Ini fakta yang kami dapat dari Kevin Zahri. Menurut beliau, Durian merupakan buah tempatan yang sebenarnya tidak terlalu berat untuk diambil walaupun dikhabarkan mengandungi kolestrol dan lemak yang ini. kami kongsikan 10 fakta buah durian untuk anda yang menggemari raja segala buah ini.
Tinggi Kalori?Ramai yang menganggap buah durian tinggi kalori dan menggemukkan. Sebenarnya seulas durian baru mempunyai 50kcal. Seulas ya, jadi anda boleh kira berapa ulas yang boleh anda makan jika anda sedang menjaga berat badan anda.
Tigggi Kolesterol? Durian atau mana-mana buah pun tidak mengandungi kolesterol. Kolesterol cuma datang dari sumber haiwan, bukan tumbuhan.
Tiada nilai nutrisi? Buah durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioxidant vitamin-C (about 33% of RDA), B-complex dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah. Durian juga mengandungi calcium dan phosphorus
Ads
Tinggi lemak? Satu ulas durian baru ada dalam 1-2g lemak dan tu pun bukanlah lemak tepu (saturated fat)
Tinggi gula? Satu ulas durian ada dalam 10g gula. Tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan anda. Kalau 2-3 ulas masih kurang lagi daripada satu tin minuman soda.
Ads
Panaskan badan? Buah durian mempunyai kualitit memanaskan badan jadi elak makan berlebihan, lagi-lagi kalau anda mempunyai diabetes atau tekanan darah tinggi.
Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan sekaligus meningkatkan peredaran darah. Sekali lagi, hati-hati sekiranya anda hypertension dan elakkan bercium-cimuan! bahaya untuk kesihatan.
Ads
Tidak sesuai untuk diabetes? Betul tapi itu bukan soal durian semata-mata tapi mereka yang ada diabetes atau kencing manis harus kawal pengambilan gula dan makanan/minuman yang tinggi glukosa.
Kurangkan stress? Bergantung sebenarnya, tetapi buah durian mengandungi amino asid bernama tryptophan yang bantu tingkatkan keluaran hormon serotonin (yang mengantukkan) jadi anda lebih senang tidur, rasa lebih “ringan” dan lebih tenang.
Jangan makan berlebihan? Memang betul. Tapi sekali lagi, itu bukan untuk durian semata-mata tetapi untuk segala-galanya. 1-3 ulas sekali jalan tidaklah teruk sangat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tak kira apa jua zaman, para lelaki akan berasa kurang bersemangat apabila mendapati tubuhnya kurang memuaskan tatkala bermain gym pagi hinggalah ke malam. Kesihatan menjadi titik utama untuk menjadikan anda lebih produktif dan menjalani kehidupan harian dengan tenang. Sebelum anda lebih obses dengan perubahan tubuh anda dengan berlari berbatu-batu dan hadam salad hari-hari, terdapat beberapa strategi yang boleh anda buat saat anda bangun pagi. Walaupun hakikatnya tubuh anda dan prosesnya berfluktuasi sepanjang hari, beberapa jam pertama setelah anda bangun tidur penting untuk capai target anda.
Mengapa metabolisme penting di waktu pagi?
Jujur kami katakan metabolisme merupakan metrik rumit yang hanya akan bergantung pada tubuh seseorang. Namun pakar mengatakan ia boleh dikawal sedikit pada waktu pagi. Bagaimana? Apabila anda mendengar bunyi jam penggera anda, badan dan minda anda sedang dalam proses menilai sumber tenaga yang ada. Sumber-sumber ini adalah tenaga dari makanan yang masuk ke dalam tubuh dalam jam pertama untuk bangun dan menyimpan tenaga seperti glikogen dan lemak. Untuk membolehkan otak berfungsi dengan baik, ia memerlukan tenaga dengan banyak. Otak menggunakan 20 peratus tenaga setiap hari.
Ini bermakna semua yang anda hadapi dan pergerakan yang anda buat sebelum tengah hari boleh membuatkan anda capat goal anda. Sekiranya nutrien yang betul tidak dimakan pada waktu pagi, ia boleh melumpuhkan tumpuan, tenaga dan stamina sepanjang hari.
Fokus pada rutin anda
Adakah metabolisme anda menjunam ketika waktu makan tengahari atau kemerosotan pertengahan hari yang tidak dapat dielakkan? Ia bergantung, kata pelatih peribadi yang diperakui Jill McKay, menerusi artikel Ask Men, setiap orang mempunyai circadian rhythm tersendiri yang ditentukan oleh genetik dan hormon, anda mungkin tidak berasa mengantuk pada waktu malam atau memerlukan kopi pada 3 pagi agar tidak mengantuk pada siang hari. Metabolisme penting sepanjang masa kerana ia adalah proses yang membuat anda terus hidup dengan menghasilkan tenaga. Kadar metabolisme akan turun naik sepanjang 24 jam sehari bergantung kepada aktiviti yang anda lakukan dan bagaimana anda menggunakan tubuh anda, yang turut dijelaskan oleh ahli fisiologi senaman Jerry Snider.
Pendekatan gaya hidup yang ideal akan berfungsi apabila anda mempunyai tenaga yang paling banyak dan mendapat manfaat yang paling banyak daripada metabolisme yang tinggi jatuh bangun itu kan lumrah! Jarang berlaku dalam persekitaran pejabat untuk membolehkan anda keluar beriadah selama dua jam pada waktu tengah hari agar badan anda berada pada prestasi paling tertinggi. Apa yang boleh membantu ialah lakukan rutin normal dalam anda melaksanakan kewajipan anda. Kebanyakan kajian menunjukkan orang lebih cenderung untuk berpegang pada komitmen mereka pada waktu pagi, lebih baik anda mencabar diri sendiri untuk lakukan rutin pada waktu pagi berbanding malam.
Jadikan amlan bersenam di waktu pagi
Inilah persamaan apabila menggabungkan peluh di pagi hari. Ia tidak perlu terlalu intensif untuk menjadikan ia berkesan. Sekurang-kurangnya tiga hingga lima minit aktiviti cukup untuk meningkatkan aliran darah anda, bangun badan anda di peringkat selular dan mitokondria dalam sel anda untuk bersedia melakukan aktiviti yang lebih lama dengan peningkatan metabolisme. Ini kerana apabila anda jadual masa anda siap-siap, mengamalkan senaman yang melibatkan semua kumpulan otot anda, sama ada menggunakan dumbbells, mengamalkan calisthenics, dari push-up dan squats ke lunges tanpa stress, setiap satu ini memberi kesan yang berbeza ke atas keseluruhan badan anda, tahap kandungan, dan seperti yang dijangkajan, metabolisme anda! Untuk keputusan yang terbaik, beralih ke latihan sepanjang minggu untuk memperbaiki badan anda sepenuhnya.
Jangan makan banyak, dan tidur seperti umur anda
Anda pasti tahu umur memainkan peranan tahap metabolisme anda jika anda tidak mengasah ia dari muda. Tanyalah ayah, abang, kakak, dan saudara-mara yang berusia anda, pasti mereka mengadu sakit sana sakit sini dan pastinya pergerakan mereka terhad akibat faktor umur. Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh seseorang kehilangan jisim otot, menjadikannya lebih sukar untuk bekerja seperti yang anda lakukan pada tahun 20-an ketika anda mendekati 50, dan mungkin anda kurang aktif semasa zaman sekolah, dan habiskan masa dengan melepak di kedai mamak setelah bekerja. Ini menjadikan gaya hidup anda menjadi semakin tidak aktif. Malangnya bagi anda, ini bermakna anda bukan sahaja perlu mendapatkan lebih banyak tidur dan bekerja lebih kerap, tetapi juga mengambil lebih sedikit kalori untuk memberikan metabolisme anda peluang untuk bekerja.
Sarapan secara sihat
Selain dari minum segelas air masak ketika anda bangun dari tidur, sarapan merupakan makan paling penting di waktu pagi disamping kesibukkan anda di pejabat. Jangan ke pantri dan buat secawan 3 dalam 1, nutrien yang tepat mampu memberi manfaat pada metabolisme anda. Sarapan pagi yang sihat menggabungkan protein, lemak yang baik, dan serat untuk memberikan tenaga tubuh anda sepanjang pagi. Ini penting kerana semasa air dan senaman menyerap metabolisme anda dengan cepat, jika anda tidak membekalkan sumber tenaga metabolisme anda, ia akan perlahankan tenaga anda sebelum makan tengah hari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
MASALAH PELUH BERLEBIHAN YANG ADA KALA MENGGANGGU AKTIVITI HARIAN. BUKAN ITU SAJA, PELUH BERLEBIHAN JUGA MENYEBABKAN RASA RENDAH DIRI DAN KURANG KEYAKINAN APABILA BERHADAPAN DENGAN ORANG RAMAI. MENGAPAKAH BADAN KITA BERPELUH?
HIPERHIDROSIS TIDAK BOLEH DIPANDANG RINGAN KERANA WALAUPUN TIDAK MEMBAHAYAKAN NYAWA, PENYAKIT ITU BOLEH MENJEJASKAN KEHIDUPAN INDIVIDU TERBABIT. JIKA DI USIA REMAJA, MEREKA BOLEH MENGELAK UNTUK MELAKUKAN AKTIVITI LUAR SEPERTI BERSENAM ATAU BERJOGING TETAPI APABILA SUDAH MEMASUKI ALAM PEKERJAAN, AGAK SUKAR BAGI MEREKA UNTUK MENGAWALNYA.
Penghidap hiperhidrosis sentiasa berasa tidak selesa, rendah diri dan kurang berkeyakinan untuk bertemu orang ramai apatah lagi bagi mereka yang banyak terlibat dengan majlis sosial. Keadaan lebih teruk jika mereka berada dalam keadaan yang sangat panas atau apabila berasa gementar. Setiap hari, mereka akan bertarung untuk menyembunyikan rasa malu menerima teguran daripada orang sekeliling.
Terdapat beberapa kaedah untuk merawat hiperhidrosis seperti antiperspirant, suntikan Botulinum atau Botox, kaedah elektron Iontophoresis, teknologi gelombang mikro Miradry, laser, atau pembedahan Indoscopic Thoracic Sympathectory (ETS).
Rawatan yang paling mudah adalah dengan mendapatkan losen antiperspirant di mana-mana hospital, klinik atau farmasi. Mudah digunakan dan berkesan bagi mereka yang menghidap hiperhidrosis ringan, antiperspirant mungkin tidak dapat mengubati secara menyeluruh tetapi dapat mengurangkan gejala menjadi semakin teruk.
Hampir 80 peratus pesakit yang menjalani pembedahan akan mengalami compensatory hyperhidrosis iaitu penghidap masih berpeluh tetapi bukan di bahagian yang dirawat namun berlaku pada bahagian lain pula. Sebagai contoh, pesakit yang pada asalnya berpeluh berlebihan di bahagian ketiak akan mengalami hiperhidrosis di bahagian tapak tangan pula selepas menjalani pembedahan.
Individu yang menghidap hiperhidrosis disyorkan berjumpa dengan doktor agar rawatan yang sesuai dapat dilakukan. Kefahaman pesakit tentang penyakit ini dan cara-cara menanganinya sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan keyakinan diri pesakit hiperhidrosis.
Hiperhidrosis mungkin sebahagian daripada sebab sampingan keadaan perubatan (hiperhidrosis sekunder) atau mungkin tidak diketahui puncanya (hiperhidrosis utama), yang cenderung menjadi lebih biasa, membabitkan satu hingga dua peratus daripada penduduk serta kelihatan seperti lebih umum di negara Asia.
Penyakit atau keadaan perubatan yang menyebabkan hiperhidrosis sekunder termasuklah hipertiroidisme, gangguan psikiatri, obesiti dan menopaus. Hiperhidrosis mungkin berlaku dalam satu atau beberapa bahagian badan.
Tangan dan ketiak (aksila) adalah lokasi yang paling biasa. Keadaan ini biasanya bermula ketika remaja dan kekal seumur hidup. Gemuruh dan kebimbangan boleh mempercepatkan peluh berlebihan.
Peluh berlebihan akan mengganggu banyak aktiviti rutin seperti menggenggam objek dengan kemas. Sesetengah pesakit mengelakkan situasi di mana mereka bersentuhan secara fizikal dengan orang lain, walaupun sekadar berjabat tangan.
Sesetengah kerjaya memberi cabaran tersendiri bagi penghidap hiperhidrosis. Contohnya, kerjaya yang memerlukan penggunaan pisau dengan cekap tidak boleh dilakukan dengan selamat oleh individu yang peluh berlebihan di tangan.
Malah permainan alat muzik boleh menjadi tidak selesa atau sukar kerana tangan berpeluh. Keberkesanan dan hasil profesion lain yang memerlukan cengkaman tangan yang stabil dan baik akan terjejas (juruterbang, doktor terutama pakar bedah, anggota polis, peguam, buruh, guru) dan boleh menjejaskan kehidupan orang lain.
Hiperhidrosis pada aksila (ketiak) boleh menyebabkan bau busuk, kesan kotor besar yang boleh dilihat pada kemeja, dan keengganan untuk bergaul dengan orang lain. Di samping itu, kebimbangan untuk berpeluh boleh memburukkan lagi keadaan.
Simptom ini boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang individu daripada perspektif psikologi, sosial dan emosi. Dirujuk sebagai ‘silent handicap’ (kecacatan senyap), penghidap keadaan ini malu untuk membincangkan isu berkenaan dan bagaimana ia mengganggu mereka walaupun dengan ahli keluarga yang rapat.
Tanpa ditangani, ia mempunyai kesan emosi yang amat buruk kepada harga diri seseorang, bahkan membawa kepada kemurungan serta gangguan mood dalam kes yang teruk.
Disebabkan isu asas dalam hiperhidrosis adalah rangsangan berlebihan pada saraf luar kawal yang mempengaruhi kelenjar peluh, penawar yang berpotensi membabitkan gangguan ke atas laluan ini. Saraf yang mengawal kelenjar peluh tangan dan aksila terletak di dada dan ia adakah akses terbaik.
Prosedur ini boleh dilakukan oleh keratan kecil (5mm) di bawah ketiak (lubang kunci / pembedahan toraskop dibantu video (VATS)) dan gentian saraf yang bersesuaian dengan klip, memotong atau simpatektomi (sympathectomy).
Prosedur ini dilakukan pada sebelah tangan dahulu. Prosedur keseluruhannya untuk kedua-dua belah mengambil masa kira-kira satu jam dan pesakit dibenarkan balik pada hari yang sama atau sehari selepas itu.
Keputusan adalah serta-merta. Tangan berasa panas dan kering pada akhir prosedur. Kadar kejayaan hampir 98 peratus untuk tapak tangan berpeluh dan kira-kira 85 peratus untuk ketiak berpeluh.
Walaupun ada pilihan lain seperti ubat-ubatan, iontoforesis, deodoran dan suntikan botoks, kebanyakannya menyasarkan kelenjar peluh (bukan saraf yang membekalkan kelenjar peluh) dan ia hanya bersifat sementara malah perlu diulang pada jangka masa yang berbeza.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang