Bak kata pepatah, ‘cinta tidak mengenal usia’. Memang benar, usia hanyalah angka namun ia sering kali mengundang prasangka negatif di dalam soal perhubungan. Apabila bercakap soal pasangan, sering kali umur menjadi ukuran keserasian pasangan. Terutama sekali apabila melibatkan pasangan lelaki yang mencintai wanita lebih berusia daripadanya. Pasti masyarakat mula membuat persespi salah. Anak ikan, kerana harta, tidak laku dan sebagaianya merupakan persepsi klise yang sering kita dengar.

 

Kita lihat di Hollywood, Ashton Kutcher  dan  Demi Moore, Nick Cannon  dan Mariah Carey. Di Malaysia apa kurangnya, pelakon Que Haidar dan Linda Jasmine juga tidak terkecuali. Atas dasar cinta yang tidak berbelah bagi, pasangan ini kekal bahagia hingga kini. Sudah pastinya ada sebab pasangan berusia menjadi pilihan hati.

Takut Digelar ‘Anak Ikan’ Ramai Lelaki Memendam Rasa Untuk Bercinta Dengan Wanita Lebih Berusia

 

Matang

 

Ia menjadi sebab paling utama. Tidak kiralah sama ada pasangan yang berusia itu lelaki mahupun wanita, kebanyakan daripada mereka ternyata lebih bijak dan teratur dalam menguruskan rumah tangga. Kematangan mereka juga terserlah dalam apa-apa jua soal termasuk soal anak-anak mahupun kebajikan. Ini berikutan dengan pengalaman yang diterima sejak awal. Bak kata pepatah ‘lebih dahulu makan garam’. Mereka tidak memandang remeh akan segala hal yang berkaitan rumah tangga mahupun kelangsungan perhubungan.

 

Stabil

 

Kebanyakan daripada mereka telahpun mencapai kestabiliti dalam aspek kerjaya mahupun ekonomi. Mereka juga kebiasaannya tidak punya sebarang masalah dalam soal kewangan, menjadikan mereka di antara golongan buruan terutama sekali bagi yang baru ingin memasuki alam rumah tangga. Seolah-olah ia satu jaminan, pasangan seperti ini jarang sekali terbabit dalam masalah yang melibatkkan kewangan.

 

IKLAN

Berwawasan

 

Pasangan yang berusia juga didapati lebih berwawasan dan punya hala tuju dalam sesebuah perkahwinan. Walaupun kebanyakan sudah mengalami alam perkahwinan yang ke beberapa kalinya, namun mereka pasti telah banyak belajar kesilapan lalu dan cuba untuk perbaikinya di masa hadapan. Ini membuktikan mereka punya harapan dan impian dalam perhubungan , seterusnya perkahwinan.

Takut Digelar ‘Anak Ikan’ Ramai Lelaki Memendam Rasa Untuk Bercinta Dengan Wanita Lebih Berusia

Pelindung

Dalam soal ini, ia bukan sahaja melibatkan aspek keselamatan dan fizikal semata-mata namun ia lebih daripada itu. Kebiasaannya pasangan yang berusia lebih bijak dan mahir dalam menangani aspek emosi dan perasaan, baik diri sendiri mahupun pasangannya. Pasangan berusia lebih cenderung untuk memastikan pasangannya itu selamat fizikal dan emosi tanpa dibuat-buat, kerana lazimnya kecenderungan itu lahir secara spontan atau dengan sendirinya.

 

Pandai Bawa Diri

IKLAN

 

Ini juga merupakan salah satu sebab yang nyata. Kebolehan untuk menjaga diri menjadikan pasangan berusia menjadii pilihan teman hidup. Bukan sahaja dari aspek keselamatan, bagi mereka yang berusia lebih  kelihatan profesional, bijak menjaga imej dan peribadi, reputasi dan mereka begitu mementingkan aspek pembawakan diri terutama sekali di hadapan khalayak ramai.

 

Pengalaman

 

Ia menjadi alasan terbaik pasangan berusia menjadi pilihan. Pengalaman tidak mungkin dapat dijual beli melainkan menghadapi dan menyelaminya sendiri. Bagi pasangan berusia, pastinya pengalaman banyak mengajar mereka untuk lebih beretika dalam perhubungan, serius dalam percintaan dan bijak dalam soal rumah tangga. Sesungguhnya pengalaman itu amat berharga.

Takut Digelar ‘Anak Ikan’ Ramai Lelaki Memendam Rasa Untuk Bercinta Dengan Wanita Lebih Berusia

IKLAN

3 PERATURAN UTAMA PERLU IKUT

 

– Bagi lelaki yang ingin mendirikan rumah tangga bersama wanita lebih berusia, anda harus ingat, setua manapun bakal isteri anda, di dalam soal kebajikan rumah tannga haruslah diketuai oleh anda sendiri. Sejak azali ia terletak di atas bahu suami. Jangan terlepas pandang dan jangan sesekali membiarkan tanggungjawab itu lepas ke tangan sang isteri.

 

– Para lelaki juga perlu belajar untuk matangkan diri sebaik mungkin. Banyak belajar dan cuba amati gaya pasangan anda itu. Semoga anda dapat mempelajari sesuatu daripadanya.

 

– Ini adalah biasa. Bagi wanita yang bersuamikan lelaki muda pasti hatinya sentiasa risau dan gundah takut diri anda lebih cenderung dipikat mahupun terpikat dengan wanita yang lebih muda. Oleh itu, jika benar perkahwinan anda itu atas dasar cinta sejati, berikan komitmen sepenuhnya dan cintailah pasangan anda tersebut seikhlasnya.

 

 

– Kajian membuktikan hampir 65% lelaki mengahwini wanita lebih berusia, dan 35% lagi sebaliknya di seluruh dunia.

 

– Di Hollywood, trend lelaki mengahwini wanita lebih tua meningkat sebanyak 12% setiap hari.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI