Jejaka masa kini dilihat sudah cukup arif dan mula sedar akan keperluan memiliki tubuh badan tegap. Bukan semata-mata untuk injeksi keyakinan tetapi kekal sihat dalam melakukan rutin harian. Buat jejaka seperti Lifiq, selain giat dalam aktiviti senaman di gim, dia sendiri cukup aktif melakukan rutin calisthenics, iaitu merupakan sesi senaman yang semakin mendapat perhatian anak-anak muda sepertinya.
Definisi lelaki maskulin “Seorang yang yakin dengan diri sendiri tanpa perlu bersikap bongkak atau menunjuk-nunjuk.(stay humble)” .
Mudah cemburu “Saya mula membina badan disebabkan rasa kagum dan cemburu dengan rakan sebaya yang mempunyai tubuh tegap. Lalu, saya mula mengikuti rakan lain dan mulai belajar cara-cara bersenam.
Dari awal, saya jenis yang suka bertanya jika ingin dapatkan apa-apa kepastian dalam rutin senaman. Rutin wajib yang saya lakukan setiap masa adalah push-up,pull-up,sit-up dan bicep burl. Selepas tu, selepas habis kerja saya akan melakukan rutin senaman calisthenics dengan grup BAR-Steel saya di Taman Bandar, Kuantan”.
BAR-Steel “Saya mula menyertai BAR-Steel pada awal 2013. Sebelum itu saya juga aktif dengan aktiviti Capoeira dengan Persatuan Capoeira Pahang dari tahun 2011. Group Bar-Steel dan Persatuan Capoeira Pahang boleh dikatakan satu kumpulan kerana di Pahang kami adalah satu-satunya team yang menggabungkan fleksibiliti dan kelincahan dari Seni Capoeira, kekuatan dan ketahanan daripada senaman calisthenics menjadi satu ‘Hybrid Athelete’.”
Ads
Kebaikan calisthenics “Sejenis senaman yang merangkumi pelbagai pergerakan asas. Senaman ini biasanya dilakukan tanpa menggunakan beban atau peralatan. Ia bertujuan bagi meningkatkan kekuatan dan fleksibiliti badan. Malah, senaman calisthenics merupakan pergerakan yang dilakukan secara lokomotor. Ia melibatkan pergerakan asas seperti melompat, membaling, melontar dan sebagainya.
Antara kebaikannya adalah pilihan rutin tepat bagi menurunkan berat badan di samping suntikan aktiviti Capoeira sebagai rutin kardio, kemudian membentuk semula otot-otot badan dengan membuat senaman calisthenics. Ia juga untuk mendapatkan kekuatan otot tangan, kondisi dan keseimbangan tubuh badan. Amat bersesuaian buat mereka yang kurus.”
Inspirasi “Inspirasi saya ialah Aziz Shaversian atau lebih dikenali sebagai Zyzz. Manakala idola saya ialah Marc Fitt dan Lazor Angelov”.
Sasaran 5 tahun “Selepas in, saya akan lebih giat menyertai pertandingan fitness atau body building. Saya juga ingin menjadi model kecergasan dalam membantu dan memberikan nasihat terutama berkaitan dengan penjagaan tubuh badan”.
Bahagian tubuh perlu ditambah baik “Otot perut, bahu, belakang badan, dada. Malah saya idamkan untuk mendapatkan tubuh yang betul-betul tegap seperti Lazor Angelov”.
Ads
Nasihat “Jangan takut mencuba. Jangan takut bertanya kepada mereka yang berpengalaman dan paling penting adalah disiplin diri. Jangan malas.
Tubuh badan tegap lambang lelaki sejati? “ Saya setuju kerana memiliki tubuh yang tegap dan kuat menunjukkan secara fizikal anda merupakan seorang lelaki sejati. Namun, seorang lelaki sejati bukan hanya pada fizikal sahaja, ia juga merupakan seorang lelaki yang bertanggungjawab terhadap keluarga serta menghormati orang-orang yang ada di dalam hidupnya”.
PROFIL
Ads
Nama penuh: Mohd Qushairi Afiq bin Sazeli
Nama komersial: Lifiq
Tarikh lahir: 24 Sept1990
Tempat lahir: Kuantan, Pahang.
Pencapaian:
Top 11 – Mr Ikip Badan Cantik Juara
Mr Oasis Gym Stylo 2014
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika berbicara tentang pencarian bakat muda lelaki dalam yang memiliki pakej lengkap kita pasti tidak akan lekang menyebut pertandingan Pencarian Hero Remaja.
Lihat sahaja alumni yang lahir daripada pertandingan ini yang cukup gah di persada industri seni tanah air sudah membuktikan kredibiliti serta istimewanya pertandingan ini di peringkat nasional.
Dengan pengalaman selama 30 tahun pertandingan Pencarian Hero Remaja jadi tidaik hairanah mengapa ia sentiasa menjadi perhatian ramai. Semalam telah berlangsungnya Final Hero Remaja 2020 yang turut disiarkan secara langsung menerusi Astro RIA dan aplikasi Astro Go.
Walaupun berdepan cabaran terpaksa ditunda selama dua bulan akibat penularan wabak Covid-19, namun persembahan yang ditonjolkan oleh finalisnya ternyata tidak mengecewakan.
Tampil dengan tema ‘Gentleman’, final Hero Remaja 2020 menyaksikan Nadhir, 24 atau nama sebenarnya Ahmad Nadhir Bin Ahmad telah dinobatkan sebagai juara Hero Remaja 2020. Nadhir berjaya mengenepikan cabaran daripada empat finalis lain dengan membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta trofi dan selempang.
Manakala tempat kedua dan ketiga pula dinobatkan kepada Umar (22, Johor) dan Merqeen (19, Selangor) di mana mereka masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 dan RM5,000 berserta trofi dan selempang.
Tempat keempat pula jatuh kepada Jabir (20, Selangor) dan kelima Haziq (23, Kuala Lumpur). Merek juga tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut menerima sagu hati hadiah wang tunai RM1,000 berserta trofi dan selempang.
Program ‘Pencarian Hero Remaja 2020’ telah ditayangkan sebanyak tujuh buah episod yang bermula pada 27 Februari lalu.Setiap episod menampilkan pesertanya melalui pelbagai cabaran intensif untuk mengasah dan mencungkil kemampuan bakat mereka.
Uniknya pertandingan kali ini turut aktif menerusi paltform digital yang diperkasakan oleh Majalah Remaja menerusi laman sesawang serta laman media sosial mereka. Selaku penganjur utama dan media rasmi kerja keras yang dilakukan oleh Majalah Remaja dengan menyusun pelbagai cabaran dan aktiviti telah membentuk bakat-bakat baru yang sangat kompetitif.
Sementara pada pusingan finale semalam pula menyaksikan finalisnya harus melalui beberapa cabaran individu. Di antara cabaran yang menarik perhatian ialah segmen tugasan video di mana mereka perlu memberikan pesana khidmat masyarakat berdasarkan topik semasa.
Di sini mereka diuji untuk berfikir di luar kotak serta menyampaikan setiap poin dengan tangkas dan bernas.
Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad berkata, “Sudah 30 tahun jenama Hero Remaja menghiasi dan menyerikan industri seni tanah air. Sepanjang tempoh itu telah ramai personaliti berbakat dan popular lahir dari pencarian Hero Remaja ini.
“Gelaran tersebut harus digunakan sebaik-baiknya sebagai tiket untuk lebih berjaya. Sandang gelaran ini dengan baik dan sentiasa merendah diri, bak kata pepatah ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk.”
Pentas akhir ‘Pencarian Hero Remaja 2020’ turut menyaksikan Ain Edruce dan Awal Ashaari bersama sebagai pengacara program. Dua juri tetap yang dilantik untuk mengadili
penganjuran edisi kali ini ialah Dewi Remaja 2005/06; Scha Alyahya dan Datuk Hans Isaac.
Manakala, personaliti ‘triple threat’ pengarah, pelakon dan penyanyi, Yusry Abdul Halim telah diundang khas untuk menggalas tanggungjawab sebagai juri jemputan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kumpulan K-pop terkenal, BTS, sekali lagi menjadi tumpuan media, kali ini bukan kerana kejayaan muzik mereka tetapi kerana insiden membabitkan salah seorang anggota mereka yang dikenakan denda atas kesalahan tunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk.
Dalam insiden yang berlaku baru-baru ini, Suga BTS yang telah ditahan pihak berkuasa selepas didapati menunggang skuter elektrik dalam keadaan mabuk di tengah malam di kawasan Gangnam, Seoul.
Suga BTS
Menurut pihak polis, tahap alkohol dalam darahnya melebihi had yang dibenarkan undang-undang Korea Selatan, sekali gus menyebabkan dia melanggar peraturan jalan raya.
Perbuatan tersebut telah menyebabkan dia didenda sebanyak 47 juta won (kira-kira RM47,000) oleh mahkamah.
Menurut undang-undang Korea Selatan, memandu dalam keadaan mabuk, termasuk menunggang kenderaan elektrik seperti skuter, boleh dikenakan tindakan undang-undang yang ketat, termasuk penarikan lesen memandu, denda, atau hukuman penjara bergantung kepada keseriusan kesalahan tersebut.
Pihak pengurusan BTS, Big Hit Entertainment, segera mengeluarkan kenyataan rasmi memohon maaf atas kejadian tersebut dan menegaskan bahawa tindakan disiplin dalaman telah diambil terhadap anggota berkenaan. Mereka juga berjanji bahawa semua anggota BTS akan mematuhi undang-undang dan memberikan contoh yang baik kepada peminat mereka di seluruh dunia.
Kejadian ini menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminat BTS, atau lebih dikenali sebagai ARMY, di media sosial. Walaupun terdapat yang kecewa dengan tindakan anggota tersebut, ramai juga yang menunjukkan sokongan dengan menyatakan bahawa manusia tidak lari daripada melakukan kesilapan.
Risiko menunggang kenderaan dalam keadaan mabuk
Insiden ini memberi peringatan jelas kepada orang ramai, terutamanya golongan muda, mengenai bahaya dan risiko menunggang kenderaan, walaupun sekadar skuter elektrik, dalam keadaan mabuk.
Meskipun skuter elektrik dilihat sebagai alternatif yang mesra alam dan praktikal untuk perjalanan jarak dekat, ia tetap dianggap sebagai kenderaan di bawah undang-undang jalan raya dan memerlukan pemandu untuk bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan diri serta orang lain.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Air sangat diperlukan oleh badan kita . Apatah lagi dalam proses turun berat pengambilan air minimum sebanyak 2-3 liter sehari dapat membantu mengawal nafsu makan. Air yang diperlukan adalah air masak atau mineral ya. Secara idealnya setiap 25kg berat badan kita memerlukan 1 liter air. Buat pengiraan berdasarkan berat badan anda! Tak susah untuk minum air sekiranya kita pandai bahagikan masa dengan sebaiknya, ingat ini juga sebahagian daripada perancangan bersungguh untuk turunkan berat badan,.
Nutrisi Seimbang
Seperti dalam gambar diatas, jelas menunjukkan antara faktor craving/ nafsu makan ini adalah disebabkan kekurangan nutrisi. Maka, lebih mudah jika kita dapat memastikan makanan yang kita ambil adalah makanan yang cukup nutrisi. Cara penyediaan makanan juga memainkan peranan yang penting dalam memastikan kita tidak kehilangan nutrien didalam makanan yang kita ambil/masak. Kita juga seharusnya faham bahawa usus dewasa tidak lagi melakukan kerja yang optimum dalam kerja penyerapan nutrient kerana faktor toksin/kurang air dan sebagainya. Oleh yang demikian wujud alternatif pengambilan vitamin/supplement/meal replacement yang menyediakan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita. Terpulang pada cara masing-masing.
Puasa
Berpuasa sememangnya berkesan dalam mengawal nafsu makan. Biasakan diri berpuasa sunat isnin-khamis.latih diri untuk bersederhana ketika berbuka puasa dan hayati hikmah berpuasa. Ada yang berjaya turun berat sehingga 7 kg sepanjang sebulan berpuasa ramadhan. Tapi dengan syarat, jangan ikut nafsu ketika berbuka ya!.
Sediakan kudapan/snek yang berkhasiat
Proses turun berat tidak sepatutnya menjadi satu proses yang menyiksakan diri dengan berlapar. Sekiranya anda melalui proses ini dengan mengurangkan makan, maka anda tidak akan konsisten dan mudah putus asa. Proses turun berat perlu dilakukan dengan cara yang paling menggembirakan dan sihat. Ingat, matlamat mahu turun berat adalah satu matlamat jangka masa panjang dan matlamat mencapai tahap kesihatan yang ideal. Idea untuk menyediakan snek/kudapan berkhasiat dapat membantu anda menjalani proses ini dengan bahagia. Setiap 2 jam, anda boleh mengunyah kudapan berkhasiat. Bukan kerepek, junk food mahupun kuih-muih ya!. Antara contoh kudapan sihat adalah kekacang, ( seeloknya kekacang tanpa garam), buah-buahan, kurma, overnight oats, granola dan sebagainya.
Sediakan jurnal
Tip ini dapat membantu anda melihat kembali apa yang anda makan sepanjang hari. Malah jurnal dapat bertindak seperti diari makanan anda. Ambil kesempatan atas segala teknologi yang ada untuk anda sediakan jurnal makanan anda. Catatkan masa, jenis makanan dan minuman beserta kuantiti pengambilan. Disiplinkan diri untuk menulis dan jujur dengan diri sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.