Image by zinkevych on Freepik

Agak menyakitkan hati apabila kita dapati kepala air yang sudah dipulas atau tutup rapat masih keluar air menitis.

Apatah lagi jika titisan air itu bukan sahaja boleh menyebabkan bil air makin bertambah tetapi mengeluarkan bunyi yang agak menjengkelkan. Memang kerosakan ini perlu diberikan perhatian dengan kadar segera.

MASKULIN tertarik dengan satu perkongsian menerusi pengguna TikTok menggunakan nama Yan Lan. Menerusi video perkongsiannya ia boleh dibaiki dengan cara yang cukup ringkas dan mudah.

Ikuti beberapa step berikut seperti yang dikongsikan beliau.

TUTUP PUNCA AIR

Sudah Tutup Rapat Tapi Air Masih Menitis, Ini Cara Baiki Paip Paling Mudah

Pertama sekali sebelum nak buka paip dan mulakan apa yang patut anda kena tutup dulu punca air utama. Selepas itu boleh buka cap kepala paip atau tap dengan menggunakan pemutar skru bermata leper.

BUKA SKRU

Sudah Tutup Rapat Tapi Air Masih Menitis, Ini Cara Baiki Paip Paling Mudah

Selepas cap dibuka anda akan nampak satu skru. Keluarkan skru tersebut dengan menggunakan pemutar skru bermata Phillip.

IKLAN

Kalau kata anda tiada pemutar skru sesuai, boleh sahaja guna pemutar skru bermata leper yang sesuai. Kemudian buka dengan memusingkan skru ikut arah laean jam untuk keluarkan valve di dalamnya.

VALVE KEPALA PAIP

Sudah Tutup Rapat Tapi Air Masih Menitis, Ini Cara Baiki Paip Paling Mudah

Selepas dibuka akan kelihatan valve. Kebiasannya yang berjenama atau lebih mahal menggunakan valve tembaga manakala yang lebih murah dari bahan plastik.

PUNCA MENITIS

Sudah Tutup Rapat Tapi Air Masih Menitis, Ini Cara Baiki Paip Paling Mudah

IKLAN

Selepas valve dikeluarkan perhatikan pada bahagian dalamannya. Terdapat tiga komponen yang selalu menjadi punca kepada masalah air mneitis.

Antara sebabnya kerana ia tersekat disebabkan oleh keladak. Jika masih elok ia boleh dicuci dan digunakan semula. Dan jika rosak anda boleh beli di kedai hardware.

PASANG SEMULA

Sudah Tutup Rapat Tapi Air Masih Menitis, Ini Cara Baiki Paip Paling Mudah

Jangan gembira dahulu ya. Selepas melakukan cucian atau gantian, anda perlukan masukkan semula ke dalam slot yang betul. Perkara paling penting anda kena ingat ialah bahagian berkilat kena bersemuka. Apabila berjaya dimasukkan masukkan seal.

IKLAN

Artikel Berkaitan: Tak Payah Tekan Banyak Kali, Butang ‘Push Start’ Perlu Tekan Sekali Saja Bila Nak Hidupkan Enjin

PASAL SKRU DAN CAP

Sudah Tutup Rapat Tapi Air Masih Menitis, Ini Cara Baiki Paip Paling Mudah

Akhir sekali masukkannya semula ke dalam valve. Ketatkan dengan menggunakan tangan dan pasang skru serta cap semula. Siap!

Semoga perkongsian ini memberikan manfaat untuk anda.

Kredit: Yan Lan

@xovovic menitik menitik menitik.. naik la bil air lama lama cmni.. nk tukar semua?? sabar dulu!! guna kaedah ni!! #tapwater #faucet #diy #diymalaysia #lifehack #kitabuatdia #fyp ♬ Doge – Chris Alan Lee

https://www.youtube.com/watch?v=6En-d8vBdmY&t=365s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI