Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?

Batuk berdarah adalah darah yang keluar bersama kahak ketika batuk, berpunca dari paru-paru. Darah yang keluar mungkin setitik dua, segaris atau dengan kuantiti yang banyak. Batuk berdarah mempunyai banyak punca atau penyebab.

 

Yang penting sekali adalah memastikan darah itu keluar dari paru- paru dan bukan dari organ yang lain contohnya hidung dan perut. Menentukan punca pendarahan adalah sangat penting kerana ia dapat membezakan rawatan, jangka masa untuk sihat dan hasil rawatan.

Jika anda ada batuk berdarah, sila berjumpa doktor dengan segera supaya punca batuk darah dapat dikesan.

 

Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?

Gejala

Batuk berdarah adalah tanda untuk kebanyakan penyakit, dari jangkitan kuman hingga ke kanser. Selain dari batuk berdarah, pesakit juga boleh mengalami tanda-tanda berikut:

  1. Sakit dada terutama ketika menarik nafas
  2. Penat
  3. Sesak nafas (ketika rehat atau membuat aktiviti ringan)
  4. Demam
  5. Nafas laju
  6. Berpeluh waktu malam
  7. Kurang selera makan
  8. Penurunan berat badan tanpa dirancang

 

Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?

Penyebab batuk berdarah:

  1. Radang paru-paru (pneumonia)
  2. Tibi
  3. Kanser paru-paru
  4. Bronkitis kronik
  5. Bronchiectasis
  6. Nanah paru-paru
  7. Jangkitan kulat terutama “mycetoma”
  8. Darah beku di paru-paru (pulmonary embolism)
  9. Paru-paru berair ( pulmonary edema)
  10. Jantung lemah (congestive cardiac failure)
  11. Hipertensi pulmonari
  12. Kongenital atau acquired systemic coagulopathy contoh: leukaemia, thrombotic thrombocytopenic purpura
  13. Penggunaan ubat pencair darah  contoh: warfarin, heparin
  14. Tersedut benda asing ke dalam paru-paru (inhaled foreign body)
  15. Penyakit auto immune dan vasculitis ( Wageners Granulomatosis,  Goodpasture’s syndrome, systemic lupus erythematosis, Henoch-Schonlein purpura)
  16. Kecederaan kepada paru-paru
  17. Malformasi saluran darah kongenital pulmonari (pulmonary artero-venous malformation).
  18. Salur darah pecah selepas batuk yang kuat

 

 

Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?

IKLAN

Ujian yang dijalankan

Ujian yang dijalankan adalah ujian makmal termasuk ujian kahak dan darah serta xray paru-paru. Bergantung kepada punca dan bentuk batuk darah tersebut, ujian bronkoskopi dan imbasan CT mungkin diperlukan terutama jika kanser paru-paru disyaki. Selain dari itu, bronkoskopi juga boleh digunakan untuk mengesan lokasi pendarahan dan pendarahan tersebut boleh cuba dihentikan. Angiografi pulmonari juga boleh dibuat untuk mengesan lokasi pendarahan.

 

 

 

Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?

Komplikasi

  1. Lemas (asphyxia)
  2. Ketidakstabilan hemodinamik
  3. Anemia (kekurangan darah merah)
  4. Jangkitan kuman paru-paru
  5. Kegagalan buah pinggang

 

IKLAN

 

Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?

Rawatan

Rawatan batuk berdarah terbahagi kepada tiga:

  1. Menghentikan pendarahan
  2. Memastikan pesakit tidak menyedut semula darah ke dalam paru-paru
  3. Merawat punca penyakit yang menyebabkan batuk berdarah

Rawatan batuk berdarah bergantung kepada kuantiti darah yang keluar dan punca ia berlaku. Darah yang keluar dalam kuantiti yang sedikit tidak memerlukan rawatan yang spesifik dan serta-merta. Walau bagaimanapun, punca batuk berdarah tersebut perlu dikenalpasti dan dirawat. Sebagai contoh, jika punca batuk berdarah adalah dari keradangan paru-paru (pneumonia) dan nanah paru-paru maka pesakit memerlukan antibiotik. Jika batuk berdarah berpunca dari tibi, ubat anti-tibi akan diberi.

Bagi kanser paru-paru, jenis dan tahap kanser serta keupayaan pesakit amatlah penting untuk menentukan rawatan yang selanjutnya. Agen antifibrinolitik (contoh: tranexamic acid) adalah salah satu pilihan yang ada untuk memberhentikan pendarahan.

Batuk berdarah yang banyak adalah satu keadaan yang serius dan memerlukan rawatan yang segera. Ia boleh menyebabkan kematian berpunca dari lemas(asphyxia). Langkah-langkah yang perlu diambil adalah pergi ke jabatan kecemasan hospital yang berdekatan dengan segera.

Di hospital, doktor akan merawat dan cuba mengenalpasti punca pendarahan. Jika batuk berdarah terlalu banyak sehingga menyekat salur pernafasan, bantuan pernafasan akan diberikan.

IKLAN

 

 

Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?

Antara cara-cara menghentikan pendarahan yang boleh diambil adalah:

  1. Intubasi bronkial terpilih (Selective bronchial intubation)
    • Dimana tiub pernafasan dimasukkan ke dalam paru-paru yang tidak berdarah dan bantuan pernafasan diberikan kepada paru-paru tersebut. Ini dapat mengelakkan darah mengalir masuk ke dalam paru- paru yang normal.
  2. Bronkoskopi
    • ubat adrenaline
    • cecair yang sejuk
    • kaedah tamponade
    • kauterizasi (cauterisation)
    • laser koagulasi
  3. Embolisasi salur darah arteri bronkial ( bronchial arteri embolisation)
    • Angiografi pulmonari dibuat untuk mengenalpasti salur darah yang luka dan gam atau gegelung (coil) akan dimasukkan untuk menutup luka tersebut.
  4. Pembedahan
    • Pembedahan selalunya adalah pilihan yang terakhir di mana paru-paru yang berdarah akan dibuang.

 

 

Tahukah Kamu Bahawa Batuk Berdarah Itu Membawa Maut?

Pencegahan

Tiada pencegahan tertentu untuk menghalang batuk berdarah. Yang penting perlu

  1. Hidup sihat
  2. Berhenti merokok
  3. Bersenam
  4. Berjumpa doktor seawal mungkin jika ada batuk berdarah

 

 

sumber: lelakisihat.com

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI