Dalam dunia bola keranjang, ada pemain. Dan ada ikon. Stephen Curry berdiri dalam kategori yang terakhir, bukan sekadar kerana rekod atau gelaran, tetapi kerana cara beliau membawa permainan ke seluruh dunia.
Kini, melalui inisiatif terbesar dalam sejarah jenama itu, Curry Brand dan Under Armour mengumumkan pelancaran Curry Brand World Tour 2025, yang menjangkau benua dan mencabar batasan pengaruh sukan.
“Saya amat teruja untuk jelajah tahun ini, bukan sahaja kerana dapat menganjurkan Curry Camp di San Francisco, tetapi juga membawanya ke Asia buat kali pertama,” ujar Curry.
“Saya tidak sabar untuk bekerjasama dengan beberapa atlet muda terbaik dunia di kedua-dua sesi Curry Camp, untuk berhubung dengan peminat di Curry Con yang pertama, dan menyelami semula budaya serta sejarah rantau ini.”
Siri jelajah ini bukan sekadar promosi jenama atau produk. Ia adalah gabungan pembangunan atlet elit, hubungan budaya dan pengalaman peminat dalam satu pelan strategik yang berskala global.
Bermula di San Francisco, Curry akan menjalani sesi mentor bersama bakat muda terbaik dari seluruh Amerika Syarikat sebelum bergerak ke Chongqing, China, lokasi kemuncak kepada siri jelajah ini.
Di sinilah berlakunya pelancaran dua tonggak penting iaitu Curry Camp Asia dan Curry Con. Curry Camp yang kini masuk tahun ke sembilan, akan berlangsung buat kali pertama di Asia.
Ads
Ia bukan sekadar latihan, tetapi satu peluang luar biasa untuk pelajar sekolah menengah terbaik di rantau ini dilatih secara langsung oleh seorang legenda hidup.
Curry akan menghabiskan tiga hari bersama para atlet ini, berkongsi bukan sahaja teknik, tetapi juga falsafah dan rutin harian beliau.
Di Mana Budaya dan Komuniti Bersatu
Manakala Curry Con pula adalah pertembungan budaya dan sukan, satu konvensyen yang terbuka kepada semua peminat bola keranjang di Asia.
Sepanjang tiga hari di Chongqing, peminat akan dapat menjelajah pameran interaktif, teknologi produk baharu, sesi klinik bersama atlet dan mendalami nilai nilai jenama yang menjadikan Curry Brand unik.
Ads
Stephen Curry juga akan terlibat secara aktif dalam beberapa program komuniti sepanjang tempoh lawatan di Oakland, Xian dan Chongqing dari 13 hingga 20 Ogos.
Aktiviti aktiviti termasuk lawatan ke sekolah, kejutan di gelanggang, serta aktivasi di kedai akan memperkukuh hubungan antara Curry dan komuniti tempatan.
Naib Presiden Pemasaran APAC dan GM China & Korea , Simon Pestridge berkata, “Semangat dan bakat mentah untuk bola keranjang di seluruh Asia benar-benar mengagumkan.
“Kami sangat teruja kerana Under Armour dan Curry Brand membawakan atlet yang memberi inspirasi serta sumber luar biasa untuk menghidupkan semula sukan belia dan mengangkat budaya bola keranjang di rantau ini.
“Curry Brand World Tour 2025 mencerminkan cita-cita kami sebagai ‘Sports House’ dan menunjukkan komitmen jangka panjang kami terhadap Asia. Kami bukan sekadar datang melawat, kami melabur untuk dekad bakat yang akan datang.”
Koleksi Under Armour x Curry kini boleh didapati di semua cawangan Under Armour Brand House dan Hoops Station seluruh negara, serta dalam talian di www.underarmour.com.my.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sekarang segalanya mudah dan berada di hujung jari. Apa yang anda perlukan boleh didapati dan dibeli secara talian. Perkembangan pesat perniagaan e-commerce kini menjadi sumber pendapatan ramai orang termasuklah yang berniaga sendiri di rumah.
Malah semakin ramai peniaga sudah tidak memerlukan kedai secara fizikal untuk mengembangkan perniagaan. Segalanya dilakukan secara dalam talian sahaja.
Namun di sebalik kepesatan industri perniagaan secara talian ini wujud pula pelbagai kes penipuan sama ada dari bentuk wang tunai atau barang yang tak sama seperti diiklankan. Melihatkan perkara ini yang semakin serius, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menasihati pengguna untuk lebih berhati-hati apabila berbelanja seacara online.
Pihak mereka turut berkongsi tip bagaimana untuk anda sebagai pengguna membeli secara online. Berikut merupakan tip dari KPDNHEP;
KENAL PASTI
Jika anda sudah berkenan dan ingin membeli sesuatu produk perkara pertama sekali anda perlu kenal pasti apakah kaedah bayaran yang dikenakan oleh peniaga.
PILIH UNTUK COD
Kaedah paling selamat untuk elak jadi mangsa penipuan ialah dengan meminta produk yang anda ingin beli di hantar secara terus atau cash on delivery (COD). Dengan menggunakan kaedah ini anda sendiri boleh memerik barang yang ingin dibeli.
GERBANG PEMBAYARAN
Jika laman sesawang itu mempunyai kaedah pembayaran online, pastikan ia tersedia untuk anda menggunakan gerbang pembayaran yang sah.
NAMA & NOMBOR AKAUAN
Jangan sesekali membuat bayaran kepada peniaga yang menggunakan akaun berbeza daripada nama mereka sebenar. Pastikan nombor dan nama akauan penerima betul dan sama.
BUTIRAN PENIAGA
Andai kata masih sangsi dengan peniaga anda boleh memeriksa latar belakang perniagaan mereka melalui Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Dengan mengikuti tip di atas, InsyaAlah anda akan selamat daripada menjadi mangsa penipuan. Ingat satu perkara sahaja jangan mudah percaya dengan apa yang diklankan. Atau jangan mudah termakan dengan pelbagai kata-kata testimoni terutamanya produk yang berkaitan dengan kesihatan.
Tapi bagaimana jika barang yang anda beli tidak sama dengan apa yang diiklankan atau rosaK? Apakah yang anda sebagai seorang pengguna boleh lakukan?
Jangan risau jika perkara ini berlaku anda boleh semak semula kntrk pembelian jika ada. Disebabkan itu sebelum membeli sesuatu produk anda perlu memerika 5 perkara penting!
Kaedah ganti rugi
Polisi pemulangan (return)
Tempoh penghantaran
Privasi
Waranti dan gerenti
Sebagai pengguna anda harus bijak dan ada strategi sebelum shopping secara online. Berikut merupakan antara perkara yang anda boleh lakukan.
Simpan segala maklumat peniaga dan pembayaran sehingga barang dipesan sampai.
Simpan juga resit atau bukti pembayaran secara talian.
Semak tempoh penghantaran yang ditetapkan peniaga dan masa ia mula diiklankan.
Jangan lupa untuk minta nombor tracking daripad peniaga. Periksa nombor tracking di laman web kurier sama ada ia sahih atau tak.
Jika ada sebarang komunikasi di antara anda dan peniaga dalam bentuk teks, e-mel, WhatsApp, Telegram atau Facebook Messenger amatlah penting anda simpan semua perbualan itu.
Dapatkan juga nombor telefon, alamat perniagaabn, nombor pendaftaran perniagaan dan makulmat berkenan produk yang ditawarkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selepas 23 tahun lagu berjudul Rabiatul Adawiyah dipopularkan oleh kumpulan Inteam, kini mereka memilih Khai Bahar untuk tampil bersama dalam pembikinan nyanyian semula lagu ini dengan judul Rabiatul Adawiyah 2024 (RA24).
“Kami pernah bekerjasama dengan Khai Bahar di dalam ‘remake’ lagu Setanggi Syurga sebelum ini pada tahun 2020, dan kami melihat kerjasama tersebut sangat serasi dan mendapat sambutan hangat dari peminat serta suara Khai juga sesuai dengan lagu-lagu Inteam,” kata Syah Inteam.
Apabila ditanya kepada Khai Bahar pula, mengapa beliau bersetuju berkolaborasi dengan Inteam untuk lagu ini, beliau menjawab
Lagu Kegemaran Arwah Ibu Khai Bahar
Khai yang juga mengakui minatnya terhadap lagu-lagu Inteam merupakan antara sebab dia bersetuju untuk kolaborasi ini, malah dia sering menyanyikan lagu-lagu kumpulan nasyid itu di media sosial.
“Lebih istimewa lagi, lagu Rabiatul Adawiyah ini adalah di antara lagu yang sangat disukai oleh arwah ibu saya, dan pastinya ia menggamit nostalgia yg indah,” ujarnya.
Untuk rekod, lagu Rabiatul Adawiyah pernah dimuatkan di dalam album Inteam berjudul Impian Kasih yang dilancarkan pada tahun 2001. Lagu ciptaan Munif Ahmad dari Kumpulan Hijjaz dan lirik oleh Abdul Kahar ini mengisahkan tentang srikandi sufi bernama Rabiatul Adawiyah.
“Lagu ini sangat bermakna untuk dihayati lebih-lebih lagi dengan ketibaan Ramadan kerana ia menceritakan kisah perjalanan seorang hamba Allah iaitu serikandi yang mencari Tuhannya dan akhirnya hanya meletakkan cinta Allah di dalam hatinya mengatasi segala-galanya” jelas Hazamin menceritakan tentang maksud lagu ini.
“Susunan muzik oleh Chaan kali ini lebih segar dan mengikut arus semasa namun tidak sesekali menghilangkan keaslian dan penghayatan asal lagu ini.
“Durasi lagu juga dipendekkan sedikit dengan sebahagian besar lagu dinyanyikan Khai Bahar dan sebahagian lagi oleh Inteam sendiri,” jelas Rahim Inteam mengenai kelainan yang cuba ditampilkan di dalam versi terbaharu ini.
Apabila ditanya mengapa sering menghasilkan lagu lama nyanyian semula dan tidak lagu baru, Hisyam menjawab Inteam sudah menghasilkan lebih 10 lagu baharu sejak sebelum pandemic Covid-19 melanda seperti Labbaikallah, Love of God, I Love Muhammad, Sollu Alan Nabi, Gapura, Selimut Kasih dan lain-lain
“Cuma sudah menjadi kebiasaan bagi kami menjelang Ramadan untuk menyanyikan semula lagu lama dan berduet dengan artis arus perdana.
“Ini kerana lagu-lagu lama ini ada unsur nostalgia dan kami cuba memperkenalkan semula lagu-lagu berkualiti terdahulu kepada generasi sekarang yang mungkin masih belum dilahirkan ketika lagu ini dilancarkan dahulu,” jelasnya.
Lagu Rabiatul Adawiyah 2024 dilancarkan pada 8 Mac 2024 dan kini berada di seluruh platform digital seperti Spotify, Deezer, Apple music, Kkbox termasuk rangkaian Youtube Inteam Digital.
Pasti ramai lelaki diluar sana terpikir ciri-ciri yang bagaimana sepatutnya ada pada lelaki yang sering menjadi bualan dan dambaan wanita. Untuk menjadi calon bakal imam dan teman menuju ke jannah, faktor power menguruskan kewangan penting di era yang serba serbi mencabar ini. Zaman yang perlukan duit segala.
Tak power sangat pun tak apa lah. Janji tahu uruskan kewangan. Ini tidak, gaji masuk hari ini tengah bulan dah makan maggi. Akhir bulan duk pinjam duit kawan. Pastu buat-buat lupa nak bayar balik.
Selain pegangan agama yang mantap serta iman di dada yang padu, lelaki yang ada 7 ciri di bawah ini memang awesome… ! Antaranya,
1. Tidak Terlalu Agungkan Kereta
Cukuplah kereta sebagai pengangkutan yang boleh ke sana sini. Tidak minat modified kereta. Yang selalu duk pasang spoiler, tukar sportrim, tukar tayar kereta jadi cacat terkeluar ni dompet dia boleh nipis. Tak bazirkan duit untuk perkara yang tidak penting.
2. Tidak Minat Dengan Pakaian Dan Barang Berjenama
Pakai baju bundle pun takde hal. Tak pentingkan jenama je. Asalkan berkualiti dan boleh dipakai. Ada orang, tak pakai baju biasa-biasa. Alergik katanya. Mesti kena ada jenama.
3. Tidak Merokok
Punya marah minyak naik harga tapi harga rokok naik tiap tahun senyap saja. Duk bakar duit dan senaman paru-paru manjang je. Habis duit beli rokok. Kesihatan pun terjejas.
4. Tidak Tergila-gilakan Gajet Canggih
Telefon pintar baru menjadi idaman. DSLR, Go Pro semua ada. Padahal duit dalam bank sedang menangis dan hutang kad kredit tertunggak. Tak payah nak ikut arus peredaran zaman sangat.
5. Tidak Suka Lepak Kedai Hipster
Lepak kedai biasa saja untuk berjimat. Ini tidak, tiap minggu up gambar lepak kedai kopi mahal tapi marah-marah PTPTN menipu bagai. Sekali sekala tak salah pun kalau nak lepak kedai hipster. Yang salahnya kalau tiap-tiap minggu.
. 6. Banyak Membaca Buku Tentang Pengurusan Kewangan Dan Hartanah
Dia banyak baca buku pasal hartanah dan pengurusan kewangan. Bukannya duk baca buku Patah Amin dan Hafiz Hamidon je. Kalau duk baca Al-Quran suruh dia masuk minang laju-laju.
7. Ada Simpanan & Pelaburan Terjamin
Punyai simpanan dan pelaburan yang terjamin seperti melabur di ASB atau Tabung Haji. Dah ada simpanan untuk majlis kahwin nanti. Tidak gilakan Skim Cepat Kaya sebab nak pakai kereta Audi cepat. Tak la nanti paksa kau buat pinjaman peribadi sama-sama untuk kahwin nanti.
***
Kau kaum lelaki ada ciri ni tak?. Kalau ada baguslah. Kalau tak ada, boleh berubah ke arah kebaikan.
Manusia tidak sempurna. Mungkin dia tak memiliki kesemua ciri-ciri di atas. Kalau ada beberapa ciri di atas pun dah dikira okey. Yang lain boleh diperbaiki.
Menjadi calon suami yang bebas hutang jahat amatlah penting. Nanti hutang bersepah, macam mana tanggung anak orang oii.
Sumber : AmirSyahir
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.