Buah pinggang ibarat seperti ‘penapis’ dalam tubuh kita. Fungsinya untuk menapis bahan buangan, menyimpan nutrien penting, menghasilkan hormon, meneutralkan asid dan membantu membina sel-sel darah merah serta mengawal tekanan darah.
Ads
Ads
Ads
AMAL PEMAKANAN SIHAT
Kurangkan pengambilan protein biarlah jumlahnya sesuai dengan keperluan berat badan pesakit
Hadkan pengambilan dari sumber makanan yang kaya kalium seperti pisang, buah oren, kekacang, sesetengah sayuran berdaun hijau, buahan kering. Kalium berlebihan dikhuatiri boleh mengganggu degupan jantung pada paras normal. Buah pinggang yang bermasalah juga tidak mampu lagi menyingkir kalium berlebihan.
Mengawal tekanan darah
Hadkan pengambilan garam bagi mengelak pengumpulan air (retensi) dalam badan
Amalan diet yang baik dan ikut nasihat doktor
ELAK 5 PERKARA INI
Jangan biasakan diri menahan kencingkerana ia akan meningkatkan tekanan pada urin dan boleh menyebabkan batu karang pula.
Diet tak seimbang sebab suka sangat ambil sumber proteindaripada haiwan secara berlebihanseperti daging (red meat) yang mengganggu metabolik pada buah pinggang. Satu lagi garam pula tak dipantau suka sangat makan benda masin.
Ramai juga yang ambil mudah pengambilan air kosong yang cukup. Bila kurang air dalam badan buah pinggang tak dapat menapis darah dengan baik dan paling ngeri bahan buangan dan toksin pula makin menimbun. Lama kelamaan organ lain pun terjejas sama bukan setakat buah pinggang je.
Mengalami gangguan tidur menyebabkan tidur kurang kualiti dan tidak cukup tidur.
Menurut kajian pengambilan gula berlebihan setiap hari akan meningkatkan risiko masalah protein dalam air kencing. Selain itu kafein yang tinggi juga boleh menyebabkan tekanan berlebihan pada buah pinggang.
Untuk pentas fesyen kali ini, trend dunia fesyen lelaki kian mencabar dengan penggunaan warna yang kontra, lebih terang, kuat dan bold. Bukan itu sahaja, malah trend kali ini mempersembahkan potongan siluet yang lebih besar dan unik, jelas menunjukkan seni futuristik. Contohnya jenama Balenciaga dalam memperkaryakan sentuhan baru dalam rekaan bahagian bahu yang lebih besar. Ini adalah trend terbaik untuk gaya menswear yang anda wajib cuba!
OVERSIZED SHOULDERS
Rekaan bahu yang lebih besar ini mungkin antara trend terhangat di kalangan golongan lelaki yang mahukan sesuatu kelainan dalam gaya formal mereka. Walaupun tampak sedikit elemen 80-an, namun rekaan ini menunjukkan “bigger is better”. Lebih kemas dan lebih sophisticated. Antara barisan pereka yang mula menghidupkan trend baru ini adalah Balenciaga dan Vivienne Westwood.
RAINWEAR
Hujan di pentas fesyen kali ini! Siapa bilang kot hujan hanya dipakai bila waktu hujan? Bukan untuk tahun 2017 ini! Trend ini menyaksikan gabungan inovasi serta kreativiti pereka dalam menghasilkan kot panjang yang menggunakan fabrik ala kalis air untuk disarungkan pada mereka yang mempunyai sifat gentleman yang tinggi. Contohnya seperti jenama mewah Gucci. Pereka Alessandro Michele mencedok elemen kembara perjalanan dalam koleksi rekaanya lalu menghasilkan helaian rainwear yang menggambarkan cuaca yang tidak menentu di kala perjalanan namun masih mampu menyarung helaian serba mewah, biarpun di kala hujan ribut. Nah! Jelas terbukti, fesyen hari ini begitu menitik beratkan tentang gaya yang mewah, eksklusif dan selesa walaupun di mana anda berada!
YELLOW IS A NEW BLACK!
Tahun ini bukanlah untuk rona hitam beraksi ligat di pentas trend kali ini. Tolak ketepi helaian hitam di wardrobe anda. Gantikan ia dengan warna kuning yang menyerlah! Ya! Warna kuning ini dilihat sebagai pengganti untuk warna hitam. Rata-rata pereka menjadikan warna kuning ini sebagai lambang kepada sifat yang lebih bold, agresif dan berani. Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menyarung sepasang sut kuning?
AYUH BERSANTAI!
Sesuai dengan konsep trend kali ini, ini adalah trend pilihan terbaik untuk musim ini. Ketepikan dahulu helaian kot panjang mahupun kemeja kosong dalam penggayaan anda, cuba pula dengan konsep yang lebih longgar, mudah, bercorak dan semestinya santai. Inilah masanya untuk anda merehatkan diri di tepi lautan luas, namun masih dalam gaya yang bijak! Motif floral yang sarat juga warna yang ceria menjadikan gaya anda lebih cool!
LUT SINAR
Masih ingat dengan trend lace dahulu? Pernah menjadi antara trend terbaik tahun 2016, kali ini pereka menghasilkan rekaan yang lebih berani, berahi dan straightforward dengan menggunakan fabrik lut sinar dalam rekaan mereka. Mungkin tampak sedikit androgini, but come on! Kita masih lagi berdiskusi dalam musim kala ini. Why not? Y/Project dan Walter Van Beirendonck antara jenama yang menghasilkan trend ini. Tidak salah bukan jika mengenakan konsep seksis dalam gaya fesyen harian kamu?
Dalam era yang serba mencabar ramai di antara kita terutamanya lelaki yang sering memikul tanggungjawab besar, berhadapan dengan tekanan hidup yang pelbagai. Mencari jalan keluar, menstabilkan kewangan dan membina kehidupan yang lebih bermakna bukan lagi impian, tetapi satu keperluan mendesak. Buktinya? Sambutan luar jangka program Transformasi360 baru-baru ini yang menghimpunkan sekitar 3,500 peserta dari seluruh negara.
Inisiatif ini digerakkan oleh RichWorks Academy Sdn. Bhd. (RichWorks) dengan sokongan padu Astro sebagai rakan media ternyata menyentuh ‘urat nadi’ keinginan rakyat Malaysia yang ingin berubah.
Ia menawarkan pengalaman transformasi mendalam, lengkap dengan gabungan strategik ilmu, strategi, pembentukan minda (mindset) yang betul, malah memanfaatkan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membantu setiap individu mengenal pasti potensi diri mereka secara lebih efektif.
Program ini berlangsung selama tiga hari bermula 10 hingga 12 Mei di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Ia menyaksikan dewan dipenuhi peserta, jauh melebihi jangkaan awal pihak penganjur. Ini bukan sekadar perhimpunan, tetapi satu gelombang kesedaran.
Menurut Pengasas dan Presiden RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, sambutan luar biasa yang diterima kali ini sangat mengejutkan dan amat menggalakkan.
“Kami jangkakan kehadiran dalam 2,500 peserta namun yang hadir sekitar 3,500 bersamaan 75 peratus. Mereka yang hadir dari luar Lembah Kelang, Kelantan, Kedah, Sabah, Sarawak malah Brunei, Singapura dan Indonesia,” ujar beliau.
Angka ini jelas menterjemahkan betapa ramai yang kini serius mahu ‘keluar’ dari kepompong tekanan.
“Ini jelas menunjukkan betapa ramai yang dahagakan perubahan dan mahu tambah baik lagi serta keluar dari tekanan hidup yang mereka alami sekarang,” tambah Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman, menggambarkan tekad yang membara dalam diri para peserta.
Kehadiran peserta dari pelbagai latar belakang terdiri dari usahawan, kakitangan kerajaan dan swasta yang mencari kestabilan, ibu tunggal yang gigih demi keluarga, sehinggalah graduan muda yang baru memulakan langkah.
Sepanjang Transformasi360, peserta tidak hanya didedahkan dengan teori, tetapi dibimbing secara praktikal.
Fokus utamanya adalah membina semula kekuatan dalaman yang mungkin telah terhakis oleh cabaran hidup, menetapkan hala tuju hidup yang jelas dan realistik, serta membentuk tindakan yang konsisten dan praktikal.
Matlamat akhirnya adalah mencapai kejayaan yang seimbang – kukuh dari segi kewangan, dan sejahtera dari sudut kehidupan peribadi dan hubungan.
Menariknya, program ini memanfaatkan teknologi moden. “Teknologi Ai yang digunakan membolehkan peserta mengenal pasti profil personaliti dan arah tindakan terbaik mereka berdasarkan data, menjadikan Transformasi360 lebih tepat dan relevan dalam membantu peserta membina pelan tindakan peribadi,” jelas Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman.
Pendekatan peribadi ini memastikan setiap peserta mendapat bimbingan yang paling sesuai dengan potensi diri mereka.
Impak program ini begitu mendalam, menyentuh emosi dan kesedaran peserta. “Reaksi peserta sangat menggalakkan, dengan banyak testimoni menyentuh hati di mana ada yang mula sedar potensi sebenar diri.
“Ada yang temui semula hala tuju hidup dan tidak kurang yang mengalirkan air mata apabila menyedari apa yang menghalang mereka selama ini ialah kepercayaan yang membataskan diri sendiri,” kongsi Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman. Ini membuktikan bahawa transformasi sebenar bermula dari dalam diri.
Mengakhiri bicara, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman menegaskan bahawa Transformasi360 bukanlah sekadar seminar motivasi semata-mata.
“Transformasi360 bukan sekadar seminar. Ini adalah bukti bahawa bila diberi bimbingan dan komuniti yang menyokong, manusia boleh berubah, boleh bangkit dan boleh bina hidup yang lebih baik,” katanya penuh semangat.
Melihat kepada impak positif dan keinginan ramai yang masih belum berkesempatan menyertai, RichWorks sudah pun merancang untuk menganjurkan satu lagi siri Transformasi360 pada bulan September ini.
Ini adalah peluang kedua bagi anda yang terlepas sesi pertama untuk memulakan perjalanan perubahan diri ini.
“Kami komited untuk terus membantu lebih ramai rakyat Malaysia keluar dari tekanan hidup dan kewangan yang menjerut. Transformasi360 hanyalah permulaan kepada perubahan yang lebih besar buat mereka,” jelas beliau, menggariskan misi RichWorks.
Kejayaan penganjuran Transformasi360 ini turut disaksikan oleh barisan kepimpinan RichWorks seperti Ketua Pegawai Perniagaan, Dr. Radz Mohd., Ketua Pegawai Operasi Richworks Consulting Group Sdn. Bhd. (RCG), Suley Nordyana Yahya, serta rakan media Astro Awani yang diwakili Ketua Pengarang, Ashwad Ismail.
Bagi anda yang serius mahu melakukan perubahan dalam hidup, keluar dari belenggu tekanan dan membina masa depan yang lebih cemerlang, siri Transformasi360 seterusnya pada September ini adalah peluang yang tidak patut dilepaskan.
Layari www.transformasi360.com sekarang untuk menjadi yang terawal menerima maklumat apabila pendaftaran dibuka nanti. Langkah pertama menuju transformasi bermula dengan niat, dan langkah seterusnya adalah tindakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sindrom lelaki malas bekerja semakin menjadi-jadi hari ini. Mungkin ada kaitan dengan pencapaian golongan wanita hari ini. Taraf pendidikan yang lebih tinggi telah menyaksikan peningkatan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan pelbagai aktiviti perniagaan.
Ini bertambah rancak apabila, golongan hawa dilengkapkan dengan kemahiran dan pengetahuan yang sesuai bagi menjadikan mereka lebih berdaya saing dan serba boleh untuk menghadapi cabaran ekonomi. Perkembangan ini membuatkan kebergantungan wanita kepada lelaki atau lebih tepat suami semakin berkurangan memandangkan mereka mampu menjana pendapatan sendiri yang kadangkala lebih tinggi berbanding lelaki.
FAKTA INI DISOKONG OLEH PERANGKAAN DIKELUARKAN OLEH UNIT PERANCANGAN EKONOMI, DI MANA GOLONGAN HAWA MELIPUTI 48 PERATUS DARIPADA PENDUDUK DALAM KUMPULAN UMUR BEKERJA IAITU 15-64 TAHUN. PERANGKAAN INI MENUNJUKKAN PENYERTAAN TENAGA BURUH WANITA BERTAMBAH DARIPADA 44.7 PERATUS PADA TAHUN 2000 KEPADA 45.7 PERATUS PADA 2005.
Bilangan wanita yang bekerja bertambah daripada 3.3 juta pada tahun 2000 kepada 3.9 juta pada 2005, di mana peratusan guna tenaga wanita daripada jumlah keseluruhan guna tenaga meningkat daripada 35.6 peratus kepada 36.7 peratus dalam tempoh yang sama. Penglibatan wanita dilihat tertumpu pada sektor pembuatan, perdagangan borong dan runcit serta pertanian. Dari segi struktur pekerjaan pula, peratusan wanita yang bekerja dalam kumpulan pekerjaan bergaji tinggi adalah lebih tinggi.
Perkembangan ini didorong oleh pencapaian yang lebih baik golongan Hawa dalam bidang pendidikan. Peratusan wanita dalam kategori pegawai kanan dan pengurus meningkat kepada 4.8 peratus pada tahun 2000 kepada 5.4 peratus pada tahun 2005. Kategori ini masih didahului kaum lelaki yang turut mencatatkan peningkatan daripada 8.0 peratus kepada 9.4 peratus dalam tempoh yang sama.
Bagaimanapun, pekerja wanita nyata mendominasi dalam kategori profesional; juruteknik dan profesional bersekutu; pekerjaan perkeranian dan; pekerjaan perkhidmatan dan jualan. Bagi kategori profesional, wanita terutamanya bekerja sebagai doktor, doktor pergigian, peguam dan arkitek. Ia menunjukkan pertambahan daripada 7.2 peratus pada tahun 2000 kepada 7.5 peratus pada 2005, berbanding lelaki daripada 5.1 peratus kepada 5.5 peratus dalam tempoh yang sama.
Manakala bagi kategori juruteknik dan profesional wanita mencatatkan penurunan kecil iaitu 14.1 peratus pada tahun 2000 kepada 14 peratus pada 2005. Begitu pun angka tersebut masih lebih tinggi berbanding lelaki yang mencatatkan peningkatan 10.9 peratus kepada 12.6 peratus. Secara keseluruhan peningkatan wanita dalam pekerjaan adalah hasil daripada akses pendidikan yang semakin baik.
Begitupun, bukan niat untuk menafikan kehebatan kaum lelaki, tetapi perkembangan ini seharusnya diterima oleh mereka sebagai satu cabaran untuk mereka turut berdaya saing dengan wanita. Kaum lelaki tidak harus melihat keupayaan wanita untuk menjana pendapatan sendiri sebagai satu kesempatan untuk mereka ber senang-lenang, sebaliknya mengambilnya secara positif untuk seiring memainkan peranan dalam meningkatkan kesejahteraan rumah tangga.
ISU INI BUKAN SAHAJA BERLAKU DI KAMPUNG, MALAH DI BANDAR TURUT MENGALAMI FENOMENA SAMA. “BANYAK TERJADI KES, SUAMI MENJAGA ANAK-ANAK DI RUMAH DAN ISTERI BEKERJA. GOLONGAN INI BOLEH DIKATAKAN SEBAGAI SUAMI SEPENUH MASA.
“Sindrom ini berlaku apabila si isteri bersetuju untuk memikul tanggungjawab mencari nafkah dan suami menguruskan kerja di rumah. “Namun demikian, keadaan menjadi tidak sihat apabila suami hanya makan dan tidur di rumah tanpa menghiraukan hal anak-anak. Psikologi anak-anak yang sudah bersekolah dan mempunyai kawan-kawan akan terganggu kerana mereka akan tertanya-tanya mengapa bapa mereka di rumah sahaja sedangkan pada masa yang sama bapa orang lain bekerja.
“Sesuatu perlu dibuat untuk memperbaiki keadaan ini. Golongan lelaki perlu lebih yakin menghadapi situasi ini. Jika berterusan, fungsi institusi keluarga akan terganggu. “Kembali kepada ajaran Islam, lelaki yang wajib mencari nafkah dan bukan sebaliknya. Isteri hanya membantu dan memberi sokongan kepada suami.’’
“ANTARA FAKTOR UTAMA IALAH ISTERI YANG BERKAHWIN DENGAN SUAMI YANG BERPENDIDIKAN LEBIH RENDAH DARINYA ATAU BERJAWATAN RENDAH. “MALAH ADA KES LELAKI YANG BEKERJA SEBAGAI KAKITANGAN AWAM DAN PENCEN AWAL PADA USIA AWAL TIDAK MAHU MENCARI PEKERJAAN LAIN.
“Mereka ini hanya mengharapkan sumber kewangan daripada isteri,’’ fenomena ini jarang membawa kepada penceraian kerana hak tersebut terletak pada tangan lelaki dan mereka lebih selesa dengan situasi seperti ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang