Sejak minggu lalu, antara perkara yang paling bernilai di kalangan peminat bolesepak tempatan ialah tiket perlawanan akhir Piala AFF untuk menyaksikan pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya berdepan dengan Vietnam.

Sepanjang tempoh itu pelbagai keluhan serta kritikan yang telah dilontarkan kepada pihak berkenaan terutamanya FAM apabila timbul pelbagai kontroversi dalam sistem penjualan tiket.

Bermula dengan episod jualan secara online yang berlaku lebih cepat daripada masa sebenar akibat ‘ujian sistem’ sehinggalah ribuan penyokong yang berkampung di hadapan kaunter Stadium Nasional Bukit Jalil beratur untuk mendapatkan tiket. Lebih mengecewakan apabila ramai yang mendakwa tiket telah ‘lesap’ disapu tidak sampai sejam selepas kaunter dibuka.

Kemudian ramai juga pengguna laman media sosial mula berkongsi karenah ulat tiket yang menjual tiket berlipat kali ganda hingga ada yang mencecah RM200. Sehari sebelum perlawanan pula FAM terpaksa mengeluarkan kenyataan apabila telah tular seorang wanita dikatakan mempunyai lebih 2800 tiket, tetapi dia sebenarnya wakil untuk mengambil tiket bagi pihak penyokong Vietnam.

Keterujaan penyokong Harimau Malaya sememangnya berada pada tahap paling tinggi sejak dan kesesakan sememangnya telah dijangka. Dalam perlawanan dramatik semalam skuad Harimau Malaya berjaya melakukan comeback selepas ketinggalan dua gol. Semangat juang seperti inilah yang membuatkan ramai penyokong lebih teruja dan bersemangat untuk sama-sama mendukung aspirasi skuad negara.

Namun apa yang mengecewakan jumlah penonton di dalam stadium semalam terlalu ramai sehinggakan melimpah keluar. Sebagai penyokong yang turut hadir di stadium semalam, penulis sendiri menyaksikan bagaimana ramai penyokong yang terpaksa duduk di atas tangga dan di mana sahaja ruang yang boleh untuk menyaksikan perlawanan.

IKLAN

Stadium Melimpah Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya?Stadium Melimpah Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya?

Stadium Melimpah Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya?

 

Malah ada yang memanjat di bahagian penghadang dan duduk melunjurkan kaki mereka. Ia merupakan satu situasi yang bukan sahaja merbahaya tetapi boleh mengundang perkara tak diingini.

Perkara sebegini sebenarnya tidak patut berlaku kerana ia melibatkan keselamatan orang awam. Laluan kecemasan dan bahagian tangga dipenuhi dengan penonton kerana tempat duduk tidak mencukupi. Ini sekali gus menyukarkan pergerakan penonton yang ingin turun naik. Jika berlaku sebarang kecemasan memang ia berpotensi membuatkan keadaan menjadi tidak terkawal.

IKLAN

Stadium Melimpah Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya? Stadium Melimpah Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya? Stadium Melimpah Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya?Stadium Melimpah Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya?

 

Sepanjang penjualan tiket, FAM telah mengumumkan sebanyak 80,000 tiket telah dijual. Dan semalam ketika perlawanan berlangsung diumumkan jumlah penonton yang hadir seramai kira-kira 88,000 orang. Namun ramai penyokong yang hadir mendakwa jumlah sebenar adalah lebih daripada itu melihatkan kebanjiran penyokong yang luar biasa ramai.

Selain penyokong Malaysia, di bahagian penyokong Vietnam juga berlaku perkara yang sama. Ramai penyokong Vietnam dilaporkan tidak dapat tempat duduk dan kawan menjadi terlalu sesak sehinggakan sebahagian daripada mereka dialihkan ke kawasan media.

IKLAN

Jadi persoalannya bagaimana perkara limpahan seperti ini boleh berlaku. Lebih mengecewakan ia bukanlah kali pertama perkara seperti ini berlaku. Malah dalam perlawanan liga atau kejohanan domestik sebelum ini juga perkara sama telah berlaku. Adakah ada penyokong yang masuk dengan menggunakan tiket palsu? Atau ada pihak yang menggunakan laluan ‘rahsia’ dengan membayar pihak tertentu? Atau juga mungkin mereka masuk dengan menggunakan payung terjun?

 

Stadium Melimpah Penyokong Harimau Malaya Luah Rasa Kecewa, Jadi Apa Puncanya?
Dakwaan seorang netizen kawannya jadi mangsa masuk stadium menggunakan ‘tiket ajaib’.

 

Terdapat cadangan agar tiket dijual mengikut nombor tempat duduk. Stadium Nasional kebanggan kita sebenarnya dilengkapi dengan nombor tempat duduk lengkap dengan huruf dalam row berbeza. Jadi sebenarnya ia bukanlah masalah untuk menjual tiket berdasarkan nombor tempat duduk. Terdaoat juga ura-ura bahawa pihak Perbadanan Stadium Malaysia yang menguruskan Stadium Nasional mempunyai sistem bernombor tetapi disebabkan penganjur Piala AFF dan FAM ingin gunakan sistem mereka sendiri jadi perkara itu tidak dapat dilakukan. Betul atau tak dakwaan ini, kami tidak berapa pasti.

Aoa yang pasti, sistem yang lebih efisyen boleh dipraktikkan pada masa akan datang. Dan jika ia dilaksanakan kegiatan ulat tiket dan juga pemalsuan tiket dapat dibanteras. Semoga perkara ini dapat diberikan perhatian yang serius kepada mana-mana pihak yang mempunyai bidang kuasa mereka di dalam penganjuran akan datang.

Kredit foto: @KeeshSundaresan@ayshardzn @ninordin@jimiecheng

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI