Siapa yang tak kenal Krisdayanti, penyanyi bersuara emas dan figura kebanggaan industri muzik negara jiran kita, Indonesia.

Mempunyai dua anak yang sudah besar hasil perkongsian hidup bersama besar suaminya, Anang Hermansyah. Anak sulungnya, Aurel banyak mengikut jejak langkahnya dalam dunia hiburan, tetapi tidak buat anak keduanya, Azriel Hermansyah.

Tak Ikut Jejak Ibu & Ayah, Anak Teruna Kris Dayanti Ceburi Bidang Perniagaan

Baharu menginjak usia 23 tahun, Azriel menunjukkan minat dalam bidang perniagaan dan telahpun memulakan langkah pertama dalam perniagaan yang diusahakan. Ternyata perniagaan yang dipilih oleh Azriel berkaitan fitness dan gymnasium yang dekat dengan jiwa anak muda ini.

Malah, anak kepada Anang Hermansyah ini dikhabarkan melaburkan wang tabungannya sendiri untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Berbeza dari kakaknya, Azriel Hermansyah memilih untuk terjun dalam bidang perniagaan.

Tak Ikut Jejak Ibu & Ayah, Anak Teruna Kris Dayanti Ceburi Bidang Perniagaan

Lulusan Ekonomi dari Universitas Bina Nusantara ini ternyata menggunakan ilmu dalam bidang ekonomi yang dipelajarinya untuk berjinak-jinak dalam perniagaan baharunya itu.

IKLAN

Tak Ikut Jejak Ibu & Ayah, Anak Teruna Kris Dayanti Ceburi Bidang Perniagaan

“Alasan saya memberanikan diri untuk terjun ke dunia fitness kerana melihat bidang ini untuk satu jangkamasa panjang. Kita memerlukannya dan ia menjadi  ekosistem juga buat saya,” ujar Azriel Hermansyah memetik petikan dari channel The Hermansyah A6.

Tak Ikut Jejak Ibu & Ayah, Anak Teruna Kris Dayanti Ceburi Bidang Perniagaan

Lebih membanggakan, anak muda ini berani mempertaruhkan simpanannya untuk memulakan perniagaanya ini. Kenyataan tersebut turut disokong oleh Ashanty yang juga merupakan ibu tiri Azriel.

IKLAN

Tak Ikut Jejak Ibu & Ayah, Anak Teruna Kris Dayanti Ceburi Bidang Perniagaan

“Azriel menggunakan simpanannya sendiri untuk modal perniagaannya itu. Bayangkan, wang simpanan selama ini boleh dijadikan modal untuk perniagaan,”ujar Ashanty memetik dari laman youtube The Hermansyah A6.

Tak Ikut Jejak Ibu & Ayah, Anak Teruna Kris Dayanti Ceburi Bidang Perniagaan

IKLAN

Selain baharu memulakan langkah dalam bidang perniagaan, anak lelaki Kris Dayanti ini juga mempunyai beberapa hobi pilihan antaranya termasuklah  fotografi, berkuda, dan bermain mobile game.  Selain itu, Azriel juga aktif dalam aktiviti permotoran terutamanya skuter vespa klasik.

Tak Ikut Jejak Ibu & Ayah, Anak Teruna Kris Dayanti Ceburi Bidang Perniagaan

Tak Ikut Jejak Ibu & Ayah, Anak Teruna Kris Dayanti Ceburi Bidang Perniagaan

Meniti usia 23 tahun, kematangan jelas terserlah pada perwatakan Azriel yang lebih mengutamakan keluarga dalam pelbagai aspek. Meskipun sudah mempunyai teman istimewa, Sarah Menzel, pemuda ini mempunyai hubungan yang akrab dengan kedua ibu bapanya serta adik-adik tiri dari perkahwinan ibu dan bapanya. Malah dia sering menghabiskan masa bersama keluarga sama ada bercuti mahupun berkumpul bersama keluarga tersayang.

Untuk rekod artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Nona.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI