Fenomena drama bersiri yang penuh mendebarkan ‘Squid Game’ menerusi platform Netflix telah mencorakkan dimensi baharu industri hiburan Korea Selatan di persada dunia. Salah satu pencapaian terbaiknya ialah menerima jumlah tontonan 1.650 billion jam tontonan hanya dalam masa 28 hari.
Malah pada ketika itu ia menjadi program atau drama bersiri yang paling popular dan menerima jumlah tontonan tertinggi fi Netflix. Dengan populariti yang hebat seperti itu maka tidak hairanlah ramai yang sudah tidak sabar menantikan kemunculan sekuelnya, ‘Squid Game 2’.
Semasa acara peminat global berlangsung di Tudum São Paulo, Brazil, Netflix telah mengumumkan barisan pelakon-pelakon baharu yang bakal muncul menerusi musim kedua ‘Squid Game’. Lee Jung-jae yang menjadi watak protaganisnya akan kembali memegang watak sebagai Gi-hun.
Manakala di sebalik tabir, Hwang Dong-hyuk akan menyambung semula peranannya sebagai pengarah dan penerbit eksekutif. Dijangkakan produksi akan bermula pada akhir tahun ini.
Ads
Selain Lee Jun-jae, pelakon yang membawa karakter Front Man iaitu Lee Byung-hun kembali sekali lagi bagi mencorakkan plot yang pastinya lebih rumit dan misteri. Turut muncul semula ialah Wi Ha-jun sebagai detektif polis Jun-ho dan juga Gong Yoo yang juga akan membuat kemunculan semula.
Netflix turut mengumumkan pelakon-pelakon baharu yang bakal menyertai mereka untuk musim keduanya. Mereka ialah Yim Si-wan, Kang Ha-Neul, Park Sung-hoon dan Yang Dong-geun. Penglibatan Oh Yeong-su, yang memainkan watak Oh Il-nam pada musim pertama, masih belum dapat disahkan. Sehingga kini, Netflix masih belum memberikan tarikh keluaran khusus untuk ‘Squid Game 2’.
Ads
Akan tetapi peminatnya pasti dapat menarik nafas lega dengan pengesahan dan pengumuman musim terbarunya yang akan dinantikan dengan tidak penuh sabar lagi. Malah lebih mengujakan Netflix turut memperkenalkan teaser pertama yang mengumumkan pelakon-pelakon baharunya.
Ads
Yim Si-wan merupakan ahli grup K-pop lelaki terkenal, ZE:A dan sub-kumpulannya ZE:A Five dan juga pernah memainkan peranan dalam filem ‘The Attorney’ dan siri TV ‘Misaeng: Incomplete Life’. Kang Ha-neul juga muncul dalam yang terakhir, serta senarai panjang drama TV lain termasuk ‘When the Camellia Blooms’, ‘Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo’ dan ‘Midnight Runners’.
Manakala, Yang Dong-geun pula merupakan seorang pelakon, penyanyi rap, penyanyi-penulis lagu, penerbit rakaman, dan penari breakdance dan Park Sung-hoon pula pernah tampil menerusi drama bersiri seperti ‘The Day of the Kidnapping’, ‘Justice’, dan ‘You Are the Boss’.
Agak-agaknya apa yang akan berlaku pada musim kedua nanti? Sama-sama kita nantikan!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masa anda jumpa isteri anda lepas kerja ke, lepas isteri anda balik daripada mana-mana ke, lepas anda baru balik rumah ke, pegang tangan isteri anda. Bukan yang stail pegang lama-lama. Genggam dengan lembut dua saat macam itu. Macam nak bagitahu isteri anda: ‘Sayang, I rinduuu..’ tanpa beritahu isteri anda secara terus.
2.Semasa lintas jalan
Cara paling mudah untuk kelihatan macho dan memang macho adalah dengan memegang tangan isteri anda ketika hendak melintas jalan. Contoh sebenar seorang suami yang protective dan sweet. Jangan lintas jalan seorang diri dan tinggalkan isteri anda di belakang tau.
3.Apabila mahu lepaskan pegangan tangan
Sebelum lepaskan genggaman anda itu, jangan main tarik saja tau. Macam kasar pula. Anda genggam sedikit baru lepaskan. Atau anda pegang tangan isteri anda dengan dua tangan anda lepas tu baru lepaskan. Itu macam ‘silent signal’ nak bagitahu yang tangan anda dah berpeluh ke, anda nak lepaskan tangan ke.
4.Apabila keadaan sukar, dan isteri anda mencari ketenangan pada anda
Mungkin anda tidak tahu, anda sebenarnya ada super power yang boleh menyembuhkan kesedihan isteri anda. Cubalah. Peluk sedikit untuk ekstra super power.
5. Apabila berada di tempat yang ramai orang
Masa ini kena pegang tangan. Nanti hilang! Rimas pula nanti nak kena call dan mesej untuk mencari isteri anda. Lebih-lebih lagi di tempat ramai orang, line telefon selalu tiada kan.
6.Apabila tiada sebab, pegang sahaja secara tiba-tiba
Contoh terbaik seperti ketika anda berdua sedang menonton wayang, atau waktu anda memandu, atau waktu anda berdua baru sedang berjalan ke arah kereta selepas berjogging. Bila-bila masa sahaja, secara tiba-tiba. Buat isteri anda terkejut sedikit.
Sumber : ikahwin.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aq nk g spital. Lmbt ckit msk ofs. (Aku nak pergi hospital. Lambat sikit masuk pejabat.)
Demikianlah sebahagian bahasa basahan yang sering digunakan ketika berkomunikasi melalui pesanan ringkas atau laman sosial. Selain orang dewasa, langgam bahasa ini juga jadi kegemaran anak muda dan remaja. Alasan paling mudah yang mewajarkan mereka menggunakan bahasa sebegini, kerana “mahu cepat” dan “ruang terbatas di layar telefon”.
Apa pun, alasan “mahu cepat” dan “ruang terbatas” sangat tidak tepat. Sebenarnya, golongan yang menggunakan alasan ini sudah terbiasa (buat salah) dan sangat selesa dengan kesalahan itu sehingga tidak rasa bersalah apa-apa lagi apabila mengulangi kesalahan berulang kali.
Satu lagi aspek kesantunan yang semakin terabai hari ini adalah komunikasi bersemuka apabila ada kalangan kita tidak lagi pandai menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan dengan individu yang jadi lawan bercakap. Kata “tolong” (apabila kita memohon bantuan orang lain) tidak lagi jadi kebiasaan di mulut. Begitu juga perkataan “terima kasih” (sebagai menghargai bantuan orang lain) tidak lagi jadi amalan.
Adab sopan merangkumi banyak perkara, daripada pakaian yang membalut tubuh sehinggalah bahasa pertuturan. Sopan santun kita sebagai manusia banyak juga ditentukan oleh bahasa yang kita gunakan. Ini termasuklah bagaimana kita menggunakan bahasa dan bagaimana kita berbahasa apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling, sama ada komunikasi secara bersemuka atau berperantaraan.
Sekarang ini, kita tidak sahaja berdepan masalah dalam komunikasi bersemuka tetapi juga komunikasi berperantaraan juga sering kali tidak menyenangkan. Anak-anak remaja kadangkala sesuka hati memanggil kawan-kawannya “beruk”, “babi” atau gelaran yang lebih jelek. Dalam laman sosial, kita memaki bagi melampiaskan rasa tidak puas hati. Kita rasa sakit hati kita terubat apabila memaki hamun orang lain. Kadangkala kita menggunakan bahasa dan ejaan yang salah, walaupun dengan orang yang tidak sepatutnya kerana sudah terbiasa dengan cara salah begitu.
Untuk mengubah manusia supaya menjadi lebih berbahasa dan bersopan, bukan kerja sehari dua. Selain kesedaran individu untuk berubah, adab kesopanan harus dijadikan cara hidup dan amalan seharian. Berikut beberapa perkara berkaitan etiket dan kesantunan yang perlu kita ketahui.
Bermula di rumah sendiri, biasakan dengan kalimah seperti “minta tolong” dan “terima kasih” dengan anggota keluarga terutamanya dengan pasangan, adik, anak atau anak saudara. Apabila mahu anak-anak kecil membantu, kita patut biasakan mulut dengan perkataan “tolong” dan akhiri dengan “terima kasih”.
Apabila menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, semolek-moleknya elakkan daripada marah. Memang kadangkala kita gagal menahan marah, terutamanya jika melihat kesalahan yang dilakukan berulang-ulang. Namun jika mengikut emosi dengan melampiaskan marah, biasanya akan menyebabkan bahaya yang lain pula. Apabila marah, macam-macam kata yang jelek seperti “bodoh” dan “bangang” boleh keluar, yang mungkin akan mencederakan perasaan orang lain.
Oleh itu, apabila hati rasa marah, kita patut bertenang dahulu. Apabila marah sudah reda, pilihlah masa yang sesuai untuk menegur. Teguran dengan nada yang lemah-lembut, tenang dan terkawal, biasanya akan lebih menusuk ke hati orang yang mendengar.
Santun dan beradab dalam berbahasa harus dipraktikkan. Biasakan menulis dengan bahasa yang betul dan ejaan yang betul hatta dalam pesanan ringkas atau mengemas kini status di laman sosial. Tidak perlu malu apabila menulis dengan bahasa dan ejaan yang betul kerana itu tandanya kita menghormati dan menghargai bahasa sendiri. Patutnya kita rasa malu kalau tidak berbahasa dengan betul kerana itu menunjukkan kita orang yang tidak ambil peduli dan cuai dalam hal yang sangat asas begitu.
Kadangkala orang dewasa sendiri tidak berbahasa dengan betul dan mengabaikan penggunaan ejaan yang betul. Malah ada segelintir guru yang Whatsapp menggunakan ejaan yang kucar-kacir. Jika orang dewasa dan golongan pendidik sendiri tidak pernah membetulkan apa yang salah, terlalu terbiasa dengan segala yang salah, maka adakah kita berharap golongan yang lebih muda dapat membetulkan kesalahan mereka?
Bagi anak-anak muda yang sering mengeja dan berbahasa sesuka hati ini sebenarnya tidak sukar untuk membetulkan mereka. Syaratnya, kita yang berkesedaran perlu terlebih dahulu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan mereka, maka secara perlahan-lahan mereka akan mengikut cara kita. Yang lebih penting juga, pastikan mereka mengikut cara kita, bukan kita terpengaruh dengan cara mereka!
4.Etika & adab komunikasi berperantaraan
Komunikasi berperantaraan (menggunakan mesej, e-mel atau media sosial) memerlukan etika dan adab tersendiri. Apatah lagi jika kita berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya, lebih tua usianya, lebih berpangkat atau kita memerlukan sesuatu pertolongan daripada orang yang kita hubungi. Oleh itu, cara kita berbahasa haruslah santun dan sesuai.
Selalunya dalam komunikasi berperantaraan sering berlaku salah faham kerana bahasa yang digunakan sering tersilap. Bahasa adalah satu-satunya medium perantaraan dalam komunikasi melalui SMS, e-mel atau media sosial. Pemilihan kata yang tidak tepat boleh mendatangkan salah faham. Penggunaan ayat yang kucar-kacir boleh memberikan salah maklumat kepada penerima. Ejaan yang salah memberikan tanggapan bahawa kita orang yang tidak serius ketika melakukan kerja dan boleh menjadi suatu bentuk penghinaan kepada orang yang kita hubungi.
Cubalah kita hayati al-Quran, mukjizat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad. Bahasa yang terkandung dalam al-Quran adalah bahasa Arab tinggi yang indah, penuh seni dan sangat memberi kesan kepada orang yang membaca dan faham apa yang dibaca. Malah indah dan seninya bahasa yang digunakan dalam al-Quran pernah cuba dibuat oleh orang Arab jahiliah untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu menulis sebaik itu, tetapi yang pasti mereka gagal.
Pendek kata, banyak yang dapat diketahui oleh orang lain melalui gaya bahasa yang kita gunakan. Daripada gaya kita menulis, orang dapat menilai keperibadian kita, gaya hidup kita dan sikap kita terhadap kerja kita. Oleh itu, mulai sekarang eloklah kita belajar membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Industri permainan video kini telah kembang dengan begitu pesat sekali. Platform permainan video juga telah banyak berubah dengan populariti gaming menggunakan telefon pintar meningkat mendadak dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Di antara permainan video yang sangat popular terutamanya di kalangan lelaki ialah Mobile Legend. Tidak dinafikan permainan video secara mobil mampu menghilangkan stres terutamanya seleps seharian menghadap kerja di pejabat.
Namun, lain pula jadinya di Melaka apabila sekumpulan lelaki ditangkap oleh pihak polis selepas bergaduh gara-gara tidak puas hati dalam permainan video melibatkan Mobile Legend.
Memetik laporan Astro Awani, polis menahan tujuh lelaki kerana disyaki memukul dua pemuda dalam lingkungan usia 20-an dalam pergaduhan dilaporkan berpunca daripada rasa tak puas hati permainan video tersebut.
Kejadian yang berlaku di Telok Mas itu berlaku di sebuah stesen minyak selepas mangsa didatangi sekumpulan lelaki bermotosikal yang bertindak memukul mereka.
Susulan daripada kes itu pengadu atau mangsa telah menerima 10 jahitan di dahi dan juga mengalami kecederaan patah hidung. Dia dilaporkan mendapat kecederaan serius itu selepas dipukul dengan menggunakan topi keledar.
Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Christopher Patit, “”Siasatan awal mendapati pergaduhan itu tercetus berikutan rasa tidak puas hati kerana maki hamun ekoran keengganan bermain Mobile Legend”.
Tambahnya lagi, semua tujuh lelaki berumur 16 hingga 28 tahun itu ditahan di Jalan Kota di sini sekitar tengah malam tadi, dan kes disiasat mengikut 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera, serta Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana bergaduh.
Tujuh orang suspek juga telah direman selama lima hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
Semoga perkara ini dijadikan iktibar oleh kita semua. Jangan disebabkan permainan dalam dunia buatan kita berkelahi sama sendiri di dunia sebenar. Apatah lagi jika masing-masing sebenarnya sudah dewasa dan mampu berfikiran lebih matang!
Sumber: Astro Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ketahui bagaimana jam pintar GPS membantu pelari meningkatkan prestasi dengan data tepat, latihan berstruktur, dan pemantauan recovery. Panduan ini dedahkan 10 sebab kenapa ia pelaburan terbaik untuk pelari moden.