Kredit: natrad.com.au/

Bayangkan ketika sedang memandu tiba-tiba lampu amaran ‘hot’ menyala! Lebih mengharukan aircond mula tidak berfungsi. Enjin pula terasa lebih berat dan semput dan kadangkala mengeluarkan asap putih!

Mahu tidak mahu kereta terpaksa dihentikan kerana enjin telah menjadi terlalu panas atau dalam istilah ‘pomen’, overheat.

Anda mungkin tertanya mengapa ini boleh berlaku. Terlebih dahulu apa yang perlu anda faham adalah masalah dasar overheat ini. Overheat adalah satu masalah di mana sistem penyejukan enjin telah gagal berfungsi dengan baik.

Disebabkan itulah sangat bahaya kalau anda biarlah coolant atau air radiator kering!

IKLAN

PUNCA BERLAKUNYA OVERHEAT

Kondisi menjadi terlalu panas ini tidak berlaku secara tiba-tiba. Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku.

  • Kurang atau tiada langsung air di dalam radiator
  • Motor kipas rosak atau bermasalah
  • Kipas penyejuk radiator rosak dan tidak berfungsi dengan baik
  • Masalah pendawaian, relay atau coolant temperature switch
  • Radiator bocor
  • Radiator tersumbat
  • Hos getah penyambungan berkaitan sistem penyejukan pecah atau bocor
  • Masalah termostat
  • Drive belt kendur, rosak atau putus
  • Pam air bocor, rosak atau tidak berfungsi
  • Core plugs bocor
  • Laluan air atayu coolant di dalamnya tersumbat

Bahaya Biarkan ‘Coolant’ Atau Air Radiator Kering, Boleh Sebabkan Kerosakan Teruk Pada Kereta

IKLAN

PENTING!

Apabila ini berlaku anda harus biarkan ia sejuk terlebih dahulu. Ingat, jangan sesekali membuka penutup coolant radiator ketika ia masih panas. Tunggu sahaja dahulu dan jangan buat apa-apa. Kalau ada asap putih keluar biarkan ia benar-benar hilang dahulu.

IKLAN

Satu perkara lagi yang ramai orang lakukan ialah menambah air dengan segera di dalam radiator untuk meredakan kepanasan. Usah berbuat demikian kerana ia boleh memburukkan lagi keadaan.

Bukan semua masalah overheat disebabkan kurangnya air dalam radiator. Seperti dinyatakan di atas ia boleh berlaku disebabkan banyak faktor lain.

https://www.youtube.com/watch?v=L7JCWCAggzs

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI