Marc Syahmie, pelakon baharu yang semakin menempa nama dalam dunia seni tanah air, tak sangka masalah sakit belakang dialaminya selama hampir setahun dan bengkak di sebelah testis merupakan petanda awal kepada sesuatu yang lebih serius.
Pada usia usia 25 tahun, dia disahkan menghidap kanser testis tahap dua. Marc, atau nama sebenarnya Ahmad Syahmie Mahayudin, mengakui hidupnya berubah sekelip mata setelah menerima berita tersebut.
Foto: Instagram Marc Syahmie
“Saya terduduk juga apabila disahkan ada kanser. Dalam hati tertanya-tanya kenapa saya, sedangkan saya masih muda dan tidak ada sejarah sakit kanser pun dalam kalangan keluarga.
“Keluarga juga terkejut, tetapi apabila saya fikir sakit adalah penghapus dosa, saya mula berlapang dada dan berdamai dengan takdir,” katanya penuh ketabahan.
Namun, dalam ujian itu, ada sisi positif. Kanser yang dialaminya dikesan lebih awal, membolehkan tindakan segera diambil sebelum ia merebak ke bahagian badan lain.
Bertarung Dengan Takdir
Dalam masa sebulan selepas disahkan menghidap kanser, Marc mengambil langkah pantas menjalani pembedahan untuk membuang sel kanser di testis kirinya. Marc juga perlu menjalani satu sesi rawatan kimoterapi dengan dos tertinggi.
“Alhamdulillah, saya hanya perlu melakukan kimoterapi sekali sahaja. Walaupun kesannya agak berat pada badan seperti rasa loya dan keletihan, saya bersyukur kerana seminggu selepas rawatan, saya sudah mampu menjalani kehidupan seperti biasa.
“Doktor juga memberitahu, peluang saya untuk sembuh sepenuhnya sangat tinggi kerana usia saya yang masih muda,” ujar Marc dengan penuh kesyukuran.
Walaupun penyakit itu membawa stigma tertentu, Marc bertekad untuk berkongsi pengalaman bagi meningkatkan kesedaran kaum lelaki tentang bahaya kanser testis.
“Jujur mulanya saya rasa malu, tetapi saya sedar, jika saya tidak berkongsi, ramai lelaki di luar sana mungkin tidak tahu.
“Kanser testis boleh menyerang lelaki muda berusia 25 tahun ke atas. Jika dapat dikesan awal, nyawa boleh diselamatkan, dan kualiti kehidupan akan lebih baik.
“Saya menyeru lelaki yang mengalami sebarang perubahan abnormal pada tubuh supaya segera melakukan pemeriksaan. Jangan seperti saya yang menafikan simptom selama setahun,” tegas Marc.
Syukur Dapat Peluang Kedua
Menurutnya, meskipun beliau telah kehilangan testis kiri akibat pembedahan, kehidupannya tetap normal. Malah, beliau yakin masih mampu menjalani kehidupan seperti biasa, berkahwin, dan memiliki anak.
Ads
Foto: Instagram Marc Syahmie
“Inilah yang ramai takutkan. Dengan teknologi perubatan sekarang, bekas pesakit kanser dapat menjalani kehidupan yang berkualiti.
“Doktor juga yakin saya akan pulih sepenuhnya dalam tempoh setahun,” jelasnya lagi.
Bakat Marc mula dikesan menerusi program pencarian bakat Fit For Action di TV3 pada tahun 2022. Selepas memenangi tempat kedua, beliau terus melangkah ke dunia lakonan dan juga modeling.
Dalam tempoh dua tahun, Marc telah membintangi beberapa drama seperti ‘Geng Daddy Daddy’, ‘Cinta Kedua’, ‘Keria Women’, ‘Bintang GV Dikejar Zombie’, ‘Hati Terpaut Sayang’, dan terbaharu ‘Skuad X: Dari Jalanan Ke Perjuangan’ yang kini sedang ditayangkan menerusi slot Lestary TV3.
Selain sibuk di pentas seni, Marc juga sedang melanjutkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.
Ads
Inspirasi Untuk Lelaki
Bagi Marc, ujian kanser yang dilaluinya bukanlah penghalang untuk mengejar impian. Sebaliknya, ia menjadikannya lebih menghargai kehidupan.
“Kanser bukan penamat kehidupan. Saya anggap ini peluang kedua untuk menikmati hidup dan meneruskan kerjaya dalam bidang seni.
“Ia membuatkan saya lebih bersyukur dan melihat kehidupan dari sudut yang berbeza. Saya ingin menggunakan masa yang ada sebaik mungkin,” kata Marc, penuh azam.
Marc Syahmie boleh menjadi inspirasi buat lelaki terutamanya golongan muda. Dia membuktikan dengan kekuatan dan semangat mampu membawa seseorang keluar dari kegelapan, kembali bersinar di pentas kehidupan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi, ungkapan itu sesuai menggambarkan selebriti Alif Satar yang banyak memiliki persamaan dari ayahnya, terutamanya dari segi kecergasan.
Disebabkan sama-sama mengamalkan gaya hidup yang aktif dan cergas, tidak hairanlah mengapa Alif Satar dan ayahnya lebih kelihatan seperti pasangan adik beradik berbanding anak beranak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, pelantun lagu Lelaki Seperti Aku itu berkongsi gambar dia menghadiahkan seutas jam tangan sukan untuk ayahnya sempena hari bapa.
Memiliki tubuh yang masih cergas di usia lanjut membuatkan ayahnya tampil awet muda sehingga ramai menyangka beliau adalah abang kepada Alif.
“Kalau aku keluar jalan pergi mana-mana dengan daddy, bila aku introduce dekat orang “this is my dad”, their respond would be “eh, ingatkan abang!”,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Hati siapa tidak berbunga-bunga apabila menerima reaksi sebegitu dari orang ramai, ayah Alif juga tidak terkecuali dari merasai perkara itu.
Selain memiliki tubuh yang masih tegap dan gaya rambut seperti seorang bintang rock, ayahnya juga turut memiliki jiwa sepeti orang muda, tambah Alif.
Pencetus fenomena Geng Subuh Macam Jumaat itu juga turut berharap dia mampu kekal sihat dan kuat di usia lanjut seperti ayahnya itu.
Dalam pada itu, Alif turut berkongsi bagaimana dia dan ayahnya turut berkongsi minat yang sama dalam seni dan juga sukan.
Dalam bidang sukan, mereka berdua sama-sama meminati sukan tenis.
Alif juga sempat berseloroh memberitahu bahawa ayahnya merupakan seorang kidal.
Kecenderungan ayahnya menggunakan tangan kiri, termasuklah ketika bermain tenis, menjadikan otot lengan kiri ayahnya kelihatan lebih sasa berbanding kanan mirip bintang tenis dari Sepanyol, Rafael Nadal.
Hari Bapa disambut setiap tahun pada 16 Jun. Meskipun kita dituntut untuk menghargai ayah hingga ke hujung usia kita, ambillah tarikh ini sebagai satu kesempatan untuk meluangkan masa bersama ayah kita.
Bila anda ditanya siapakah di antara pelakon Hollywood paling kecak yang anda kenali? MASKULIN rasakan besar kemungkinan nama Brad Pitt pasti akan menjadi salah satu nama yang terpacul dari bibir anda.
Sudah 30 tahun lebih ramai lelaki menjadikan Brad Pitt sebagai sumber inspirasi untuk gaya rambut atau gaya berfesyen. Cuba anda pergi ke kedai-kedai gunting. Pasti terdapat foto Brad Pitt sega tersenyum dengan gaya rambut beralun yang tidak lapuk ditelan zaman.
Bukan itu sahaja, Brad Pitt merupakan antara pelakon yang apa sahaja gaya rambut dia gayakan nampak menjadi. Sama ada rambut panjang, pendek, belah tengah, botak atau mohiccan sekalipun dia pasti masih kelihatan kacak.
Pemenang Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Academy Awards baru-baru ini kini sudah berusia 56 tahun tapi masih nampak maintain steady dan kacak.
Dia juga seorang yang sangat awer muda dan tidak kelihatan seperti usianya. Tak percaya? Jom kita lihat evolusi seorang Brad Pitt!
1988
Ketika masih di usia muda nampak lebih fresh dan rugged.
1989
Jika nampak seperti tak cukup tidur, Brad Pitt gayakan rambut dengan terjuur keluar dan padanan topi.
1991
Tahun di mana filem ‘Thelma & Louise’ menggear di pawagam.
1993
Tampil dengan gaya rambut panjang ala-kasanova. Tetap kacak!
1994
Legally blonde? Why not!
1995
Tahun di mana Brad Pitt diangkat sebagai The Sexiest Men Alive.
2000
Permulaan milenia baru dan Brad Pitt rancak bercinta dengan Jennifer Aniston.
2004
Menginjak usia 40 tahun tetapi kelihatan seperti baru berusia lewat 20-an!
2009
Bagi orang lain bermisai ketot itu kelakar. Tai tidak Brad Pitt. He pull that off!
2016
Tahun yang agak sukar buatnya selepas berpisah dengan Angelina Jolie.
2020
Ternyata usia itu hanyalah himpunan angkat buat Brad Pitt.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Orangnya segak dan berkarier, rupa paras yang tampan membuatkan namanya menjadi sebutan netizen.
Lagi pula gambarnya duduk mesra melayan ‘baby sayang’ atau Mira Filzah di majlis resepsi perkahwinan pelakon Farah Nabila hangat dibualkan.
Orangnya berkerjaya dan mempunyai firma seni bina dan perusahaan perniagaan sendiri.
Ada yang mula berspekulasi, siapakah gerangan individu ini sebenarnya dan apa status hubungannya bersama Mira Filzah?
Ada khabar angin mengatakan beliau sebenarnya kawan Mira Filzah sewaktu zaman pengajian, namun persahabatan mereka terpisah kerana dirinya melanjutkan pengajian di luar negara.
Walaupun sehingga kini Mira Filzah tetap dengan pendiriannya untuk merahsiakan identiti lelaki tersebut kerana menghormati permintaan kedua belah keluarga, orang ramai dapat mengagak dan memahami situasi tersebut.
Ditambah lagi, ada khabar angin mengatakan beliau sudah pun merisik Mira dan bakal melangsungkan pertunangan pada bulan September tahun ini.
BIODATA
Nama Penuh: Wan Emir Astar
Instagram: Wan Emir Astar
Twitter: Wan Emir Astar
Umur: 30 tahun
Kerjaya: Arkitek
Anak Kepada: (Ayah) Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad, (Ibu) Ahli Parlimen Kuala Kangsar, YB Datin Mastura Mohd Yazid
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.