staf penerbangan kerja inisiatif
Foto: Shutterstock

Di antara kesan yang cukup hebat dirasakan berikutan penularan wabak COVID-19 ialah ekonomi yang terjejas teruk. Seperti mana yang kita tahu, industri penerbangan merupakan salah satu yang menerima impak cukup besar. Sehinggakan ramai staf dan kakitangan daripada industri ini telah kehilangan pekerjaan.

Dalam tempoh beberapa hari lalu telah tular di mana ramai staf sebuah syarikat penerbangan berkongsi kata-kata semangat dan kenangan sepanjang bekerja. Ramai warganet melahirkan rasa simpati dan memberikan kata-kata semangat. Tidak kurang juga yang menawarkan peluang pekerjaan kepada mereka.

Staf Industri Penerbangan Hilang Pekerjaan, Ini Inisiatif Disediakan PERKESO 
Foto hiasan: wavebreakmedia_micro – www.freepik.com

Namun nasib mereka tidaklah terkontang-kanting begitu sahaja. Buat anda yang merupakan staf industri penrbangan yang terjejeas anda boleh mendapatkan inisiatif yang disediakan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).

Perkeso dilaporkan bersedia dan komited untuk membantu kakitangan syarikat penerbangan tempatan yang diberhentikan kerja melalui faedah Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) sedia ada. Ia juga termasuklah bantuan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

IKLAN

SKIM UNTUK ANDA

Dalam kenyataannya semalam, Perkeso memaklumkan mana-mana individu yang terlibat dalam pemberhentian kerja seperti Skim Pemisahan Sukarela VSS atau MSS boleh melayari laman web rasmi agensi itu bagi mendapatkan maklumat terperinci kedua-dua inisiatif itu dan tatacara permohonannya.

Staf Industri Penerbangan Hilang Pekerjaan, Ini Inisiatif Disediakan PERKESO 

IKLAN

Di antara faedah SIP; ia termasuk Elaun Mencari Pekerjaan untuk tempoh satu hingga enam bulan, selain bantuan mendapatkan pekerjaan baharu menerusi Program Penempatan Pekerjaan Semula.

Program sama menerusi platform MYFutureJobs di bawah inisiatif PENJANA yang menawarkan latihan kemahiran dan peningkatan kemahiran turut disalurkan Perkeso, menurut kenyataan itu.

IKLAN

Sehingga Rabu lepas telah dilaporkan sebanyak 90,470 kes kehilangan pekerjaan dilapor kepada Perkeso bagi permohonan faedah SIP. Manakala seramai 33,341 Orang Berinsurans di bawah SIP kembali bekerja menerusi program penempatan pekerjaan semula dan Portal MYFutureJobs.

Perkeso turut menyediakan Latihan Vokasional dan Kemahiran bagi meningkatkan kebolehpasaran pekerja yang kehilangan pekerjaan, dengan setiap kursus dibiayai Perkeso sehingga RM4,000 manakala peserta menerima elaun latihan RM10 hingga RM20 sehari untuk tempoh maksimum enam bulan.

Jadi buat staf industri penerbangan yang terjejas, anda hubungi nombor careline Perkeso di 1300-22-8000. Atau dapatkan maklumat lanjut menerusi laman sesawang rasmi mereka di https://www.perkeso.gov.my/.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI