
Mohon jangan cemburu kalau raya ni semua orang perut dan kaki semakin cantik masa menyarung baju Melayu di pagi raya. Jaga pemakanan sepanjang bulan puasa di samping lakukan senaman secara konsisten.

1. Kickback
Bermula dengan posisi berdiri, terus bongkok ke arah lantai sambil kedua-dua tangan menahan permukaan. Kaki kiri angkat setingginya ke atas. Kemudian turunkan kaki itu secara lurus dan bersedia untuk pergerakan seterusnya.

2. Lunge Twist
Posisi kaki ketika ini dalam keadaan menyengap (lunge). Terus melibaskan tangan kiri di atas udara ke arah belakang. Tahan seketika. Kemudian, lakukan aksi yang sama untuk bahagian badan sebelah kanan pula.

3. Roll
Dari posisi Lunge, terus pusing badan ke arah kiri atau kanan. Posisi badan ketika ini seakan-akan terbaring. Pusing (roll) semula dan kembali ke posisi lunge.

4. Cossack
Dari posisi Roll, terajang kaki kanan ke arah udara. Bayangkan anda sedang menedang musuh yang sedang berdiri. Tahan kaki itu di udara seketika. Kemudian, ulang pergerakan untuk bahagian kaki sebelah kiri pula.

5.Hollow Sit to Press-Up
Dari posisi Cossack, rendahkan badan ke permukaan lantai, tahan sejenak dan putar kedudukan kaki terus ke posisi press up. Terus lakukan press-up selama beberapa rep.


6. Pop -Up
Dari posisi press-up, tahan permukaan lantai menggunakan kedua-dua belah tangan, seterusnya anjak pinggul ke arah atas. Loncat sedikit sambil membuka kekuda. Ulang pergerakan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penantian Selama 14 Tahun Berkahwin, Akhirnya Mark Adam Sedia Timang Anak

Penantian selama 14 tahun bukanlah satu jangka masa yang singkat bagi sebuah perkahwinan, pasti pelbagai dugaan yang diterima selama tempoh masa tersebut. Biarpun sudah 14 tahun mendirikan rumah tangga, pasangan Mark Adam, 38, dan Nor Azad Redzuan, 38, bersedia untuk menerima anak angkat.
Jika itu rezeki kata Mark atau nama sebenarnya Fikri Mark Adam Abdullah dia tidak akan menolak.

“Kami masih berusaha dan mencuba sehabis baik untuk mendapatkan zuriat namun semuanya sudah ditentukan, kami berserah pada ketentuan Allah.
“Tidak pernah saya marah, sedih atau terkilan kalau ditanya perkara ini (anak) sebab semua pun ingin tahu tentang kehidupan peribadi saya.
“Sebelum ini kami pernah dikurniakan anak angkat namun rezeki tidak menyebelahi kami apabila ada beberapa perkara yang tidak diingini.
“Biarlah kami simpan kisah itu dan tak perlu diungkit-ungkit lagi.
“Namun, kalau ada yang ingin memberikan kami anak angkat, saya akan terima dengan hati terbuka,” katanya

Menurut Mark Adam dia tidak pernah terkilan jika ditanya soal anak. Sebelum ini, Mark Adam dan isteri pernah mengambil anak angkat tapi mempunyai sedikit masalah. Kita doa yang baik baik buat mereka sekeluarga. Semoga diberikan rezeki anak. Inn sha Allah.
Mark Adam dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan telah berhijrah ke Malaysia pada tahun 2001.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Transformasi360 Kembali Pada September, Peluang Kedua Untuk Ubah Kehidupan

Dengan kondisi tidak menentu pada ketika ini, masih ramai rakyat Malaysia terperangkap dalam tekanan ekonomi dan cabaran hidup yang makin mencengkam. Satu inisiatif pembangunan diri intensif kini kembali membuka peluang buat mereka yang ingin berubah secara menyeluruh, Transformasi360.
Ia merupakan satu program anjuran RichWorks Academy Sdn. Bhd., bakal kembali pada 5 hingga 7 September ini setelah mengecapi kejayaan luar biasa penganjuran pertamanya bulan Mei yang lalu.

Menerusi edisi pertama, 3,500 peserta mengambila bahagian. Pengasas dan Presiden RichWorks Academy, Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman menyatakan bahawa permintaan tinggi mendorong penganjuran kali kedua ini, dengan sasaran minimum seramai 5,000 peserta.
“Ramai yang menyuarakan rasa terkilan kerana terlepas peluang Mei lalu. Jadi kami adakan sekali lagi, tapi kali ini khas untuk mereka yang benar-benar serius mahu alami transformasi dalam hidup ini,” katanya.
Lebih Daripada Sekadar Motivasi
Menurutnya Transformasi360 bukan sekadar program motivasi seharian. Ia merupakan pengalaman yang menyeluruh dan mendalam yang dibina untuk membantu individu mengenal kekuatan dan kelemahan diri mereka secara jujur.
Sekali gus membuang corak sabotaj diri yang menjadi penghalang kejayaan dan membina semula kehidupan dengan struktur yang lebih kukuh.
Peserta yang mengambil bahagian juga didedahkan kepada teknik memperbaiki komunikasi dalam keluarga dan organisasi, serta diberi peluang mendalami tujuan hidup sebenar agar dapat membina kejayaan yang seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi.

Tambah Azizan lagi, “Transformasi360 ini bukan untuk yang hanya mahu ‘cuba-cuba’. Ia untuk yang benar-benar nak ubah hidup dan sanggup bertindak. Ini kali kedua dan mungkin yang terakhir untuk tahun ini.”
Menariknya, program kali ini turut disokong oleh Astro sebagai rakan media strategik. Kolaborasi ini bakal memperluaskan capaian dan membolehkan manfaat Transformasi360 dirasai oleh lebih ramai rakyat Malaysia.
Teknologi AI interaktif juga diperkenalkan bagi membantu peserta mengenal gaya tindakan dan emosi masing-masing secara lebih tepat, bagi menjadikan perubahan yang dicapai lebih terarah dan berkekalan.
Sokongan Strategik dan Pendedahan Dunia Sebenar
Sebagai sebahagian daripada inisiatif RichWorks, hampir 300 usahawan daripada program Ai Branding & Marketing Growth (AiBMG) telah berpeluang menghadiri sesi eksklusif “Astro Open Day” di Studio 1, Astro Bukit Jalil.
Mereka diberi peluang melihat sendiri ekosistem penyiaran terbesar negara dan bagaimana ia boleh membantu dalam aspek penjenamaan serta pemasaran syarikat mereka.

Turut hadir dalam acara tersebut ialah Pengarah Digital & Pengalaman Pelanggan Astro, Cynthia Seow, Naib Presiden Pembangunan Komersial, Perniagaan Digital Astro, Datin Norashikin Habibur Rahman, Ketua Pegawai Operasi RichWorks Academy, Dr. Radz Mohd, serta Prof. Datuk Wira Dr. Azizan Osman sendiri.
BACA: 10 Bapa Macho Selebriti Malaysia – Kacak, Berkarisma dan Penuh ‘Ayah Vibes’
Dengan lebih dua dekad pengalaman dalam latihan pembangunan diri dan keusahawanan, RichWorks telah membantu lebih 2 juta peserta dan lebih 16,000 syarikat melalui seminar, program bimbingan serta sesi mentoring.

Misi mereka jelas iaitu membantu individu dan organisasi mengenal potensi diri serta membina hasil yang mampan dan berkembang.
Orang ramai yang ingin menyertai Transformasi360 boleh melayari laman web sesawang mereka di sini. Tempat adalah terhad dan hanya terbuka kepada mereka yang benar-benar bersedia untuk melakukan perubahan sebenar dalam hidup mereka.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bahaya Lelaki Tidur Meniarap

Lama sebelum masyarakat dunia mula mempersoalkan bahaya tidur meniarap, ramai percaya cara ini adalah sangat baik.
Sebelum ini juga, sains percaya tidur dengan dada dan perut dibawah baik untuk mengurangkan masalah dengkur dan apnea, suatu keadaan dimana pernafasan terhenti seketika ketika sedang tidur.
Pada tahun 1958, Dr. Benjamin Spock, seorang pakar kanak-kanak telah berkongsi ilmu dalam bukunya yang berjudul The Common Sense Book of Baby and Child Care.
Dalam buku yang laris terjual itu, dia memberi amaran terhadap amalan menidurkan bayi dalam keadaan terlentang.
Kerana katanya, pada posisi itu, jika bayi muntah, si kecil cenderung tercekik sehingga menyekat saluran pernafasan.
Namun, melalui kajian ramai saintis telah melahirkan penemuan-penemuan yang bercanggah.
Saintis dari American Academy of Paediatrics misalnya, menyatakan bahawa posisi tidur yang sihat bagi bayi adalah secara terlentang dan bukan meniarap.
Bahkan, statistik kes kematian bayi secara mengejut atau Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) telah berkurangan sebanyak 50 peratus sejak posisi tidur bayi secara terlentang dicadangkan pada tahun 1992.

Bukti Bahaya Tidur Meniarap
Ilmuwan Islam, Dr. Zafir Al-Attar menjelaskan bahawa seseorang yang tidur diatas perutnya dalam tempoh tertentu akan mengalami kesukaran untuk bernafas.
Ini kerana ketika seseorang sedang tidur meniarap, bebanan badan akan menekan dada sehingga menghalang untuk ia merenggang ketika bernafas.
Halangan ini boleh menjejaskan kesihatan jantung dan kecergasan otak kerana kekurang oksigen untuk sampai ke bahagian tersebut.
Menerusi kajian Mayo Clinic, tidur diatas perut bukan sahaja akan menyebabkan masalah pernafasan, malah ia juga boleh mencetuskan beberapa kesakitan dibahagian leher, belakang dan sendi.
Dr. Jan Lefkowitz dari Body In Balance Chiropractic juga senada dengan perkara itu.
Menurut Dr. Jan, tidur secara meniarap merupakan satu perbuatn yang paling berbahaya.
Katanya lagi, seseorang yang menghabiskan waktu tidur dengan posisi begini boleh mengakibatkan tulang belakang beralih dan mencetuskan sakit teruk pada bahagian belakang dan leher.
Bukan itu saja, tidur meniarap dengan kepala ke satu sisi juga terbukti boleh menyebabkan masalah juling kerana ia memberikan tekanan yang lebih pada bahagian leher.

Panduan Cara Tidur Dalam Islam
Daripada Ya’isyh bin Takhfah al-Ghifari meriwayatkan bahawa ayahnya pernah berkata, “Ketika aku sedang tidur meniarap di dalam masjid kemudian seorang lelaki datang menggerakkan aku dan berkata, “Sesungguhnya tidur meniarap seperti ini tidak disukai oleh Allah.” Lalu aku memandang kepadanya dan mendapati bahawa lelaki tersebut ialah Nabi Muhammad SAW.” Hadis riwayat Abu Daud.
Hadis diatas merupakan tegahan yang bersifat makhruh, dengan kata lain perbuatan tidur meniarap tidak akan mendatangkan dosa jika dilakukan, tetapi akan mendapat pahala sekiranya ditinggalkan.
Adapun tidur meniarap kerana disebabkan sakit atau uzur, ia tidaklah menjadi makruh.
Posisi tidur seperti yang diajarkan oleh Rasulullah SAW, iaitu mengiring ke sebelah kanan telah terbukti secara saintifik antara posisi tidur yang terbaik.
Kajian sains mendapati bahawa tidur mengiring ke kanan mampu membantu melancarkan aliran darah sehingga dapat mengurangkan tekanan pada jantung, saluran pencernaan dan hati.
Ulama turut menyatakan bahawa tidaklah menjadi masalah jika pada saat tidur nanti posisi kita berubah ke sebelah kiri, asalkan tidak tidur meniarap.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang

