
“Doktor… saya kena herpes sebab telur suami masam?” Mungkin kedengaran kelakar, tetapi hakikatnya jangkitan herpes bukan isu yang patut dipandang ringan.
Dalam era moden di mana kebersihan diri, hubungan intim dan kesedaran kesihatan seksual semakin mendapat perhatian, lelaki tidak boleh lagi ambil mudah tentang peranan mereka dalam mencegah penularan penyakit seperti herpes.
Menurut perkongsian dari Dr Samhan, ramai yang keliru antara ulser biasa dan herpes mulut (HSV-1).
Gelembung kecil di bibir, rasa panas, pedih dan gatal sering dianggap remeh. Namun apabila simptom itu berulang, ia boleh menjadi tanda jangkitan herpes yang mudah berjangkit melalui ciuman, seks oral, atau perkongsian barang peribadi seperti lip balm dan straw.
Lebih membimbangkan, virus herpes boleh berada dalam tubuh seseorang sejak kecil, tanpa disedari.
Menurut Dr Ahmad Samhan lagi, “Herpes bukan semata-mata datang dari lelaki. Virus ni sangat mudah berjangkit, dan ramai orang tak sedar mereka dah bawa virus ni sejak kecil.
Walaupun bau atau keadaan kawasan alat sulit lelaki bukan penyebab utama jangkitan herpes, seks oral tetap menjadi saluran mudah penularan jika ada jangkitan aktif.
Jadi, amalan kebersihan yang baik serta kepekaan terhadap perubahan bau atau keselesaan diri boleh membantu mencegah penyebaran virus.
Tegas Dr Ahmad Samhan, herpes bukan hanya berpunca daripada lelaki.
“Virus ni sangat mudah berjangkit, dan ramai orang tak sedar mereka dah bawa virus ni sejak kecil,” jelasnya. Justeru, adalah tidak adil untuk terus menyalahkan pasangan apabila jangkitan berlaku.
BACA: “First Aid Kit”, 15 Jenis Ubat Yang Wajib Simpan Di Rumah
Antara langkah pencegahan yang disarankan termasuk:
- Elakkan seks oral ketika ada luka atau lepuh aktif
- Jangan berkongsi barang peribadi seperti lip balm, tuala atau sudu
- Amalkan kebersihan diri secara konsisten
- Segera berjumpa doktor jika terdapat simptom melepuh atau rasa tidak selesa di kawasan mulut atau alat sulit
Kesimpulannya, lelaki moden perlu lebih cakna dengan kesihatan seksual mereka.
Pengetahuan, kebersihan dan komunikasi terbuka dengan pasangan bukan sahaja melindungi diri, malah memberi ruang kepada hubungan yang lebih sihat dan bertanggungjawab.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Kredit:
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI