tayar botak kemalangan
Foto: peoplecreations - www.freepik.com

MASKULIN percaya secara umumnya anda pasti sudah tahu akan risiko memandu kereta atau kenderaan yang memiliki tayar sudah botak. Ya, kita memang usudah sedia maklum bahawa tayar botak itu satu risiko yang cukup besar dan boleh sebabkan kemalangan.

Lebih parah apabila ia melibatkan kemalangan mengakibatkan kecederaan malah kematian. Bukan sahaja kepada kita tetapi pengguna jalan raya yang lain.

Namun masih banyak dilaporkan tentang kemalangan yang berlaku akibat perkara ini. Rata-ratanya sudah tahu akan kondisi kereta tetapi disebabkan sikap acuh tidak acuh, mengakibatkan kemalangan yang sebenarnya boleh dielakkan.

Ikuti perkongsian daripada MASKULIN untuk memberi kesedaran bersama akan bahaya risiko memandu kereta dengan tayar botak.

SALURAN AIR TAYAR TIADA

Disebabkn ia sudah botak maka secara tidak langsung bunganya juga tiada. Dan ‘bunga’ tersebut bukanlah perhiasaan semata. Ia berfungsi sebagai saluran yang mengalirkan air keluar dari bawah tayar.

IKLAN

Apabila memandu dengan tayar botak maka kereta mudah untuk berhadapan kejadian dipanggil ‘aquaplanning’. Ia kondisi di mana kereta seakan terapung seketika apabila tiada saluran khusus untuk air keluar. Dan jika ini berlaku kereta akan hilang kawalan dan berpusing walaupun memandu di jalan lurus. Malah, anda juga boleh berdepan dengan keadaan ‘understeer’.

Tayar Botak Punca Kemalangan, Ini Beberapa Sebab Kenapa Ia Berlaku
Foto: peoplecreations – www.freepik.com

BACA: Petanda Aci Pemacu Kereta Anda Sudah Rosak, Antaranya Bergegar Ketika Bergerak

BERLAKU LETUPAN

Tayar botak juga menandakan ia sebenarnya semakin menipis. Terutamanya di bahagian luar tayar. Lapisan luaran itu tidak direka untuk bertahan lama apabila ia sudah haus. Jadi apabila anda memandu laju terutamanya di waktu jalan raya sangat panas, haba semakin meningkat. Lalu boleh menyebabkan ia meletup atau berlakunya blow out.

IKLAN

Bila meletup berkemungkinan besar anda akan hilang kawalan dan seterusnya mengakibatkan kemalangan. Jadi periksalah kondisinya dari semasa ke semasa untuk elakkan perkara ini berlaku.

Tayar Botak Punca Kemalangan, Ini Beberapa Sebab Kenapa Ia Berlaku
Foto: aleksandarlittlewolf – www.freepik.com

CENGKAMAN YANG HILANG

Bunga tayar juga berfungsi untuk memberikan cengkaman di atas jalan raya. Jika sudah botak, anda mungkin berdepan situasi di mana perlu menekan brek jauh lebih awal daripada kebiasaan. Lebih menakutkan jika menekan brek secara mengejut kereta akan menggelungsur terus ke hadapan. Lalu melanggar bontot kereta di hadapan.

Inilah situasi yang seringkali kita lihat berlaku terutamanya apabila cuaca hujan. Usah bandingkan tayar anda dengan kereta Formula 1 yang luarannya keliharan begitu.

IKLAN

Tahukah anda tayar kereta F1 akan berfungsi dengan lebih baik apabila suhu semakin meningkat tinggi.

Jadi sama-samalah kita menjadi pemandu dan pemilik kereta yang lebih bertanggungjawab. Lakukan servis kereta sama ada dalam atau luaran secara berkala.

Ikuti YouTube MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

https://www.youtube.com/watch?v=FOqtUg4Dlt0&t=16s

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI