Dunia fesyen dan seni sering kali bertemu di persimpangan kreativiti, dan kali ini, Converse Malaysia mengambil inisiatif untuk menjadikan persimpangan ini lebih bermakna melalui aktivasi “Creative Exploration”.
Berlangsung di bawah kempen global ‘LOVE, CHUCK’, program ini bukan sekadar satu pameran seni, tetapi satu usaha kolaboratif yang menyatukan industri fesyen, akademik, dan komuniti seni tempatan.
Dirasmikan 28 Februari lalu, Balai Seni Negara akan menjadi saksi kepada pelancaran rasmi Creative Exploration, satu kolaborasi dinamik antara Converse Malaysia, Balai Seni Negara, serta institusi pengajian tinggi ternama seperti UiTM dan MIA.
Turut hadir memberikan sokongan, ialah tetamu kehormat, YBhg. Datuk Seri Shamsul Iskandar, Setiausaha Politik Kanan YAB Perdana Menteri Malaysia. Pelancaran ini menandakan satu langkah ke hadapan dalam menyokong bakat seni muda tempatan.
Kasut Chuck Taylor bukan sekadar sepasang kasut biasa. Ia adalah kanvas kosong yang membuka peluang kepada ekspresi tanpa batasan.
Menerusi inisiatif Creative Exploration, pelajar-pelajar seni dari UiTM dan MIA akan diberi peluang untuk menjadikan kasut ikonik ini sebagai medium ekspresi seni mereka.
Hasil karya mereka bakal dipamerkan di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Februari hingga 12 April 2025. Karya-karya ini akan dipilih untuk dipamerkan di beberapa butik utama Converse sekitar Lembah Klang.
Menurut Ketua Pengajian Seni Reka dari Kolej Pengajian Seni Kreatif UiTM, Dr. Shaliza binti Mohd Shariff, “Creative Exploration ini adalah satu contoh kegiatan yang kami raikan.
“Ia adalah satu peluang yang unik dan menarik untuk pelajar-pelajar kami mengembang sayap dan bakat mereka. Ada banyak lagi yang boleh kita terokai dan cuba melalui aktivasi-aktivasi seperti ini, dan kami berharap yang kerjasama ini tak akan berakhir di sini saja,” jelasnya lagi.
Bagi pelajar yang menyertai program ini, ia bukan sekadar satu pengalaman akademik. Mereka diberikan peluang untuk melihat bagaimana hasil seni mereka boleh diterjemahkan ke dalam dunia fesyen komersil.
Selain itu, program ini juga membuka ruang kepada mereka untuk membina jaringan dengan penggiat seni, pihak industri, dan juga institusi seni berpengaruh seperti Balai Seni Negara.
Bagi Balai Seni Negara sendiri, aktivasi seperti ini adalah peluang untuk terus mengukuhkan kedudukannya sebagai pemangkin seni kontemporari Malaysia.
Dengan memberikan ruang kepada bakat muda, ia secara tidak langsung membantu membentuk ekosistem seni yang lebih berdaya saing dan inovatif.
Creative Exploration bukan sekadar projek jangka pendek. Ia dirancang sebagai satu inisiatif mampan yang dapat diteruskan dan diperluaskan pada masa hadapan.
Dengan kejayaan awal ini, tidak mustahil kita akan melihat lebih banyak kolaborasi seumpama ini yang memperkasakan seni kreatif tempatan dalam konteks yang lebih luas.
Bagi mereka yang berminat untuk melihat sendiri hasil kreativiti luar biasa ini, jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi pameran Creative Exploration di Art Depot, Balai Seni Negara bermula 28 Februari hingga 12 April 2025.
Dengan gabungan seni, fesyen, dan ekspresi kreatif, pameran ini menjanjikan pengalaman yang bukan sahaja menginspirasikan tetapi juga membuka mata terhadap potensi besar bakat seni tempatan kita.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Mungkin anda sendiri sudah sedia maklum bahawa majlis perkahwinan merupakan acara yang penuh dengan tradisi, adat, dan yang paling penting, penuh kemeriahan.
Ia merupakan hari yang cukup bermakna bukan sahaja buat pasangan pengantin tetapi kepada seisi keluarga terutamanya ibu dan bapa mereka.
Jadi selain anda memikirkan makanan yang enak bakal menjadi santapan, mestilah kita nak tampil elok di depan orang ramai, kan?
Tapi sayangnya, ada juga yang salah pilih pakaian bila datang ke kenduri kahwin. Apa yang patut dipakai tu terpulang, tapi apa yang tak patut pakai pun penting untuk dielakkan.
Kali ini berdasarkan pandangan kami di MASKULIN, ingin kongsi 5 jenis pakaian yang lelaki tak sepatutnya pakai bila pergi kenduri kahwin.
Salah satu kesilapan terbesar yang lelaki selalu buat adalah pakai t-shirt biasa ke majlis kahwin. T-shirt adalah pakaian paling santai dan memang sesuai untuk keluar lepak, pergi kedai mamak atau jogging.
Tapi bila datang ke majlis formal macam kenduri kahwin, t-shirt nampak terlalu kasual. Bayangkan tuan rumah dah buat majlis gah, tapi kita datang macam nak pergi pasar malam.
Pilihlah pakaian yang lebih formal macam kemeja atau baju Melayu supaya nampak lebih sesuai dengan suasana majlis.
Seluar pendek memang selesa, tapi ia bukanlah pilihan yang bijak untuk acara formal seperti majlis perkahwinan.
Tak kira betapa panas cuaca di Malaysia, seluar pendek akan buat kita nampak macam tak menghormati majlis.
Ingat, kita bukan di pantai atau rumah sendiri, jadi simpan seluar pendek tu untuk percutian atau bersantai di rumah sahaja. Seluar panjang seperti seluar slack atau chinos adalah pilihan yang lebih sopan dan kemas.
Kalau korang jenis yang suka selipar atau sandal, simpan untuk tempat-tempat santai. Pergi kenduri kahwin dengan sandal atau selipar memang nampak mudah, tapi secara visual, ia boleh mencacatkan penampilan.
Kasut formal macam loafers, oxfords atau sneakers yang kemas adalah pilihan terbaik. Ini akan buatkan penampilan kita lebih teratur dan sedap mata memandang.
Lagipun, tuan rumah tentu nak gambar yang cantik untuk kenangan, takkan nak tercalon dalam ‘outfit of the day’ sebagai yang paling selekeh, kan?
Baju bercorak? Boleh. Tapi kalau terlalu berlebihan, dengan warna terang macam neon atau corak pelik-pelik, ia boleh jadi masalah.
Kita nak datang meraikan pengantin, bukan jadi perhatian utama dalam dewan. Fikirkan pakaian yang sederhana, dengan corak minimal atau warna yang lebih neutral. Biarkan pengantin yang menjadi pusat perhatian hari itu, bukan corak pelik di baju kita.
Pakaian sukan? Kecuali majlis kahwin bertemakan sukan atau sportswear, jangan sesekali pakai baju gym, jersey bola atau pakaian atletik ke kenduri kahwin. Antara yang kerap menjadi isu suatu ketika dahulu ialah memakai jersi bola sepak dalam majlis seperti ini.
Ingatlah, majlis perkahwinan adalah acara formal dan perlu menghormati suasana serta tradisi. Pakaian sukan mungkin selesa, tapi ia langsung tak kena dengan suasana formal majlis.
Lagipun, pakaian sukan lebih sesuai untuk bersukan, bukannya untuk menghadiri majlis yang penuh adat dan protokol.
Jadi secara kesimpulannya, bila kita ke majlis perkahwinan, paling penting adalah menjaga adab dan etika berpakaian.
Tak dinafikan cuaca Malaysia boleh jadi panas, tapi tak bermakna kita boleh abaikan kod pakaian yang sesuai.
Tampil kemas dan segak bukan sahaja memberi keyakinan diri, tapi juga menunjukkan kita menghargai jemputan tuan rumah. Ingat, pakaian yang sesuai bukan untuk kita sahaja, tapi untuk menghormati majlis dan pengantin.
Jadi, selepas ni kalau ada jemputan kenduri kahwin, pilihlah pakaian dengan lebih bijak. Elakkan daripada buat kesilapan yang sama dengan memakai pakaian yang tak sesuai. Kalau kita tampil kemas, majlis pun rasa lebih meriah!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kekuatan, cergas dan cerdas, merupakan perkataan sinonim dalam prestasi ketika anda bersukan. Tak lengkap sekiranya berada di dalam gym tapi senyap sunyi tanpa lagu. Sejujurnya, tanpa lagu yang ia akan melemahkan semangat buat pemain gym kerana kurang motivasi.
Tapi betuk ke fakta ni? Adakah muzik bercirikan ganas akan membuatkan anda bergerak pantas di gym? Lebih pantas di padang? Atau anda hanya akan kelihatan kuat? Jika anda mendengar lagu yang anda tidak gemar, mungkin anda tidak akan boleh capai target anda. Tapi kalau anda pasang lagu yang anda suka, walau sesyahdu mana pun lagu anda, pasti anda akan teruja untuk pergi dengan lebih jauh.
Selami alunan muzik
Irama dan rentak muzik yang sepadan dengan personaliti anda membantu anda untuk lebih fokus. Konsepnya sama seperti anda mendengar lagu di dalam kereta ketika memandu. Lagu memainkan peranan untuk anda tidak mengantuk apabila memandu. Terdapat satu bahagian dalam otak anda yang akan membantu anda bergerak dengan lebih pantas apabila anda mendengar lagu kegemaran anda.
Ketika anda bersenam sudah tentu badan anda akan kepenatan, mendengar drum dan bass dengan tahap kelajuan dua kali ganda tidak akan membuatkan anda di tahap kelajuan yang sama, bahkan ia akan memenatkan badan anda dua kali ganda. Nada memainkan peranan penting dalam menyatukan minda anda dan fokus. Lagu berunsurkan klasik boleh membantu anda fokus dengan tenang. Tapi ingat, lakukan senaman dengan mengikut tempo supaya anda dapat mencapai tahap tenaga yang tinggi.
Penyelidikan yang dijalankan di Brunei University menyimpulkan bahawa ‘Kesan muzik yang dipilih dengan teliti adalah bagus dan banyak manfaat. Sekarang jika anda jenis orang yang suka berdebar-debar di jalan dan berlari selama beberapa jam, kuasa muzik berasal dari kemampuan untuk memisahkan minda.
Jika anda seorang yang tegar dalam sukan mengangkat besi mungkin anda tahu lagu apa yang sesuai dengan mood anda ketika itu. Kita semua tahu saat Rocky Balboa meraih kemenangan dengan lagu Eye of the Tiger menerusi filem Rocky III. Jika jenis muzik ini yang anda gemar, maka anda boleh jadikan muzik ini sebagai token anda untuk bersenam dengan lebih rancak.
Tubuh anda mungkin terkejut apabila anda menolak otot dan tahap kesihatan kardiovaskular maksima. Tetapi, dengan melekat pada Till I Collapse oleh Eminem, fikiran anda mungkin tidak akan terganggu dan anda lebih fokus. Sains juga menyokongnya, dengan penyelidik melihat peningkatan sebanyak 15% pada tahap ketahanan apabila atlet diberi muzik yang mereka gemari.
Bagaimana muzik memberi peningkatan
Muzik mempunyai pengaruh besar pada prestasi atlet. Tetapi anda perlu ingat bahawa untuk benar-benar mendapatkan perkara yang dioptimumkan anda harus memilih lagu-lagu yang anda suka dan yang sepadan dengan apa apa yang anda lakukan.
Dengar muzik yang membangkitkan emosi. Jika anda bermain besi di gym, emosi anda pasti marah. Kalau main golf? Bertenang lah. Jika anda seorang yang memasuki pertandingan memanah, dengarlah Oo-de-lally dari Disney’s Robin Hood.
Ingat walaupun, beat itu penting. Untuk mengasah prestasi anda lebih jauh, pastikan anda mula mendengar lagu-lagu yang berkaitkan dengan kemenangan dan matlamat akhir anda.
Walau bagaimanapun, perkara akhir dan paling penting, nikmatilah. Sekiranya anda mendengar muzik yang anda suka dan ia memberi motivasi dan membuatkan anda terus ke depan untuk terus sihat. Maka lakukanlah. Sains telah membuktikan prestasi muzik untuk prestasi sukan dan oleh itu, dengan peningkatan prestasi yang selamat di luar sana.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.