Semalam MASKULIN telah menampilkan artikel berkenaan luahan kekesalan yang disuarakan oleh bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams.

Menerusi sebuah posting Instagram kendaliannya, Sonny Bill Williams menyatakan luahan kesal kerana sekeping fotonya sedang berdoa bersama rakan sepasukan telah dipadamkan oleh Instagram.

Luahan itu kemudian telah mendapat reaksi pelbagai daripada pelbagai pihak. Rata-rata memberikan sokongan kepada Sonny Bill Williams dan mempersoalkan mengapa foto itu telah dipadamkan.

BACA: Bintang All Blacks, Sonny Bill William Kecewa Fotonya Sedang Berdoa Dipadam IG

Dan terkini perkara tersebut telah dirungkai. Sonny Bill Williams secara terbuka telah memohon maaf kerana kekeliruan yang berlaku.

IKLAN

Foto tersebut telah dipadamkan atau diturunkan daripada Instagram kendalian Sonny Bill Williams kerana ia telah melanggar hak cipta.

MOHON MAAF SECARA TERBUKA

Menariknya, foto tersebut merupakan hasil kerja daripada seorang jurugambar dari Malaysia yang bertugas di Piala Dunia Ragbi 2019.

IKLAN

Menerusi posting terbaru dari Sonny Bill Williams, dia telah memohohon maaf kepada jurugambar tersebut yang bernama Faiz Azizan (@faiz_azizan) di Instagram.

“Assalamualaikum saudara, maafkan saya di atas kekeliruan ini. Foto ini telah diberikan kepada saya dengan kondisi nama saudara sudah dipotong. Jika saya tahu pastinya saya akan tagged saudara sebelum menghantar foto ini di akaun Instagram.

IKLAN

“Anda telah merakamkan momen yang cukup indah. Mohon maaf juga diucapkan kepada Instagram di atas kekeliruan ini. Mohon kita semua lebih bersabar.”

Sebelum ini bintang rabgi seperti Bryan Habana (Afrika Selatan) dan bekas pemain Autralia, Quade Cooper telah memberikan sokongan kepadanya.

Nampaknya perkara ini hanyalah kekeliruan yang biasa sahaja. Ini adalah berkenaan dengan perlanggaran hak cipta. Semoga ia menjadi teladan kepada semua pihak.

Kredit: @sonnybillwilliam & @faiz_azizan

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI