Teh ais dan rakyat Malaysia bagai isi dan kuku. Minuman ini sering menjadi pilihan tidak kiralah sama ada di restoran mahal mahupun gerai tepi jalan.
Dapat minum yang kaw, dan sejuk memang nikmat terutama bila cuaca panas. Kadang-kadang kat rumah pun boleh teringin nak minum teh ais macam ni. Tak perlu susah keluar atau order online, kita buat saja sendiri teh ais kaw!
Buat sendiri teh ais kaw, manis berlemak
Untuk peminat teh ais! Cara membuatnya untuk satu gelas saiz ini.
1. Masukkan 2-3 sudu teh serbuh teh (saya guna teh Barra, teh dari Kedah bukan teh merah Thailand ya). Klik SINI untuk beli di Shopee.
2. Rendam dengan air yang betul-betul panas (saya guna air Cuckoo saja). Nak lagi kaw boleh masak teh ini dalam periuk sampai menggelegak
Ads
3. Biarkan rendam serbuk teh tapi sampai suam. Kemudian tapis.
4. Selepas itu boleh tambah susu pekat ikut kemanisan yang disukai.
5. Kemudian tambah 2-3 sudu susu cair untuk rasa lemak! Jangan tambah air lagi selepas bancuh, nanti cair.
Ads
6. Tambahkan ketulan ais, siap untuk diminum. Jika nak buat satu jag boleh gandakan bahan-bahan.
Senang je nak buat teh ais ni kan. Selamat mencuba!
Tanyalah sesiapa sahaja terutamanya mereka yang bekerja di kawasan terbuka di bawah panas terik matahari. Salah satu cabaran paling besar untuk kita semua sepanjang Ramadan sebenarnya bukan menahan lapar. Tetapi lebih kepada menahan rasa dahaga.
Iyalah, negara kita merupakan negara beriklim tropika yang sering panas.
Disebabkan itulah bila masuk sahaja waktu berbuka ramai yang akan capai gelas untuk terus hilangkan dahaga. Di bulan mulia ini pelbagai jenis aneka minuman dijual untuk berbuka puasa. Tapi apakah minuman yang boleh menghilangkan rasa haus dan dahaga? Dan yang paling menyihatkan untuk kita minum semasa berbuka puasa?
Ingat kalau tersilap minum nanti anda boleh sakit perut dan berulang-alik masuk tanda. Lalu menjejaskan aktiviti ibadah anda pada waktu malam. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 7 jenis minuman terbaik untuk anda berbuka puasa.
Mudah dan ringkas. Ini kerana air putih mempunyai sifat neutral dan mampu menghidrasi tubuh seketika. Apatah lagi kalau bukan bulan puasa pun kita harus minum sebanyak 8 gelas sehari.
Antara minuman yang paling popular sepanjang bulan puasa. Ia kaya dengan zat elektrolit dan mapmu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat. Malah ia boleh menggantikan elektrolit badan yang hilang selepas lebih 12 ham berpuasa. Ia juga mengandungi serat, vitamin C, magnesium dan pelbagai lagi
Mengandungi kandungan probiotik dan bakteria baik bagi membantu kesihatan pencernaan anda. Ia juga membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan mengembalikan tenaga dengan segera.
Tembikai merupakan antara buah yang terbaik dijadikan jus untuk berbuka puasa. Secara semula jadi ia mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Lantas mampu membantu mengembalikan tahap hidrasi badan. Ia juga kaya dengan lycopene, sejenis zat yang berperanan sebagai antioksidan yang kuat.
Jika anda teringin untuk minum susu semasa berbuka puasa, apa kata campurkan dengan kurma untuk hasil yang lebih menakjubkan. Caranya dengan merebus susu bersama buah kurma. Atau anda boleh blend buah kurma dan campurkan dengan susu. Ia boleh mengembalikan tenaga serfta kadar gula dalam badan dengan baik selepas seharian berpuasa.
Untuk dapatkan kesan yang baik cuba minum teh tanpa gula atau dengan hanya sedikit sahaja gula. Sebahagian orang tak mendapatkan hasil maksima kerana meminum teh dengan cara yang salah.
Bagi anda yang benar-benar ingin buang toksin dalam badan mungkin boleh minum infused water. Dengan potongan buah dan sayuran, air putih akan lebih bernutrisi. Ia juga membantu badan mengembalikan kadar hidrasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan Henry Golding? Anak jati Sarawak berdarah kacukan Iban-Inggeris ini telah mencipta nama di persada antarabangsa.
Di persada Hollywod namanya dikenali dengan lakonan memukau dalam filem-filem pecah panggung seperti ‘Crazy Rich Asians’ dan ‘The Gentlemen’.
Walaupun sibuk dengan kerjaya global dan kehidupan di luar negara, Henry tidak pernah lupa akan akarnya, terutamanya hubungannya yang erat dengan Malaysia.
Namun di sebalik popularitiyang diraih, Malaysia sentiasa tersemat rapi di hatinya. Dalam sebuah video terbaru dari LADBibble Entertainment, Henry Golding telah diuji untuk membandingkan dan memilih di antara snek Malaysia dan snek British.
Lalu membawa penonton menelusuri ‘perang’ snek antara dua negara yang sangat rapat dengannya iaitu Malaysia dan Britain. Ini bukan sekadar cabaran rasa biasa, tetapi sebuah perjalanan nostalgia yang membangkitkan memori zaman kanak-kanak dan identiti budaya yang membentuk dirinya.
Dari sudut pandang seorang lelaki yang sudah mengembara dunia, pilihan snek ini melambangkan lebih daripada sekadar kudapan tetapi ia tentang rasa nostalgik.
Seperti yang dikongsikannya, “Setiap gigitan snek Malaysia ni macam membuka semula album memori zaman kanak-kanak. Ada rasa yang takkan dapat kat tempat lain.”
Cabaran dimulakan dengan pertembungan klasik iaitu Mamee Monster dari Malaysia melawan Pickled Onion Monster Munch dari Britain.
Bagi ramai lelaki Malaysia yang membesar di era 90-an, Mamee Monster adalah teman setia. Begitu juga dengan Henry, jelas terpancar kegembiraan di wajahnya. Kemenangan pertama memihak kepada snek Malaysia apabila Hnery tidak tergaak-agak memilihnya.
Kemudian diteruskan dengan padanan unik Durian Biscuits melawan Jam Tarts, dan yang paling menarik perhatian, teh tarik menentang Yazoo, minuman susu berperisa dari UK.
Bagi peminat kopi dan teh, teh tarik bukan sekadar minuman, tetapi simbol ‘lepak’ dan gaya hidup santai Malaysia. Kedua-dua snek dan minuman yang dipiliah Henry ialah dari Malaysia.
Tidak ketinggalan, kuih tradisional seperti pulut inti kacang diadu dengan Jaffa Cakes, biskut bersalut coklat yang popular di Britain. Di pusingan ini, Henry memilih snek dari Britain tersebut.
Manakala di pusingan terakhir menyaksikan Mimi, snek udang kering kegemaran ramai, berentap dengan Scampi Fries. Dan snek Mimi cukup istimewa kepadanya yang terus mengimbau memori ketika kecil.
Melalui setiap suapan dan tegukan, Henry bukan sekadar menilai rasa, tetapi berkongsi cerita di sebalik snek-snek ini – kisah-kisah dari sekolah rendah, melepak dengan rakan, atau saat-saat istimewa bersama keluarga.
Walaupun bersikap adil dalam penilaian, dapat dirasakan snek dari Malaysia mempunyai tempat yang sangat istimewa di hati Henry.
Ia bukan hanya tentang keenakan rasa, tetapi muatan emosi dan kenangan yang sukar ditandingi.
Dan bagi Henry Golding, biarpun bergelar bintang antarabangsa, snek Malaysia tetap menjadi pengingat manis akan asal-usulnya.
Seperti yang mungkin dirasainya, “Walaupun snek British pun sedap dengan cara tersendiri, snek Malaysia ni… dia ada ‘jiwa’ dia. Dia rasa macam balik rumah.”
Mungkin, inilah sebabnya snek tempatan kita sentiasa terasa lebih ‘ngam’.
Salam Aidil Adha untuk anda semua dari kami di team MASKULIN. Kemeriahan perayaan yang meraikan pengorbanan dan keinsafan masih lagi dirasai. Dan semestinya ia juga tyempoh di mana ramai di antara kita akan makan lebih banyak daging lembu dari kebiasaan.
Seperti mana yang kita tahu, daging lembu merupakan sumber protein yang baik. Ia mengandungi pelbagai nutrien penting seperti zat besi, zink dan vitamin B12. Namun, seperti makanan yang lain juga ia perlulah diambil berpada-pada.
Pengambilan daging lembu yang berlebihan boleh membawa kesan buruk terhadap kesihatan, terutama bagi lelaki.
Kali ini MASKULIN ingin bawa anda membincangkan beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu diambil apabila makan daging lembu dalam jumlah yang banyak.
Mengawal saiz hidangan adalah langkah pertama dalam mencegah pengambilan daging lembu yang berlebihan. Bak kata orang, makan tu berpada-padalah.
Disarankan untuk menghadkan makan daging merah kepada sekitar 70 gram sehari atau sekitar 500 gram seminggu.
Ini bersamaan dengan saiz sebiji telapak tangan bagi satu hidangan. Dengan mengawal saiz hidangan, kita boleh menikmati kebaikan daging lembu tanpa mengambil terlalu banyak lemak tepu yang boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan jantung.
Tidak semua potongan daging lembu adalah sama. Pilih potongan yang lebih kurang lemak seperti daging batang pinang atau bahagian peha.
Potongan ini mengandungi kurang lemak tepu dan kolesterol yang boleh meningkatkan risiko penyakit jantung. Memasak daging dengan cara yang sihat seperti memanggang atau merebus juga boleh mengurangkan kandungan lemak. Makan daging dengan berhemah!
Walaupun daging lembu kaya dengan protein dan nutrien, penting untuk mengamalkan pemakanan seimbang yang merangkumi pelbagai jenis makanan.
Masukkan lebih banyak sayur-sayuran, buah-buahan, bijirin penuh, dan protein daripada sumber tumbuhan dalam diet harian. Ini bukan sahaja membantu mengurangkan risiko penyakit kronik tetapi juga memastikan tubuh mendapat pelbagai nutrien yang diperlukan.
Banyak produk daging lembu yang diproses seperti sosej, burger, dan daging salai mengandungi kandungan sodium dan bahan pengawet yang tinggi.
Pengambilan sodium yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan masalah kesihatan lain. Oleh itu, baca label produk dan pilih daging yang kurang diproses atau tanpa bahan pengawet.
Jika anda makan daging lembu dengan banyak, perhatikan tanda-tanda masalah kesihatan seperti peningkatan berat badan, tekanan darah tinggi, dan kolesterol yang tinggi.
Dapatkan pemeriksaan kesihatan secara berkala dan berbincang dengan doktor tentang diet dan gaya hidup anda. Ini penting untuk mengenal pasti sebarang masalah kesihatan pada peringkat awal dan mengambil langkah pencegahan yang sesuai.
Daging lembu mengandungi lemak tepu yang tinggi, yang boleh meningkatkan paras kolesterol dalam darah dan risiko penyakit jantung.
Untuk mengurangkan pengambilan lemak tepu, elakkan memakan kulit atau bahagian berlemak dan pilih kaedah memasak yang tidak menggunakan banyak minyak.
Menggabungkan diet yang sihat dengan senaman dan gaya hidup aktif adalah kunci kepada kesihatan yang baik.
Senaman membantu membakar kalori, mengurangkan tekanan darah, dan meningkatkan kesihatan jantung. Cuba lakukan senaman kardiovaskular seperti berlari, berbasikal, atau berenang sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JD Sports Malaysia meraikan ulang tahun ke-10 dengan pelbagai produk eksklusif, ganjaran pelanggan dan acara khas JD Frequency di Sunway Pyramid. Sambutan berlangsung sepanjang tahun buat peminat sneaker dan athleisure.