Pasti perit menerima lafaz talak yang diucapkan secara berhadapan pasangan. Apatah lagi jika hanya dilakukan secara video. Inilah yang terjadi dalam rumahtangga penyanyi terkenal Datuk Nora Ariffin telah diceraikan oleh suaminya, Dr Rushdi Ramli.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Dr Rushdi telah melafazkan cerai talak satu kepada penyanyi berusia 51 tahun itu.
“Saya yang bernama Rushdi Ramli, dengan ini menceraikan dan mentalakkan isteri saya, Wan Norafiza Ariffin dengan talak satu kerana Allah.
Dikongsi dari fb Kes Syariah, ada dua jenis lafaz talak / cerai yang isteri kena tahu agar hubungan tidak menjadi zina.
Lafaz cerai terbahagi kepada dua (2) bahagian iaitu:-
(i) Lafaz Soreh; (ii) Lafaz Kinayah
Lafaz soreh ialah lafaz yang digunakan jelas menunjukkan kepada makna talak/cerai dan tidak boleh ditafsirkan kepada makna lain selain talak/cerai. Lafaz soreh ada tiga (3) iaitu talak/cerai, bebas/lepas dan pisah. Contohnya seorang suami berkata kepada isterinya “Aku ceraikan engkau” atau “Aku berpisah dengan engkau”.
Hukum lafaz soreh ini ialah jatuh talak sama ada suami berniat menceraikan isteri atau tidak. Ini kerana lafaz soreh tidak perlu kepada niat ketika diucapkan.
Lafaz Kinayah pula ialah lafaz yang boleh ditafsirkan sebagai cerai atau selain cerai.
Ada banyak lafaz kinayah di antaranya ialah seorang suami berkata kepada isterinya “Engkau bebas dari aku”, “Engkau terputus hubungan dengan aku”, “Kembalilah kepada keluarga engkau”, “Jauhkan diri engkau dari aku”, “Engkau haram ke atasku” dan lain-lain lagi.
Kesemua lafaz ini dianggap kinayah kerana ia boleh ditafsirkan sebagai talak/cerai atau selain talak/cerai.
Hukum lafaz kinayah ialah talak tidak jatuh melainkan suami mempunyai niat menjatuhkan talak kepada isteri. Dengan erti kata lain, Lafaz kinayah memerlukan niat suami untuk menceraikan isteri.
Jika suami ada melafazkan cerai di luar dan tanpa kebenaran mahkamah, maka segeralah bertindak dalam masa tujuh (7) hari untuk melaporkan lafaz cerai di Mahkamah Syariah bagi tujuan pengesahan lafaz cerai.
*Untuk info, Nora mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya itu yang juga merupakan sahabat baik arwah suaminya.
Bukan mudah untuk menghasilkan suasana nyaman dalam rumah. Bukan hanya tertumpu kepada saiz mahupun luas dalam rumah, malah dekorasi juga memainkan peranan penting dalam menaikkan mood dan perasaan selesa ketika berada di dalam rumah. Jom ikut tip dari kami untuk mendapatkan dekorasi yang mudah namun menarik!
Warna dinding atau wallpaper minimalis
Salah satu kunci utama dalam dekorasi rumah sederhana tapi mewah adalah pilihan warna dinding. Sama ada memilih warna yang polos dengan warna asas seperti putih, kelabu atau cream, mungkin juga menghiasnya dengan wallpaper yang lebih minimalis. Kamu bisa memilih wallpaper dengan motif lace atau abstrak dengan warna yang asas. Yang penting, pastikan setiap aspek dalam ruangan tersebut seimbang dan juga tersusun.
Perhatikan cable/wayar dalam rumah
Salah satu hal yang dapat merosakkan imej dekorasi rumah sederhana tapi mewah adalah gangguan wayar-wayar cable yang diletakkan sembarangan. Mulai dari cable TV, kipas angin, charger dan berbagai cable lainnya. Untuk mewujudkan dekorasi rumah yang sempurna, pastikan kamu menyembunyikan cable/wayar tersebut agar tidak merosakkan keseluruhan dekorasi rumah.
Hiasi dinding dengan gambar
Untuk melahirkan rasa cinta pada keluarga, gambar family juga adalah salah satu cara untuk menaikkan seri dekorasi rumah kamu. Lebih simple namun mewah. Bukan hanya minimalis, tapi kehangatan keluarga juga bisa terasa di dalam rumah kamu. Jadi, jangan ragu menghiasi ruangan di rumah dengan berbagai foto keluarga ya.
Keep it simple
Dekorasi rumah sederhana tapi mewah akan lebih sempurna kalau kamu menerapkan tema minimalis. Dengan minimalis, bukan hanya terlihat dari dekorasi dinding dan pemilihan motif, namun juga dengan pemilihan perabot. Tak perlu memilih terlalu banyak dekorasi dan juga sarat corak, pilihlah yang boleh menjadi statement item dibandingkan dengan dekorasi yang membuat ruangan ‘sesak’ dan penuh.
Gunakan warna dekorasi yang senada
Selain warna dan dekorasi dinding yang minimalis, kamu juga harus menyelaraskan berbagai dekorasi rumah. Usahakan untuk tidak menggunakan terlalu banyak warna untuk dekorasi rumah. Misalnya, hanya gunakan 3 dominasi warna, iaitu putih, kelabu dan cream. Dengan begitu, dekorasi rumah akan tampak lebih sederhana namun mewah.
Gunakan meja bar untuk dapur
Daripada kamu harus membeli meja dapur dan juga menyediakan space untuk dapur bersih untuk memasak, lebih baik kamu menyediakan meja bar yang kamu boleh gunakan untuk memasak dan juga untuk meja makan. Jadi, selain jimat space, namun tampak minimalis dan lebih mewah juga, kan?
Mewah tak melulu soal chandelier
Chandelier memang bisa membuat ruangan menjadi lebih mewah, namun jika terlalu heavy, ia bisa menghilangkan elemen kesederhanaan dalam rumah. Untuk dekorasi rumah sederhana namun minimalis, daripada memasangkan chandelier yang harganya lebih mahal, lebih baik kamu memilih lampu gantung modern yang minimalis, seperti berbentuk bola, ornamen abstrak dan juga bentuk pyramid. Dijamin, dekorasi rumah minimalis kamu masih mewah malah lebih classy!
sumber: shopback.co.id
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bukan satu yang mustahil jika kita melancong ke luar negara tanpa menaiki kapal terbang. Selalunya motor besar akan dijadikan pilihan untuk dibawa bercuti ke luar negara. Namun pernahkah anda terfikir untuk bercuti ke luar negara dengan menaiki sebuah vespa klasik?
Pasti ada yang ragu-ragu dengan kemampuan besi buruk ini untuk dibawa bercuti jauh, namun seorang lelaki bernama Ayie Kechix membuktikan yang dia boleh bercuti ke luar negara bersama isteri menggunakan sebuah vespa klasik.
Jom sama-sama kita ikuti perjalanan menariknya.
Vespa Classic Couple Ride Adventure Touring to IndoChina
Kesinambungan ride yang lepas
⚡️ Ride kali ini adalah kesinambungan ride yang lepas seperti Mae Hong Son (2016) dan Golden Triangle(2017). Kali ini kami berempat ingin mencuba sesuatu yang baru di Negara Laos.
⚡️ Vespa yang kami gunakan ialah vespa sprint 150 keluaran tahun 1973 dan juga vespa Px200 yang ramai orang cakap hanya sesuai untuk ke pasar dan surau sahaja. Besi buruk katakan ?
⚡️ Saya dan isteri bergerak dari kuala lumpur ke Koh samuii bersama sentul scooter service seramai 12 biji manakala sahabat saya bersama isteri bergerak dari banting selangor ke Hua Hin.
⚡️ Selepas selesai misi konvoi di koh samuii 3D2N saya dan isteri menuju ke Bangkok dan bersama kembali dengan sahabat saya di Saraburi Thailand.
Routes yang dilalui
⚡️ Routes yang kami lalui sepanjang perjalanan ini ialah :
– Kuala Lumpur
– Kebun 500 kedah
– Bukit kayu hitam
– Koh Samuii
– Hua hin
– Bangkok
– Saraburi
– Khon kaen
– Nongkai (border thai-Laos)
– Vientiane
– Vang vieng
– Kasi
– Luang Prabang
– Boten (Border Laos-China)
– Luang Namtha
– Chiang khong (Border Laos-Thai)
– Chiang rai
– Chiang mai
– Bangkok
– Hatyai
– Penang
– Kuala Lumpur
⚡️ tempoh pengembaraan : 3 Minggu
⚡️ jarak perjalanan : 4K++ KM
⚡️ budget : RM3K++ (untuk hotel, makan, minyak, 2T, train, dokumentasi, paw ?, dan lain2)
Cabaran yang ditempuh dalam perjalanan
⚡️cabaran di Laos ialah :
– kesukaran mendapatkan makanan halal
– keadaan muka bumi yang bergunung
– keadaan jalan yang berdebu,rosak,berlubang,berlumpur dan sebagainya
– jalan licin dan merbahaya, jatuh tergolek di gunung kasi dan juga di Boten sukar untuk mengawal vespa.
– permandangan di Laos tersangat cantik dengan gunung ganang dan sungai yang jernih. Suasana sejuk sepanjang perjalanan.
⚡️Alhamdulillah tiada sebarang major problem pada vespa kami walaupun sudah berusia lanjut dan membawa bebanan berat termasuk isteri ?
Naikkan semangat rakan-rakan lain untuk kembara
⚡️Terima kaseh saya ucapkan kepada rakan2 yang mendoakan kami. Saya berharap semoga catatan saya ini dapat menaikan semangat rakan2 yang lain untuk kembara bermotor terutama bercita-cita membawa isteri ala2 honeymoon ride.
⚡️ Terima kaseh jugak kepada :
– Isteri saya Nurra Shida yang sanggup mengikut ke mana saya dan menjadi co-pilot sepanjang perjalanan. Syukur kepada Allah kerana diberi isteri yang memahami hobi gila husband.
– Pasangan touring saya Hapizu Husain dan Dida Omar sanggup ON last minute dan melayan karenah kami sepanjang perjalanan
– Manie Za selaku mekanik Sentul Scooter service untuk setting engine padu untuk touring. “Its tuned for touring” dan juga family,sahabat Sentul Scooter Service
– Geng small bike big dream Muhammad Afiq Bujang untuk panduan routes dan nasihat
– Big thanks to Aimpro Samudra, Roslin Kummin,Aminuddin Mohd Isa, Johnson Lee,Diny Sabri Aziz PG Time Opprotunity Vespa Samui Sakai Hunter dan juga lain-lain yang banyak menolong dan memberi ilmu tentang dunia touring.
– Terima kaseh kepada page ADVENTURE TOURING MALAYSIA ( AtM ) yang banyak memberi input untuk ride kali ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Walaupun ia tidak jelas sejauh mana genetik kita mempengaruhi berat badan kita, ia diterima bahawa genetik memang memainkan peranan dalam indeks jisim badan (BMI). Berikut adalah beberapa cara bagaimana genetik mempengaruhi berat badan.
Sindrom Genetik
Beberapa keadaan genetik secara langsung boleh menjejaskan tahap berat badan seperti dalam kes mereka yang mempunyai sindrom Prader-Willi,sindrom Bardet-Biedl, sindrom Cohen, sindrom Ayazi atau sindrom MOMO. Walau bagaimanapun, keadaan ini amat jarang berlaku dan ia hanya sebahagian kecil kes obesiti di Amerika Syarikat.
‘Gen Obesiti’
Walau bagaimanapun, terdapat sebab lain, yang lebih biasa, iaitu ciri-ciri genetik seseorang individu itu sendiri yang boleh dikaitkan dengan obesiti.
Pada tahun 2007, penyelidik mengenal pasti genetik berkaitan obesiti dikenali sebagai FTO, yang dikatakan “perkara biasa”. Mereka yang mempunyai genetik ini berisiko sebanyak 20% ke 30% lebih tinggi untuk obesiti berbanding orang yang tidak mempunyai genetik tersebut.
Harus diingat bahawa 40% daripada orang Eropah dan 42% daripada penduduk Asia Tenggara membawa genetik obesiti yang berisiko, manakala hanya 5% daripada Afrika. Jelas sekali, terdapat beberapa perbezaan antara mereka yang membawa genetik dan mereka yang sebenarnya obes.
Ia seolah-olah bahawa tidak semua mereka yang mempunyai genetik obesiti akan menjadi gemuk, dan bahawa banyak kes obesiti dipengaruhi oleh persekitaran (atau lain-lain) origin, bukannya genetik semata-mata.
Hormon dan Obesiti
Hormon memainkan peranan yang besar dalam kesihatan kita, yang mana ia adalah begitu penting untuk memastikan tubuh anda seimbang. Hormon kita bertanggungjawab untuk mengawal selia banyak perkara contohnya selera makan, tidur, penghadaman, mood, kesuburan dan banyak lagi.
Kekurangan leptin dalam badan akan menyebabkan selera makan anda meningkat jadi berat badan anda juga akan bertambah, dan ia juga akan menyebabkan ketidakupayaan untuk mengurangkan berat badan. Mengembalikan tahap leptin dalam badan boleh menyelesaikan masalah-masalah ini.
Genetik yang diwarisi ini dikenali sebagai kekurangan leptin yang wujud sejak lahir – di mana badan yang mempunyai hormon ini pada tahap rendah, akan membawa kepada obesiti di kalangan kanak-kanak.
Malah, satu kajian tahun 2015, pemerhatian ke atas dua adik-beradik – seorang gadis yang berumur 9 tahun dan adik beliau berumur 6 tahun obes tahap kritikal – mendapati bahawa kekurangan leptin sejak lahir adalah sebab utama.
Merawat kedua-dua kanak-kanak tersebut dengan leptin akan membawa kepada “penambahbaikan yang cepat terhadap cara pemakanan dan kehilangan berat badan”. Masalah kekurangan leptin sejak lahir biasanya didiagnosis beberapa bulan pertama dalam kandungan dan ia adalah gangguan yang amat jarang berlaku di mana hanya beberapa kes yang dilaporkan dalam sejarah perubatan.
Adakah Saya Ditakdirkan untuk Menjadi gemuk?
Jika anda salah seorang daripada orang-orang yang secara genetik terdedah kepada penambahan berat badan, anda mungkin akan berasa sukar untuk melakukan perubahan.
Tetapi anda perlu tahu bahawa, hanya kerana anda mempunyai genetik tersebut, anda tidak semestinya ditakdirkan untuk turut mendapat berat badan berlebihan.
Perhatikan kes dua kanak-kanak tadi, para penyelidik mendapati bahawa alam sekitar dan pilihan gaya hidup memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam pengurusan berat badan berbanding genetik.
Diet
Sama seperti orang lain yang sedang berusaha untuk mendapat berat ideal, diet seimbang yang bebas daripada makanan segera, makanan berlemak, gula dan garam berlebihan adalah satu kemestian.
Kajian tahun 2014 yang mana dijalankan satu pemerhatian tentang cara pemakanan dan berat badan terhadap 37,000 orang, mendapati bahawa makanan berlemak dan makanan yang digoreng boleh berkait dengan genetik obesiti, dan akan meningkatkan risiko berat badan.
Diet anda hendaklah yang berasaskan biji-bijian, sayur-sayuran hijau dan sayur-sayuran lain, buah-buahan, protein tanpa lemak dan lemak yang baik. Jumlah makanan yang dimakan juga mempengaruhi. Ia kini lebih mudah jika dibanding sebelum ini untuk mendapat makanan ringan atau hidangan drive-thru tidak kira di mana kita berada bukan? Sedangkan kadang-kadang kita sebenarnya tidak memerlukannya pun.
Jadi beri lebih perhatian kepada makanan dan pengambilan kalori anda dan anda akan mendapati ia akan lebih mudah untuk mengekalkan berat badan yang sihat.
Senaman
Untuk setiap orang, tanpa mengira matlamat berat badan anda, anda sebenarnya memang perlukan senaman untuk kesihatan jantung dan tulang anda, serta mengurangkan risiko kemurungan, kanser dan kencing manis.
Kami mencadangkan sekurang-kurangnya 150 minit seminggu anda lakukan aktiviti aerobik secara sederhana atau 75 minit aktiviti aerobik yang lasak, di selangi dengan senaman latihan kekuatan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Apabila fokus anda kepada proses penurunan berat badan, anda mungkin perlu melakukan lebih daripada ini … tetapi percayalah ia akan menjadi satu usaha yang berbaloi untuk anda!
Penyelidikan telah menunjukkan bahawa dengan melakukan senaman yang cukup boleh mengatasi beberapa risiko obesiti yang berkaitan genetik. Satu kajian pada tahun 2008 terhadap lebih daripada 17,000 orang, mendapati bahawa orang yang tidak aktif dan mempunyai genetik obesiti mempunyai BMI lebih besar daripada orang yang tidak aktif tanpa genetik tersebut.
Tetapi, orang yang mempunyai genetik tersebut yang kerap membuat senaman mempunyai BMI yang sama dengan mereka yang tidak mempunyai genetik tersebut.
Tambahan lagi, analisis ke atas 54 kajian, pada hampir 240,000 orang, mendapati bahawa mereka yang mempunyai genetik FTO mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk obesiti, tetapi senaman yang dilakukan adalah satu-satunya cara mereka untuk mengurangkan risiko obes.
Orang dewasa yang aktif dan mempunyai genetik obesiti berisiko 30% lebih rendah daripada orang dewasa yang tidak aktif yang mempunyai genetik tesebut.
Sumber : Diarikurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.