Setiap tahun puluhan ribu umat Islam dari negara kita terbang ke tanah suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji.

Selain cabaran lojistik antara cabaran yang paling sukar dihadapi oleh jemaah haji ialah cuaca panas yang tinggi. Menurut laporan pada tahun ini cuaca pada musim haji dijangka sangat panas dan suhu boleh mencecah sehingga 50 darjah Celcius.

Apabila berada dalam kondisi yang panas dengan jumlah orang yang ramai ia pastinya memberi satu cabaran yang hebat buat jemaah haji.

Suhu Mekah Dijangka Sangat Tinggi, Ini Tip Elak Strok Haba Buat Bakal Jemaah Haji

Masalah kesihatan utama yang boleh berlaku bila cuaca panas begini ialah strok haba. Dan perkara ini peru diberikan perhatian yang sangat serius. Bagi anda sendiri atau ibu bapa serta sanak-saudara yang menunaikan haji pada tahun ini berikanlah perhatian khusus terhadap risiko strok haba.

IKLAN

Public Health Malaysia telah membuat satu perkongsian berkenan pencegahan dan tip yang amat baik untuk mengatasi risiko strok haba.

BACA: 5 Tip Kekal Dingin & Tidak Alami Dehidrasi Ketika Cuaca Panas

TIP ELAK STROK HABA KETIKA MENUNAIKAN HAJI

  • Sentiasa pastikan badan mempunyai air yang cukup. Minum air dengan mencukupi dan banyak.
  • Elakkan diri daripada selalu terdedah kepada cahaya matahari terlalu lama.
  • Jika berjalan di kawasan terbuka gunalah payung yang berwarna cerah.
  • Pastikan diri sentiasa cukup tidur dan rehat agar lebih lancar melakukan ibadah.
  • Bawa botol semburan mudah alih yang senang dibawa dan disimpan.
  • Ambil tahu tentang simptom awal gejala strok haba.

Suhu Mekah Dijangka Sangat Tinggi, Ini Tip Elak Strok Haba Buat Bakal Jemaah Haji

IKLAN

KAWASAN BERISIKO

Semasa menunaikan haji terdapat beberapa lokasi yang paling berisiko. Antara yang paling berisiko ialah di Mina dan Arafah. Semasa melontar jamrah jemaah akan berdepan dengan keadaan yang panas berikutan jarak perjalanan yang jauh.

Manakala semasa melakukan tawaf dan saie juga jemaah perlu waspada dengan cuaca terutamanya jika melakukannya pada waktu tengahari.

BAWA ORS

Suhu Mekah Dijangka Sangat Tinggi, Ini Tip Elak Strok Haba Buat Bakal Jemaah Haji

IKLAN

Bila cuaca panas badan akan berpeluh dan menyebabkan badan mengalami kehilangan garam. Jika kandungan garam berkurangan badan akan mula rasa lesu dan risiko strok haba juga semakin meningkat. Oleh itu bawalah oral rehydration salt yang boleh elak perkara ini berlaku.

PETANDA GAJALA STROK HABA

Seseorang yang mengalami strok haba mempunyai beberapa petanda dan petunjuk. Awasi petanda-petanda berikut;

  • Air kencing jadi lebih pekat
  • Suhu badan meningkat mendadak
  • Sering rasa pening dan mungkin pitam
  • Kaki dan perut mengalami kekejangan
  • Tingkahlaku juga akan berubah
  • Jantung berdegup dengan pantas

Kongsikan info berguna ini kepada rakan-rakan serta ahli keluarga anda yang bakal menunaikan haji pada tahun ini. Semoga perjalanan pergi dan balik mereka dalam menunaikan rukun Islam yang kelima. Sama-sama kita berdoa mereka mendapat haji yang mabrur.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI