Siapa tidak kenal dengan nama Shah Rukh Khan? Boleh dikatakan dialah hero Bollywood yang mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa.

Filem-filem Hindi lakonan aktor ini meraih populariti di seluruh dunia dan dalam kalangan rakyat Malaysia sehingga kini. Walaupun usianya kini mencecah 58 tahun, dia masih sihat dan mampu bertahan dengan kariernya masih utuh.

Malah, nampak gayanya anak gadisnya juga mengikut jejak langkah bapanya ini.

SUHANA KHAN Ikut Jejak Bapa, Fakta Tentang Anak Perempuan Shah Rukh Khan

Walau baru berusia 23 tahun, namun Suhana Khan khabarnya bakal mengikut langkah ayahnya  dan bakal menjadi pelapis ratu-ratu filem Bollywood.

Yang pasti Suhana cukup bertuah dilahirkan dalam keluarga kaya dan terkenal, jadi tidak hairanlah Suhana meraih populariti luar biasa meskipun dia baru menginjak usia 23 tahun.

Padanlah nama Suhana makin menjadi rebutan, bukan saja dalam industri perfileman namun dia juga sudah dilamar oleh jenama-jenama mega, seperti baru-baru ini dimana Suhana menjadi wajah baru Maybelline.

SUHANA KHAN Ikut Jejak Bapa, Fakta Tentang Anak Perempuan Shah Rukh Khan

Jom kenali Suhana Khan!

1. Anak Ayah

Dia sangat rapat dengan ayahnya sehinggakan pernah meletakkan status ‘daddy’s little girl’ di Instagram pada suatu ketika dahulu.

2. Peminat TV

IKLAN

Sebagai seorang yang suka dengan industri lakonan, Suhana Khan juga tidak ketinggalan menonton pelbagai filem dan siri TV popular. Antara drama TV paling disukainya ialah ‘Black Mirror’ dan ‘Orange is the New Black’.

SUHANA KHAN Ikut Jejak Bapa, Fakta Tentang Anak Perempuan Shah Rukh Khan

3. Bola Sepak

Siapa sangka gadis jelita ini pernah menjadi kapten bagi pasukan bola sepak di sekolahnya.

4. Seorang Pemalu

Dalam temu bualnya bersama Vogue, Suhana Khan menyatakan bahawa dirinya merupakan seorang yang sangat pemalu. Sama seperti ayahnya dahulu.

5. Beauty With Brain

IKLAN

Selain bola sepak, Suhanan juga berbakat dalam bidang penulisan dan pernah memenangi pertandingan Katha National Story Writing Competition.

SUHANA KHAN Ikut Jejak Bapa, Fakta Tentang Anak Perempuan Shah Rukh Khan

6. Pop Star

Suhana merupakan seorang peminat setia bekas ahli One Direction iaitu Zayn Malik.

7. Peminat

Walaupun belum muncul dalam mana-mana filem sebagai pelakon namun Suhana Khan kini sudah mengumpul peminat yang cukup ramai di laman media sosial.

IKLAN

8. Ada Aset Sendiri

Dan yang terbaru, khabarnya menurut sumber Indian Express,  Suhana Khan sudah membeli membeli tiga lot rumah teres berhampiran Alibaug dengan harga 12.91 crore Rupee (bersamaan dengan 146,251.44 Dolar AS). Ketiga-tiga buah rumah teres ini dibeli di kampung Thal, yang terletak di pantai antara Alibaug dan Pantai Kihim.

9. Bakal Muncul Di Netflix

Like father like daughter, Suhana juga bakal membuat kemunculan sulung dalam industri seni lakonan di mana Suhana akan muncul dalan filem muzikal ‘The Archies’ di Netflix yang turut menampilkan Khushi Kapoor, Agastya Nanda, Mihir Ahuja, penyanyi Aditi Saigal, Vedang Raina dan Yuvraj Menda. Wah, betul-betul berdarah seni la Suhana ni.

SUHANA KHAN Ikut Jejak Bapa, Fakta Tentang Anak Perempuan Shah Rukh Khan

Tarikh tayangan filem ini bagaimanapun masih belum diumumkan lagi. Tak sabar nak tengok bagaimana agaknya mutu lakonan Suhana Khan kan, mesti hebat macam ayahnya juga!

Artikel ini diambil dan diolah dari NONA.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI