Beberaoa hari lalu telah tular satu kes kemalangan melibatkan sebuah kereta di ibu kota yang berlaku disebabkan pemandu hilang kawalan.
Kejadian malang yang berlaku di Kuala Lumpur tersebut didakwa oleh pemandunya akibat kondisi stereng lock atau terkunci hingga menyebabkan hilang kawalan dan menghentam penghadang jalan.
Namun dia bernasib baik kereta tidak mendapat kecederaan yang teruk. Ini bukan kejadian pertama yang dilaporkan. Malah pada awal bulan ini seorang wanita maut akibat kemalangan yang disebabkan oleh faktor yang sama.
Walaupun ia jarang berlaku namun sebagai pemilik kereta dan pengguna jalan raya ada beberapa perkara perlu kita ambil tahu dengan serius.
TINDAKAN PANTAS!
Pertama sekali kita perlu tahu bahawa jika dapati stereng itu longgar sebelum dipandu ia sebenarnya sangat tidak selamat. Memetik satu artikel dari laman sesawang carfromjapan.com, mereka menjelaskan stereng kereta lock yang berlaku ketika pemanduan boleh mengakibatkan kemalangan serius.
Foto: Cartreatment.com
Terdapat beberapa yang mungkin boleh menjadi punca kegagalan ini berlaku. Apabila ia berlaku apa perlu pemandu lakukan dalam masa singkat ialah bertindak pantas!
Ads
Berikut 3 punca yang biasa berlaku mengakibatkan stereng lock.
MASALAH PAM POWER STERENG
Pam power stereng boleh bocor dan mengakibatkan stereng lock. Kereta lama-lama tidak ada masalah ini kereta ia tidak dilengkapi pam seumpamanya. Pam power stereng dicipta untuk membantu pemanduan menjadi lebih mudah.
Namun apabila berlaku kerosakan atau bocor ia boleh menyebabkan stereng lock. Untuk atasi masalah ini anda perlu peka dengan kondisi semasanya dan lakukanlah pemeriksaan servis dari semasa ke semasa.
Ads
Pam power stereng
MEMBELOK TAJAM
Salah satu punca yang boleh mengakibatkan stereng lock ialah melakukan pusingan dengan terlalu tajam. Tabiat memandu seperti ini boleh menjejaskan sistem transmisi kereta. Ia juga boleh ‘menyakitkan’ enjin dan menjadi punca kepada stereng lock ketika memandu.
Pusingan secara mengejut juga boleh menyebabkan pam power stereng melekat. Untuk elak perkara ini, memandulah dengan lebih berhemah dan lakukan pusingan dengan tidak tergesa-gesa. Ia mampu merendahkan risiko stereng lock berlaku di masa akan datang.
Ya, sistem penyalaan atau ignition juga boleh terkunci. Kondisi ini berlaku di mana kunci kereta tidak boleh menghidupkan atau mematikan enjin. Di kalangan mekanik kondisi ini juga dikenali sebagai ‘sudden lock up’ dab sangat bahaya jika berlaku ketika kereta dipandu pada kelajuan tinggi.
Sudden lock up atau penguncian secara tiba-tiba merupakan kegagalan kepada sistem penyalaan. Jadi jika anda perasan ada sesuatu yang tidak kena pada ignition contact, pergilah ke bengkel dengan segera.
Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak mampu memberikan manfaat untuk anda.
Kredit: carfromjapan.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Boon Siew Honda merancakkan lagi pasaran motosikal tempatan dengan pelancaran rasmi model PCX Hybrid, Forza dan CBR1000RR Fireblade baharu di Kuala Lumpur International Motor Show 2018 (KLIMS 2018). Ketiga-tiga buah motosikal itu pasti menarik perhatian para pengunjung acara pameran pemotoran itu. PCX Hybrid dilengkapi teknologi hibrid Honda, menampilkan sebuah bateri berkuasa tinggi yang membantu tunggangan. Boon Siew Honda menawarkan lebih banyak pilihan model AT kepada pelanggan apabila memperkenalkan Forza yang tangkas dan bergaya. “Next Stage Total Control” CBR1000RR Fireblade baharu menambah rangkaian model jentera berkuasa tinggi Honda di Malaysia.
CBR1000RR Fireblade
Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, “Honda menyertai KLIMS 2018 di bawah satu tema mega – “Frontier of Innovation” mengambil inspirasi daripada falsafah Power of Dreams Honda untuk terus mengubah definisi mobiliti demi manfaat kehidupan manusia. Berbekalkan Challenging Spirit, kami ingin menawarkan keseronokan mobiliti, terus berkembang sambil membayangkan masa depan dan menetapkan hala tuju bagaimana kita boleh menjadi lebih baik berbanding semalam.”
PCX Hybrid Model pertama yang mengujakan ketika majlis pelancaran ialah jentera hibrid dua roda – PCX Hybrid. Model Transmisi Automatik (AT) premium ini direka untuk menawarkan keseronokan mobiliti bersama pakej komprehensif yang terdiri daripada teknologi termaju, tunggangan selesa dan penampilan mewah. Dilengkapi sistem hibrid Honda, PCX Hybrid dikuasakan oleh enjin petrol selinder tunggal 4 lejang dengan sistem penyejukan cecair 150cc yang dipadankan bersama sebuah bateri Lithium-ion output tinggi. Sistem bantuan motor ditambah pada penghidup ACG yang membolehkan enjin memberi maklum balas pendikit lebih tepat dan pecutan lebih baik apabila motosikal ingin memulakan perjalanan atau memecut dengan pantas.
Enjin 150cc itu menawarkan kuasa maksimum dan tork 10.8kW pada 8,500rpm dan 13.6Nm pada 6,500rpm. Sementara motor elektrik menyediakan kuasa maksimum 1.4kW pada 3,000rpm dan tork maksimum 4.3Nm pada 3,000rpm. Penunggang juga boleh menikmati tunggangan luar biasa dan mengujakan menerusi tiga mode yang ditawarkan pada model AT premium ini bergantung kepada kecenderungan dan kondisi tunggangan:
Mode tunggangan (D) menyediakan tunggangan yang selesa dan penggunaan bahan api lebih baik.
Mode Sport (S) untuk penunggang yang mahukan tunggangan lebih sporty.
Mode Idling OFF yang membantu penunggang menyahaktifkan fungsi Idling Stop System (ISS), tetapi mengekalkan prestasi yang sama seperti dalam mode D.
Sebagai sebuah model mesra alam, PCX Hybrid baharu diintegrasikan dengan ciri Enhanced Smart Power (eSP) yang mengoptimumkan penjimatan bahan api, pada masa sama cukup berprestasi. Ia juga dibina dengan pelbagai teknologi seperti ISS, Combined Braking System (CBS) dan Honda SMART Key System.
Forza
Bukan itu sahaja, model AT premium itu dilengkapi beberapa ciri yang praktikal seperti sistem lampu LED, panel meter digital sepenuhnya, soket DC di dalam kotak konsol untuk kuasa mengecas, ruang bawah tempat duduk yang luas dengan seat stopper dan tangki minyak paling besar dalam kelasnya berkapasiti 8 liter. Gaya PCX Hybrid yang elegan dan mengagumkan itu hadir dalam warna biru mutiara (Pearl Dark Night Blue) yang eksklusif. Dengan pelbagai inovasi dan ciri bernilai tambah, PCX Hybrid sememangnya peneraju dalam segmennya.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak dilancarkan pada 2005, model hatchback Suzuki Swift menerima sambutan menggalakkan. Sebelum ini, Suzuki Motor Corporation memberitahu akan mendedahkan model Swift Sport pada Frankfurt Motor Show ke-67.
Akhirnya model tersebut rasmi dipamerkan pada acara Frankfurt Motor show ke-67 baru-baru ini. Swift versi Sport itu dilengkapi enjin 1.4 Boosterjet pengecas turbo 4-silinder petrol yang berupaya menghasilkan kuasa 138bhp pada 5, 500rpm dan tork 230Nm pada 2,500 sehingga 3,500rpm. Penghantaran kuasa ke roda disalurkan menerusi kotak gear 6-kelajuan manual.
Model tersebut dikatakan 80 kilogram lebih ringan berbanding pesaingnya dan 50mm lebih panjang berbanding Swift biasa. Bahagian jarak roda dan lebar juga ditingkatkan sebanyak 20mm dan 40mm.
Daripada segi rekaan, Suzuki Swift Sport menerima bampar depan yang dikemas kini semula bersama gril baharu dan pembahagi (splitter) baharu.
Bahagian kakinya pula menerima rim aloi rekaan potongan berlian bersaiz 17 inci. Tidak ketinggalan diffuser hitam di belakang bersama ekzos di bahagian kiri dan kanannya.
Masuk ke dalam kabin, Swift Sport menerima kerusi dengan jahitan benang merah. Warna merah juga boleh dilihat pada bahagian konsol tengah, tepi pintu dan papan pemuka bagi menghasilkan aura kontra.
Di konsol tengah tersedia skrin sistem hiburan tujuh inci dengan sambungan Andorid Auto, Apple CarPlay dan Bluetooth.
Kredit Foto: Carmagazine
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kos penyelenggaraan kereta sama ada servis dan kondisi luaran selalunya pasti memeningkan kita. Bukan hanya dari segi kudrat tetapi kos yang kadangkala memang cukup tinggi.
Namun jika dapat tip cara memperelokkan kondisi mana-mana bahagian kereta dengan kos yang murah pastinya ia satu berita yang sangat baik!
Kereta bila sudah lama dipakai contohnya bila berusia empat tahun ke atas pastinya keadaan luaran akan bertambah ‘usang’. Antara bahagian yang sering menjadi pudar dan kusam lampu hadapan. Kalau anda perasan kereta yang lama sudah digunakan dan sering terdedah dengan cahaya matahari akan menjadi kekuningan.
Sebenarnya ada cara murah dan mudah bagaimana kita boleh kembalikan lampu kereta jadi bersinar seperti baharu semula. Apa yang anda perlukan ialah beberapa peralatan, perkakasan, bahan dan masa di antara satu hingga dua jam.
Antara peralatan dan bahan yang diperlukan ialah kertas pasir, metal polish, masking tape, plastik, surat khabar lama dan penyembur warna clear.
Metal polish
LANGKAH-LANGKAH
Pertama sekali dapatkam metal polish yang baik. Dan sila gunakan metal polish yang sesuai untuk melakukan proses ini. Lakukan proses polish dengan menggosok pada bahagian permukaan lampu kereta.
Kertas pasir
BASUH SEKALI LAGI
Apabila anda selesai melakukan proses polish maka bolehlah kereta dibasuh secara menyeluruh. Jika rasa dah mencukupi anda boleh hentikan proses di sini sahaja. Namun untuk result yang lebih padu ikuti langkah berikutnya.
SPRAY CLEAR
Bagi menjadikan lampu lebih nampak baru, lakukan semburan dengan menggunakan spray clear. Tip; lakukan semburan pada jarak 10cm dari lampu. Tunggu sehingga kering. Rujuk gambar untuk spray clear yang sesuai.
Jika anda rasa lampu kereta anda sudah suram semacam mungkin boleh kembalikan ‘keceriaannya’ semula dengan tip yang dikongsi kali ini. Semoga ia memberikan manfaat kepada anda!
Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.