
Melakar sejarah baharu, pelakon berbakat besar Syafiq Kyle diumumkan sebagai penerima Trofi Rising Icon di Festival Filem Asia Pasifik (APFF) ke-62. Pengiktirafan ini bukan sekadar kemenangan peribadi, tetapi simbol bahawa anak seni Malaysia mampu menggegarkan pentas serantau dan mengharumkan nama negara di mata dunia.
Pengumuman berprestij ini dibuat dalam majlis sidang media APFF ke-62 di ibu kota. Walaupun tidak hadir secara fizikal, Syafiq atau nama penuhnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak, 33, tetap menyampaikan ucapan penuh rasa syukur menerusi rakaman video.
“Saya sangat bersyukur atas peluang mewakili Malaysia di pentas rantau ini. Saya tak sabar untuk bersama anda semua pada malam anugerah Disember nanti. Jumpa anda di sana,” ujarnya.

Menurut Setiausaha Agung Persekutuan Pengeluar Filem Asia Pasifik, Pansha, Syafiq dipilih kerana prestasinya yang cemerlang dalam membintangi filem pecah panggung seperti Sheriff dan Blood Brothers: Bara Naga.
“Dia mempunyai potensi besar sebagai pelakon filem di masa depan. Anugerah ini adalah motivasi untuknya dan pelakon lain agar terus berikan yang terbaik. Kita kena iktiraf bakat muda, bukan hanya pelakon veteran,” katanya.
Tahun ini, Malaysia sekali lagi menjadi tuan rumah APFF buat kali kedua berturut-turut. Festival akan berlangsung dari 29 November hingga 6 Disember 2025 di Kuala Lumpur, menghimpunkan bakat-bakat besar dunia seni layar dari seluruh rantau Asia Pasifik.
Syafiq membuktikan bahawa kejayaan bukan sekadar milik mereka yang berbakat, tetapi milik mereka yang berani berjuang dan tidak pernah berhenti berusaha. Kejayaannya adalah gambaran karakter lelaki moden — berprinsip, berwawasan, dan sentiasa mengangkat standard diri.
5 RAHSIA KEJAYAAN SYAFIQ KYLE YANG LELAKI BOLEH CONTOHI
Disiplin Kerja yang Konsisten
Syafiq tidak pernah mengambil mudah persediaan untuk setiap watak. Dari skrip hingga latihan fizikal, dia sentiasa mengekalkan standard tinggi.Sentiasa Belajar & Berkembang
Dia tidak berhenti mencari ilmu — sama ada melalui pengalaman di set, sesi coaching, atau menonton karya pelakon hebat dunia.Rendah Hati Walau Berjaya
Kejayaan tidak pernah membuatnya lupa asal-usul. Sifat ini menjadikan dia mudah disukai oleh rakan industri dan peminat.Berani Cabar Diri
Dari drama ke filem aksi, Syafiq berani keluar dari zon selesa. Keberanian ini mendorongnya untuk mencapai tahap baharu.Fokus Pada Matlamat Jangka Panjang
Dia tidak hanya mengejar populariti segera. Setiap langkah dirancang untuk membina legasi sebagai pelakon berpengaruh di masa depan.
BACA LAGI : 10 Fakta Menarik Filem Aksi Epik Bakal Blockbuster ‘Blood Brothers’
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang




