Spritzer Berhad bakal mengubah landskap bandar menjadi taman permainan kreativiti dan ekspresi diri dengan pelancaran festival belia yang menarik, “So Tinge! YouthTopia, Unlock Imaginasimu” di Lalaport Rooftop, Bukit Bintang.
Kemuncak festival ini ialah menaiki Belon Udara Panas yang pastinya bakal menjadi saat yang berbaloi dirakamkan dan diabadikan di media sosial anda.
Untuk merancakkan festival ini, ia akan diisi dengan pelbagai aktiviti yang dinamik, termasuk pameran cosplay, persembahan secara langsung oleh kumpulan Insomniacks.
Ads
“Festival ini bertujuan untuk menyediakan ruang yang selamat dan bebas pertimbangan untuk individu muda meneroka, mengalami dan mengekspresikan diri mereka dalam perjalanan penemuan diri, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Spritzer Berhad, Kenny Lim.
“Melalui acara yang menggembirakan ini, kami berharap dapat memperkayakan kehidupan belia, menawarkan mereka platform untuk mempamerkan bakat dan kreativiti mereka dalam suasana yang menyeronokkan”.
Ads
Festival akan berlangsung selama dua hari bermula 25 hingga 26 November 2023, dari 11 pagi hingga 10 malam.
Antara tarikan yang ada pada hari pertama (25 November) termasuklah Belon Udara Panas, persembahan Insomniacks, Youth Live Bands, Street Graffiti dan banyak lagi.
Pada hari kedua pula, keseronokan diteruskan dengan Belon Udara Panas, Kpop Random Play Dance, pertandingan Cosplay dan lain-lain aktiviti.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Isma Aliff meninggal dunia di kediamannya di Kampung Melayu Ampang pagi tadi sekitar jam 8, sekali gus mengejutkan industri hiburan tanah air. Pemergian pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal ini mengakhiri perjalanan hidup seorang figura seni serba boleh yang pernah berada di puncak populariti sebelum diuji dengan masalah kesihatan serius sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Berita duka itu disahkan oleh adik Allahyarham, Shamsidar Ismail, yang memaklumkan bahawa Isma Aliff atau nama sebenarnya Muhammad Latiff Ismail, meninggal dunia pada usia 61 tahun. Menurut beliau, Allahyarham sudah seminggu terlantar dan tidak dapat bercakap dengan baik akibat sakit tekak serta tahap kesihatan yang semakin merosot.
Keadaan kesihatan Isma Aliff dilaporkan mula berubah sejak minggu lalu apabila beliau kelihatan semakin lemah dan banyak menghabiskan masa di atas katil. Pagi kejadian, Shamsidar sempat singgah ke rumah abangnya sebelum ke sekolah dan kembali semula sekitar jam 8 pagi.
“Waktu itu abang sudah nampak lain. Saya ajar abang mengucap dan dia pergi dengan tenang. Allah lebih sayangkannya,” katanya dengan nada sebak.
Allahyarham sebelum ini pernah diserang angin ahmar pada Disember 2023 yang menyebabkan beliau lumpuh di bahagian kiri tubuh. Ujian kesihatan tersebut menjadikan Isma Aliff sebagai individu orang kelainan upaya (OKU), sekali gus mengubah sepenuhnya corak kehidupan beliau.
Walaupun berdepan keterbatasan fizikal, Isma Aliff kekal optimis dan berjiwa besar. Beliau pernah menyuarakan hasrat untuk kembali aktif dalam dunia seni demi mencari rezeki, membuktikan semangat juangnya yang tidak pernah luntur walaupun diuji dengan kesakitan.
Bagi generasi lelaki yang membesar pada era 1980-an dan 1990-an, nama Isma Aliff bukan sekadar seorang pelawak atau penyanyi, tetapi simbol penghibur serba boleh yang berani tampil dengan identiti tersendiri.
Beliau memulakan kerjaya seni pada tahun 1986 menerusi program terbitan RTM sebelum pantas menyerlah dalam bidang lakonan, pengacaraan dan nyanyian. Keunikan gaya persembahan serta keberaniannya mencuba pelbagai genre menjadikan Isma Aliff mudah dikenali dan disukai ramai.
Antara filem yang melonjakkan nama Isma Aliff termasuk Marah Marah Sayang dan Mawar Merah. Selain itu, beliau turut membintangi naskhah layar perak lain seperti Sayang Ibu, Jaket Biru, Kembar Siam, Romeo serta menyumbangkan suara latar untuk filem Budak Lapok Osman.
Di kaca televisyen pula, wajah Isma Aliff kerap menghiasi pelbagai drama popular, menjadikan beliau antara figura seni yang dekat di hati penonton pelbagai lapisan usia.
Dalam dunia muzik, Isma Aliff pernah berada di kemuncak populariti apabila menghasilkan empat buah album studio iaitu Eksyen Saja, Dengar Tau, Kembara Duka dan Macam-Macam Ada.
Kejayaan ini sekali gus mengukuhkan statusnya sebagai penghibur versatil yang mampu menyerlah dalam pelbagai cabang seni hiburan.
Kemunculan terakhir Isma Aliff di pentas hiburan adalah menerusi program Maharaja Lawak Mega 2013, bergandingan bersama Allahyarham Mr. Os dalam kumpulan Osama. Momen tersebut masih segar dalam ingatan peminat yang menghargai sumbangan beliau dalam dunia lawak dan hiburan.
Pemergian Isma Aliff meninggal dunia bukan sekadar kehilangan seorang artis, tetapi hilangnya figura lelaki seni yang cekal, berjiwa besar dan tidak pernah menyerah pada takdir. Legasi serta sumbangannya akan terus dikenang sebagai sebahagian daripada sejarah hiburan Malaysia.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-Fatihah.
Walau kurang diyakini pada awalnya untuk bergelar penyanyi nanum hasil kerja kuat dan cekal membuahkan berita gembira buat Fazura dan para peminatnya. Sejak melancarkan album 3 November lalu, album bertajuk ‘Fazura’ kini telah terjual sebanyak lebih 6000 unit. Malah melalui penjualan digital, album ini telah di ‘stream’ lebih dari 5 juta kali. Suatu pencapaian yang membanggakan buat pendatang baru dunia muzik dengan sokongan padu para peminat muzik tanah air.
Album pertama ini menampilkan 2 trek bonus, termasuk sebuah lagu bersama kumpulan tempatan iaitu Estranged, bertajuk ‘Hancur Aku’. Sebagai tanda penghargaan Fazura kepada peminat, penyanyi dan pelakon terkenal ini mempersembahkan sebuah ‘showcase’ khas buat pembeli album dan peminat khususnya.
Antara lagu hit yang dinyanyikan ialah Sayangi Dirimu, Lalu, Bisa Apa, Hanya Tuhan Yang Tahu, dan special performance bersama suami tercintanya iaitu lagu Cinderella.
Kepada anda yang masih belum mendengar lagu-lagu Fazura ni, bolehlah dapatkan album beliau di pasaran ye.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kisah penjual teh ais bernama Sunhaji itu trending sebelum ini apabila penceramah Gus Miftah, 43, yang juga Utusan Khas Presiden Indonesia, Prabowo mempersendakannya, memalukannya dan dihina sebagai bodoh.
Tindakan Gus Miftah telah mencetuskan kemarahan ramai warga Indonesia termasuk netizen Malaysia yang tidak bersetuju dengan gurauan terbabit.
Dr Zulkifli menerusi satu hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya berkata, apa jua kedudukan seseorang sama ada penjual teh atau jutawan tiada beza di sisi Allah SWT.
Menurutnya, hal ini kerana Allah SWT menilai kedudukan seseorang umat Islam adalah berdasarkan ketaqwaan mereka.
“Sekiranya dia bersumpah atas nama ALLAH untuk sesuatu perkara, ALLAH akan memenuhi sumpahnya.
“Sekiranya dia berdoa, pasti ALLAH makbulkan. Hal ini kerana keikhlasannya, kedudukan di sisi ALLAH dan amalan yang selari dengan keredaanNya,” katanya.
Menurutnya lagi, terdapat hadis menceritakan keadaan seseorang yang miskin dan tidak dipedulikan oleh masyarakat kerana penampilannya tidak terurus serta kedudukannya yang rendah.
Daripada Abu Hurairah beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda:
رُبَّ أشعثَ أغبَرَ مدفوعٍ بالأبواب، لو أقسَمَ على الله لَأَبَرَّهُ
“Boleh jadi orang yang rambutnya kusut masai, penuh debu, dan sering dihalau di pintu-pintu, sekiranya dia bersumpah atas nama Allah, Allah pasti memakbulkannya.”
Riwayat Muslim
Jelas Dr Zulkifli, maksud madfu’ bi al-abwab dalam hadis di atas adalah dia sering dihalau di pintu-pintu kerana tiada kedudukan atau pengaruh di mata manusia.
“Namun, di sisi ALLAH SWT, dia memiliki kedudukan yang tinggi kerana ketakwaannya,” katanya lagi.
Terdahulu, Gus Miftah yang cakna akan perkara itu telah tampil kelmarin (3 Disember) membuat permohonan maaf dan mengakui kekhilafannya.
“Assalamualaikum, saya ingin memberi respon terhadap apa yang sedang tular hari ini. Pertama sekali, dengan rendah hati, saya memohon maaf atas kekhilafan saya,” katanya dipetik Warta Kota.
Menurutnya, kata-kata kasar yang dilontarkan olehnya kepada peniaga air teh itu hanyalah gurauan semata-mata.
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.