Taktik Terbaharu Sindiket Penipuan Guna Aplikasi Palsu & WhatsApp, BNM Minta Orang Ramai Berhati-Hati!

Share

Taktik sindiket penipuan kini semakin kreatif dengan pelbagai kaedah.

Ada yang mewujudkan laman sesawang palsu dan menghantar mesej di aplikasi WhatsApp semata-mata untuk memperdayakan mangsa.

Tidak kurang juga yang membuat panggilan telefon dengan memperkenalkan diri sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank, kononnya mahu membantu mangsa menyelesaikan masalah.

Jika anda tidak berhati-hati, tidak mustahil anda akan mudah tertipu dengan taktik sindiket penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.

Terbaharu, muncul satu lagi taktik sindiket penipuan menggunakan aplikasi palsu dan WhatsApp.

Bagi mengelakkan anda menjadi mangsa, Bank Negara Malaysia menasihati orang ramai agar tidak mendedahkan maklumat peribadi atau kewangan kepada sesiapa pun.

SCAM ALERT: AWAS TAKTIK TERBAHARU SINDIKET PENIPUAN!

Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan taktik terbaharu sindiket penipuan yang menggunakan aplikasi palsu dan Whatsapp bagi mendapatkan maklumat peribadi atau kewangan.

Anda juga diminta untuk segera menamatkan perbualan telefon sekiranya dihubungi oleh mana-mana individu yang mendakwa mereka sebagai pegawai polis, pegawai mahkamah atau pegawai bank.

Jangan biarkan si penipu mengambil wang anda. Pastikan sebarang maklumat disemak terlebih dahulu daripada sumber yang sahih.

Sumber: Bank Negara Malaysia, Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

IKLAN