Seorang jutawan wanita dari Gwalior, India, mencetuskan sensasi selepas secara terbuka menyatakan kesediaan untuk berkahwin dengan lelaki menganggur. Tanya Mittal, usahawan berjaya yang memiliki empayar besar, menganggap status kewangan bukan ukuran utama dalam memilih pasangan hidup.

Dalam satu temu bual bersama NewScoop, Tanya berkata beliau tidak kisah berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja, malah bersedia menyediakan hidangan makanan untuk suaminya nanti.

Tak Minat Cari Pasangan Kaya, Jutawan Wanita India Sanggup Kahwini Lelaki Tak Bekerja

“Saya tidak pasti sama ada di dunia ini mempunyai lelaki seperti yang saya inginkan. Tetapi saya tidak kisah berkahwin dengan lelaki yang tidak bekerja. Saya benar-benar percaya bahawa dalam hubungan, tiada istilah ‘chota-bada’ (hierarki),” jelas Tanya.

Ads

Wanita berusia emas itu menjelaskan, beliau tidak berminat mencari pasangan kaya kerana sudah cukup selesa dengan kehidupannya. Dengan tiga kilang, rumah seluas 26,000 kaki persegi, 800 kakitangan dan pasukan pengawal peribadi, Tanya beranggapan nafkah bukan lagi isu. Sebaliknya, beliau mahu mencari pasangan yang ikhlas menerima dirinya.

“Sebagai perubahan, saya rasa lelaki berhak untuk tidak risau menyediakan makanan di meja makan. Saya akan bekerja dan memasak untuk suami saya. Saya tahu semua kerja rumah,” katanya dengan penuh yakin.

Ads

Apa Maknanya Untuk Lelaki?

Fenomena ini memberi isyarat penting kepada lelaki moden: maruah seorang lelaki bukan hanya pada status kewangan, tetapi juga pada prinsip, tanggungjawab dan kepimpinan jiwa. Ya, wanita boleh menyara diri, bahkan lebih kaya daripada lelaki. Namun, lelaki tetap perlu ada hala tuju—membangunkan diri, mencari ilmu, dan menjadi sandaran emosi serta spiritual kepada keluarga.

Ads

Tak Minat Cari Pasangan Kaya, Jutawan Wanita India Sanggup Kahwini Lelaki Tak Bekerja

Lelaki maskulin tidak takut jika pasangannya lebih berjaya, tetapi dia juga tidak selamanya bersandar. Perkahwinan yang sihat menuntut keseimbangan: wanita memberi sokongan, lelaki pula tetap memainkan peranan sebagai nakhoda keluarga.

Kisah Tanya Mittal ini mungkin luar biasa, tetapi ia membuka mata bahawa hubungan sejati dibina atas keikhlasan, bukan angka di akaun bank. Soalnya sekarang—adakah kita sebagai lelaki sudah cukup bersedia menjadi pasangan yang bernilai, walaupun tanpa jutaan ringgit di tangan?

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads