
Subsidi petrol RON95 RM1.99 seliter, cara mudah & senang guna TNG eWallet kini jadi pilihan lelaki moden yang mahu jimat masa dan wang. Bermula 30 September, kerajaan memperkenalkan skim BUDI Madani bersama mini-app BUDI95 dalam aplikasi Touch ‘n Go eWallet (TNG eWallet) bagi memudahkan rakyat menikmati subsidi petrol secara telus dan pantas.
Harga Petrol RON95 Bersubsidi
Melalui inisiatif ini, rakyat Malaysia boleh membeli petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter, berbanding harga pasaran sekitar RM2.60 seliter. Kementerian Kewangan (MOF) memperuntukkan kira-kira RM11 bilion untuk menampung subsidi ini, yang boleh dinikmati semua warganegara dengan MyKad aktif dan lesen memandu sah.

Cara Guna TNG eWallet Untuk Nikmati Subsidi
Tak perlu lagi bawa MyKad setiap kali ke stesen minyak. Dengan aplikasi TNG eWallet, pembelian petrol kini lebih mudah menggunakan kod QR melalui mini-app BUDI95.
Langkah-langkahnya:
Buka aplikasi TNG eWallet dan pilih ikon BUDI95.
Tekan “Buy Fuel”.
Pilih stesen minyak (atau aktifkan lokasi GPS).
Masukkan nombor pam & jumlah petrol.
Sahkan bayaran dalam aplikasi.
Kod QR akan dipaparkan – tunjuk di kaunter untuk pengesahan.
Isi petrol RON95 seperti biasa.
📌 Nota penting: Kod QR hanya sah selama 10 minit. Jika jumlah dibeli melebihi kapasiti tangki, baki lebihan akan dipulangkan automatik ke akaun eWallet.

Tiada Had Isi Minyak Sehari
Berita baik untuk pemandu aktif – tiada had isi petrol bersubsidi dalam sehari. Malah, pemandu e-hailing boleh memohon tambahan kuota subsidi melalui portal www.budimadani.gov.my.
Selain TNG eWallet, aplikasi rasmi stesen minyak seperti Setel (Petronas), Shell App, CaltexGo, Petron Miles, dan BHPetrol eCard turut menyokong penggunaan BUDI95.
Tip Lelaki Bijak Jimat Minyak
Selain nikmati subsidi, lelaki juga boleh amalkan gaya pemanduan bijak untuk kurangkan kos:
Servis kereta ikut jadual supaya enjin lebih efisien.
Pastikan tayar cukup angin, tayar lembik buat petrol cepat habis.
Elakkan pecutan mengejut, ia boleh bazir minyak hingga 20%.
Kurangkan beban kereta, barang berlebihan naikkan penggunaan petrol.
Dengan adanya BUDI Madani dan TNG eWallet BUDI95, lelaki kini mempunyai solusi pintar untuk jimat kos petrol tanpa renyah bawa MyKad. Hanya dengan scan, bayar & isi, terus nikmati harga subsidi RM1.99 seliter – cara paling mudah, cepat dan maskulin.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang








