Tokoh korporat terkemuka Malaysia, Tan Sri Ananda Krishnan, telah dilaporkan meninggal dunia pada usia 86 tahun.
Berita ini disahkan oleh syarikat pegangan pelaburan miliknya, Usaha Tegas Sdn Bhd, dalam satu kenyataan rasmi pada Khamis, 28 November 2024.
“Dengan rasa dukacita, kami mengumumkan pemergian Pengerusi kami, Tan Sri Ananda Krishnan Tatparanandam. Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 28 November 2024,” menurut kenyataan tersebut.
Ads
Dilahirkan pada 1 April 1938, mendiang dikenali sebagai seorang hartawan dan dermawan yang meninggalkan legasi besar dalam dunia korporat Malaysia.
Antara rangkaian perniagaannnyayang terkenal syarikat telekomunikasi, Maxis Berhad serta syarikat penyiaran, Astro.
Ads
Selain daripada sumbangannya kepada sektor perniagaan, mendiang juga memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.
Ads
Dalam senarai terkini Forbes, Ananda Krishnan disenaraikan sebagai individu keenam terkaya di Malaysia dengan kekayaan dianggarkan bernilai USD 4.8 bilion.
Pemergian beliau meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dunia korporat dan masyarakat Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sangka, hanya bermodalkan RM2000 sebagai permulaan, seorang usahawan Mohd Ridhuan Said atau Wan Said kini miliki perniagaan dengan jualan mencecah jutaan Ringgit!
Jenama minyak wangi miliknya, Blanco Fragrance diasaskan olehnya dan kini semakin mencipta dalam industri dan menghasilkan keuntungan yang cukup lumayan.
Diasaskan pada tahun 2017, jenama ini bermula kecil-kecilan dengan mengambil tempahan pelanggan secara individu. Ketekunan dan keberaniannya untuk meneroka pasaran komersial telah menjadi titik tolak kepada kejayaan hari ini.
“Pada mulanya saya ambil pesanan pelanggan terlebih dahulu, baru kita buat minyak wangi tersebut. Maknanya tidak ada stok yang sudah tersedia. Tetapi lama kelamaan, Blanco semakin mendapat sambutan selepas saya mula aktif menjual dalam talian penghujung 2021,” jelasnya yang ditemui MASKULIN di Malam Apresiasi Blanco Fragrance baru-baru ini.
Sehingga kini Blanco Fragrance menampilkan kira-kira 130 jenis bauan, termasuk wangian khas yang direka sendiri. Dengan hanya satu kedai fizikal di Batu Caves, Blanco menjadikan platform digital seperti TikTok dan Shopee sebagai medan utama jualan.
Dalam masa tiga tahun mereka mencatatkan jualan sebanyak 2 juta botol minyak wangi. Malah pada tahun ini sahaja mereka telah berjaya memasarkan 1.3 juta botol dengan 1.2 juta daripadanya menerusi TikTok.
Kejayaan besar yang diraih oleh Wan Said dengan jenama minyak wanginya banyak disumbangkan oleh strategi affiliate yang kukuh. Menurutnya, Blanco Fragrance memiliki lebih 56,000 affiliate di seluruh negara.
Menurut Wan Said, cara ini bukan sahaja pantas tetapi memberi peluang kepada lebih ramai individu menjana pendapatan. Tahun depan, Blanco Fragrance bakal membuka cawangan kedua di Pulau Pinang untuk memperkukuh kehadirannya di zon utara.
“Kami lebih fokus kepada jualan dalam talian. Kaedah ini lebih mudah dan pantas, sesuai dengan trend pelanggan hari ini,” tambahnya lagi.
Walaupun menggunakan bahan mentah berkualiti tinggi yang diimport dari Switzerland, Perancis, dan Itali, harga minyak wangi Blanco kekal mampu milik, bermula dari RM35 hingga RM44 untuk botol bersaiz 35ml.
Kelebihan ini membolehkan Blanco Fragrance memonopoli pasaran tempatan sebagai jenama minyak wangi lokal nombor satu di TikTok Malaysia.
Perjalanan kejayaan Wan Said tidak terlepas daripada ujian. Pernah berdepan isu laporan pesaing yang menyebabkan akaun TikTok Shop mereka ditutup, Blanco tetap bertahan selepas rayuan berjaya.
“Alhamdulillah, kini kami berada dalam Top 3 Beauty and Personal Care Seller di TikTok Malaysia,” jelasnya yang dilihat cukup bangga dengan pencapaian jenamanya.
Sebagai penghargaan kepada affiliate terbaik yang berjaya mencapai jualan jutaan ringgit, baru-baru Blanco Fragrance menganjurkan Malam Apresiasi di Hotel Aloft Kuala Lumpur. Turut hadir adalah Dayang Nurfaizah yang menghiburkan para tetamu.
Pada malam itu juga, Blanco memperkenalkan rekaan botol minyak wangi terbaru sebagai simbol inovasi berterusan jenama ini.
Kisah Blanco Fragrance ini membuktikan bahawa lelaki moden bukan sahaja mampu berjaya dengan kerja keras, tetapi juga perlu bijak membaca trend dan peluang di pasaran. Dengan modal serendah RM2000, ketekunan dan strategi yang betul, kejayaan pasti dapat dicapai.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang lelaki yang menghargai semangat juang dan kejayaan dalam hidup, anda pasti tahu betapa manisnya perasaan apabila melihat atlet Malaysia mengukir nama di persada dunia. Dan di mata kami, tidak ada ikon yang lebih menawan dan memberi inspirasi selain wira paralimpik negara, Datuk Abdul Latif Romly.
Atlet yang digelar ‘Raja Lompat Jauh Para’ ini baru sahaja sekali lagi membuktikan statusnya sebagai yang terbaik di dunia.
Pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di New Delhi di India, Ahad lalu, Latif, yang kini berusia 28 tahun, melakar sejarah dengan melakukan lompatan sejauh 7.67 meter dalam acara lompat jauh T20 (kurang upaya intelektual).
Apa yang menjadikan kejayaan ini luar biasa?
Lompatan 7.67 meter itu bukan sekadar menjamin pingat emas, malah telah memecahkan rekod dunia miliknya sendiri!
Rekod terdahulu iaitu 7.64 meter yang dicatatkan pada Sukan Para Asia 2018 di Jakarta, kini hanya tinggal sejarah.
Bayangkan komitmen dan disiplin yang diperlukan untuk mengatasi prestasi diri sendiri—itulah mentaliti seorang juara sejati.
Sebenarnya, Latif sudah menunjukkan niatnya apabila terlebih dahulu memecahkan rekod kejohanan (7.61m) dalam lompatan pertamanya, sebelum ‘mengemas kini’ rekod dunia dalam lompatan ketiga yang gemilang.
Kejayaan di New Delhi ini adalah pingat emas kelima Latif di pentas dunia!
Ini bukan kejutan atau nasib semata-mata, tetapi satu pengesahan konsistensi luar biasa seorang atlet ikonik:
Legasinya kini tersemat kukuh. Latif bukan sahaja menewaskan pesaingnya seperti Hassan Dawshi dari Arab Saudi (perak, 7.36m) dan Matvei Iakushev (gangsa, 7.22m), tetapi beliau menewaskan batasan yang ada di minda orang lain.
Kejayaan Latif Romly kini menjadi bukti bahawa dengan kerja keras, kecekalan, fokus yang tajam dan serta semangat yang tidak pernah mengalah boleh menjadi kunci kepada kejayaan.
Tidak kira apa pun cabaran yang dihadapi. Latif kini merupakan legenda dan ikon sukan negara yang menjadi inspirasi serta teladan terbaik untuk kita semua tentang erti sebuah keunggulan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kejayaan dalam industri perfileman bukan sahaja dinilai dari kemahiran lakonan, tetapi juga dari pendapatan yang diperolehi. Berikut adalah 10 pelakon lelaki dengan kekayaan tertinggi pada tahun 2023.
Dwayne ‘The Rock’ Johnson
Dengan sederet filem blockbuster dan kerjasama dengan jenama-jenama besar, The Rock memang menduduki puncak senarai.
Shah Rukh Khan
Dengan empayar hiburan dan perniagaannya yang meluas, “Badshah” Bollywood ini mempunyai kekayaan yang hebat. Nilai Kekayaan: $715 Juta (RM3.22 bilion)
Jackie Chan
Pelakon dan pengarah ini mengumpulkan kekayaan melalui filem, endorsement, dan perniagaan lain di Asia dan di seluruh dunia.
Tom Cruise
Terkenal dengan siri “Mission: Impossible” dan banyak lagi, Cruise mempunyai portfolio yang memberi kesan dalam dunia hiburan. Nilai Kekayaan: $570 Juta (RM2.57 bilion)
Lee Min-ho
Kekayaan beliau bukan sahaja datang dari lakonan tetapi juga dari endorsement dan bisnes lain yang dikaitkan dengan nama besar beliau.
Amitabh Bachchan
Salah satu ikon Bollywood yang paling legenda, Bachchan mempunyai pelbagai sumber pendapatan dari dunia hiburan. Nilai Kekayaan: $455 Juta (RM2 bilion)
Robert Downey Jr.
Kejayaan sebagai Iron Man dalam MCU telah membawa RDJ ke tahap kekayaan baru, ditambah dengan projek lainnya.
Leonardo DiCaprio
Dengan bayaran per filem yang tinggi dan pilihan projek yang bijak, Leo mempunyai kekayaan yang stabil dan meningkat.
Will Smith
Aktor serba boleh ini telah mendiversifikasi pendapatannya melalui muzik, produksi, dan media sosial.
Daniel Craig
Sebagai James Bond dan dengan peranan-peranan lainnya, Craig mempunyai kekayaan yang signifikan dalam industri.
Pelakon-pelakon ini bukan sahaja mempunyai bakat dalam dunia seni, tetapi juga kebijaksanaan dalam menguruskan karier dan kekayaan mereka. Dengan kombinasi ini, mereka mampu mencipta legasi yang berkekalan dalam dunia hiburan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dibintangi oleh Hanna Delisha dan Shukri Yahaya, musim baharu 'Andai Itu Takdirnya 2' ini hadir dengan cerita yang jauh lebih matang, lebih realistik dan penuh tekanan emosi.