Bertempat di Plenary Hall, KLCC semalam jenama telefon pintar terkemuka dari China iaitu Huawei telah memperkenalkan sebuah lagi model terbaru.

Jenama yang kini dikatakan memiliki peratusan jualan tertinggi di dunia itu mengetengahkan model terbaru, Huawei NOVA 5T.

Walaupun jenama mereka telah dilanda pelbagai ujian dalam tempoh beberapa bulan lalu namun inovasi yang dibawa oleh Huawei ternyata lebih berani untuk menongkah arus dugaan tersebut.

Jadi apakah tarikan utama Huawe Nova 5T?

Spesifikasi Huawei NOVA 5T, Paling Menonjol Dilengkapi 5 Kamera AI!

BACA: “Beli Telefon Baru Kena Caj 8 Jam”, Adakah Ini Betul?

IKLAN

KESITIMEWAAN DASAR

Penting untuk anda tahu bahawa model terbaru daripada Huawei ini tergolong dalam kelas mid-range. Walaupun bukan sebagai model flagship namun ia tetap sarat dengan teknologi terbaru terutamanya pada bahagian kamera.

Antara yang paling menonjol pada telefon pintar ini ialah 4 buah kamera belakang atau quad camera.

Spesifikasi Huawei NOVA 5T, Paling Menonjol Dilengkapi 5 Kamera AI!

IKLAN

Kamera utamanya muncul dalam empat jenis modul iaitu 48MP, f/1.8 aperture wide, 16MP ultra-wide angle camera, 2MP macro camera dan 2MP depth sensor. Rekaan luaran kamera pada bahagian belakang telefon pintar ini kelihatan sedikit sama dengan model Honor 20 yang dilancarkan awal tahun ini.

Pada bahagian dalamannya juga tidak kurang hebat. Huawei Nova 5T dikuasakan pemproses Kirin 980 yang turut menyaksikan storan dalaman 128GB dan memori 8GB.

Akan tetapi tiadak ada slot untuk microSD bagi tambahan storan dalaman namun dengan 128GB ia adalah jumlah yang sudah cukup besar.

IKLAN

BAHAGIAN DEPAN

Pada bahagian depan ia terserlah dengan 6.26 inci skrin sesentuh dengan sedikit punch hole pada bahagian kiri dengan 32MP kamera hadapan.

Jika anda ingin menjadi orang terawal memiliki telefon pintar ini, Huawei menawarkan pra-pesanan yang akan bermula pada 29 Ogos hingga 5 September di online store rasmi mereka.

Spesifikasi Huawei NOVA 5T, Paling Menonjol Dilengkapi 5 Kamera AI!

Huawei juga bakal memberikan pelbagai hadiah sampingan untuk mereka yang melakukan pesanan awal berjumlah RM325 seperti pembesar suara mini dan pengecas dalam kereta Huawei SuperCharge.

Sebanyak tiga variasi pilihan warna ditawarkan iaitu Midsummer Purple, Crush Blue dan Hitam. Untuk jualan langsung, ia akan mula dipasarkan di kedai-kedai fizikal bermula pada 7 September.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI