Bila bercakap tentang rambut putih atau ‘uban’ tak dapat dinafikan ramai lelaki atau wanita sememangnya berasa resah. Selain ia merupakan petanda semula jadi berlakunya peningkatan usia, ramai tidak senang hati kerana tidak mahu kelihatan lebih tua.

Sebenarnya kita tidak perlu pandang perkara semula jadi ini sebagai sesuatu yang negatif. Hargailah rambut putih seadanya kerana ia juga membawa banyak signifikasi positif kepada anda. Bai lelaki, percaya atau tidak ia boleh memberikan banyak perkara positif untuk anda!

Just own it!

Dan tahukah anda bahawa ramai wanita mennganggap lelaki rambut beruban sangat seksi dan kacak di mata mereka?

Tak percaya, lihat fakta di bawah!

IKLAN

LEBIH SOFISTIKATED

Lelaki beruban mempunyai penampilan yang lebih sofistikated dan sangat matang. Malah orang sekeliling akan melayan mereka dengan lebih serius.

WARNA YANG MENARIK

Ini diakui ramai. Lelaki beruban yang tampil secara semual jadi dengan warna sebegitu tampil berbeza dengan lelaki lain.

JADI IKUTAN FESYEN

Tahukah anda warna kelabu seperti uban telah menjadi trend warna rambut yang sangat popular. Bagi anda ia muncul secara semula jadi!

IKLAN

Tak Perlu Cabut ‘Rambut Putih’ Kerana Itu Simbol Lelaki Segak, Ini Fakta Menarik Lelaki Beruban

LEBIH RUGGED

Lelaki beruban juga akan nampak lebih rugged dan ‘jantan; berbanding penampilannya yang dahulu. Lihat sahaja aktor lelaki Hollywood yang sudah beruban, memang nampak sangat rugged.

IKLAN

BERKEYAKINAN

Pernah lihat James Bond? Kebanyakan aktor melakonkan watak ini adalah lelaki yang mempunyai uban. Lelaki beruban mampu menenangkan sebarang situasi kerana penampilannya yang sangat matang.

LEBIH DIHORMATI

Sama ada sedar atau tidak bila anda mempunyai uban ramai orang terutamanya yang lebih muda akan lebih menghormati anda. Ia bagaikan satu situasi yang anda sendiri tak perasan berlaku, Namun lama-kelamaan anda akan dapat rasainya sendiri.

Jadi buat anda yang beruban usahlah risau. Berbanggalah dengan penampilan baru anda!

https://www.youtube.com/watch?v=-vQunGDEDaM

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI