Kerajaan dijangka membuat pengumuman pada hari Jumaat ini berkenaan status arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas ia dilaksanakan sejak 18 Mac lalu bagi mengekang penularan wabak COVID-19.
Berita ini pastinya dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia sama ada PKP bakal dilanjutkan atau berakhir pada 14 April ini, lapor Bernama.
Jika diteliti, rakyat mengharapkan ia tidak dilanjutkan selepas memasuki hari ke-22 pelaksanaan PKP hari ini dan ingin kembali kepada kehidupan normal, namun kerajaan pastinya akan membuat keputusan tepat berdasarkan situasi semasa kes COVID-19 di negara ini.
Untuk rekod, MalaysiaĀ merekodkan 69 kes sporadik COVID-19 setakat ini, iaitu kes yang tidak diketahui asal usul dan punca jangkitannya, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Sementara,Ā sebanyakĀ 170 kes baharu COVID-19 dengan satu lagi kematian direkodkanĀ setakat 12 tengah hari semalam, menjadikan jumlah kes positif 3,963 kes membabitkan keseluruhanĀ 63 kematian.
Kita juga mungkin boleh berbangga apabila indeks jenayah di seluruh negara turun sebanyak 70 peratus sepanjang tempoh PKP namun tangkapanĀ individu yang ingkar PKP di seluruh negaraĀ sehingga semalam sudah mencecah 6,451 orang.
Menyentuh mengenai operasi sanitasi awam COVID-19, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT)Ā telah melakukanĀ 666 operasi sanitasiĀ diĀ 79 zonĀ termasuk kesemua 18 Zon Merah.
Dalam tempoh itu, bangunan kerajaanĀ danĀ Projek Perumahan Rakyat (PPR) turut dinyah cemar termasukĀ 24,077 unit rumahĀ PPR.
Pastinya operasi ituĀ penting kerana kini terdapat satu lagi lokasi di bawahĀ Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang terbaharu bangunan Malayan Mansion danĀ Selangor Mansion di sini.
Sebelum ini, kerajaan melaksanakan PKPD di tiga kawasan iaitu Simpang Renggam, Kluang, Johor; Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor, dan Menara CityĀ One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur.
Di sebalik segala usaha itu, rakyat dan syarikat korporat turut bersama-sama kerajaan membantu membendung wabakĀ COVID-19 termasuk melalui sumbangan kepadaĀ Tabung COVID-19 yang kini mencecah RM22.6 juta untuk disalurkan kepada pihak yang berkenaan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui hantaran di laman Facebooknya, berkata sehingga Isnin lalu, sejumlah RM5.68 juta dana daripada tabung itu disalurkan kepada Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bagi tujuan pembelian barangan keperluan harian untuk disumbangkan kepada mereka yang terjejas akibat wabak tersebut.
Muhyiddin berkata sebanyak RM195,000 juga disalurkan atas nama Bayaran Ihsan Kematian kepada 39 waris mangsa jangkitan COVID-19.
Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac laluĀ sebagai usaha kerajaan membantu rakyat yang terjejas ekoran wabak itu.
Justeru, Malaysia memerlukan kerjasama dan sokongan rakyat secara keseluruhannya dalam situasi PKP iniĀ bagi mengekang penularan pandemik COVID-19Ā daripada terus menular atau memberi kesan yang tidak sepatutnya.
Tunaikanlah tanggungjawab sebagai rakyat dengan mematuhi peraturan, tidak menyebarkan berita palsu termasuk di media sosial dan hargailah peranan petugas barisan hadapan yang sedang berjuang demi keamanan dan keselamatan negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang