-kanak dan juga bayi. Menurut Reebok Malaysia, koleksi eksklusif ini boleh didapati di outlet terpilih di seluruh negara bermula pada 15 Februari 2020.
Ads
Buat anda yang ingin mengembalikan nostalgia kartun terkenal yang ditonton semasa kecil inilah kasut yang tepat. Dari segi rekaan dan juga material yang digunakan ia tidak kalah dengan gaya.
Bagi MASKULIN sendiri, Instapump Fury x Tom menjadi idaman hati.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Teknologi telefon dan juga peranti pintar kini bergerak cukup pantas. Bagi penggemar peranti pintar, kemampuan dalaman semata-mata bukan lagi menjadi faktor paling utama yang pengguna inginkan.
Sekarang merupakan era di mana pengguna mahu menggunakan teknologi dengan serba pantas dan hubungan di antara peranti dapat dilakukan dengan mudah dan cepat.
Itulah yang ditawarkan oleh teknologi hebat HUAWEI Share dengan 1+8+N.
1: Telefon Pintar (HUAWEI P40 Pro +)
8: Peranti (Laptop, tablet, TV pintar, kaca mata, jam tangan, kereta, earphone (freebuds), speaker)
N: Percutian mudah, bekerja secara mobil, rumah pintar, kesihatan dan kecergasan, hiburan
Menerusi telefon pintar flagship baharu HUAWEI P40 Pro + yang kini diangkat sebagai antara yang terbaik di pasaran, ia dilengkapi dengan teknologi HUAWEI Share!
Dengan hanya satu ‘tap’ sahaja, HUAWEI P40 Pro+ dapat dihubungkan secara terus dengan beberapa peranti pintar yang lain.
Inilah kehebatan ‘One Tap Share’!
Hubungan secara langsung HUAWEI P40 Pro+ dapat dilakukan dengan HUAWEI Laptop menggunakan ‘One Tap Share’.
Hanya ‘tap’ di label HUAWEI Share yang ada di komputer riba, perkongsian data dapat dilakukan dan skrin paparan telefon pintar juga boleh dipaparkan di skrin komputer riba anda.
Setelah hubungan dilakukan, anda hanya perlu ‘drag and drop’ mana-mana fail yang ingin dikongsi dengan menggunakan tetikus dan kibod. Jika anda menggunakan HUAWEI Matebook X Pro, ia juga boleh dilakukan dengan menggunakan skrin sesentuh komputer riba tersebut.
Menghubungkan televisyen dan telefon pintar kini tidak lagi sukar dan menjadi mudah dengan menggunakan teknologi HUAWEI Share.
Anda hanya perlu membuka tetapan NFC di telefon pintar dan lakukan ‘tap’ ke atas label HUAWEI Share di alat kawalan jauh Smart TV. Selepas itu, paparan telefon pintar terus terpampang di Smart TV. Ia jauh lebih efisien, mudah dan cepat berbanding kaedah lama.
Penggunaan tablet juga masih popular dan relevan. Antara tablet hebat di pasaran adalah Huawei MatePad Pro. Sama seperti komputer riba, HUAWEI MatePad Pro menawarkan fungsi kolaborasi multi-screen.
Telefon pintar boleh beroperasi dengan lancar di atas HUAWEI MatePad Pro. Secara tidak langsung, ia memudahkan pemindahan fail dengan ‘drag and drop’ sahaja. Perkongsian foto, video dan pelbagai jenis data juga boleh dilakukan bukan sahaja lebih mudah malah menjadi sangat cepat.
Hiburan muzik juga telah melalui satu fasa baharu yang cukup dinamik. Sebahagian besar pengguna lebih gemar menggunakan servis penstriman. Populariti pembesar suara pintar juga telah meningkat mendadak.
Di antara yang terbaik di pasaran ialah HUAWEI Sound X. Ia merupakan pembesar suara pintar pertama yang menyokong Hi-Res dicipta bersama HUAWEI dan Devialet.
Dengan mengaktifkan NFC di telefon pintar, ‘tap’ sahaja pada HUAWEI Sound X dan lagu yang dimainkan akan terus disambungkan. Untuk melakukan ‘pause’, anda hanya perlu menutup bahagian atas pembesar suara di telefon pintar.
Situasi di mana anda terlupa kata laluan untuk Wi-Fi, nyata ia mungkin satu perkara yang melecehkan. Namun jika anda menggunakan HUAWEI AX3 router, anda hanya perlu ‘tap’ telefon pintar HUAWEI dengan mengaktifkan NFC dan memberikan akses segera terhadap rangkaian Wi-Fi anda.
Kini anda tidak perlu lagi membawa kunci kereta untuk ke mana-mana! Cukup dengan menggunakan telefon pintar HUAWEI, ia boleh membuka atau mengunci kereta dengan mengaktifkan NFC sahaja.
Untuk mengunci pintu kereta, anda hanya perlu ‘tap’ dan hold NFC area di telefon pintar berhampiran dengan pemegang pintu kereta.
* hanya untuk model tertentu sahaja ** belum terdapat di Malaysia
HUAWEI juga dikatakan sedang bekerja keras untuk memudahkan sambungan teknololgi ini kepada peranti lain. Antaranya, memperkenalkan One Tap Share di antara Freebuds dan Sound X, Freebuds dan Laptop, Freebuds dan Watch GT dan banyak lagi. Kesinambungan hubungan dengan HUAWEI SHARE! Semua ciri-ciri canggih HUAWEI Share ini dibangunkan dengan inspirasi satu sentuhan. Dengan One Tap Share, semuanya mudah!
Jatuh cinta pandang pertama. Bukan kepada aktres paling jelita atau ratu cantik yang paling menawan di pentas peragaan. Namun jatuh cinta ini lebih kemaruk jadinya!
Buat peminat motosikal terutamanya dalam kategori cruiser, kemunculan BMW R 18 First Edition di pasaran telah menambat hati mereka yang selama ini tidak menyangka hasil kejuruteraan hebat BMW boleh ditampilkan dengan persona cukup luar biasa.
Tampil sebagai salah satu ahli keluarga baharu dalam variasi motosikal hebat keluaran BMW Motorrad model BMW R 18 muncul dengan rekaan sensasi yang bukan sahaja gah tapi menonjolkan sisi auto maskulin yang cukup mantap. Dengan varian ‘Big Boxer’ diperkenalkan menerusi model ini, ia seakan memberikan gaya baharu pengembaraan yang mungkin menjadi lebih bermakna.
Jentera R 18 yang terbaru ini hadir secara eksklusif sebagai ‘First Edition’ dengan dua model yang sangat menarik iaitu BMW R18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental. Model kruiser ini juga dianggap oleh ramai penggemar motosikal berkuasa tinggi sebagai model yang bakal menjadi cukup ikonik pada masa kini dan masa akan datang.
Bukan sahaja mampu memberikan pengembaraan dan perjalanan jauh yang selesa malah BMW R 18 juga memberikan kualiti tunggangan berkualiti dan berprestasi tinggi di jalan raya.
Lebih mengagumkan BMW 18 menyerlahkan gabungan kuasa ‘Big Boxer’ bersama rekaan casis yang klasik berdasarkan inspirasi model terdahulu. Ini termasuklah rekaan kelengkapan eksklusif, paparan hadapan serta reka bentuk luaran yang mampu menambat hati sesiapa sahaja memandangnya.
Dari segi penampilannya, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental hadir dengan siluet yang berbentuk memanjang seperti titis air yang menawan. Elemen luarannya menliputi gaya seperti bingkai gulung berkembas, aci universal dan saduran nikel berglos serta perumah klask bagi kotak gear pada bahagian gandar belakang.
Kedua-dua model varian First Edition ini juga sarat dengan pelbagai kelengkapan tambahan bergred tinggi dengan kemasan krom serta sulaman dan juga inskripsi ‘First Edition’ pada bekas muatannya.
Hadir dengan Headlight Pro, kedua-dua model menampilkan tafsiran teknologi pencahayaan LED serba klasik yang dapat dilihat pada lampu hadapan, ia turut membawakan fungsi pencahayaan waktu siang.
Penampilan hadapan dengan lampu LED turut menonjol dengan fungsi lampu rendah dan lampu puncak yang dioptimumkan telah digandingkan dengan indikator membelok LED yang diperbaharui di hadapan.
Manakala bahagian indikator membelok LED pula lengkap dengan ciri integrasi pada bekas muatan.
Turut Disediakan secara eksklusif bagi BMW R 18 Transcontinental adalah dua lampu hadapan LED tambahan serta lampu indikator multifungsi. Di samping itu, teknologi ini juga digunakan untuk memastikan lampu puncak dapat mengekalkan jarak pencahayaan yang tetap dengan mengadaptasi lampu hadapan mengikut jalan raya dan posisi tunggangan, termasuk dalam situasi tunggangan yang dinamik.
Enjin yang melengkapi motosikal kuriser ini juga bukanlah calang-calang. Ia dikuasakan enjin boxer silinder berkembar yang disejukkan dengan udara/minyak, digelar “Big Boxer”. Hadir dengan 1802 cc, ia menjana output 67 kW pada paras 4,750 rpm dengan puncak tork bernilai 158 Nm pada paras 3,000 rpm.
Sebagai standard, BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental baharu didatangkan dengan tiga mod tunggangan iaitu ‘Rain’, ‘Roll’ dan ‘Rock’ untuk memberikan pengalaman berbeza ketikan tunggangan.
Selain itu, ia juga dilengkpai dengan Kawalan Stabiliti Automatik (ASC) dan kawalan tork seretan enjin (MSR) menawarkan taraf keselamatan yang lebih tinggi. Dikawal secara elektronik, MSR mengelakkan kegelinciran pada roda belakang ekoran pendikitan (throttling) atau pertukaran ke gear rendah yang dibuat secara mengejut, meskipun dalam kondisi basah.
Turut dirangkumkan sebagai standard ialah bantuan mengundur, diaktifkan melalui tuil pemilih untuk pengolahan yang mudah, serta Kawalan Permulaan Curam (Hill Start Control) untuk memulakan tunggangan di atas curam.
Ruang kokpit telah diberi sentuhan istimewa untuk BMW R 18 Bagger dan BMW R 18 Transcontinental, ia menampilkan empat instrumen analog bulat serta paparan berwarna TFT 10.25 inci – memadankan penampilan klasik dan ciri kefungsian maksimum dengan sempurna.
Navigasi peta dan keupayaan keterhubungan dibawakan bersama menerusi konsep pengoperasian terintegrasi yang bertahap tinggi – peta navigasi akan dipaparkan di kluster instrumen melalui telefon pintar serta BMW Motorrad Connected App. Bukan itu sahaja, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci dan radio juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua varian.
Pengalaman bunyi turut dinaik taraf dengan sistem bunyi Marshall Gold Series, ia tampak lebih berbeza dengan gril pelitup pembesar suara berwarna kelabu berserta dengan inskripsi Marshall dalam rona emas.
Bagi BMW R 18 Bagger, ia dilengkapi dengan Marshall Gold Series Stage 1 yang membawakan empat pembesar suara dan seunit penggalak.
Dua pembesar suara Marshall berciri dua hala yang setiap satunya hadir dengan output berjumlah 25 watt diintegrasikan di reraut hadapan, turut disinambungkan dengan subwufer di bahagian atas hadapan bekas muatan. Penggalak tersebut mempunyai output berjumlah 180 watt.
Turut tampil menerusi episod tiga RODA PANAS musim kedua ialah program eksklusif R 18 Getaway Malaysia yang cukup eksklusif. Menerusi tour yang dikelolai oleh Faizal Sukree yang merupakan Pengarah Teknikal FS Adventure, pengembaraan R 18 Getaway Malaysia ini berlangsung selama tiga hari di beberapa buah lokasi.
Program tiga hari dua malam turut disertai oleh hos RODA PANAS, Fizo Omar serta beberapa selebriti terkenal seperti Achey, Beto Khusairy, Fauziah Latif dan juga Datuk ‘Rockybru’.
Perjalanan mereka menunggang jentera BMW R 18 First Editon ini merentasi sejauh lebih 1,000 kilometer. Bermula di ibu kota Kuala Lumpur mereka menunggang ke Cameron Highland kemudian terus ke Ipoh dan juga Pulau Pinang.
Selain pengembaraan menikmati keindahan alam semula jadi di pelbagai lokasi tersebut, mereka juga turut mendekati juadah masyarakat setempat serta menerokai lokasi-lokasi unik.
Di antara lokasi yang cukup mengahdirkan momen menarik buat mereka ialah menikmati perjalana di Boh Tea Plantation, Camron Highland, menjamu selera di Lemang To’ki, makan nasi kandar di Hameed di Georgetown, Pulau Pinang dan juga menjelajahi bandar Ipoh.
Jangan lupa saksikan RODA PANAS episod ketiga yang menampilkan secara eksklusif R 18 Getaway Malaysia pada Ahad, jam 6 petang di Astro Ria!
Walaupun kini kita sudah memasuki Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), namun kedai gunting masih lagi tidak dibenarkan beroperasi. Jadi lebih lama lagilah kita terpaksa menunggu untuk menggunting dan merapikan rambut.
Pernahkah anda terfikir bahawa mungkin inilah momen yang paling sesuai untuk anda melakukan trim, mencuci dan menggayakan potongan rambut terkini dengan cara sendiri?
Ramai yang seakan-akan takut untuk bereskperimen sendiri dengan rambut? Usah takut kerana ada banyak cara yang boleh anda lakukan.
Ambil contoh dengan apa yang dilakukan oleh beberapa artis dan personaliti laman media sosial seperti Izzue Islam, SeanLJE, Asyraf Rozaimi, Rushdan Wafa, Hao Ren dan Curtis Fu.
Mereka menunjukkan skil menggayakan rambut menerusi kempen #HairSomeMan yang dijayakan oleh Head & Shoulders.
Pelbagai cara yang mereka gunakan. Langkah yang simple, Just Wash It, Just Trim It, Just Wash It, Just Style It!
Jadi usah risau jika merasakan yang rambut anda kini berserabut dan panjang. Percayalah, masih ada sinar harapan untuk anda mengembalikan gaya rambut walaupun kedai gunting rambut masih ditutup. Dengan Head & Shoulders Ultramen Shampoo, segalanya tidak mustahil untuk anda menggayakan rambut!
Anda juga boleh menyahut cabaran Head & Shoulders dengan menyertai cabaran HairSome TikTok Challenge. Muat naik video gaya rambut yang telah anda transformasikan.
1. Rakam video TikTok dengan gaya rambut Hairsome Trim dan serlahkan gaya Ultra anda dengan runut bunyi Hairsome!
2. Muat naik video tersebut dengan #HNSHAIRSOMEMAN & tag @headandshouldersmy
3. Lengkapkan kapsyen berikut kurang daripada 10 patah perkataan, “Head & Shoulders Ultramen menjadikan rambut saya ….”
4. Pastikan tetapan (setting) akaun anda dalam mod public Anda boleh rujuk TikTok Challenge ini di pautan berikut: https://vt.tiktok.com/k4cSbq/
Maklumat lanjut mengenai produk ini boleh didapati di Lazada.
Untuk info penjagaan rambut, anda boleh ikut beberapa tip ini:
Guna Produk Bersesuaian
Kalau anda miliki rambut panjang pastinya anda bijak memilih produk penjagaan rambut yang sesuai. Rambut dan kulit kepala lelaki agar lain kepada wanita. Pilihlah produk penjagaan rambut yang direka untuk mengatasi masalah lelaki.
Cara Mencuci Yang Betul
Selama ini adakah anda menggunakan teknik yang betul ketika mencuci rambut? Cara yang betul ialah mencuci rambut dengan membilas keseluruhan rambut dengan air suam. Ini dapat membuka liang-liang pori yang tersumbat dan membebaskan segala kotoran yang melekat pada kulit kepala. Ketika menggunakan syampu, lakukan urutan lembut menggunakan jari pada kulit kepala. Akhir sekali, bilas dengan air sejuk supaya liang-liang pori kembali tertutup.
Kurangkan Penggunaan Curling Iron & Dryer
Sebaiknya, elakkan daripada menggunakan sebarang peralatan yang mengeluarkan haba panas ketika mendandan rambut. Haba boleh menyebabkan rambut menjadi kering dan mudah putus. Jika ingin menggunakan pengering rambut, pastikan ia berada di paras yang paling rendah.
Amalkan Diet Yang Seimbang & Minum Air Secukupnya
Anda adalah apa yang anda makan dan minum. Ingat! Segala apa yang anda makan boleh memberikan kesan kepada badan termasuklah rambut. Pastikan anda minum air. Kekal hidrarasi sepanjang hari dan mengamalkan kehidupan yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam dunia hiburan yang semakin berkembang, pilihan terlalu banyak kadangkala membuatkan kita keliru. Platform berbeza, bil berbeza dan kandungan yang berselerak boleh membuat pengalaman...