Kadangkala kita sering menganggap bahawa usia merupakan penghalang kepada sesuatu cita-cita atau impian terutamanya dalam pendidikan. Terutamanya bila usia sudah meningkat lanjut, ingin belajar sampai dapat PhD?
Iylah, apatah lagi kita sekarang hidup dalam dunia serba pantas. Ramai membiarkan usia menjadi penghalang utama untuk mengejar impian dan ilmu.
Naratif ini perlu dirombak. Dua warga emas membuktikan sebaliknya apabila mereka berjaya menggenggam PhD di UTM pada Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Ke-69. Kisah mereka adalah cerminan sebenar tentang daya tahan, disiplin, dan kepentingan sokongan keluarga.
Legasi 10 Tahun Bekas Pegawai Elit
Jawatannya pernah memerlukan kekuatan fizikal dan mental di medan perang. Kini, ia memerlukan kekuatan akademik.
Mejar (B) Dr Kamarul Jamaluddin, 79, bekas Pegawai Tentera Pasukan Elit 10 Briged Para, muncul sebagai graduan PhD di UTM paling tua pada istiadat tersebut.
Menamatkan pengajian dalam bidang Kaunseling dan Psikologi, beliau menghabiskan masa 10 tahun, satu tempoh panjang yang penuh cabaran.
Perjalanan akademik beliau, yang bermula pada 2015, bukanlah mudah. Dr Kamarul mengakui, cabaran ini hampir mematahkan semangatnya.
Ads
“Perjalanan PhD yang bermula pada 2015 tidak mudah, malah mengambil masa panjang akibat pelbagai tekanan termasuk masalah kewangan dan beban penulisan tesis sehingga menyebabkan saya hampir berputus asa,” katanya.
Lelaki yang menjadi bapa kepada empat anak dan 15 cucu ini mengakui bahawa kekuatan sebenar datang daripada mereka di sekelilingnya.
Sokongan isteri, keluarga, penyelia, serta bantuan kewangan daripada Jabatan Agama Islam Johor dan zakat UTM, memberinya nafas baharu untuk terus mara hingga ke garisan penamat.
Ini menunjukkan, lelaki yang kuat tahu bila masa untuk bersandar kepada sokongan orang tersayang.
Ilmu Merentasi Sempadan dan Usia
Turut diraikan adalah seorang lagi graduan yang tidak kurang hebatnya. Dr Abdul Hakim Arifin, 67, dari Flores, Indonesia, menerima PhD di UTM dalam bidang Falsafah Arab.
Ads
Bermula pengajian sejak 2016, beliau juga berdepan cabaran kewangan dan komitmen keluarga. Namun, cintanya terhadap ilmu tidak pernah padam.
“Belajar bukan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga manfaat kepada semua selain menuntut ilmu juga tuntutan agama,” katanya.
Kisah Dr Abdul Hakim adalah peringatan bahawa menuntut ilmu adalah tanggungjawab berterusan, tidak kira di mana anda berada di dunia.
Beliau menyatakan hasrat untuk terus berbakti dalam bidang pendidikan, sama ada di Malaysia mahupun di Indonesia.
Dua kisah ini membuktikan bahawa, walaupun dengan tekanan kewangan, beban komitmen, dan usia yang lanjut, lelaki yang mempunyai disiplin tentera dan cinta yang mendalam terhadap ilmu akan sentiasa mencari jalan.
Kejayaan ini bukan sekadar ijazah; ia adalah penanda aras bahawa komitmen dan daya tahan adalah formula kekal untuk menakluki impian, pada usia berapa pun.
Tuah berkulit hitam, People Magazine baru saja mengumumkan siapakah artis lelaki yang berhak menyandang gelaran lelaki terseksi. Selepas Blake Shelton, kini giliran aktor Idris Elba yang berjaya merampas gelaran itu menjadi Sexiest Man Alive 2018.
Idris Elba dinilai layak menjadi lelaki terseksi kerana pesona dan juga prestasinya selama ini. Di usianya yang sudah menginjak angka 46 tahun, aktor berasal dari England ini sama sekali tak pernah kehilangan daya tarikannya jika dibandingkan dengan bintang-bintang yang lebih muda.
Namun, khabar sedih untuk para wanita. Lelaki terseksi di dunia itu tak lama lagi akan mengakhiri zaman bujangnya. Elba dikhabarkan bakal bernikah dengan Sabrina Dhowre, 29.
Tahun lalu, ramalan ‘Sexiest Man Alive’ oleh Majalah People mungkin pada penyanyi country, Blake Shelton. Shelton merupakan satu dari empat lelaki terseksi pilihan People sejak 1985 yang bukan berasal dari dunia filem. Tiga lainnya ialah John F Kennedy Jr, Adam Levine, dan David Beckham.
Sumber : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Seorang pemuda Thailand dilaporkan sanggup mengambil risiko untuk menjalani pembedahan membuang lemak di bahagian perut.
Tekadnya adalah semata-mata kerana dia mahu doktor yang ditemuinya itu menampal 6 pack palsu mengantikan perut yang pada asalnya berisi.
Nampak macam sakit
Menerusi beberapa gambar yang dikongsikan laman Facebook Atittayapa Photiya, pemuda Thailand itu seperti terpaksa bertarung dengan kesakitan.
Badan nampak sempurna
Walau bagaimanapun untuk fasa awal selepas pembedahan, badan pemuda itu kelihatan sangat sempurna tanpa kesan pembedahan.
Risau kuman menyerang tubuh
Namun demikian, netizen yang melihat gambar tersebut tidak bersetuju dengan tindakan lelaki terbabit untuk mendapatkan tubuh secara ‘instant’.
Netizen juga tidak menolak lambat laun, tubuh lelaki terbabit boleh terjejas kerana faktor usia selain berpotensi untuk diserang kuman secara perlahan-lahan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa sangka seorang Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha sanggup dan tidak kekok langsung menjadi ‘delivery boy’ hanya untuk menyerahkan makanan kepada pelanggan.
Datuk Dr. Sheikh melakukan proses penghantaran makanan ini untuk pelanggan yang memesan makanan di restoran miliknya hasil Kerjasama dengan Datuk Ismail Ahmad. Opreasi menghantar makanan ini sudah berlaku sejak minggu lalu semasa perintah PKP.
“Ramai tidak tahu yang saya pernah buka restoran Rebung bersama Chef Ismail pada tahun 2003 dan ia mendapat sambutan yang menggalakan.” Tulisnya di Instagram.
Mengimbau Kembali kenangannya ketika membuka restoran Rebung yang memerlukannya bagun seawal 4.00 pagi untuk ke pasar untuk mendapatkan makanan laut segar selama 6 bulan cukup memberi kenangan manis buatnya.
“Malah saya masih teringat ke Pasar Borong Selayang pada jam 0400 pagi pada waktu itu membeli makanan laut segar setiap hari selama 6 bulan terakhir semasa kami memulakan perniagaan.
“Saya teringat menghantar Lemang & Rendang & Dodol pada awal pagi Raya selama 2 tahun yang lalu.” Tulisnya lagi.
“Dan Alhamdulillah setelah 17 tahun Rebung masih berdiri teguh dengan 80 kakitangan berjaya memperoleh banyak Anugerah ‘Makanan Melayu Terbaik’ selama 5 tahun berturut-turut. Bahkan kami beralih dari Taman Bangsar ke Taman Botani pada tahun 2018 untuk tempat letak kenderaan 5 tingkat yang lebih luas dan boleh memuatkan sehingga 500 orang. Syukur Alhamdulillah.” Tambahnya seorang yang meminati makanan terutamanya Makanan Melayu Negeri Sembilan.
Macam ni lah baru betul, sebenarnya macam-macam cara peniaga dan orang ramai boleh lakukan. Ini salah satu caranya.
Ketahui 8 petua berkesan untuk mencegah shin splints agar anda dapat berlari dengan selesa, elak kecederaan tibia, dan tingkatkan prestasi larian secara konsisten.