Sebenarnya Mark Zuckerberg perhati je anda-anda yang single tu. Oleh kerana ramai antara anda yang meletakkan status Single di lama FB anda tu. Pemilik Facabook ini ada hadiah yang menarik untuk anda dalam masa terdekat ni. Platform media sosial Facebook (FB) bakal melancarkan servis untuk penggunanya menjalinkan hubungan kekasih.
Ia direka dengan memanfaatkan status berjuta pengguna FB yang belum berpunya selain bertujuan meningkatkan jumlah masa penggunaan platform media sosial paling popular di dunia itu dalam kalangan orang ramai.
Ads
Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg mendedahkan berita tersebut dalam persidangan F8 yang diadakan di Pusat Konvensyen San Jose McEnery di California, pada Selasa.“Seramai 200 juta pengguna FB melabelkan diri mereka sebagai ‘single’. Dengan itu, saya merasakan sesuatu perlu dilakukan dalam situasi ini,” katanya seperti yang dipetik daripada laporan Reuters.
Ads
Tambah Zuckerberg, servis ini dicipta bagi melahirkan hubungan kekasih untuk jangka masa panjang, dan bukannya untuk berseronok.Pihak FB juga telah merangka servis ini dengan tetapan privasi yang selamat. Rakan FB anda tidak akan dapat melihat profil anda.
Ads
Servis yang telah direncana sejak satu dekad yang lalu dikatakan dapat menambah baik jumlah pengguna daripada golongan muda sejajar dengan teras perniagaan mereka.
Ia tidak mempunyai ciri ‘swipe’ ke kanan atau kiri seperti aplikasi dating lain, sebaliknya menawarkan ciri ‘pass’ dan ‘interested’.Servis ini dikatakan bakal menyaingi aplikasi ‘dating’ yang lain seperti Tinder dan OKCupid.Tak sabarnya nak tunggu ia betul-betul dilacarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Boleh kata, dalam sehari, separuh waktu daripada 24 jam itu kita gunakan untuk melayari media sosial seperti Instagram dan Facebook betul tak? Bukan tu je, lebih syok kalau dapat memaut naik foto-foto berbentuk #OOTD untuk dikongsikan dengan teman pengikut. Supaya kamu tak ketinggalan dan nampak gah,ini kami kongsikan tips bagaimana kamu boleh nampak cool dalam foto Instagram dengan pakaian berlogo yang kini merupakan trend fesyen paling hip
Logo tak semestinya memghiasi baju semata, cuba gayakan kasut, skarf, barang kemas mahupun beg tangan yang mengetengahkan perincian logo berhuruf mahupun corak cetakan yang berdasarkan logo.
2. Huruf Awal Jenama
Sekali-sekala bergaya mewah apa salahnya. Cari helaian atau item aksesori fesyen yang dihiasi huruf utama -dijadikan corak cetakan monogram.
3. Bergandingan Dengan Teman
Untuk buat foto ootd kamu nampak lebih gah, gayakan baju berlogo dengan teman kamu, pasti ianya nampak lebih berkelas lagak para jemputan VIP di minggu fesyen.
Jadi lepas ni tak perlu malu untuk beli pakaian yang berlogo gergasi. Lagi besar dan nyata logo tu, lagi cantik tau!
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sepanjang tahun 2021 jenama New Balance dilihat mengukuhkan kedudukan mereka dalam pasaran kasut atau sneakers. Malah di kalangan sneakerhead jenama New Balance kini dianggap sebagai salah satu jenama wajib perlu ada dalam koleksi mereka.
Meneruskan kecemerlangan tahun lalu, New Balance dilihat cukup agresif dan proaktif meletakkan jenama mereka terutamanya menerusi sneakers. Bersempena Tahun Baharu Cina tahun ini, New Balance turut memperkenalkan beberapa kasut menerusi koleksi yang cukup istimewa ini.
New Balance meraikan kedatangan Tahun Baru Cina dengan koleksi edisi terhad baru yang diinspirasikan daripada baris sajak ‘In Me, the Tiger Sniffs the Rose’ oleh Siegfried Sassoon dalam karyanya ‘In Me, Past, Present, Future Meet’.
Menerusi koleksi terbaru, jenama peneraju kasut dan pakaian sukan ini, ingin menggalakkan generasi muda untuk menonjolkan keberanian mereka dan pada masa yang sama, sisi lembut diri.
Dengan penuh semangat dan tenaga, New Balance memulakan Tahun Harimau dengan kasut istimewa yang menyerlahkan semangat berani harimau melalui rekaan menarik dan menonjol dalam koleksi ini. Koleksi Tahun Baru Cina daripada New Balance menampilkan rekaan rangkaian model popular 57/40 dan 327 serta rekaan XC-72.
Koleksi 327 didatangkan dalam warna hitam dan perang yang dihiasi tona merah yang melambangkan keberanian dan kecekalan.
Manakala koleksi 57/40 boleh didapati dengan warna biru gelap dan dihiasi tona merah jambu dan hijau yang melambangkan ketelitian. Koleksi 327 dijual pada harga RM499 dan 57/40 pada RM519.
Bagi koleksi XC-72, rekaannya bertujuan menggabungkan keindahan dan elemen hutan belantara melalui padanan warna tanah dan belang harimau, seterusnya menggalakkan si pemakai untuk menjadi lebih bersemangat dan berani.
Ia turut menampilkan bahan ‘retro suede’ yang lembut untuk menampakkan tekstur organik. Siri XC-72 dijual pada harga RM539.
Koleksi terbaru New Balance boleh didapati secara eksklusif di 3 rangkaian utama New Balance: Pavilion KL, Mid Valley Megamall dan Mid Valley Southkey. Koleksi ini dtawarkan untuk waktu yang terhad.
Buat anda yang ingin tampil dengan gaya tersendiri bolehlah mendapatkan koleksi ini di pasaran sekarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa ada adik? Siapa tak suka adik mereka sendiri? Sebagai seorang abang, sememangnya kita dididik untuk menjaga kebajikan keluarga. Ramai selebriti tak kira lelaki dan perempuan mempunyai adik atau kakak atau abang dalam industri yang sama. Menarik kan? Kadang-kadang mereka memengang watak adik-beradik dalam sesebuah karya atau musuh. Tapi masing-masing melakukan tugas dengan jayanya.
Ini antara beberapa selebriti yang mempunyai adik-beradik dalam satu industri
Ziana Zain & Anuar Zain
Siapa tak kenal dengan dua individu ini yang telah mula meapak dalam industri sejak zaman 80an lagi. Kedua-duanya mempunyai bakat dalam bidang nyanyian dan juga lakonan, masing-masing bersaing untuk rebut peluang menjadi artis yang berkaliber dalam Malaysia mahupun Asia. Vokal mereka yang tersendiri menjadikan mereka berdua ini mempunyai genre yang tersendiri dan peminat yang berbeza. Mereka ini tak pernah pulak bergaduh melibatkan media, mamun kalau dah adik-beradik pasti pernah bertikam lidah kan?
Uqasha Senrose & Nelydia Senrose
Si adik mula menapak dalam industri lakonan terlebih dahulu diikuti dengan kakak. Kalau kita tengok pada awalnya, Nelydia lebih pandai berlakon berbanding kakaknya. Namun setelah kini, mereka berdua mempunyai ciri yang tersendiri dan peminat yang tersendiri. Jika kita lihat di laman IG dua-dua selebriti ini pun kita nampak yang kedua-duanya saling support antara satu sama lain. Adik-beradik macam inilah yang kita mahukan.
Emma Maembong & Yaya Maembong & Chacha Maembong
Menerusi drama tempatan, Yaya seringkali menghiasi kaca tv, mana tidaknya yaya mempunyai gaya lakonan tersendiri dan berbakat besar. Setelah Emma memasuki dunia lakonan, bakat wanita berusia muda ini mula menjadi perhatian kerana seringkali dikaitkan dengan lakonan air mata. Disebalik wajah putih mulus yang cantik, Emma mempunyai ‘perangai’ yang unik dan sering menghiburkan kita. Ingat lagi tak 3 beradik antara Yaya, Emma dan Chacha dalam rancangan Astro Full House. Masa tu lah kita dapat saksikan gelagat mereka bertiga menjalani kehidupan sebagai adik beradik. Comel je.
Miller khan dan Isa Khan
Dua beradik ini merupakan anak Malaysia namun mereka bekerja sebagai pelakon dalam dua negara yang berbeza. Miller khan kini lebih popular di Indonesia menerusi sinetron yang pastinya mencuit hati mereka yang meminati drama dari Indonesia. Manakala Isa Khan pula kini sedang menempah nama di negara kelahiran Malaysia dalam bidang nyanyian dan lakonan. Tentulah mereka berdua ini sering bertengkar, adat adik-beradik lah kan. Isa Khan sendiri pernah menceritakan kepada Maskulin zaman kecilnya. Apa yang menariknya, ketika mereka masih kecil, mereka sudah mula minat dalam bidang lakonan dan seringkali meniru aksi-aksi dalam tv. Lucu betul adik-beradik ini.
Chirs and Liam Hemsworth
Dua pelakon Hollywood ni, kalau letak depan mata mesti susah nak buat pilihan kan? Dua beradik ini sememangnya akrab di luar media dan saling menyokong career masing-masing. Buat mereka yang tidak mengenali mereka berdua pasti confuse. Jangan confuse lah, dua-dua mempunyai personaliti yang berbeza.
Park Chanyeol dan Park Yoora
Kepada anda yang minat dengan kpop, pasti kenal dengan dua personaliti ini. Si adik merupakan seorang penyanyi kpop manakala si kakak merupakan penyampai berita. Masing-masing mempunyai career yang berbeza namun dalam satu industri. Kalau kita tengok telatah dua beradik ini di laman IG Park Chanyeol, pasti geli hati. Tambahan lagi, bila Chanyeol memberi surat bertulis kepada kakaknya sempena hari jadi si kakak. Walaupun tidak mengerti tulisanya, setelah diterjemahkan, memeng lucu. Adik-beradik ni tak kira tempat, negara dan agama, masing-masing melalui perkara yang sama
Macam filem yang bakal ditayangkan di Malaysia Brother of The Year yang mengisahkan dua beradik berbeza pendapat dan perangai tinggal di rumah yang sama. Filem ini sangat sesuai ditonton tak kira lapisan masyarakat kerana ia dekat dengan diri semua orang. Nak nak mereka yang bergelar abang dan mempunyai adik perempuan. Filem ini bukan saja lucu, malah ia juga diselitkan dengan elemen pengajaran dan pengakhiran ceritanya sila sediakan tisu sebalang! Filem Thai ini dibarisi oleh pelakon hebat Thailand iaitu Sunny Suwanemethanont, Urassaya Sperbund dan Nickhun (2PM).
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang