Dalam dunia outdoor dan hiking, tak semua orang ambil berat soal wuduk dan solat tapi lelaki ni buktikan, tiada alasan bila hati dah niat.
Berada di tengah hutan, bukit, atau laluan denai (trail), ramai antara kita fikir susah nak jaga ibadah.
Tapi seorang pendaki ini tampil dengan satu perkongsian ringkas dan realistik cara berwuduk ketika dalam trail, dengan air yang terhad tapi niat yang tetap teguh.
“Okay, pertama kita niat dahulu. Lepas itu, ambil air secukupnya. Jangan ambil air banyak. Kita bukan nak mandi, kita nak ratakan air di anggota wuduk,” katanya sambil menunjukkan step-by-step wuduk ringkas di lokasi hiking.
Wuduk Hiking Style Macam Mana Nak Buat?
Foto : Taichung Travel
Menurut beliau, kaedah ini sesuai untuk pendaki atau sesiapa yang berada dalam situasi mencabar seperti kawasan gunung, hutan simpan atau mana-mana lokasi outdoor di mana air sangat terhad.
Berikut ialah langkah-langkah mudah yang dikongsikan:
1.Niat dahulu – “Aku berwuduk kerana Allah Taala.”
2.Ambil air sedikit cukup untuk ratakan, bukan limpahkan.
3.Basuh muka satu kali, sekali pun cukup asalkan kena dan rata.
4.Basuh tangan kanan ke siku, kemudian tangan kiri.
5.Sapu kepala rambut, sapu seluruh kepala.
6.Kasut dibenarkan, kalau pakai kasut khas (khuf / kasut yang menutup buku lali dan dipakai selepas berwuduk), boleh sapu di atas kasut sahaja.
Solat Tetap On, Walau Dalam Hutan
Apa yang menarik, cara ni bukan sekadar memudahkan, tapi menghormati ibadah walau dalam situasi mencabar.
Sambil menikmati keindahan alam, kita juga tak lupa tanggungjawab pada Pencipta.
“Semudah itu guys, untuk kita solat di dalam trail. Biar tak mandi, yang penting handsome dan solat tetap jalan,” katanya berseloroh sambil tersenyum.
Perkongsian ni bukan hanya tentang wuduk. Ia tentang kesedaran bahawa Islam itu mudah, dan setiap ibadah boleh disesuaikan dengan keadaan.
Asalkan kita faham rukhsah (keringanan) dan tahu caranya, tiada alasan untuk tinggalkan solat.
Foto : Appalachian Mountain Club
So lepas ni, kalau kau plan nak mendaki Gunung Tahan, Bukit Broga atau sekadar camping kat Janda Baik, ingat tip ini.
Bukan saja untuk bersihkan diri, tapi juga untuk jaga hubungan dengan Tuhan.
Siapa sangka, pelakon yang dikenali menerusi watak romantik dan drama berat kini berjaya menawan pentas sukan tempur tanah air.
Ikmal Amry membuktikan dirinya bukan sekadar selebriti apabila baru-baru ini meraih kemenangan berprestij dalam perlawanan Fury Championship, menewaskan rakan selebriti Hun Haqeem dalam pertarungan penuh adrenalin di Zepp Kuala Lumpur.
Momen kemenangan itu bukan sekadar hiburan ia adalah kemuncak kepada latihan keras, pengorbanan mental dan fizikal yang tidak kelihatan di balik sorotan kamera.
Sekadar info, Fury Championship merupakan kejohanan sukan tempur pertama seumpamanya di Malaysia.
Diasaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Wafiy dan Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) Jaasuzuran, kejohanan ini menghimpunkan pejuang profesional, pencabar amatur, selebriti dan pempengaruh.
Inspirasi mereka datang daripada gergasi global seperti ONE Championship, dengan misi menjadikan Fury sebagai platform utama sukan tempur tanah air.
Memenangi perlawanan bukanlah satu keajaiban yang datang secara tiba-tiba.
Sebaliknya, ia hasil latihan yang penuh pengorbanan.
“Dia macam-macam sakit, tapi saya tak nak bagitahu oranglah,” katanya.
“Training fighter ni lain daripada kita training jadi athlete. Just different. Cara mereka tekan kita pun lain.”
Menurut Ikmal, latihan sebagai pejuang melibatkan impak fizikal yang lebih agresif dan mendalam.
“Kalau kita jadi runner, lain training dia. Tapi fighter ni, dia banyak physical impact dekat body. Macam-macam yang kita akan sakit”, katanya.
Setiap sesi latihan menjadi ujian keazaman. Di saat ramai mungkin sudah mengalah, Ikmal tetap teruskan.
“Saya rasa macam kenapalah saya pilih untuk jadi fighter ni. Tapi macam mana pun, saya akan habiskan,” tegasnya.
Baginya, sakit hanyalah sementara, tetapi kepuasan mengatasi cabaran itu akan kekal selamanya.
“Jika kamu mati dalam perjalanan menuntut ilmu, kamu syahid akhirat.” – Hadis riwayat al-Tabrani
Tanggal 9 Jun 2025 menjadi detik pilu buat seluruh rakyat Malaysia apabila 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban dalam satu kemalangan ngeri di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Tasik Banding, Gerik.
Dalam perjalanan menuntut ilmu, mereka dipanggil pulang oleh Ilahi, disifatkan tergolong dalam golongan syahid akhirat kerana mereka sedang berjihad dalam menuntut ilmu.
Pandangan ini dikongsikan oleh Mufti Pulau Pinang, Prof Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman, yang merujuk kepada fatwa dan pandangan tokoh ulama tersohor seperti Sheikh Yusuf al-Qaradawi dan Sheikh ‘Atiyyah Saqr.
Menurut beliau, umat Islam yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya bukan akibat kecuaian atau maksiat sendiri, termasuk dalam kategori syahid akhirat.
Beliau berkata, walaupun kemalangan jalan raya tidak disebut secara khusus dalam hadis, ulama kontemporari memasukkannya (kemalangan itu) dalam qiyas terhadap kematian tertimpa atau terbakar yang mengejut dan menyakitkan, serta tidak disengajakan oleh mangsa.
Mangsa-mangsa kemalangan, termasuk 15 penuntut UPSI yang maut dalam perjalanan untuk kembali ke kampus, menurut Dr Mohd Sukki, sedang berada dalam keadaan menuntut ilmu iaitu satu bentuk jihad yang diangkat darjatnya oleh Islam.
“Dalam insiden tragis yang menimpa sekumpulan penuntut dalam perjalanan ke institusi pengajian tinggi, persoalan adakah mereka syahid sangat relevan, khususnya kepada waris dan masyarakat yang ingin memahami kedudukan sebenar mangsa di sisi agama,” ujar beliau ketika dihubungi Harian Metro.
“Dalam kes kemalangan itu, mangsa adalah penumpang dan penuntut universiti yang dalam perjalanan menuntut ilmu, maka insya-Allah mereka tergolong dalam kategori syahid akhirat, iaitu diberi ganjaran besar oleh Allah di akhirat kelak.
“Bagaimanapun, jenazah mereka tetap dimandikan dan disolatkan sebagaimana jenazah biasa,” jelasnya lagi.
Menuntut ilmu adalah satu ibadah yang mulia dalam Islam.Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang menempuh satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”Oleh itu, perjalanan para pelajar UPSI ini bukan sekadar fizikal, tetapi juga spiritual, menuju ke arah keredhaan Allah SWT.
Al-Fatihah buat 15 penuntut UPSI yang telah pergi menghadap Ilahi. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada. Amin.
Masalah tumit kaki merekah ini terjadi tidak mengira jantina lelaki atau perempuan. Walaupun masalah ini lebih kerap dialami oleh kaum perempuan. Biasanya tumit kaki merekah ini tidak bukanlah masalah yang serius tetapi boleh mendatangkan rasa segan dan tidak selesa kepada kita. Bagi lelaki mungkin mereka tidak begitu mengambil serius akan masalah tumit merekah ini asalkan tidak menjadi masalah lain buat mereka seperti mendatangkan rasa sakit, kaki berbau dan tiada jangkitan kuman pada kaki mereka. Bagi yang perempuan pula, mereka biasanya lebih mengambil serius masalah kaki merekah kerana ia berkait rapat dengan penampilan mereka.
Selain itu, tumit kaki merekah juga kadang-kadang boleh dijadikan ukuran sejauh mana seseorang itu menjaga kebersihan dan kecantikan diri mereka.
Dibawah ini adalah beberapa petua tips cara merawat tumit kaki merekah atau pecah:-
Minum air banyak-banyak, kekurangan air boleh menjadikan kulit cepat kering dan merekah.
Mengawal berat badan, berat badan berlebihan akan memberi tekanan kepada kaki kita dan menjadi salah satu punca tumit kaki merekah
Menggunakan kasut atau selipar yang sesuai, selesa dipakai dan tidak ketat
Menggunakan stokin ketika menggunakan kasut
Sapukan getah betik di tumit kaki dan gosok perlahan-lahan. Biarkan sehingga kering sebelum anda cuci dengan air.
Kisar buah avocado hingga hancur dan sapukan & gosokan pada tumit kaki yang merekah atau pecah. Biarkan sehingga kering sebelum cuci dengan air bersih.
Menggunakan asam keping yang dimasukan ke dalam besen yang diisi dengan air suam. Kemudian anda rendamkan sahaja kaki anda dalam besen tersebut untuk jangka masa sekitar 30minit.Cara ini juga boleh membantu menghilangkan bau kaki anda.
Sapukan minyak zaitun pada bahagian tumit kaki yang merekah setiap hari.
Gunakan nasi yang anda makan itu dan lenyekan di bahagian tumit kaki yang bermasalah.
Anda juga boleh pergi ke kedai farmasi dan membeli krim untuk merawat masalah tumit kaki merekah jika anda malas untuk gunakan cara merawat tumit kaki merekah yang disenaraikan di atas.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.