
Bidang kulinari kini semakin mendapat perhatian generasi muda Malaysia kerana dilihat mampu menawarkan laluan kerjaya yang stabil, kreatif dan berpendapatan lumayan. Jika dahulu dunia masakan sering dianggap sekadar kemahiran di dapur, hari ini industri gastronomi berkembang menjadi antara sektor profesional yang mempunyai potensi besar.
Daripada bergelar chef profesional, pemilik restoran, food stylist, perunding makanan hinggalah pencipta kandungan digital berasaskan makanan, dunia kulinari moden kini membuka pelbagai peluang kerjaya menarik. Dalam era media sosial dan lifestyle hari ini, ramai individu berjaya membina nama serta menjadikan bidang makanan sebagai sumber pendapatan utama yang cukup lumayan.
Atas semangat itu, program Remaja On Road kembali menerusi penganjuran Jalen Star Chef 2, sebuah pertandingan masakan berskala nasional yang bertujuan mencungkil bakat kulinari generasi muda dari seluruh negara.

Pertandingan anjuran Nu Ideaktiv bersama Remaja dengan sokongan Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta jenama makanan terkenal Jalen itu kini sedang berlangsung menerusi siri jelajah pencarian bakat melibatkan beberapa lokasi utama di Malaysia.
Platform Untuk Anak Muda Tunjuk Bakat
Lebih daripada sekadar pertandingan memasak biasa, Jalen Star Chef 2 menjadi platform buat anak muda mempersembahkan kreativiti, kemahiran teknikal dan identiti masakan masing-masing di hadapan panel penilai.
Peserta bukan sahaja dinilai berdasarkan rasa hidangan semata-mata, malah turut diuji dari aspek kreativiti, persembahan serta kemampuan mengolah idea moden menggunakan produk keluaran Jalen.
Program ini secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta merasai sendiri pengalaman sebenar dunia pertandingan kulinari profesional.
Dungun Jadi Destinasi Pertama
Jelajah pencarian bakat Jalen Star Chef 2 telah membuka tirainya di Dungun, Terengganu yang menjadi lokasi pertama bagi pusingan saringan awal.
Suasana pertandingan cukup meriah apabila peserta tampil mempersembahkan pelbagai idea hidangan kreatif dengan interpretasi tersendiri.

Pusingan ini menyaksikan penyertaan sembilan pelajar daripada beberapa institusi pengajian tinggi termasuk UiTM Dungun, Universiti Malaysia Kelantan dan University College Bestari.
Setiap peserta hadir dengan keunikan masing-masing dalam menghasilkan hidangan yang bukan sahaja menarik dari sudut rasa, tetapi juga visual dan teknik penyediaan.
Selepas persaingan sengit berlangsung, dua pelajar daripada UiTM berjaya menempatkan diri dalam kelompok terbaik bersama seorang wakil daripada University College Bestari.
Ketiga-tiga peserta tersebut sekali gus berjaya melayakkan diri ke pentas akhir yang dijadual berlangsung pada pertengahan Jun nanti.

Persaingan Semakin Sengit Di Pulau Pinang
Selepas tamat pusingan Pantai Timur, jelajah diteruskan pula ke utara tanah air dengan Pulau Pinang menjadi lokasi seterusnya.
Di sini, saingan dilihat semakin mencabar apabila peserta daripada UiTM Permatang Pauh, UniSHAMS dan Kolej Vokasional Sungai Petani 2 tampil dengan idea hidangan yang lebih moden dan berani.
Menariknya, ramai peserta mula menggabungkan elemen citarasa tempatan bersama teknik penyediaan kontemporari bagi menghasilkan hidangan yang lebih unik dan relevan dengan trend gastronomi masa kini.

Daripada interpretasi moden makanan tradisional hinggalah sentuhan plating ala restoran premium, kreativiti peserta jelas menyerlah sepanjang pertandingan berlangsung.
Pusingan di Pulau Pinang turut menyaksikan ketiga-tiga institusi berjaya menghantar wakil masing-masing ke peringkat akhir selepas berjaya berada dalam kelompok tiga terbaik.
Grand Finale Bakal Berlangsung Jun Ini
Selepas Dungun dan Pulau Pinang, misi pencarian bakat akan diteruskan menerusi pusingan saringan terakhir di UiTM Puncak Alam, Selangor pada 4 Jun 2026.
Pusingan tersebut dijangka menjadi medan penentu terakhir sebelum semua finalis terbaik berhimpun di pentas grand finale pada 18 Jun 2026 di lokasi sama.
Sudah pasti, persaingan dijangka lebih sengit apabila setiap finalis bakal tampil dengan idea dan persembahan terbaik bagi merebut gelaran juara Jalen Star Chef 2.
Dunia Kulinari Kini Semakin Besar
Menurut pihak penganjur, pertandingan ini bukan sekadar mencari bakat memasak semata-mata.
Sebaliknya, ia bertujuan membuka perspektif generasi muda bahawa bidang kulinari mampu menjadi kerjaya profesional yang berjaya dan mempunyai masa depan cerah.
Dalam era digital hari ini, bidang makanan bukan lagi hanya tertumpu kepada dunia dapur restoran.

Ramai pencipta kandungan makanan kini berjaya membina pengaruh besar di media sosial menerusi video resipi, ulasan makanan dan kandungan lifestyle berkaitan kulinari.
Tidak kurang juga ramai usahawan muda berjaya menjadikan kemahiran memasak sebagai sumber pendapatan utama.
Justeru, platform seperti Jalen Star Chef 2 dilihat sangat relevan dalam membantu anak muda membina keyakinan diri selain memberi pendedahan kepada dunia industri sebenar.
BACA: KLIMS Run 2026 Cipta Sejarah, Himpunkan 1,000 Peserta Dalam Larian Automotif Pertama Malaysia
Raikan Kreativiti & Impian Anak Muda
Apa yang menjadikan Jalen Star Chef 2 lebih menarik ialah semangat yang dibawa program ini dalam meraikan kreativiti dan impian generasi muda Malaysia.
Bagi sesetengah peserta, pertandingan ini mungkin menjadi langkah pertama menuju impian bergelar chef profesional.
Manakala bagi yang lain, ia mungkin menjadi titik permulaan kepada perjalanan lebih besar dalam dunia keusahawanan makanan atau penciptaan kandungan digital.
Dan melihat sambutan diterima setakat ini, jelas menunjukkan bahawa dunia kulinari kini bukan lagi sekadar minat sampingan, tetapi sebuah industri masa depan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan anak muda Malaysia.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




